Popular Posts

Friday, October 29, 2010

SUARA PERJANJIAN 20 PERKARA SABAH MESTI DI TEGAK KAN

Selama ini rakyat Malaysia khususnya di sabah dan Sarawak telah di bisukan dengan pelbagai strategi pemimpin yang menganaktirikan sabah dan Sarawak dengan menenggelamkan isu autonomi kekayaan bumi sabah dan Sarawak. Merujuk sejarah penyatuan sabah dan Sarawak dalam semenanjung tanah melayu, sebelum sabah menyertai Malaysia, sabah telah meletakan satu syarat iaitu perjanjian 20 perkara yang perlu di kekal kan oleh pemimpin di sabah kepada semenanjung sebagai kerajaan pusat/persekutuan, manakala Sarawak hanya meletakkan 18 perkara. Namun sudah menjangkau 45 tahun masa berlalu, autonomi ini masih belum terlaksana, sebaliknya semua hasil kekayaan bumi sabah dan Sarawak di kaut oleh kerajaan persekutuan. merujuk kepada pemberian “royalti” kepada negeri sabah, hanya sebanyak 5% sahaja di berikan kepada sabah dan sarawak daripada hasil minyak nya. Sedangkan negeri sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil buminya. Kayu balak? Minyak? Di manakah kepentingan 20 perkara negeri sabah kerajaan persekutuan meletak kannya?

Kerajaan sememangnya memandang enting kepada rakyat sabah, dengan mengamalkan konsep “membeli” kepada rakyat sabah khususnya. Konsep ini sememangnya bertujuan untuk menutup “mulut” rakyat sabah dalam menangani isu autonomi ini. Hakikatnya, rakyat sabah di pergunakan oleh pihak kerajaan untuk kepentingan mereka dengan hanya menghulurkan RM100, RM200 di akhir kempen dengan itu juga undi rakyat terus menyebelahi pihak kerajaan. Dengan kelebihan yang ada pada kerajaan untuk “membeli” rakyat, maka UMNO-BN mengelarkan Sabah dan Sarawak sebagai “fix deposit” kepada BN. Adakah begitu murah maruah pendirian rakyat sabah sehingga mengadai negeri sendiri dengan nilai wang ringgit?

Dengan kegusaran pemimpin pusat mengenai isu ini, ramai di kalangan mereka menyuarakan untuk mengkaji semula perjanjian 20 perkara ini. Namun kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk mengkaji balik perjanjian itu, sebaliknya rakyat sabah mempunyai kuasa “mutlak” untuk melaksanakan sebarang semakan dalam perjanjian itu. Kini rakyat sabah perlu sedar dan bangkit untuk menyuarakan “hak” sebagaimana termaktub dalam perjanjian 20 perkara itu. Isu ini bukan lagi “omongan” kosong untuk rakyat sabah akan tetapi ianya harus di suarakan demi menegakkan “hak” bumiputera sabah sebagai rakyat di Malaysia mengikut lagu dalam perjanjian itu. Adakah rakyat sabah masih dalam igauan?

ISI KANDUNGAN PERJANJIAN 20 PERKARA

Point 1: Religion

While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo

Point 2: Language

§ a. Malay should be the national language of the Federation

§ b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day

§ c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

Point 3: Constitution

Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

Point 4: Head of Federation

The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation

Point 5: Name of Federation

“Malaysia” but not “Melayu Raya”

Point 6: Immigration

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 7: Right of Secession

There should be no right to secede from the Federation

Point 8: Borneanisation

Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible

Point 9: British Officers

Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

§ a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

§ b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

§ c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen

Point 11: Tariffs and Finance

North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

Point 12: Special position of indigenous races

In principle the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malaya formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo

Point 13: State Government

§ a) the Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council

§ b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo

Point 14: Transitional period

This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government

Point 15: Education

The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control

Point 16: Constitutional safeguards

No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo

The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient.)

