Popular Posts

Monday, November 8, 2010

"DELIMA PRK" DI DAERAH KOTA BELUD

Dalam pemerhatian penganalisis politik di pilihan raya kecil batu sapi di sabah baru-baru ini telah memberi kejutan kepada penduduk di situ mahu pun di luar dengan “kelulusan” peruntukkan terus dari pihak kerajaan. Selain daripada bermotifkan politik, kerajaan BN juga merasa wajar dengan tindakan yang drastik itu kerana telah melihat sendiri kedaifan hidup yang begitu menyayat hati para pemimpin yang datang berkempen dalam PRK itu. Walhal kawasan itu telah lama di tadbir oleh PBS-BN, mungkin kah penduduk batu sapi sekali lagi tertipu oleh janji manis kerajaan BN?

Melihat penyaluran terus beberapa projek itu di batu sapi, penduduk di kota belud sekarang merasa di dalam “delima prk”, dengan membekal kan hujah masalah yang selama ini membelenggu penduduk di daerah ini akan berakhir jika PRK dalam masa terdekat ini juga diadakan. Namun hakikatnya yang harus di terima oleh penduduk kota belud adalah mustahil untuk datuk rahman meninggalkan kerusi parlimen di daerah ini, oleh yang demikian itu “delima prk” di kota belud akan terus menjadi bualan ilusi kedai-kedai kopi di daerah kota belud. ramai pemerhati politik di kota belud berani membuat kenyataan bahawa, hanya bahang pilihan raya akan dapat menyelesaikan masalah-masalah kemudahan asas (bekalan air bersih), jalan berturap, kesesakan lalu lintas, pemparitan yang tidak sempurna, dan sebagai nya yang telah lama berkurun membebani kehidupan rakyat di daerah ini.

Merujuk kepada fakta sejarah politik lampau, daerah kota belud telah mencipta nama kegemilangan UMNO di sabah mula nya. Pembubaran parti USNO yang di pimpin oleh Tun Mustapah waktu itu adalah satu pengorbanan besar penduduk sabah khususnya di kota belud kepada parti UMNO semenanjung. Malang nya pengorbanan itu di simbolik kan sebagai tindakan biasa oleh ahli umno. Segala titik tolak pengorbanan penduduk kota belud di ketepikan, malah lebih di bebani oleh masalah-masalah kemudahan dan keperluan asas. Adakah ini salah pemimpin kita(kota belud) sendiri dengan kerakusan mengejar harta durjana atau salah pemimpin kerajaan pusat yang mentadbir Negara Malaysia?

Adalah satu kewajiban kepada yang bergelar pemimpin dalam menangani masalah-masalah rakyat di bawah pimpinan nya, namun melihat secara harfiah nya, para pemimpin yang ada tidak pula menampak kan akan kegusaran hati melihat rakyat nya yang hidup dalam masalah-masalah hangat yang di perdebatkan oleh rakyat nya itu. Sungguh malang daerah kota belud yang mendapat pemimpin seumpama ini. Ketidakpentingan mereka(pemimpin) kepada isu ini akan mengundang “laknat” rakyat kepada mereka yang terlalu ghairah dalam mengecap cita-cita. Mungkin kah istilah pemimpin diktator, pemimpin durjana, pemimpin seraka yang hendak mereka dengari keluar di mulut rakyat nya?

Penduduk kota belud hanya perlu bersabar kerana aura PRU 13 bakal menjelang semakin di rasai, tetapi adakah situasi prk batu sapi akan berlaku serupa di kota belud? atau BN hanya bermodal kan “wang ringgit” seperti sebelum nya? Jika sebaliknya maka pengundi muda akan lebih cenderung memangkah pakatan rakyat berbanding Umno-BN di kota belud dengan alasan “setakat sekeping RM50, nilai nya hanya sejam, tapi mereka (UMNO) memerintah lima (5) tahun, adil ka begitu?” kehendak suku minority suku di kota belud belum lagi di penuhi, tidak payah bermimpi nak memerintah kami lagi, kalau ini yang kamu (umno) beri balasan kepada kami juga kepada anak cucu kami”. Adakah kenyataan seumpama ini meracuni pemikiran pengundi kota belud?

