Popular Posts

Sunday, August 14, 2011

NASIHAT KELAPA MAWAR KEPADA DATUK RAHMAN BERKAITAN TANAH WARISAN KG. RAMPAYAN


Saya memulakan artikel ini dengan mengimbau kembali 'kepercayaan' rakyat Kota Belud kepada Datuk Rahman yang bertanding selaku MP Kota belud pada PRU 12 yang lepas. Walaupun berlaku penurunan majoriti undi berbanding pemimpin sebelumnya, tetapi keputusan telah dibuat dan Datuk Rahman mencatat sejarah gemilang dalam hidup politiknya apabila Pekan Kota Belud merekodkannya sebagai kawasan pertama Datuk Rahman digelar 'Wakil Rakyat".

Sejak pengangkatan DARD selaku MP Kota Belud, banyak isu yang ditimbulkan ,dari isu 'orang luar' isu pengagihan peruntukan parlimen yang tidak sekata antara 3 DUN di Kota Belud, meleret kepada isu bekalan air bersih,isu Empangan Tambutoun dan pelbagai lagi isu yang diketengahkan. Namun semua itu tidak melenturkan semangat muda DARD membuktikan kepada kerajaan bahawa pemilihannya sebagai MP Kota Belud bukan dibuat secara terburu-buru tetapi atas reputasi dan kapasiti bakat kepimpinan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu hampir setiap isu di parlimen , DARD terlibat dalam memperdebatkannya. Hinggakan ramai yang melabelkan DARD sebagai pemimpin muda yang terburu-buru menonjolkan diri dan terlampau beriya-iya merealisasikan program yang dikelolakannya.

Isu Tanah Rampayan yang mahu dibangunkan oleh kerajaan dibawah pengendalian Syarikat Swasta yang khabarnya dimiliki oleh orang Putatan, nampaknya membelanggu politik DARD disaat-saat desas desus kononnya PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat. Setelah isu ini mendapat perhatian banyak pihak ,akhirnya DARD memberikan penjelasan dalam blognya ,walaupun ada pihak yang menganggapnya terlambat kerana dilakukan selepas memberikan kenyataan kepada media.

Walaupun begitu, daripada penerangan DARD itu, status tanah yang dipertikaikan yang berkeluasan 853 ekar itu, samada berstatus NCR atau tidak telah dapat diperjelaskan. Itu dari segi undang-undang. Namun dari segi 'maruah' dan 'adat turun temurun' masyarakat, mungkin boleh diperbincangkan.

Daripada beberapa perdebatan yang berlaku dalam FCB, Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan, nampaknya dianggotai oleh 2 ketua Kampung dan Pengerusi JKKK , kampung Rampayan ULU dan Kampung Rampayan Laut. Ertinya jika bersandarkan kepada analisa luaran, Ketua Kampung adalah 'wakil'kepada keseluruhan penduduk kampung berkenaan.

Seperti yang diperkatakan oleh Ahli jawatankuasa tersebut bahawa masyarakat Kampung tidak menolak kepada pembangunan, namun jika berdasarkan kepada beberapa projek pembangunan yang dilakukan dipersisir pantai sebelum ini seperti di Karambunai dan Tuaran sendiri, memperlihatkan kepada rakyat bahawa tidak ada apa-apa 'keuntungan' kepada penduduk setempat berkenaan ledakan pembangunan itu . Kawasan pantai dibangunkan dan dijadikan pusat pelancongan, sehingga masyarakat kampung tidak sudah sebebas seperti dulu, memunggut hasil laut dan sekali sekala mendapatkan ketam dan ikan. Ini barangkali yang menghantui masyarakat setempat.

Masyarakat Kampung agak hairan dan musykil kerana permohonan tanah tersebut telah dibuat awal oleh penduduk kampung tetapi 'didiamkan' dan hanya apabila syarikat yang 'entah dari mana' seperti yang didakwa memohon tanah berkenaan, kerajaan mengambil perhatian terhadap permohonan itu. Mungkin persoalan ini berleger di minda masyarakat kampung, Kenapa syarikat swasta boleh dipertimbangkan dalam permohonan tanah berkenaan, sedangkan mereka yang sudah hidup lebih dari 3 keturunan di kawasan itu tidak diberikan keutamaan?