Point 17: Representation in Federal Parliament

This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore

Point 18: Name of Head of State

Yang di-Pertua Negara

Point 19: Name of State

Sabah

Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.

The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.

Kini semuanya terpulang kepada rakyat sabah untuk memikirkan dan menilai perjanjian ini, jika selama ini alpa, bangkit lah bersuara, jika selama ini lalai, maka betulkan lah, kelangsungan negeri sabah di bawah bayu terpulang kepada rakyat nya bagaimana untuk mepertahankan hak yang selama ini di ceroboh dan di ketepikan oleh kerajaan persekutuan.

Monday, October 25, 2010

MOHON PENJELASAN DATUK MUSBAH PERUNTUKAN RM10 JUTA

Pada 10 mac 2010 masyarakat di kota belud telah di gempak dengan kelulusan peruntukkan datuk musbah sejumlah rm10 juta dalam menaiktarafkan masalah kemudahan air di derah kota belud. lawatan dalam menilai permasalahan bekalan air bersih pun sudah di lakukan oleh datuk musbah dan beberapa kroni termasuk jurutera air kota belud. namun hakikatnya peruntukkan berjuta-juta ringgit itu tidak menampakan peningkatan dalam system perairan bekalan air bersih itu semakin pulih. Di mana datuk musbah leraikan peruntukan rm10 juta itu? Mohon di perjelaskan datuk.

Saya secara peribadi amat terkilan dengan masalah penduduk yang berada di DUN N6 TEMPASUK di bawah pengawasan datuk musbah sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Masalah air sering kali di suarakan oleh masyarakat di situ setiap kali datuk musbah berkunjung ke kawasan di mana penduduk yang bermasalah. Namun pelbagai alasan yang di berikan, penduduk mendakwah alasan seumpama itu telah di berikan oleh DSSK sewaktu menjadi parlimen, TSPA sewaktu menjadi ADUN TEMPASUK dan kini alasan itu sering di guna pakai. Jika di teliti dengan halus, peruntukan berjuta ringgit itu berkemampuan menyelesaikan masalah itu, walau pun bukan sepenuhnya dalam penyelesaian akan tetapi sebahagian sudah memadai dan sebahagian lagi di susuli dengan teguh.

Kota belud di katakan pusat berkembangnya UMNO di sabah, tetapi masalah masyarakat nya tidak di jejaki dengan baik oleh pemimpin di daerah ini. Peruntukan demi peruntukan di paparkan akan kelulusan nya namun, masalah ini tetap juga membelenggu masyarakat. Jika pemimpin umno mahu mengekal kan pengaruh umno di kota belud, sejujur kata saya berikan, selesaikan masalah bekalan air dan masalah-masalah lain di kota belud. sejarah membuktikan pertama kali umno melebarkan sayap kepimpinan nya di sabah adalah di daerah kota belud. justeru sejarah juga akan “BAKAL”membuktikan bahawa buat pertama kalinya umno hilang kepercayaan di sabah adalah di kota belud jika satu “transformasikan” kepimpinan tidak di buat bagi menawan hati rakyat dengan menunaikan serta menyelesaikan masalah yang berkurun membelengu kehidupan rakyat di derah kota belud.

Saya berani katakan, datuk musbah hanya pentingkan popularity sebagai pemimpin berjiwa rakyat, turun padang adalah tabiat nya,akan tetapi di sebaliknya datuk musbah juga mempunyai kepentingan peribadi bagi mengaburi mata masyarakat dengan penjiwaan terhadap masyarakat itu. Saya sebagai rakyat yang setia kepada pemimpin amat-amat terkilan dengan perangai pemimpin yang di anggap akan membawa satu perubahan kepada masalah kehidupan rakyat nya, namun anggapan itu sebenarnya hanya harapan yang menanti kekecewaan. Golongan muda seperti saya mula memberontak jiwa nya untuk menuntut penyelesaian masalah ini kepada datuk musbah sebagai pemimpin di kawasan TEMPASUK. Kemanakah datuk musbah meletakkan tanggungjawab nya sebagai pemimpin?

