Popular Posts

Tuesday, November 16, 2010

APAKAH GENERASI MUDA MENOLAK KEPIMPINAN DI KOTA BELUD

Sejak 10 bulan lepas saya berkecimpung dalam dunia blog bagi mengutarakan pendapat dan pandangan serta kritikan berdasarkan fakta reality yang di tinggal kan oleh pemimpin budiman dahulu dan selama nya, maka saya telah meneliti dan menilai bahawa golongan muda masih lagi berpegang kepada prinsip bahawa pemimpin dulu dan baru harus mengubah “landskap” kepimpinan dan harus membuat “transformasi” dalam pendekatan kepada golongan ini bagi meraih sokongan yang mantap. Bukan itu sahaja malah mencakupi penuntutan untuk melangsaikan janji dan masalah yang membelenggu penduduk. Bukan mengagungkan generasi ini akan tetapi sumbangan kepada undi dan jentera parti sangat mempengaruhi dan memerlukan golongan ini. Adakah golongan mudah di sifatkan sebagai menolak kepimpinan di kota belud? atau golongan ini ingin membuat satu “ledakan suara” transformasi kepimpinan di daerah ini khususnya.

Sebelum ini, ada yang mengetengahkan hujah bahwa, golongan ini masih berpaut pada satu pohon kepimpinan teguh di daerah ini, nama seperti sdr tadzul, sdr barur (ketua pemuda) sdr arshad, sdr idris, sdr roslan, sdr mazlan, sdr yunus dan beberapa lagi golongan intelek yang di senaraikan antara golongan muda yang taat setia kepada pemimpin di daerah ini, walau pun begitu, generasi di bawah perhatian golongan intelek itu adakah sehaluan dalam satu hala perjuangan? Jika “ya” maka timbul satu persoalan kepada intelek irranun, kemanakah kehadiran sebahagian golongan muda ketika wadah baru irranun (PERISA) di tubuhkan?(contoh yang nyata). Jika “tidak” apakah generasi muda irranun menolak kepimpinan di kota belud? dan jika golongan muda di labelkan sebagai “atas pagar” maka siapakah pula menjadi pilihan mereka?

Penganalisis golongan ini mesti bijak untuk mengetahui dan menilai kemahuan yang di suarakan, jika ianya releven untuk di ketengahkan, apakah salah jika perkara itu di perhalusi oleh pihak yang berperanan. Saya optimis bila mana satu program khas di laksanakan untuk mengetahui tahap sokongan atau kehendak golongan muda di daerah ini di dengari oleh mana-mana pemimpin di daerah ini. Perdebatan bukan isu baru yang di lakukan, malah itu lah seharusnya yang perlu di lakukan oleh mana-mana pihak yang inginkan kepastian serta jawapan yang telus. Jika sebelum ini masalah air membelenggu masyarakat, maka tampilkan diri sebagai pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab segala persoalan yang di berikan. Jika hanya mendiamkan diri maka itu lebih mengundang spekulasi dan persepsi negative rakyat kepada para pemimpin. Jika DARD berjanji menyelesaikan masalah air dan di luluskan peruntukkan bagi menyelesaikan masalah ini, seharusnya tampil memberi jawapan kenapa masalah ini yang masih membelenggu masyarakat? jika penduduk mempersoalkan sejumlah peruntukkan kepada DMHJ dan DJA, maka wajib untuk beliau tampil beri penjelasan?

Datuk Herbert timbun berkemampuan merealitikan kehendak keperluan asas penduduk di kawasan nya, kenapa pula pemimpin sebagai Ahli Parlimen, Adun Tempasuk dan Adun Usukan tidak berbuat demikian rupa? Bukan saya mengatakan bahawa datuk Robert timbun telah menunaikan tanggunjawab sepenuhnya akan tetapi cukup untuk kita buat perbandingn di kawasan yang beliau wakili dan di kawasan Dun Usukan dan Dun Tempasuk. Memilih untuk memaparkan kenyataan dalam blog,sebenarya langkah yang belum cukup bijak, kerana, daerah kota belud belum sampai ke tahap memuaskan dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi computer, akan tetapi seharusnya tampil ke hadapan rakyat untuk menjelaskan sesuatu kepincangan dalam menangani masalah ini.