"nasihat' berguna buat DARD ialah melakukan pendekatan secara berperikemanusiaan, yakni memikirkan adat serta budaya masyarakat setempat termasuk sensitiviti masyarakat mengenai hak ke atas tanah berkenaan yang tidak termaktub dalam perundangan. Iaitu memikirkan apakah natijah kepada penduduk kampung bila kawasan mereka dibangunkan dan dijadikan pusat pelancongan kelak. Apakah akan menjadi seperti Pantai Dalit di Tuaran?

Hasrat murni DARD dalam membawa pembangunan di Kota Belud sangat-sangat disanjungi. Malahan memikirkan kepentingan keseluruhan masyarakat Kota Belud dan mengenpikan kepentingan golongan minoriti ada kebenarannya. Namun memikirkan kaedah perundingan yang lebih terbuka termasuk mengadakan dialog dengan masyarakat kampung dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin suku ini iaitu Tan Sri Pandikar dilihat boleh meredakan 'persengketaan' ini.

Terima kasih kepada DARD atas kesungguhan yang ditunjukkan. Keterbukaan dalam menangani masalah ini sangat dihargai. Sebagai penduduk Kota belud, saya berkeyakinan bahawa harapan DARD untuk melihat masalah ini dapat diselesaikan secara 'menang-menang' akan dapat direalisasikan. Semoga segala usaha yang dirancang untuk kebaikan bersama dapat memberikan manfaat kepada daerah Kota Belud. Mohon! mengemukakan 'nasihat' kepada YB Datuk!

Daripada: kelapamawar.blogspot.com

Monday, August 8, 2011

BENARKAH ISU TANAH RAMPAYAN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN PEMIMPIN IRRANUN

Namun apa yang menghairankan ialah pemimpin suku iranun Tan Sri Pandikar Amin masih membisu seribu bahasa. Tidak ada langkah yang diambil oleh YDP Dewan Rakyat itu untuk membawa kes ini ke meja perundingan. Malahan seharusnya sebagai pemimpin politik, Tan Sri Pandikar Amin dilihat lebih ‘mesra’ dengan Datuk Rahman Dahlan untuk mengatasi permasalahan ini.

copy from : kelapamawar.blogspot.

kenyataan sungguh menjadi tanda tanya kepada penduduk suku minoriti irranun di kampung Rampayan ini yang sememangnya mengharap satu tindakan segera untuk mencari penyelesaian terhadap kerunsingan minda penduduk tentang masalah Tanah ini.

sebagai pemimpin politik dari suku ini seharusnya tampil memberi pandangan dan cadangan terhadap masalah yang di hadapi, ketakutan penduduk daripada rampasan tanah adat ini telah menghantui ramai penduduk irranun. malah ramai yang mendakwah Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan adalah salah seorang dalang penjualan tanah ini kepada syarikat Kinsamewah Shd Bhd.

adakah ini permasalahan ini ada hubungkait terhadap politik peribadi yang mencari populariti atau sengaja menunjuk kuasa kepada pihak tertentu sebagai pemimpin politik? atau isu ini membuka minda masyarakat irranun bahawa pemimpin selama ini yang di agungkan hanya mementingkan periuk nasi sendiri daripada suku pimpinan nya?

pelbagai pihak telah memberi pandangan dan komen terhadap isu permasalahan ini, namun yang di nantikan untuk lebih di harapkan dapat mengusul permasalahan ini masih dalam tanda tanya penduduk rampayan. di harap masalah ini di bawa ke meja bulat sebagai perbincangan hangat pelbagai pihak kerana di khuatiri tanah di sekitar rampayan akan bertukar milik kepada tangan kedua.



Sunday, August 7, 2011

GUNA SAHAJA DAKWAT KEKAL BATALKAN SISTEM BIOMETRIK


Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.

Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

“Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.

“Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku,” katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).

Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih ‘meragukan’ itu.

“Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.

“Kita harap kerajaan telus dalam hal ini,” kata Tian lagi.

Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak “over confident” dengan sistem baru yang mahu digunakan.

Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.

Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.

Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.

Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.