Masalah air ini bukan sekadar sebagai isu dalam penulisan, tetapi zahirnya di rasai oleh penduduk yang terlibat dalam masalah itu, di manakah wakil-wakil rakyat yang ketika mengemis undi penduduk gagah berdiri melontarkan kata-kata mampu menyelesaikan masalah ini? Di mana pemimpin-pemimpin yang datang ke kawasan ini untuk mengharap simpati undi kepada masyarakat sewaktu berkempen? Di mana kewibawaan pemimpin terhadap rakyat nya? Adakah ini tradisi dan style pemimpin umno di kota belud untuk mengekalkan pengaruh dengan proses kelambatan masalah ini dengan memberi harapan mendakwah hanya UMNO sahaja mampu menyelesaikan masalah ini? KARUT..!!! IMPAK NYA AKAN DI RASAI MENJELANG PRU13 OLEH PEMIMPIN..

Sunday, October 24, 2010

BENARKAH PENGUNDI MUDA NADI KEMENANGAN KEPADA UMNO

Dalam sesebuah Negara yang membangun,para penganalisa telah menyuarakan bahwa pembangunan murni sesebuah Negara boleh di lihat awalnya kepada golongan muda dalam sesebuah Negara itu.di kata kan golongan muda adalah peneraju kepimpinan dalam Negara yang rancak membangun namun ia bergantung kepada “tabiat” golongan muda itu sendiri. “Golongan muda adalah aset penting kepada Negara” begitu lah lontaran kata-kata pemimpin umno kepada kabinet nya. Benarkah kerana kepimpinan golongan muda kini, pemimpin veteran tergugat kepimpinan nya? Adakah generasi muda lebih berkaliber kepimpinan nya atau sebaliknya? Jika kepimpinan golongan muda di luar dari laluan skop utama kepimpinan Negara, maka wajar lah pemimpin tua gusar hati nya kepada generasi pewaris.

Sejumlah tujuh (7) juta pengundi di Negara adalah golongan muda, namun setiap hala tuju keinginan golongan ini sememangnya susah untuk di tafsirkan. Mereka menyuarakan laungan “perubahan” dalam kepimpinan. Adakah laungan itu adalah satu tanda keruntuhan umno?, atau “perubahan” yang di maksudkan adalah mewarisi seni gerak kepimpinan politik tanah air? Sebab itu di katakan, golongan muda kini sukar di definisikan keinginan nya.

Pada PRU 12 yang lalu, Negara telah menyaksikan satu perubahan undi generasi ini di seluruh Negara dengan kekalahan yang teruk dalam pilihan raya umum tersebut. Dalam perhimpunan umno baru-baru ini yang saya sendiri telah saksikan, ketua pemuda umno telah menyuarakan akan kegusaran dalam kepimpinan umno pusat kepada golongan ini dan sebaliknya para pemimpin pusat seharusnya membuka ruang tapuk kepimpinan golongan ini dengan lebaran yang lebih luas.

Namun, ramai pemimpin yang melabelkan kepimpinan muda adalah “gila kuasa” “tidak sabar” dan sebagai nya. Jika golongan mudah siap siaga dengan lembing menentang hujah pembangkang, jika golongan muda membawa semangat membidas tomahan pembangkang dan jika golongan muda membantu pemimpin sedia ada menepis serangan pembangkang. Adakah penjenamaan sebagai “gila kuasa” kepada golongan muda yang di berikan? Dan wajarkah golongan muda di sekat kepimpinan nya?

siapakah golongan muda di kota belud yang tersepit dengan pencaturan pemimpin terulung di kota belud? sdr tadzul di cantas karier nya oleh TSPA sendiri. sdr barur hanya di guna pakai oleh DSSK dalam kerelevenan politik nya. maka benar lah golongan muda kini mampu mengugat kewibawaan kepimpinan tua masa kini.