Sememangnya proses sesuatu permohonan dan perlaksanaan projek adalah rumit dan memerlukan masa yang agak lama. Namun persoalan yang mesti di jawab oleh pemimpin, berapa lama UMNO mengambil tapuk kepimpinan di daerah ini? Berapa orang pemimpin yang ada di daerah ini? Berapa tahun mereka memimpin kawasan mereka wakili? Berapa usaha dan ikhtiar yang mereka lakukan? Berapa jumlah peruntukkan yang di luluskan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini? Berapa kali pemimpin bersilih ganti? Ada yang berjawatan bekas ketua menteri, ada yang berjawatan YDP spekear dewan rakyat, ada yang timbalan menteri pertanian, ada yang setiausaha umno negeri, Adun dan pelbagai jawatan lagi yang pernah di sandang. Adakah ini masih belum cukup untuk mencari jalan penyelesaian dalam masalah ini? jika jawapan "belum cukup" maka jangan melabelkan bahawa golongan muda masih sehaluan dengan pemimpin-pemimpin ini.

11 comments:

Sniper said...

Salam,

Pada pendapat saya, saudara MI tidak mendalami fakta cuma berpaksikan logik semata2...bagaimana boleh saudara mengatakan dengan rasa yakinnya kepimpinan Herbert (bukan robert) mampu merealisasikan (merealiti) kehendak keperluan asas penduduk di kawasannya?

Kenapa mudah sangat menuding jari dan membuat andaian yang negatif terhadap pemimpin yang MI kurang gemar dan tidak melihat ke arah yang lebih positif…atau memang lumrah manusia melihat perkara yang baik dengan sebelah mata mereka dan yang buruk akan membeliakkan kedua-dua matanya. Adakah bagi MI semua pembangunan yang telah berlaku di KB bukan daripada hasil usaha para pemimpin?adakah ia hasil usaha rakyat sendiri? Adakah rakyat sendiri yang hadir ke Dewan Rakyat/ Dewan Negara? Kenapa rakyat memilih pemimpin2 ini?..kerana rakyat memberi ruang dan peluang selama 5 tahun kepada untuk berkhidmat kepada masyarakat?..jika ia tidak sesuai maka keputusannya juga ditangan rakyat…jadi kenapa kita sebagai masyarakat dari kalangan intelektual tidak memandang perkara ini kepada yang positif terlebih dahulu??…jadi penulisan seperti ini hanya berbau spekulasi dan provokasi semata-mata…memanipulasi minda rakyat agar terpesong dari kenyataan.

Bagi saudara MI dalam masa 10 bulan menceburi dunia blog keinginan untuk menulis membuak2 dan hilang kawalan minda dalam melontarkan fakta menyebabkan ia tersasar jauh. Penulisan saudara banyak menggunakan andaian dan hipotesis.

Pada pendapat saya lagi, MI sangat seronok apabila komen2 yg akan diutarakan oleh para blogger dimuatkan dengan banyak berkenaan isu ini dalam blog MI…yang pada pendapatnya ia sebagai mendapat sambutan hangat untuk menyaingi blog2 yang lainnya.

Saya mewakili seramai belia yakni golongan muda tidak pernah menolak kepimpinan sesiapa di daerah kota belud, ini sekali gus menolak idea yang MI utarakan..kami berpendapat, tidak perlu bertanyakan apa yang pemimpin dapat buat untuk kami, akan tetapi apa yang dapat kami sumbangkan kepada pemimpin untuk membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat dari segi tenaga mahupun idea2.
Salam..

P/S: kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

Sniper said...

Salam,
Pada pendapat saya, saudara MI tidak mendalami fakta cuma berpaksikan logik semata2...bagaimana boleh saudara mengatakan dengan rasa yakinnya kepimpinan Herbert (bukan robert) mampu merealisasikan (merealiti) kehendak keperluan asas penduduk di kawasannya?
Kenapa mudah sangat menuding jari dan membuat andaian yang negatif terhadap pemimpin yang MI kurang gemar dan tidak melihat ke arah yang lebih positif…atau memang lumrah manusia melihat perkara yang baik dengan sebelah mata mereka dan yang buruk akan membeliakkan kedua-dua matanya. Adakah bagi MI semua pembangunan yang telah berlaku di KB bukan daripada hasil usaha para pemimpin?adakah ia hasil usaha rakyat sendiri? Adakah rakyat sendiri yang hadir ke Dewan Rakyat/ Dewan Negara? Kenapa rakyat memilih pemimpin2 ini?..kerana rakyat memberi ruang dan peluang selama 5 tahun kepada untuk berkhidmat kepada masyarakat?..jika ia tidak sesuai maka keputusannya juga ditangan rakyat…jadi kenapa kita sebagai masyarakat dari kalangan intelektual tidak memandang perkara ini kepada yang positif terlebih dahulu??…jadi penulisan seperti ini hanya berbau spekulasi dan provokasi semata-mata…memanipulasi minda rakyat agar terpesong dari kenyataan.
Bagi saudara MI dalam masa 10 bulan menceburi dunia blog keinginan untuk menulis membuak2 dan hilang kawalan minda dalam melontarkan fakta menyebabkan ia tersasar jauh. Penulisan saudara banyak menggunakan andaian dan hipotesis.
Pada pendapat saya lagi, MI sangat seronok apabila komen2 yg akan diutarakan oleh para blogger dimuatkan dengan banyak berkenaan isu ini dalam blog MI…yang pada pendapatnya ia sebagai mendapat sambutan hangat untuk menyaingi blog2 yang lainnya.
Saya mewakili seramai belia yakni golongan muda tidak pernah menolak kepimpinan sesiapa di daerah kota belud, ini sekali gus menolak idea yang MI utarakan..kami berpendapat, tidak perlu bertanyakan apa yang pemimpin dapat buat untuk kami, akan tetapi apa yang dapat kami sumbangkan kepada pemimpin untuk membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat dari segi tenaga mahupun idea2.
Salam..
P/S: kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

