Popular Posts

Monday, August 8, 2011

BENARKAH ISU TANAH RAMPAYAN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN PEMIMPIN IRRANUN

Namun apa yang menghairankan ialah pemimpin suku iranun Tan Sri Pandikar Amin masih membisu seribu bahasa. Tidak ada langkah yang diambil oleh YDP Dewan Rakyat itu untuk membawa kes ini ke meja perundingan. Malahan seharusnya sebagai pemimpin politik, Tan Sri Pandikar Amin dilihat lebih ‘mesra’ dengan Datuk Rahman Dahlan untuk mengatasi permasalahan ini.

copy from : kelapamawar.blogspot.

kenyataan sungguh menjadi tanda tanya kepada penduduk suku minoriti irranun di kampung Rampayan ini yang sememangnya mengharap satu tindakan segera untuk mencari penyelesaian terhadap kerunsingan minda penduduk tentang masalah Tanah ini.

sebagai pemimpin politik dari suku ini seharusnya tampil memberi pandangan dan cadangan terhadap masalah yang di hadapi, ketakutan penduduk daripada rampasan tanah adat ini telah menghantui ramai penduduk irranun. malah ramai yang mendakwah Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan adalah salah seorang dalang penjualan tanah ini kepada syarikat Kinsamewah Shd Bhd.

adakah ini permasalahan ini ada hubungkait terhadap politik peribadi yang mencari populariti atau sengaja menunjuk kuasa kepada pihak tertentu sebagai pemimpin politik? atau isu ini membuka minda masyarakat irranun bahawa pemimpin selama ini yang di agungkan hanya mementingkan periuk nasi sendiri daripada suku pimpinan nya?

pelbagai pihak telah memberi pandangan dan komen terhadap isu permasalahan ini, namun yang di nantikan untuk lebih di harapkan dapat mengusul permasalahan ini masih dalam tanda tanya penduduk rampayan. di harap masalah ini di bawa ke meja bulat sebagai perbincangan hangat pelbagai pihak kerana di khuatiri tanah di sekitar rampayan akan bertukar milik kepada tangan kedua.



23 comments:

PENYANGGAH said...

 
 
TANAH WARISAN RAMPAYAN

Salam Kepada Masyarakat Iranun,

Telah lama saya mengikuti pendapat-pendapat bloggers KB berhubung pelbagai isu. Saya dapati banyak komen komen yang mengutuk dari yang membena. Umpamanya dalam isu "tanah warisan Rampayan" ini, saya perhatikan ramai pendapat yang telah dizahirkan oleh pelbagai pihak terutama dari genarasi muda. Namun, pendapat-pendapat tersebut lebih kepada mencetuskan perbalahan dari kesefahaman. Malahan,ada bloggers yang menyalahkan pemimpin "terdahulu" yang kononnya tidak ambil tahu atau tidak perihatin dengan isu penting ini.

Pengamatan saya, budaya menuding jari, menyalahkan orang lain dan sikap "saya lebih tahu" amat menebal dikalangan masyarakat minoriti ini.

Adalah tidak boleh dipertikaikan bahawa generasi Iranun dahulu, walaupun rata-rata tidak mempunyai pendidikan, telah berjaya "melahirkan" generasi yang berpendidikan menerusi keringat dan titisan air mata yang ditunjangi oleh harapan setinggi langit, agar bangsa minoriti ini akan dapat "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan suku suku lain.

Akan tetapi, harapan ini tidak akan berbaloi sekiranya keadaan generasi "Iranun Baru" ini bak seperti maksud pepatah Inggeris, "Too many cooks will spoil the soup" (Ramai tukang masak akan merosakan sup).

Untuk makluman, sewaktu remaja dahulu, saya ingat perjuangan seorang pemimpin suku Iranun yang bersendirian menentang pemberian tanah seluas 10 ribu ekar lebih (tanah ragut Pintasan) kepada Aqua Bio Sdn Bhd untuk membangun tanah tersebut untuk ternakan udang. Pada waktu itu, kerajaan BERJAYA pimpinan Datuk Harris Salleh, melalui wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Mohd Noor Mansur telah membuat keputusan untuk memindah masyarakat Iranun Rampayan, Kayu Putih, Tapukan, Nanamun dan Kilapi ke tempat lain.

