Popular Posts

Sunday, August 14, 2011

NASIHAT KELAPA MAWAR KEPADA DATUK RAHMAN BERKAITAN TANAH WARISAN KG. RAMPAYAN


Saya memulakan artikel ini dengan mengimbau kembali 'kepercayaan' rakyat Kota Belud kepada Datuk Rahman yang bertanding selaku MP Kota belud pada PRU 12 yang lepas. Walaupun berlaku penurunan majoriti undi berbanding pemimpin sebelumnya, tetapi keputusan telah dibuat dan Datuk Rahman mencatat sejarah gemilang dalam hidup politiknya apabila Pekan Kota Belud merekodkannya sebagai kawasan pertama Datuk Rahman digelar 'Wakil Rakyat".

Sejak pengangkatan DARD selaku MP Kota Belud, banyak isu yang ditimbulkan ,dari isu 'orang luar' isu pengagihan peruntukan parlimen yang tidak sekata antara 3 DUN di Kota Belud, meleret kepada isu bekalan air bersih,isu Empangan Tambutoun dan pelbagai lagi isu yang diketengahkan. Namun semua itu tidak melenturkan semangat muda DARD membuktikan kepada kerajaan bahawa pemilihannya sebagai MP Kota Belud bukan dibuat secara terburu-buru tetapi atas reputasi dan kapasiti bakat kepimpinan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu hampir setiap isu di parlimen , DARD terlibat dalam memperdebatkannya. Hinggakan ramai yang melabelkan DARD sebagai pemimpin muda yang terburu-buru menonjolkan diri dan terlampau beriya-iya merealisasikan program yang dikelolakannya.

Isu Tanah Rampayan yang mahu dibangunkan oleh kerajaan dibawah pengendalian Syarikat Swasta yang khabarnya dimiliki oleh orang Putatan, nampaknya membelanggu politik DARD disaat-saat desas desus kononnya PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat. Setelah isu ini mendapat perhatian banyak pihak ,akhirnya DARD memberikan penjelasan dalam blognya ,walaupun ada pihak yang menganggapnya terlambat kerana dilakukan selepas memberikan kenyataan kepada media.

Walaupun begitu, daripada penerangan DARD itu, status tanah yang dipertikaikan yang berkeluasan 853 ekar itu, samada berstatus NCR atau tidak telah dapat diperjelaskan. Itu dari segi undang-undang. Namun dari segi 'maruah' dan 'adat turun temurun' masyarakat, mungkin boleh diperbincangkan.

Daripada beberapa perdebatan yang berlaku dalam FCB, Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan, nampaknya dianggotai oleh 2 ketua Kampung dan Pengerusi JKKK , kampung Rampayan ULU dan Kampung Rampayan Laut. Ertinya jika bersandarkan kepada analisa luaran, Ketua Kampung adalah 'wakil'kepada keseluruhan penduduk kampung berkenaan.

Seperti yang diperkatakan oleh Ahli jawatankuasa tersebut bahawa masyarakat Kampung tidak menolak kepada pembangunan, namun jika berdasarkan kepada beberapa projek pembangunan yang dilakukan dipersisir pantai sebelum ini seperti di Karambunai dan Tuaran sendiri, memperlihatkan kepada rakyat bahawa tidak ada apa-apa 'keuntungan' kepada penduduk setempat berkenaan ledakan pembangunan itu . Kawasan pantai dibangunkan dan dijadikan pusat pelancongan, sehingga masyarakat kampung tidak sudah sebebas seperti dulu, memunggut hasil laut dan sekali sekala mendapatkan ketam dan ikan. Ini barangkali yang menghantui masyarakat setempat.

Masyarakat Kampung agak hairan dan musykil kerana permohonan tanah tersebut telah dibuat awal oleh penduduk kampung tetapi 'didiamkan' dan hanya apabila syarikat yang 'entah dari mana' seperti yang didakwa memohon tanah berkenaan, kerajaan mengambil perhatian terhadap permohonan itu. Mungkin persoalan ini berleger di minda masyarakat kampung, Kenapa syarikat swasta boleh dipertimbangkan dalam permohonan tanah berkenaan, sedangkan mereka yang sudah hidup lebih dari 3 keturunan di kawasan itu tidak diberikan keutamaan?

"nasihat' berguna buat DARD ialah melakukan pendekatan secara berperikemanusiaan, yakni memikirkan adat serta budaya masyarakat setempat termasuk sensitiviti masyarakat mengenai hak ke atas tanah berkenaan yang tidak termaktub dalam perundangan. Iaitu memikirkan apakah natijah kepada penduduk kampung bila kawasan mereka dibangunkan dan dijadikan pusat pelancongan kelak. Apakah akan menjadi seperti Pantai Dalit di Tuaran?

Hasrat murni DARD dalam membawa pembangunan di Kota Belud sangat-sangat disanjungi. Malahan memikirkan kepentingan keseluruhan masyarakat Kota Belud dan mengenpikan kepentingan golongan minoriti ada kebenarannya. Namun memikirkan kaedah perundingan yang lebih terbuka termasuk mengadakan dialog dengan masyarakat kampung dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin suku ini iaitu Tan Sri Pandikar dilihat boleh meredakan 'persengketaan' ini.

Terima kasih kepada DARD atas kesungguhan yang ditunjukkan. Keterbukaan dalam menangani masalah ini sangat dihargai. Sebagai penduduk Kota belud, saya berkeyakinan bahawa harapan DARD untuk melihat masalah ini dapat diselesaikan secara 'menang-menang' akan dapat direalisasikan. Semoga segala usaha yang dirancang untuk kebaikan bersama dapat memberikan manfaat kepada daerah Kota Belud. Mohon! mengemukakan 'nasihat' kepada YB Datuk!

Daripada: kelapamawar.blogspot.com

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.