Popular Posts

Wednesday, November 3, 2010

SIAPA PANDIKAR AMIN KEPADA GENERASI SEKARANG DAN MENDATANG

Sejak suku minority irranun di kota belud berkecimpung dalam dunia politik tanah air, hanya seorang sahaja daripada pejuang-pejuang dalam kelangsungan politik suku ini terserlah di persada politik Malaysia. Kehebatan dan keberanian dalam menabur hujah telah menaikkan nama dan darjatnya sebagai wakil rakyat dahulunya dan sekarang, kerajaan Malaysia UMNO-BN telah memberi pengiktirafan sebagai seorang yang berjawatan tinggi dalam pentadbiran Negara yang boleh dikatakan ketiga selepas Agung dan Perdana Menteri dalam perlembagaan Negara, iaitu sebagai YDP Dewan Rakyat Parlimen Negara. Datuk seri panglima Tan sri Pandikar Amin Hj Mulia itu lah gelaran nya. Namun siapakah Pandikar di pandangan suku bangsa minority di kota belud?

Dalam konteks sebagai wakil rakyat dahulunya, pandikar Amin pernah menyandang sebagai wakil rakyat di Dun N.6 Tempasuk di daerah Kota Belud yang mewakili suku etnik minority irranun, bajau dan kadazandusun di Dun tersebut. Hakikat nya persoalan yang sering di suarakan oleh golongan muda masa kini ialah, lima (5) tahun beliau telah mewakili rakyat yang berada di Dun Tempasuk, apakah pembaharuan, pembangunan dan pembaikan yang beliau taburkan untuk generasi sekarang mengenang jasa dan pengorbanan beliau dalam memartabatkan tiga suku minority itu? Generasi sekarang tertanya-tanya apakah bentuk sumbangan Tan sri pandikar amin waktu itu sebagaimana projek agropolitan dan jelapang padi yang di laksanakan oleh datuk musbah? Walaupun sumber mengatakan bahawa Tan sri Pandikar Amin adalah “pelopor sebenar” projek yang menelan berjuta ringgit itu dan Musbah hanya di labelkan sebagai pelaksana. Hakikatnya yang harus di terima, datuk musbah adalah “pelopor” dan “pelaksana” projek itu di pandangan generasi masa kini?

Dalam pandangan dan analisis generasi muda dalam politik Datuk seri panglima Tan sri Pandikar Amin Hj Mulia sebenarnya tidak menampakkan kehebatan beliau dalam memperjuangankan maruah suku bangsa, sebaliknya generasi kini lebih menganggap beliau adalah seorang pejuang politik biasa. Sebahagian generasi kini mendakwah beliau tidak sedikit pun meninggalkan kesan di atas sumbangan beliau terhadap bangsa nya, malah ada di antara mereka mendakwah, hanya kepentingan suku sakat nya sahaja di beri perhatian dan penghargaan akan tetapi Kepentingan seluruh bangsa nya di abaikan. Masalah bekalan air? Masalah Jalan raya? Dan Masalah kemudahan asas yang lain yang menyeluruh tidak pula di Nampak kan akan berlaku satu “reformasi pemulihan” sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai wakil rakyat tempasuk waktu itu? Siapakah yang akan mentelaah generasi sekarang dengan perjalanan titih pejuangan sebenar Pandikar Amin dengan bangsa nya jika di katakan suku dan kerabatnya susah untuk di tembusi bagi melihat dan menilai sendiri akan perjuangan nya?

Majoriti di kalangan anak muda kota belud dari suku tiga etnik minority ini sering menyuarakan bahawa perjuangan tokoh politik irranun ini sukar untuk di selami kerana dengan wujudnya satu tembok jaring yang di bina oleh “orang kuat nya” maka titik mula perjuangan pandikar Amin tidak dapat di lepasi dan di selami malah akan terabai jika jiwa nurani anak muda kini tidak di tarbiyah dengan sebaiknya. Impaknya, anak muda kini lebih “selesa” “melabelkan” bahawa perjuangan Datuk Seri Panglima Tan sri Pandikar Amin Hj Mulia dalam politik kota belud adalah demi kepentingan peribadi, dan bukan kepentingan rakyat nya yang selama ini menyokong dan mendokong segala keperitan dan jatuh bangun politik nya. Siapakah Pandikar Amin kepada bangsa Kota Belud tanah tumpah darahnya?