Monday, October 18, 2010

PKR KOTA BELUD RANCAK MENYUSUN STRATEGI POLITIK

Dengan wujudnya pelbagai provokasi dari politik UMNO kota belud, semakin rasa kuatnya juga aura kepimpinan pada parti pakatan rakyat untuk membuka peluang besar kepada parti itu untuk menerajui kepimpinan yang ada di kota belud khasnya. Segala rentak dan irama UMNO kini di imbangi dengan pelbagai strategi menawan dari parti itu. Jika dahulu ust laiman di tewas kan oleh datuk musbah di N6 tempasuk, kini beliau mula nekad, bahawa perjuangan dan kekalahan tetap akan di bela pada pilihan raya umum akan datang. Semangat sedang membara itu di susuli dengan penyusunan strategi mantap oleh jentera parti pakatan rakyat. Adakah susun rentak irama politik pakatan rakyat akan menggamit naluri undi rakyat kepada parti itu atau sebaliknya?

Mengambil satu isu ketidakhadiran para pemimpin UMNO kota belud dalam majlis rumah terbuka anjuran PKMM telah menyemarakan lagi susun atur pakatan rakyat kerana, sememangnya UMNO kota belud telah lama wujudnya istilah “retak menanti belah”. Reality nya para pemimpin tidak lagi sehaluan dalam perjuangan parti, keegoan dalam perjuangan semakin hangat terbongkar di mata rakyat, Apatah lagi kepada parti pembangkang sebagai musuh politik parti UMNO kota belud. itu juga menampak kan kreadibiliti pemimpin sekarang berkecamuk tanpa transformasi pemulihan antara pemimpin. Apakah pemimpin UMNO merelakan kesempatan ketidaksepakatan para pemimpin ini di manfaatkan oleh pakatan rakyat? Atau pemimpin hanya menjaga periuk nasi sendiri dan bukan atas dasar kepentingan parti?

Datuk musbah di katakan tidak kesepakatan dengan TSPA dan DSSK dalam soal kepimpinan, dahulu nya kekalahan datuk musbah sebagai ketua UMNO bahagian kota belud hanya di sebabkan oleh dua tokoh politik ini yang telah memainkan peranan sebagai catur terbaik politik di daerah kota belud. Persoalan bertubi-tubi mengalir dalam lubuk minda bistari rakyat, kenapa kah politik kotor ini harus mewarnai lakaran politik datuk musbah? Dan kenapa kah TSPA dan DSSK membuat jalan kotor dalam politik yang kini di amalkan oleh ramai bakal pewaris kepimpinan mereka? Adakah ini harts warisan mereka kepada pewaris? atau mereka menunjukan kepakaran dalam politik untuk mematikan karier seseorang? Namun hakikat nya mereka juga saling menyusun atur langkah bijak bagi menumbangkan karier politik di antara mereka.

Dengan bau busuk yang terserbak si saluti wangian palsu UMNO, maka pakatan rakyat menggunakan kepakaran untuk menidakkan bahwa daerah kota belud adalah salah satu daerah di sabah sebagai “fix deposit” barisan nasional BN. Dengan itu, strategi mantap kian kukuh dan menunggu untuk menempuh cabaran pilihan raya kelak. Adakah pakatan rakyat akan menerajui kepimpinan di kota belud? atau pemimpin UMNO kota belud melupakan sementara ketidaksepakatan untuk berjuang demi parti? Atau rakyat mula berpaling tadah dengan UMNO kota belud? pelbagai spekulasi politik sebenarnya yang boleh di andaikan. Tapi jika benar PKR mula menyusun strategi, adakah ia mampu menganggu gugat kewibawaan UMNO di kota belud?