Atas keberanian dan kebijaksanaan pemimpin tersebut, alhamdullilah, tanah yang saya maksudkan itu telah dapat dipertahankan. Cuma seribu ekar sahaja yang telah di luluskan kepada Aqua Bio Sdn Bhd sebagai pilot projek.

Perkara ini merupakan contoh bahawa "Iranun Lama" mempunyai kewibawaan tersendiri yang perlu diteladani oleh "Iranun Baru".

Jadi, jangan lah membuat andaian dan spekulasi untuk mengaibkan pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada sukunya semata mata untuk ingin "menempatkan" diri di atas pentas kuasa.

Mohd Ishak said...

Rakyat sendiri boleh nampak sama ada pemimpin mereka memberi perhatian terhadap isu ini, tidak perlu percaya dengan kata-kata orang yang tidak faham keadaan.

Mohd Ishak said...

Yang penting adalah rakyat menilai sendiri.

Anonymous said...

apakah status sebenar tanah 1,200 hektar tu?

Anonymous said...

TSP pasti mempunyai pendirian berhubung isu tanah di Kampung Rampayan Ulu. tunggu penjelasan daripada beliau.

Anonymous said...

tanah tersebut mmg berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan. ia turut memberi manfaat kepada penduduk dalam pembangunan kemudahan asas dan peluang pekerjaan. lagipun, tanah tersebut teleh disahkan bukan tanah NCR.

Anonymous said...

potensi inilah yang dilihat oleh pemimpin dan ia satu usaha untuk menbangunkan Kota Belud.

mike said...

tunggu penjelasan dari TSP sebelum membuat sebarang spekulasi..

mike said...

kalau bukan tanah NCR, mengapa tidak bangunkan saja tanh tersebut? lagi pun penduduk sekitar juga akan mendapat manfaat seperti peluang pekerjaan.

Paquin said...

Masing2 dengan pegangan sendiri. So apalah sebenarnya status tanah tu?

Paquin said...

Kalau para pemimpin Iranun tak beri perhatian mungkin bagi mereka ada hal lain yang lebih penting untuk ditumpukan... Jadi biarkanlah dulu, muncul juga tu nanti.

Paquin said...

Sementara itu, rakyat harus buka mata seluas yang mungkin dan nilailah dengan bijak.

Paquin said...

Kalau betul tanah tu bukan tanah NCR, bangunkanlah tanah tu dan pastikan pembangunan yang dibuat memberi kebaikan pada rakyat juga.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Hosie Masie said...

Itu sungguh mustahil, pemimpin sendiri telah memberikan penjelasan dan perhatian tetang masalah tanah ini. Mereka tahu apa yang dilaksanakan ini demi kebaikkan ekonomi dan pembangunan Kota Belud juga nanti.

Unknown said...

Sebagai pemimpin perlu menyakinkan penduduk apa tujuan sebenar dalam hal ini. Mungkin penduduk masih keliru dengan apa yang berlaku sebenarnya tambahan lagi perkara ini dipolitikkan oleh pembangkang.

nickko said...

saya cadangkan kumpulkan semua pihak yang terlibat.. syarikat Kinsamewah Shd Bhd, pemimpin2 KB/kerajaan, Jabatan Tanah dan Ukur, dan penduduk2 kampung sekitar.. bincangkan perkara ini secara profesional dan cari kata sepakat yang boleh memuaskan hati semua pihak.

Shamila said...

pihak mana yang benar ini - kerajaan atau rakyat? masing2 mengatakan sebaliknya...

Shamila said...
This comment has been removed by the author.
Shamila said...

jangan pula penduduk tempatan dituduh cuba untuk merebut tanah kerajaan..

Shamila said...

Secara logiknya, jikalau tanah itu dibuka untuk tujuan pelancongan, ianya akan mewujudkan peluang pelaburan asing maupun tempatan ke KB, yang seterusnya mewujudkan pekerjaan untuk penduduk tempatan.

JD said...

harap ada persetujuan bersama dari kedua2 pihak.

JD said...

tanah akan dibangunkan untuk manfaat rakyat di KB, jadi mengapa menolak peluang?

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.