15 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Murai,

1. Selepas beberapa tulisan KM yang ditujukan kepada DSSK secara khusus, saya sebenarnya sudah menjangka bahawa akan ada pula serangan terhadap TSPA. Ternyata ramalan saya tepat. Murai telah mengiyakan ramalan saya dengan artikel ini yang secara jelas seolah-olah sengaja memperkecil-kecilkan sumbangan Dan ketokohan TSPA.

2. Pun begitu, pada saya pemilihan TSPA sebagai subjek dalam artikel ini tidak lain Dan tidak bukan kerana Murai tahu, TSPA mempunyai ramai peminat Dan dengan yang demikian, Murai mahu tulisan dia jadi popular.

3. Namun demikian, dakwaan Murai bahawa kononnya golongan muda tidak tahu Dan mempersoalkan jasa TSPA adalah sesuatu yang tidak berasas Dan sengaja dibuat agar pembaca percaya kepada beliau. Realitinya, sumber yang rapat dengan TSPA memaklumkan kepada saya bahawa beliau mendapat sokongan yang kuat dpd golongan muda. Ini terbukti semasa perhimpunan umno lepas apabila sebahagian besar perwakilan yang terdiri dari golongan muda menyatakan kekaguman mereka terhadap kebolehan beliau Dan mereka juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. Selain itu, golongan intellectual irranun spt datu matlan, milus dan beberapa orang lagi khabarnya juga Ada berjumpa dengan beliau Dan menyatakan pendirian yang sama. Dengan keadaan sedemikian, saya Ragusa dengan kenyataan Murai tsbt. Barangkali, Murai mahu mencuba nasal kalau-kalau ada orang yang Akan tertipu.

...bersambung/-

Murai.KB said...

salam sdr BELUM PENDEKAR,

saya juga telah menduga bahawa jika penulisan ini mengaitkan TSPA, akan terkeluar lah hujah sdr mengenai nya.. itu juga menunjukkan bahawa ramalan saya tepat..!

namun dalam soal memperkecil-kecil kebolehan TSPA dalam konteks ini, sungguh tdk terniat. akan tetapi generasi kini seperti saya menyuarakan apakah bentuk sumbangan TSPA kepada bangsa nya? jika Tun Mustapha membawa seluruh ahli dan rakyat sabah merestui pelebaran saya UMNO ke sabah dan Tun masih di ingati oleh generasi kini dan juga selama lama nya. apakah salah saya menyuarakan bentuk sumbangan TSPA selama menjawat adun tempasuk suatu ketika dahulu? bagi saya itu adalah "hak" setiap rakyat nya selaras dgn dasar negara demokrasi.

sdr, mendakwah bahawa TSPA dan DSSK ramai peminat dan dgn itu jg penulisan saya menjadi tarikan kepada pembaca. ungkapan ini pernah di nyatakan oleh TSPA sendiri yg berbunyi"jika takut di lambung ombak, janga berumah di tepi pantai". bermakna, sdr mempunyai pemikiran sempit dgn alasan, isu tentang TSPA dan DSSK mempopularkn penulisan blogger, karut..! TSPA dan DSSk adalah bekas wakil rakyat di kota belud. dan kini ramai yg melabelkan TSPA dan DSSK sebagai pemimpin dari KB. adakah saya sebagai rakyat nya tdk berhak menyuarakan sebarang kemusykilan terhadap mereka? sedangkan dua orang ini pernah berkhidmat kepada rakyat KB dan dlm masa mereka menyelam, mereka jug sempat minum air di dalam kesengsaraan masyarakat kota belud yg dahaga bekalan air bersih.

dakwaan bahawa ramai golongan muda menyokong TSPA, itu adalah retorik semata. buktinya, lihat saja di laman2 facebook, blog twitter dgn DLL, pelbagai isu yg berbangkit sdr. sdr datu matlan, milus bkn generasi muda skrg, tapi mereka telah lahir dlm perjuangan TSPA sewaktu ketika dahulu.


bersambung/

Murai.KB said...

sambungan/

bicara mengenai generasi 40thn ke bawah, yang masih mengenal siapa dia YDP dewan rakyat parlimen? apakah sumbangan nya sehingga generasi kini tdk nampak akan kesan beliau mentadbir DUN tempasuk? DSSK membuat jalan bypass, sehingga kini penduduk mengingati nya dan lai-lain. tapi kepada TSPA hanya resort di mantanani dan ladang burung unta nya sahaja hanya generasi kini mengetahuinya itupun atas kapasiti kepentinangan peribadi,jadi bagaimana pula dengan generasi yang mendatang? memang benarlah nama TSPA akan tertulis pada buku sejarah politik nasional, tapi pada bangsa nya?.itu sebenarnya yang saya cuba sampaikan kepada pembaca.