Thursday, October 14, 2010

TSPA CERITA "SEMUT DAN GULA" DALAM POLITIK

“Sesungguhnya pergolakan politik adalah seperti maksud kata-kata "semut dengan gula". Kalau seseorang pemimpin itu mempunyai "kuasa" maka ianya akan menggamit ramai penyokong seperti gula dikerumuni semut. Sewaktu tiada "kuasa" ianya seperti bunga plastik yang tidak menarik perhatian kumbang-kumbang dan serangga lain”. Sungguh dalam maknanya kepada yang bergelar pemimpin juga kepada yang bergelar rakyat. Dua elemen ini sememangnya tidak bisa di pisahkan dalam dunia politik kerna ia saling kait mengait antara satu dan yang lain. Walau bagaimana pun, saya bukan menghurai dengan lebih lanjut tentang perumpaan TSPA di laman facebooknya, akan tetapi saya cuba membuka pengertian sebaliknya dalam ungkapan yang penuh makna ini.

TSPA telah mengumpamakan pemimpin sebagai gula dan rakyat sebagai semut, namun dalam penulisan ini saya kaitkan perkara yang sebaliknya berlaku bila seekor semut adalah pemimpin dan tompokan gula adalah rakyat. Tidak adil rasanya, kerna perumpamaan ini di lihat lebih menyebelahi warga pemimpin pemimpin yang ada. Justeru, saya yang juga bergelar rakyat ingin mnghurai di sebalik kata kata “ semut dan gula” sebagai mengimbangi perumpamaan tokoh politik kota belud itu.

Di kala hangatnya bahang pilihan raya, maka hangat lah juga ‘buntut’ para pemimpin kita untuk turun meninjau segala masalah, segala kemusykilan dan segala kebimbangan rakyat. Sehingga tidak keruan dengan jadual yang terlalu padat bersama rakyat ketika itu. Perkara ini boleh di kaitkan dengan “semut dan gula”. Masing masing mempunyai kepentingan tertentu yang diantara mereka saling menggamit tarikan “kepentingan” seperti tarikan “besi berani” kepada ketulan besi.

Namun kehadiran semut-semut itu tidak lagi kelihatan setelah mencapai target atau mendapat kemenangan dalam pilihan raya ketika itu. Hal ini, rakyat dapat di sama ertikan seperti tompokan gula yang hilang manis nya tanpa menarik perhatian semut-semut itu tadi. Rakyat di biarkan tanpa pemantauan yang terurus, tanpa bantuan, tanpa penjagaan kebajikan sebagai rakyat dan segala nya TANPA selepas kepentingan mula di kecapi terhadap rakyat.persoalan nya kenapa perkara ini harus berlaku kepada yang bergelar pemimpin rakyat? Kenapa sebelum mendapat kepentingan politik banyak perkara yang di buat untuk kepentingan rakyat? Di mana para pemimpin meletakkan “hak rakyat” selepas itu?.

Pemimpin di ibaratkan sebagai penguasa, namun hakikatnya, kuasa veto itu sebenarnya terletak kepada rakyat nya. Rakyat yang berhak memberi kuasa kepada pemimpin bagi membela hak mereka yang mula di abaikan oleh pemimpin yang tidak mengenang jasa bangsa. Segala kuasa dan jawatan yang ada pada mereka yang bergelar pemimpin semua nya adalah kuasa dari rakyat, kerna reality nya rakyat “berhak” memilih siapa yang berkuasa menjadi pemimpin kepada mereka. Persoalanya jika rakyat nekad memilih pemimpin ini, kemana pula tanggungjawab yang di berikan untuk membela rakyat miskin, yang memerlukan, yang kurang kemampuan, yang bermasalah dan sebagainya. Kemana pemimpin ini? Mungkin kah pemimpin selesa dengan kerusi empuknya yang susah untuk di tinggalkan bagi meninjau masalah-masalah rakyat? Atau pemimpin mula bongkak dengan jawatan yang di berikan hasil dari kuasa rakyat yang memilih? Atau juga rakyat yang salah memilih pemimpin ketika itu? Di mana salah dan puncanya, adakah rakyat atau pemimpin?