Murai.KB said...

salam sniper,

terima kasih atas teguran itu, sy amat menghargai nya. sy akan memperbetulkan di masa akan datang. kekadang kita menaip tdk mengimbas kembali apa yg di taip. maklum lah saya seorang penjawat awam. masa utk menulis terhad bagi saya. wlu pn begitu, sy ttp menulis wlu masa mencemburui sy dan penulisan sy di kritik habis, bagi sy itu adlah hnya provokasi utk melemahkan sy tapi itu sebenarnya memberi sy kekuatan utk menulis, kerna perjuangan sy utk bangsa bukan nama atau jwtan durjana. sy akan sentiasa berjuang, berjuang dan berjuang utk membela nasib bangsa di alam maya ini.

saya tertarik dgn ulsan sniper, bila mgatakan sy berasa seronok bila komen di muatkan di ruang blog sy. geli hati saya mendengarnya(pinjam ayat BP). bagi sy lagi sy suka, tdk lah pening melayan komen yang membela pemimpin budiman sniper tu. dan sy tdk mgharap komen dr sesiapa. siapa komen bermakna punyai pendapat dan pandangan sendiri. bagi sy sniper juga terlalu beremosi memberi komen. sniper berani menipu golongan muda kini dgn mnyatakan kononya sniper mwakili golongan belia,walhal siapa sdr yg mwakili mereka. utk pengetahun sniper, sy terlalu dekat dgn golongan ini.bagi sy tdk perlu sy dedahkn siapa sy, tapi cukup membuktikn PRU13 akan dtg akan berlaku transformasi undi golongan ini besar-besaran. jika pemimpin ini masih di tapuk yg lama. tunggu dan lihat shaja.

pendikar said...

tak kan sniper je, mana BP@TSPA tu...hehehehehehehehehe

pendikar said...

selepas BP, sniper lah pula, lepas sniper, pistol pula dtg, lepas pistol, machine gun lagi dtg..lepas tu ntah lagi lah..hehehehehehehehe

berani buat berani tanggung wahai murai celupar..hehehehehehehehehe...

tapi saya mahu BP@TSPA tu bagi komen, sbb dia kn hantu@BP hahahahahahahahahahahaha...

bye murai sendiri tanggung okey..hahahahahahahahahaha

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Pendikar,

Saya Akan komen kemudian... Tungguuuuuuuuuuuu........
Hantu yang Akan mematah-matahkan sayap burring Murai Akan datang...... Tunggu ya.... Hehehehehehehehehehehe.

Salam,
BELUM PENDEKAR

Sniper said...

salam murai,

siapa yang tipu siapa ni...belia mana yang saudara wakili,..kalau setakat belia kampung ja tak ramai mana....jangan hipokrit sangat...jangan sembarangan menuduh orang menipu,..cermin diri dan muhasabah diri dulu sebelum menjatuhkan air muka seseorang...

Sniper said...

..apa2 pun kagum dengan murai kerana menerima teguran yang membina......

ROJOKOBOG said...