salam hormat.
murai.kb

pendikar said...

saya setuju benar benar dgn penulisan ini kali, tiada guna bah TSPA itu jadi Adun di tempasuk, dia kasih isi saja perut dia.

nah, belum pendekar, kau ulas panjang isu TSPA kesayangan kau itu, kau bela dia baik2. nti orang buang daerah pula dia..hahahahaha


hahahahaha BP @ hantu hahahahahahahahahahahahaahahahhahah

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan...

4. Sebelum saya memberi penjelasan berkaitan tulisan Murai ini, saya ingin membetulkan fakta bahawa Jelapang Padi itu sebenarnya bukan dibawa oleh wail rakyat sekarang. Ianya adalah merupakan projek yang dirancang oleh kerajaan dibawah pekej pembangunan yang diarahkan oleh tan Sri muhyiddin yassin. Pun begitu, spt biasa akan ada orang yang mengambil nama atas usaha org lain. Dan, org2 spt murai yang sebenarnya tidak tahu apa2 pula mengiyakannya... Lalu, dicanangkanlah bahawa projek tsbt adalah projek DMJ. Perlu diingat, projek tsbt juga hanya melibatkan golongan orang tertentu sahaja dan bukan menyeluruh. Maksudnya tidak semua pengundi DUN tampasuk merasai hasilnya. Maka, tidak hairan jika ada pula yang mengkritik mengatakan DMJ hanya mementingkan kelompoknya sahaja.

5. Berbalik kepada sumbangan TSPA, saya fikir Murai ini seorang yang amat mudah lupa. Bukankah dull sdra Murai juga adalah salah seorang yang mendapat banyak sumbangan dan jasa bakti TSPA? Maka, bila sdra mempersoalkan mengenai sumbangan TSPA kepada masyarakat Irranun, saya tidak tahu lagi apa yang mahu dikata. Begitulah mudahnya manusia lupa akan jasa serta kebaikan orang lain.

6. Murai bersungguh-sungguh meyakinkan pembaca bahawa kononnya TSPA tiad a sumbangan fizikal spt jalanraya, air dsb. Saya sebenarnya tidak fikir dakwaan ini benar kerana sekolah-sekolah di Tamau, Rosok dan sebagainya dibina dan diperbaiki atas usaha TSPA. Beliau lah orang yang bertanggungjawab mencadangkan perkara ini kepada Pegawai Pendidikan Bahagian PBU pada waktu itu iaitu sdra Jame Alip. Untuk makluman, sk Nanamun juga termasuk dalam senarai berkenaan tetapi disebabkan oleh "masalah kekurangan murid", peruntukan untuk membaiki sk nanamun pada masa itu tidak diluluskan. Bak pepatah, orang yang bodoh akan bercerita mengenai apa yang TIDAK boleh dilakukannya tetapi orang yang bijak, tidak akan bercerita mengenai apa yang TELAH dilakukannya. Begitulah, TSPA tidak pernah bercakap mengenai apa yang telah dibawa olehnya..

...bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

sambungan/-

7. Namun demikian, pada saya secara peribadi sumbangan TSPA yang paling besar ialah beliau telah menjadi seorang pemimpin yang menjadi PELOPOR kepada keterbukaan minda masyarakat KB khususnya kaum Irranun. Kalau dull kita tidak akin bahawa orang susah yang berasal dari kampung ini boleh berjaya, tetapi setelah TSPA membuktikannya, pemikiran kita telah melonjak ke satu tahap yang lain yang mana kita kini yakin bahawa dengan asuhan yang betul, orang kampung yang susah ini juga boleh setanding dengan pemimpin lain dari bandar. Pada saya, sumbangan dari segi perkembangan minda dan ilmu pengetahuan ini lebih besar makna dpd sumbangan fizikal yang sedikit. Kalau kita benar-benar ingin maju, maka pengisian minda lah medannya. Kita tidak akan menjadi maju hanya kerana jalanraya kita elok, andai tahap pengetahuan kita "kosong".