Dengan itu maka, benar lah juga ungkapan TSPA dalam laman facebooknya “semut dan gula” yang ketika manis di kerumuni oleh sang semut dan jika sebaliknya, maka gula itu tadi langsung tidak menarik perhatian apatah lagi sempat untuk menoleh kebelakang.kini persoalan yang besar harus di jawab oleh minda rakyat yang mula sedar dengan permainan pemimpin politik. PRU13 kian menjelang, adakah transformasikan undi rakyat akan berlaku atau masih dalam keadaan yang sama? Gunakan kuasa kita sebagai rakyat untuk rakyat, dan segalanya untuk rakyat. Dengan slogan “dari rakyat untuk rakyat”.

Monday, October 11, 2010

RAKYAT KESAL KEPADA YANG BERGELAR PEMIMPIN KOTA BELUD

Pada 10/10/2010 adalah tertulisnya tarik bersejarah kepada semua penduduk kota belud di mana berlangsung nya satu majlis rumah terbuka raya yang di hadiri tertamu terhormat datuk shafie apdal dan di gandingkan oleh sdr awadnir matangal selaku pengerusi persatuan kontraktor (PKMM). Di anggarkan lebih daripada enam (6) ribu penduduk dari pelbagai suku bangsa sekitar kota belud membanjiri tapak majlis tersebut. Datuk shafie di ketegorikan sebagai pemimpin luar dari daerah kota belud, namun apa yang menyedihkan, tiada seorang pemimpin kota belud (selaku pemimpin tuan rumah) yang hadir bagi memeriahkan sambutan itu. Kemana para pemimpin kota belud sewaktu itu?

Perkara seumpama ini di sifatkan kebanyakan masyarakat adalah sangat memalukan, daerah kota belud mempunyai lima (5) orang pemimpin politik seangkatan dengan datuk shafie apdal dalam parti politik UMNO-BN, namun tidak ka mengamit permainan minda rakyat jika rakan seperjuangan hadir untuk memeriahkan daerah kota belud, sebaliknya para pemimpin kota belud di sifatkan sebagai tuan rumah tidak pula kelihatan hadir menyambut tetamu terhormat dengan budi tatasusila. ke mana datuk rahman? ke mana datuk musbah? ke mana tan sri pandikar? ke mana datuk japlin? ke mana datuk salleh? Persoalan ini di rasa hangat oleh setiap pelusuk minda masyarakat yang hadir. Tidak terkecuali juga datuk shafie yang hadir, mungkin akan merasa sedemikian kerana pemimpin seangkatan dalam parti di rasakan kini tidak sehaluan dengan beliau apatah lagi duduk semeja dengan beliau.

Para pemimpin tidak harus mempamerkan keegoan dalam berpolitik kepada rakyat kota belud, walaupun hakikatnya majlis tersebut bukan bermotifkan politik, akan tetapi pemimpin yang hadir adalah pemimpin dari pucuk pimpinan politik juga rakan seperjuang dalam parti. Apakah motif yang cuba di tunjukkan oleh para pemimpin kota belud kepada datuk shafie sebagai naib presiden UMNO? Alasan kesibukan dalam tugas adalah bukan alasan yang releven untuk di berikan, sekurang-kurangnya salah seorang daripada pemimpin kota belud akan turut hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka yang jolong kali nya diadakan itu.