10 comments:

WARTAWAN said...

SDR MURAI, MASALAH PENDUDUK DI SINI ADALAH KEMUDAHAN ASAS, MEMANG PATUT PUN PENDUDUK DALAM "DELIMA" PILIHAN RAYA. SAYA TURUT SERIBU KEHAIRANAN KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL, SABAH KUBU KUAT BN, TAPI INSFRASTRUKTUR NYA JAUH KETINGGALAN DARI NEGERI-NEGERI PEMBANGKANG. KEBARANGKALIAN INI ADALAH STRATEGI MEREKA SUPAYA RAKYAT DI SABAH TERUS MENGHARAP IHSAN MEREKA DENGAN ITU PENGUNDI TERUS MEMANGKAH BN DENGAN MANIFESTO HANYA BN MAMPU BERI PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT.

BELUM PENDEKAR said...

Murai,

1. Percayalah telahan sdra mengenai pemikiran masyarakat KB adalah salah. Kalau pun Ada yang berfikiran spt Murai, bilangannya masih sedikit berbanding mereka yang berfikiran sebaliknya. Telahan sdra mengenai Pengundi bat sapi temporari juga ternyata Meleset. Malangnya, murai tidak pulak merasa malu kerana telah silap walaupun memberi komen bermcm-mcm.

2. Seperti di batu sapi, orang kb juga bijak memilih yang mana yang hanya pandai bercakap mcm Murai dan sebaliknya. Lumrah dunia murai, lebih mudah mengkritik dari membina.

Salam
BELUM PENDEKAR

Sniper said...

saya amat berstuju dengan pendapat BP...ianya adalah isu yang amat terpencil...telahan-telahan sebegitu hanya untuk merancakkan sahaja pengguna internet ke arah provokasi...seperti juga blogger yang lain akan merasa gembira dan tersengih apabila blognya dipenuhi oleh komen-komen samada membina ataupun tidak...jadi penulisan sebegini hanya untuk kepentingan emosi semata-mata dan itu hanya menjurus kepada hipokrit...tak gitu BP??

P/s: mana yang lebih baik, hipokrit atau talam dua muka??

Sniper said...
This comment has been removed by the author.
Sniper said...

wartawan dah buat analisis ke mengenai infrastruktur sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri pembangkang?..kalau infrastruktur mereka lebih maju kenapa kerajaannya dahulu jatuh ke tangan pembangkang?

sharifdol said...

penulis dan pengomen = 2x5,5x2..hehehehe

sniper, mahu menonjolkan ulasan nya yg panaassss seperti goreng pisang kepada pembaca dan penulis,2x5=5x2.

Sniper said...
This comment has been removed by the author.
Sniper said...

penulis dan pengomen = 2X5,5X2..hehehe...termasuklah ko tu sharifdol sebab ko pun pengomen...tulah jangan meludah ke langit kan jatuh ke muka sendiri...jadi,...lap lah sendiri...hehehe

P/S: ludah campur kahak

BELUM PENDEKAR said...

Sdra sniper,

1. Jawapan yang cukup baik dan tepat terkena ke batang hidung si sharifdol.... Dia ingat dia terrer lah konon tu... Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah........ Mcm mana sharifdol? Sedap?... Sebab tu lain kali jangan main lepas cakap saja... Kan dah terludah muka sendiri...

2. Teruskan sdraku Sniper... Sesekali kena buat mcm tu baru mereka ni faham...

Salam dari kekanda
BELUM PENDEKAR

Sniper said...

Salam Kekanda BP,

kekadang tersengih juga sendiri apabila membaca komen2 yg terdorong oleh emosi semata-mata...rasa geram pun ada...tapi itulah hakikatnya dunia cyber...emosi tidak diambil kira untuk melontarkan idea2 yang bernas mahupun sebaliknya...pun begitu, alangkah moleknya jika sesuatu isu itu diperdebatkan secara ilmiah agar pembaca boleh mendapat sesuatu input agar menimbangkan yang baik dan buruknya...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.