8. Selain itu, perkara yang lebih besar yang sepatutnya dapat dilihat oleh orang spt sdra ialah sumbangan TSPA kepada negara. Dengan menyumbang kepada negara, bermakna TSPA juga telah menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat keseluruhannya termasuklah masyarakat Irranun. Maka, pada saya sdra berpandangan sempit tatkala mempersoalkan mengenai apakah sumbangan beliau.

9. Saya juga sebenarnya mempersoalkan "golongan muda" yang sdra rujuk dalam penulisan ini... saya percaya ia hanyalah khayalan sdra semata-mata. Ini adalah kerana golongan muda KB saya yakin lebih berfikiran terbuka dan terpelajar serta tahu mengenang budi, pandai menilai sumbangan pemimpin dan bukannya seperti yang sdra dakwa.

10. Terlanjur bercerita mengenai sumbangan, apa pula sumbangan sdra kepada masyarakat KB? dan, bandingkan dengan sumbangan TSPA, lihat dimana kedudukan sumbangan sdra sebum mempersoalkan sumbangan orang lain.

Salam
BELUM PENDEKAR
...bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai dan Pendikar,

1. Saya tidak tahu tahap mana kebodohan sdra berdua ini. Isu ini sudah dibincang dan diperkatakan banyak kali. Saya sendiri telah memperjelaskannya beberapa kali bahawa menjadi wakil rakyat bukanlah "ticket" yang membolehkan seseorang membuat apa saja yang dia inginkan untuk memajukan kawasan yang diwakilinya. Sila ambil maklum sekali lagi bahawa pembangunan di kawasan tertentu bergantung kepada jumlah peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan negeri setelah mengambilkira pembangunan di kawasan-kawasan yang lain. Sdra pernah mendakwa bahawa TSPA tidak mahu melepaskan kuasa kepada pemimpin muda, kalau itulah hakikatnya, apa sdra fikir TSPA itu BODOH spt sdra berdua sehingga sanggup melihat kawasan yang diwakilinya mundur? walhal, beliau tahu, kalau kawasannya maju, nama beliau juga yang akan naik dan itu akan menjadi tiket untuk beliau memegang kuasa selama-lamanya.

2. Ini menunjukkan bahawa sdra berdua ini memang jenis yang tidak tahu dan tidak faham akan prosedur pembangunan kerajaan. Kalau itu hakikatnya, saya maafkan sdra berdua di atas "KEJAHILAN" sdra sehingga menuduh bermacam-macam perkara yang tidak benar.

3. Hehehehehehe.... geli hati saya bila sdra meniru cara saya... tapi tidak apalah... memang patutpun sdra berdua belajar dari orang yang pandai... hahahahaha... Baik, mengenai sokongan golongan muda, saya fikir sdra ini bercakap benda yang sdra sendiri tidak tahu... kalau apa yang saya perkatakan ini karut, kita lihat saja apabila pemilihan pemuda UMNO bahagian kelak. Kita lihat orang siapa yang akan menang... Jangan pula bila calon pilihan sdra kale maka sdra dan konco-konco akan sekali lagi menyalahkan TSPA kononnya tidak memberi sokongan dan sebagainya. Jangan lupa, perkara ini pernah berlaku dulu dan sdralah antara orang yang kuat mengatakan demikian. Saya mat mukluk perkara ini kerana saya selalu bersama golongan muda ini di Kota Belud.


facebook dan lain-lain jade ukuran sdra, saya fikir memang benarlah sdra ini bercakap kosong. Tidakkah sdra tahu bahawa golongan muda tidak akan bercakap mengenai politik dalam fb?.. hanya orang tua yang mengaku muda spt sdra saja yang sibuk bercakap soal politik ini... orang muda lain rentaknya sdra.. jangan perkecil-kecilkan kemampuan mereka dengan mendakwa bahawa mereka ini gila politik mcm sdra...

5. Kalau sdra mengatakan bahawa golongan 40 than ke bawah tidak kenal dan tidak tahu siapa dan apa sumbangan YPDR kepada negara, maka saya tidak hairan jika mereka "termasuk" sdra mempersoalkan sumbangan TSPA. Ini adalah kerana, jelas sangat sdra serta orang-orang yang sdra rujuk tsbt tidak mempunyai pengetahuan mengenai sumbangan TSPA. Dan, saya percaya, sumbangan Tun Mustapha, sumbangan DSSK, sumbangan Tun Said, sumbangan Tun Sakaran dan banyak lagi tidak pernah mereka ketahui. Jadi, adalah tidak logic untuk menerima bahawa mereka ini kononnya tahu sumbangan Tun Mustapha yang sudah meninggal tetapi tidak tahu sumbangan TSPA yang masih hidup. Huhuhuhu... hujah bodoh lagi...