Reaksi masyarakat selepas itu, kebanyakan nya berasa sangat malu dan terkilan dengan para pemimpin kota belud yang sebelum nya megah dengan aktiviti turun padangnya, dengan berjiwa rakyat nya, dengan pelbagai bantuan kepada rakyat nya. Tetapi dengan sesama pemimpin tidak pula ada persepakatan, persefahaman apatah lagi sehaluan, walhal dalam parti politik yang sama akan tujuanya. Bila mendapatkan reaksi sdr awadnir, beliau hanya mampu tersenyum dan mendiam kan diri kata seorang kawan karibnya. Di harap di masa akan datang, para pemimpin tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan banyak spekulasi kepada rakyat juga kepada para pengiat blogger mahupun facebook di alam cyber.

namun ika di perhalusi perkara ini, maka akan timbul satu spekulasi hangat terhadap rakyat juga kepada pemimpin luar, yang menyatakan apakah pandangan pemimpin pucuk pimpinan UMNO jika berita dan khabar pemimpin kota belud menunjuk kan taring dan belang kepada rakyat juga kepada pemimpin pemimpin di luar daerah kota belud? Jika spekulasi menyatakan keberangkalian datuk shafie apdal akan menerajui jawatan ketua menteri, kemana kah hala tuju pemimpin kota belud yang ego tak seberapa ini?

Saturday, October 9, 2010

KEMANA JANJI SUSULAN DHMHJ BERKENAAN SEKOLAH SK TAMAU

Mohon di perjelaskan kata janji yang di lontarkan semasa majlis berbuka puasa yang lalu bertempat di masjid kampung tamau, DHMHJ memberi harapan dengan mengatakan akan membuat tindakan susulan tentang isu kelambatan pembinaan sekolah rendah kebangsaan tamau kota belud itu. Penduduk kampung tamau memberi reaksi dengan penuh harapan sewaktu datuk musbah menyatakan sedemikian ketika mengakhiri ucapan nya pada malam itu.

Penduduk kampung merasa resah dan gelisah akan keselamatan yang tidak terjamin ekoran lori pembinaan yang keluar masuk membawa muatan simen, bata, zink dan kayu kayan untuk tujuan pembinaan. Sehingga kini masalah kelambatan belum di ketahui secara terang dan jelas oleh penduduk kampung berkenaan. Tinjaun saya juga di beberapa tempat seperti sk sembirai kota belud, sk timbang dayang kota belud, sudah mula di hiasi oleh landskap bunga bungaan, namun sk tamau masih lagi dalam pembinaan yang belum menunjukkan bahwa bangunan 12 tingkat itu akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Kampung tamau, adalah kawasan yang termasuk dalam DUN N6 TEMPASUK, kawasan yang di wakili oleh datuk musbah jamli sekarang ini. Beliau juga memberi jaminan akan membuat satu tindakan susulan selepas itu, namun penduduk kampung berkenaan masih lagi kabur, tindakan susulan yang bagaimana akan di laksanakan jika tiada perkembangan terhadap bangunan tersebut. Setiap hari melalui hari yang sama tanpa perubahan dalam pembinaan.

Justeru sebagai wakil rakyat kawasan itu, harus turun padang meninjau sendiri permasalahan yang di hadapi oleh bangunan sekolah rendah kebangsaan tamau kota belud seterusnya mengambil tindakan susulan seperti janji di bulan ramadhan yang lalu. Masyarakat di kampung berkenaan bersedia membantu segala permasalahan yang di hadapi bagi mempercepatkan pembinaan, juga atas sebab keselesaan para pelajar sewaktu dalam proses pembelajaran di bangunan sementara yang di hiasi debu laluan lori-lori yang keluar masuk dalam kawasan pembinaan. Keselamatan pelajar juga di khuatiri akan mengundang padah jika keselamatan tidak perketatkan oleh pihak sekolah berkenaan.