Salam Murai KB,
Generasi muda atau lebih dikenali belia remaja di Daerah Kota Belud pada hemat saya tidak menolak bulat-bulat kepimpinan di Kota Belud, mentaliti dikalangan belia di Malaysia Timur ( Sabah/Sarawak ) agak berbeza dengan pemikiran belia di Semenanjung Malaysia, tetapi kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri berdasarkan situasi semasa juga perubahan zaman.
Berbalik kepada persoalan belia di Kota Belud, kepesatan ekenomi yang melanda Malaysia dalam era pemerintahan Tun Mahathir turut melimpah ke Kota Belud ketika itu tanpa disedari oleh segelintir masyarakat, tetapi pada masa kini ada sedikit penurunan semenjak Dato Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada PM ke-5, kita di Kota Belud khasnya amat merasai gelombang penurunan geraf ekenomi ini, para pemimpin di Kota Belud tercari-cari rentak untuk menaiktaraf ekenomi ke paras yang boleh meyakinkan masyarakat Kota Belud, dengan peruntukkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak dapat menutup semua permasalahan asas penduduk Kota Belud, nampaknya isu ini mendatangkan musibah di benak pemikiran segelintir penduduk Kota Belud, ada dikalangan org ramai berpendapat bahawa semua YB-YB mempunyai peruntukkan yang mewah tetapi sebaliknya tekaan tersebut meleset jauh,sebagai contoh Jawatan Pembantu Menteri di satu Kementerian tidak ada peruntukkan yang disediakan khas untuk mereka kecuali peruntukkan ADUN, memang kita tidak dapat nafikan bahawa Daerah Kota Belud masih memerlukan keperluan asas yang mesti diselesaikan oleh pemimpin dengan kerjasama masyarakat setempat. Adalah diharapkan kepada para pemimpin masa kini yang menerajui kepimpinan Daerah ini akan dapat mencari suatu penyelesaian yang mutlak bagi mengatasi masalah yang telah berlarutan sejak dulu lagi, kita sebagai masyarakat Kota Belud harus berani berubah kearah penyatuan demi masa depan anak cucu kita, pemimpin khasnya di Kota Belud harus peka kepada jeritan batin setiap pengundi akar umbi termasuk pengundi baru di kalangan belia dan beliawanis dalam skop yang tertentu, keperluan asas seperti air, jalanraya, eletrik, sekolah dll hendaklah diutamakan.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Murai,

1. Seperti yang saya janjikan, saya akan memberi komen kepada tulisan sdra kali ini.

2. Membaca tulisan sdra, saya rasa mcm nak tergelak sebenarnya. Perasaan ini menjadi lebih kuat apabila saya membaca potongan coretan sdra yang kononnya sdra ini rapat dengan golongan muda yang sdra maksudkan. Seperti soalan adinda Sniper, golongan muda mana yang sdra dakwa sdra rapat dengan mereka ini?.. dan berapa ramai?.. dan, saya juga ingin tahu golongan muda tahap mana yang sdra wakili ini?..

3. Sdra murai, janganlah bermimpi disiang hari... kalau setakat mengaku bahawa sdra rapat dengan ramai golongan muda, siapa-aiapa pun boleh.. Tapi, apa yang diambilkira ialah hakikat sebenarnya.. Kalau dikira, saya dan juga adinda Sniper juga rapat dengan golongan muda ini tetapi kami tidak pernah mengaku dan menunjuk-nunjuk bahawa kami ini kononnya rapat dengan mereka. Kami berbuat demikian kerana kami tidak mempunyai agenda selain daripada ingin melihat KB maju kehadapan dibawah pimpinan yang betul dan didokong oleh kesatupaduan masyarakat KB tanpa mengira sukubangsa dan keturunan. Bagi kami yang sealiran pendapat ini, hubungan rapat kami dengan golongan muda, akan kami gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan semua pihak kelak. Dan, saya sahut cabaran sdra.. kita tengok saja dalam PRU-13 nanti, samada dakwaan sdra atau saya yang benar.

4. Maka, berdasarkan pergaulan kami dengan golongan muda ini, jawapan saya kepada soalan sdra ialah... tidak seperti pemikiran sdra, golongan muda di KB sekarang ini majoritinya menyokong kepimpinan di KB. Mereka tahu bahawa menjadi wakil rakyat bukan bermaksa seseorang itu telah mempunyai "lampu ajaib" yang boleh menjelmakan apa saja yang kita inginkan. Golongan muda di KB sekarang ini amat maklum bahawa "untuk mencari seribu tentera itu memang mudah, tetapi mencari seorang jeneral, adalah amat sukar".

5. Hanya orang yang tidak sedar diri spt sdra saja yang tidak tahu menilai malah sebaliknya merasa bahawa semua orang layak menjadi "jeneral" termasuklah sdra barangkali.. hehehehehehe...

Salam
BELUM PENDEKAR

Datu pitung said...

SALAM SDR ROJOKOBOG

saya setuju dgn komen sdr, sy juga berpendapat demikian golongan belia tidak menolak sepenuhnya kepimpinan di kota belud. keberangkalian apa yang cuba di sampaikan ialah penolak kan cara pemimpin yang ada di kota belud. kemudahan asas masih lagi bermasalah walaupun banyak aduan dan rintihan penduduk di kota belud. kebarangkalian itu lah yang di maksudkan. tapi tidak di nafikan golongan ini mmg sukar di tafsir keinginan nya.


salam hormat
datu pitung

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.