6. Sdra mengatakan bahawa TSPA dan DSSK samasa menjadi wakil rakyat seperti menyelam sambil minum air. Baik, saya ingin tanya sdra Murai setelah menjadi adun sekian lama, apakah tahap pemilikan harta TSPA berbanding adun yang baru sekarang ini?... saya tidak nampak TSPA ada rumah mcm istana, saya juga tidak nampak kereta mewah, maka dimanakah yang sdra katakana bahawa beliau cuma mengisi perut sendiri dan membiarkan kaumnya menderita?.. Yang saya tahu, rumah TSPA biasa-biasa saja. Soal ternakan burung unta, salahkan beliau memiliki sesuatu perusahaan?.. Tun Mahathir sendiri ada kedai menjual kek di Kuala Lumpur, maka bolehkah sdra mengatakan bahawa beliau mendapat semua itu hasil dari menjadi PM?

bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai dan Pendikar,

1. Saya tidak tahu tahap mana kebodohan sdra berdua ini. Isu ini sudah dibincang dan diperkatakan banyak kali. Saya sendiri telah memperjelaskannya beberapa kali bahawa menjadi wakil rakyat bukanlah "ticket" yang membolehkan seseorang membuat apa saja yang dia inginkan untuk memajukan kawasan yang diwakilinya. Sila ambil maklum sekali lagi bahawa pembangunan di kawasan tertentu bergantung kepada jumlah peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan negeri setelah mengambilkira pembangunan di kawasan-kawasan yang lain. Sdra pernah mendakwa bahawa TSPA tidak mahu melepaskan kuasa kepada pemimpin muda, kalau itulah hakikatnya, apa sdra fikir TSPA itu BODOH spt sdra berdua sehingga sanggup melihat kawasan yang diwakilinya mundur? walhal, beliau tahu, kalau kawasannya maju, nama beliau juga yang akan naik dan itu akan menjadi tiket untuk beliau memegang kuasa selama-lamanya.

2. Ini menunjukkan bahawa sdra berdua ini memang jenis yang tidak tahu dan tidak faham akan prosedur pembangunan kerajaan. Kalau itu hakikatnya, saya maafkan sdra berdua di atas "KEJAHILAN" sdra sehingga menuduh bermacam-macam perkara yang tidak benar.

3. Hehehehehehe.... geli hati saya bila sdra meniru cara saya... tapi tidak apalah... memang patutpun sdra berdua belajar dari orang yang pandai... hahahahaha... Baik, mengenai sokongan golongan muda, saya fikir sdra ini bercakap benda yang sdra sendiri tidak tahu... kalau apa yang saya perkatakan ini karut, kita lihat saja apabila pemilihan pemuda UMNO bahagian kelak. Kita lihat orang siapa yang akan menang... Jangan pula bila calon pilihan sdra kale maka sdra dan konco-konco akan sekali lagi menyalahkan TSPA kononnya tidak memberi sokongan dan sebagainya. Jangan lupa, perkara ini pernah berlaku dulu dan sdralah antara orang yang kuat mengatakan demikian. Saya mat mukluk perkara ini kerana saya selalu bersama golongan muda ini di Kota Belud.


facebook dan lain-lain jade ukuran sdra, saya fikir memang benarlah sdra ini bercakap kosong. Tidakkah sdra tahu bahawa golongan muda tidak akan bercakap mengenai politik dalam fb?.. hanya orang tua yang mengaku muda spt sdra saja yang sibuk bercakap soal politik ini... orang muda lain rentaknya sdra.. jangan perkecil-kecilkan kemampuan mereka dengan mendakwa bahawa mereka ini gila politik mcm sdra...