Keluhan penduduk kampung tamau sekali lagi, membawa datuk musbah untuk melangsaikan janjinya dan juga tangungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

(sumber : penduduk dan guru)

Friday, October 8, 2010

BENARKAH PANDIKAR MENCANTAS POLITIK RHM

Sebelum ini, penulisan saya tertumpu dengan bakal restu tan sri kepada golongan politik muda irranun yang di tafsiran akan menyambung kepimpinan irranun dalam dunia politik selepas era kepimpinan beliau. Satu pendekatan yang teliti kepada masyarakat kota belud khususnya irranun yang mengalami satu wabak delima wakil rakyat berbangsa dari suku itu untuk tampil berjuang dalam PRU nanti sebagai hulubalang irranun yang baru. Tapi di akhir ini, satu berita telah mengempak kan seluruh suku irranun dengan isu bahawa tan sri belum merelakan sesiapa untuk menerajui kepimpinan irranun melainkan anak kepada beliau yang di tonjolkan untuk menyambung karier politik nya. Seorang peneraju di beri nama roslan haji manshor(RHM) telah cuba mengukuh tembok politik nya bagi melangkah tiru jejak TSPA sebagai pemimpin irranun kini dan selamannya. Namun persoalan nya, benarkah TSPA akan sanggup mencantas karier politik sdr RHM bagi memberi ruang kepada anak beliau? Jika kenyataan itu benar, maka akan wujud satu dynasty kepimpinan irranun yang hanya di terajui oleh barisan anak, dan keluarga TSPA sendiri.

Pada 4hb yang lalu, saya menerima satu jemputan khas daripada sdr tadzul sempena rumah terbuka ABM, dengan menunaikan kewajiban jemputan, saya menghadiri dengan tenang. Namun dalam pertemuan beberapa ahli fikir irranun ketika itu, saya di bisik kan bahawa, TSPA akan mengadun bakat anaknya dengan mesin jenama tinggi untuk memberi satu tahap keyakinan kepada masyarakat irranun khusus nya dan amnya kepada masyarakat kota belud. Pengadunan bakat itu mesti di realisasikan dengan hasil pencalonan pada PRU akan datang.terfikir sejenak, bakat kepimpinan harus lahir dalam diri secara semulajadi bagi melahirkan seorang pemimpin yang betul berkarisma untuk menerajui kepimpinan. Jika, di perhalusi dengan tulus, bicara tentang bakat dan pengalaman, ramai di antara suku irranun yang berkebolehan dalam bab berpolitik. Sebagai contoh sdr tadzul radim, sdr idris kisab, sdr roslan haji manshor dan lain-lain.jika di bandingkan dengan anak kepada TSPA, jauh sekali perbezaan nya dengan penama-penama di atas.kerana dengan kuasa dan pengaruhi ayandah nya, maka akan juga di tonjolkan walau pahit di telan, manis di buang(sumber putrajaya).

Ramai penganalisa politik irranun mula mempersoalkan isu ini, di pelusuk kedai-kedai kopi India membicara tentang situasi kemungkinan ini. Namun jika ianya benar akan berlaku, maka akan wujud satu empayar kepimpinan TSPA akan mula terbina dan tercatat dalam buku politik kota belud. anak, cucu, cicit, adik, abg, dan seumpamanya akan bakal tercatat dalam buku sejarah politik irranun di kota belud.persoalan nya, adakah kebijakan politik hanya dapat di lihat dari keturunan TSPA? kemana hilangnya anak muda yang dari suku irranun yang lain? RHM? IDRIS?TADZUL? dll?.spekulasi ini hangat di bicara oleh ahli fikir suku irranun. Malah ada yang berani memberi dentuman kenyataan bahawa akan membuang undi jika anak kepada TSPA yang di calonkan kelak. Justeru, hal seumpama ini wajib di kaji dan di teliti dengan mengenapkan semua aspek kemasyarakatan dan kepolitikan di daerah kota belud.ada juga yang menuding jari menyatakan perpecahan suku irranun dalam politik hanya kerana TSPA yang menidakkan kepimpinan anak muda dari suku itu. Jika benar begitu, adakah TSPA merelakan bangsa berpecah akibat catur politiknya?jika sebaliknya, adakah TSPA sanggup mengorbankan bangsa demi kepentingan anaknya?

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.