Popular Posts

Sunday, November 6, 2011

DATUK SALLEH LUPA DIRI KATA KELAPA MAWAR


Semenjak Datuk Salleh mendapat 'kepercayaan' daripada Musa Aman dengan menduduki beberapa jawatan politik seperti Penasihat Sains kepada Ketua Menteri dan kemudian dilantik ke beberapa jawatan penting dalam agensi kerajaan dan kemudiannya menjadi Speaker Dewan Undangan negeri, Salleh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Negeri dilihat seperti 'belangkas' dengan Musa Aman. Di mana-mana majlis sama ada ia patut dihadiri oleh Salleh atau tidak, nescaya rakyat akan mendapati Salleh berada di samping Musa Aman. Seolah-olahnya Salleh adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, mendahului pemimpin yang menduduki kerusi berkenaan seperti Datuk Yahya Husin dan Tan Sri Pairin Kitingan.



Malahan dalam beberapa kes melibatkan layanan pemimpin parti komponen terutama LDP kepada Musa Aman, Datuk Salleh menjadi jurucakap kepada Musa Aman sehingga Salleh dianggap oleh kebanyakkan penganalisis politik tempatan sebagai "Hero Zorro: kepada Musa Aman.


Salleh jugalah yang menempelak pimpinan LDP yang tidak menghadiri majlis sambutan Hari Raya Musa Aman beberapa bulan lepasd. Salleh jugalah yang secara terang-terang membuat kenyataan menyokong penuh pimpinan Musa Aman di Sabah. Salleh jugalah yang pertama kali mengumumkan USBO akan menjadi NGO di Sabah yang menjadi ahli bersekutu bagi BN. Salleh jugalah yang memanjatkan pujian kepada Musa Aman kerana berjaya mengurus ekonomi negeri Sabah dengan baik:


" Pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri Sabah ( Musa Aman) yang membolehkan keadaan ekonomi negeri ini berada pada tahap yang terbaik".


Begitulah antara kenyataan Salleh ketika merasmikan Premis baru Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di KKIP kelmarin.


Di Sabah Sallkeh dilihat sebagai politikus yang cukup opportunis, Mengambil kesempatan atas ruang yang diberikan. Salleh dikatakan membuat strategi sedemikian untuk mendapatkan kembali kepercayaan Najib setelah Salleh ketika menjadi ketua UMNO KB tidak bertindak mencalonkan Najib dalam pemilihan sebagai naib presiden UMNO pada tahun 2000.
Salleh juga berusaha untuk mengembalikan kepercayaan Musa Aman setelah perananya dalam USBO pada 2008 disalahertikan oleh Musa sehingga pimpinan USBO diketepikan daripada calon PRU 12.



Salleh sekarang berusaha membuktikan kepada Musa Aman dan Najib bahawa beliau boleh menjadi 'kawan' dan mempergunakan media massa arus perdana di Sabah untuk memaparkan berita tentang kenyataan positifnya terhadap kepimpinan Musa Aman.



Apakah Musa Aman tidak terfikir bahawa 'kawan" yang ingin tidur sebantal tidak akan mahu berkongsi mimpi yang sama? Apakah mimpi Salleh selain dari kerusi "Ketua Menteri" yang pernah didudukinya melalui sistem penggiliran tetapi bertempoh. Kerana bertempoh lah maka ramai pemimpin sabah yang pernah menduduki kerusi hikmat itu tidak cukup merasa puas, malah mahukan kembali merasa semula.

Oleh : Kelapa Mawar.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.