5. Kalau sdra mengatakan bahawa golongan 40 than ke bawah tidak kenal dan tidak tahu siapa dan apa sumbangan YPDR kepada negara, maka saya tidak hairan jika mereka "termasuk" sdra mempersoalkan sumbangan TSPA. Ini adalah kerana, jelas sangat sdra serta orang-orang yang sdra rujuk tsbt tidak mempunyai pengetahuan mengenai sumbangan TSPA. Dan, saya percaya, sumbangan Tun Mustapha, sumbangan DSSK, sumbangan Tun Said, sumbangan Tun Sakaran dan banyak lagi tidak pernah mereka ketahui. Jadi, adalah tidak logic untuk menerima bahawa mereka ini kononnya tahu sumbangan Tun Mustapha yang sudah meninggal tetapi tidak tahu sumbangan TSPA yang masih hidup. Huhuhuhu... hujah bodoh lagi...

bersambung/-

pendikar said...

mengarut saja belum pendekar ni, dia ckp begitu sbb membela imej TSPA itu. alah kalau benar kami nampak begitu, tidak payah melapik kan dengan kunun nya TSPA tdk menzahir kan sumbangan nya seperti jalan raya dan dll, tapi dia menyumbang dari segi pandangan dan idea..puuuurah..!! ingt bangsa nya budu ka tda pelajaran, klu setakat lulusan undang-undang, berlambak anak muda yang lebih mahir dari itu. bangga hanya sekerat ilmu, blm tentu ilmu itu selamatkan dia di neraka. amanah bangsa nya di biarkan begitu saja. buat malu saja. cukup lah membela diri sendiri..!!!

pendikar said...

kalau berkhidmat untuk negara, tapi bangsa nya di biar merana, apa cerita? ialah TSPA di sanjung di malaysia, bagaimana bangsa nya? meninggalkan bangsa untuk kepentingan dan mempopularkan diri, bagi saya itu sangat memalukan diri. ibarat ibubapa membesarkan anak, tatkala anak menjadi kaya,dan popular, langsung tdk mengendahkan ibubapa nya? adakah TSPA tanggang kepada bangsa nya? sungguh tdk ku duga..puuuurah..!!

Murai.KB said...

slm sdr Belum Pendekar

terima kasih diatas ulasan sdr itu..

Murai.KB said...

dan terima kasih juga kepada sdr pendikar yang tidak jemu-jemu membidas hujah sdr Belum Pendekar di laman blog saya.

anri said...

SALAM SAUDARA2 KU,

keterbukaan menjana minda telah hapus oleh tangan2 pecah dan perintah

kata2 ingin melahirkan modal insan kelas pertama lenyap tanpa hujah

soal rasa ingin berjuang untuk bangsa telah tiada

bersaing untuk menjadi no.1 sangat mudah tercipta

apakah benar wadah kita adalah bangsa?

naik setinggi kinabalu lupa tanam padi huma

acapkali kita selalu mengingati pengalaman yang lama kelamaan akan menjadi sejarah.(tapi kita masih mudah lupa...)

acapkali kita terlupa melihat pada mata burung kerana kita lebih suka melihat di bawah temporong

apakah benar kita sudah berubah?
masak nasi pun masih mentah

apakah benar kita sudah berjaya?
anak2 masih mandi di perigi buta

KB sangat jauh merana
prasarana daif masih berguna
YB2 berbicara banyak berbunga...(pokok semalu)
katanya anak muda pelapis kita (bukan pewaris/serah tugas kah?)
...anak muda masih di kampung tanam padi huma cari ikan haruan di sawah

nah...bukan siapa berubah atau yang mengubah

berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan

kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar

teras inilah yang UMNO ada sampai kepuncak dengan cemerlang

anak2 muda KB ingat kita sangat jauh kebelakang(mundurlah ba itu)

YB2 banyak mencanang idea2 kebangkitan(dari tahun 1994-2008).........?

APA SUDAH JADI BAH...?

pungguk said...

saya suka komen sdr anri, kilasan yang penuh makna. hanya orang yang memahami kilasan serupa itu faham makna tersurat dan tersirat nya. kepada TSP, artikel ini ada pro dan kontra nya, terima seada nya kerana ini adalah pandangan rakyat mu di luar sana.

Sniper said...

Salam,

sekali lagi meminjam kata-kata seseorang :-

1. "Dia tahu dan sebenarnya dia tahu bahawa dia tahu, golongan ini harus dijadikan pemimpin"

2. "Dia tahu dan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia tahu, golongan ini harus dipimpin"

3. "Dia tidak tahu dan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu, golongan ini harus diberi petunjuk"

4. "Dia tidak tahu dan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu, golongan ini harus dihindari kerana kesesatannya"

apabila diamati sdra 'pendikar, dalam golongan yang keempat dan perlu dihindari....hehehe...

pendikar bak kata orang

"Tatkala nelayan bercakap mengenai kepakaran menanam padi"

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.