Popular Posts

Monday, October 11, 2010

RAKYAT KESAL KEPADA YANG BERGELAR PEMIMPIN KOTA BELUD

Pada 10/10/2010 adalah tertulisnya tarik bersejarah kepada semua penduduk kota belud di mana berlangsung nya satu majlis rumah terbuka raya yang di hadiri tertamu terhormat datuk shafie apdal dan di gandingkan oleh sdr awadnir matangal selaku pengerusi persatuan kontraktor (PKMM). Di anggarkan lebih daripada enam (6) ribu penduduk dari pelbagai suku bangsa sekitar kota belud membanjiri tapak majlis tersebut. Datuk shafie di ketegorikan sebagai pemimpin luar dari daerah kota belud, namun apa yang menyedihkan, tiada seorang pemimpin kota belud (selaku pemimpin tuan rumah) yang hadir bagi memeriahkan sambutan itu. Kemana para pemimpin kota belud sewaktu itu?

Perkara seumpama ini di sifatkan kebanyakan masyarakat adalah sangat memalukan, daerah kota belud mempunyai lima (5) orang pemimpin politik seangkatan dengan datuk shafie apdal dalam parti politik UMNO-BN, namun tidak ka mengamit permainan minda rakyat jika rakan seperjuangan hadir untuk memeriahkan daerah kota belud, sebaliknya para pemimpin kota belud di sifatkan sebagai tuan rumah tidak pula kelihatan hadir menyambut tetamu terhormat dengan budi tatasusila. ke mana datuk rahman? ke mana datuk musbah? ke mana tan sri pandikar? ke mana datuk japlin? ke mana datuk salleh? Persoalan ini di rasa hangat oleh setiap pelusuk minda masyarakat yang hadir. Tidak terkecuali juga datuk shafie yang hadir, mungkin akan merasa sedemikian kerana pemimpin seangkatan dalam parti di rasakan kini tidak sehaluan dengan beliau apatah lagi duduk semeja dengan beliau.

Para pemimpin tidak harus mempamerkan keegoan dalam berpolitik kepada rakyat kota belud, walaupun hakikatnya majlis tersebut bukan bermotifkan politik, akan tetapi pemimpin yang hadir adalah pemimpin dari pucuk pimpinan politik juga rakan seperjuang dalam parti. Apakah motif yang cuba di tunjukkan oleh para pemimpin kota belud kepada datuk shafie sebagai naib presiden UMNO? Alasan kesibukan dalam tugas adalah bukan alasan yang releven untuk di berikan, sekurang-kurangnya salah seorang daripada pemimpin kota belud akan turut hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka yang jolong kali nya diadakan itu.

Reaksi masyarakat selepas itu, kebanyakan nya berasa sangat malu dan terkilan dengan para pemimpin kota belud yang sebelum nya megah dengan aktiviti turun padangnya, dengan berjiwa rakyat nya, dengan pelbagai bantuan kepada rakyat nya. Tetapi dengan sesama pemimpin tidak pula ada persepakatan, persefahaman apatah lagi sehaluan, walhal dalam parti politik yang sama akan tujuanya. Bila mendapatkan reaksi sdr awadnir, beliau hanya mampu tersenyum dan mendiam kan diri kata seorang kawan karibnya. Di harap di masa akan datang, para pemimpin tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan banyak spekulasi kepada rakyat juga kepada para pengiat blogger mahupun facebook di alam cyber.

namun ika di perhalusi perkara ini, maka akan timbul satu spekulasi hangat terhadap rakyat juga kepada pemimpin luar, yang menyatakan apakah pandangan pemimpin pucuk pimpinan UMNO jika berita dan khabar pemimpin kota belud menunjuk kan taring dan belang kepada rakyat juga kepada pemimpin pemimpin di luar daerah kota belud? Jika spekulasi menyatakan keberangkalian datuk shafie apdal akan menerajui jawatan ketua menteri, kemana kah hala tuju pemimpin kota belud yang ego tak seberapa ini?

26 comments:

getah lastik said...

moral disebalik peristiwa ini adalah pemimpin kb adalah bersatuhati dan mengharap DSA bersama2 mrk demi perpaduan parti umno sabah khasnya.diharap DSA realise/sedar dgn kesatuan yg ditunjukkan oleh pemimpin2 kb ni

hashim bin andah said...

Semua yb dari kota belud berfikiran sempit. Sebagai anak jati kota belud saya rasa amat malu dgn sikap mereka. Siapa dia org ini ?

DATU SI RENGIT said...

Saudara GL...ini bukan penyatuaan mereka utk seia sekata ini kebodohan namanya...

Ni lah perangai YB n Mantan YB di KB...bila buat mcm nie salah pada DSA tpi bila rakyat buat pada mereka rakyat juga salah...akai ada ka....?

Gara2 takut hilang gelaran YB masing2 jdi keldai...sampai kemati lah pemimpin UMNO KB dicera dan dihina....Rakyat Kb pun kena buka mata dan hati...nk sokong apa perangai mcm nie...Bukan sahaja menampakan kebodohan dan kedunguan anutan politik mereka bahkan kita rakyat KB turut di heret sebagai penganut fahaman lagi teruk daripada komunis ini...

bila kita bersuara kata kita tidak hormat mereka tapi bila diorang buat kata diorang bersatu hati.....nk termuntah pun ada.....uksssss!

Sniper said...

benarkah kedatangan org ramai 6 ribu org?,benarkah majlis itu mrupakan sejarah yg hebat?,tapi knapa ramai yg meninggalkan majlis itu sbelum ia bermula?(ada jga sesetengah meninggalkan majlis ktika tetamu kehormat berucap),Knapa artis jemputan meninggalkan majlis itu tnpa ...menyanyi?,benarkah tetamu kehormat smpai trlalu lewat dri yg spatutnya?,tp knapa blogger tulis lain?

pendikar said...

sniper,

orang ramai balik awl ka? datuk shafie dtg lewat ka? penduduk yg dtg tdk smpi 10 ribu ka? itu bukan menjadi titik persoalan kepada rakyat apa lagi kepada blogger. yang menjadi persoalanya kemana pemimpin kita masa itu? biadap sungguh..!

Tudung Duang said...

...pada saya, kedua-dua pihak sama saja! memang tidak manis pada pandangan masyarakat KB bila ada dalam kalangan YB yang tidak menampak muka! Seolah-olah nampak semacam satu masalah!..apakah masalah itu?..masalah kepimpinan? masalah perebutan populariti? masalah teknikal? atau masalah lain?... Pada masa yang sama kenapa pula ada pihak yang tiba-tiba dengan cara bergaya membawa DSA ke KB dengan menggunakan platform PKMM?..menarik untuk ditafsir! kerana mencari publisiti ka? kerana melobi jawatan ka dgn DSA? atau kerana menagih projek ka? atau juga kerana keikhlasan ka?.. Saranan saya ialah...jangan terlalu menyalahkan secara keterlaluan sebelah pihak sahaja!! .. Dan jangan pula terlalu cepat sangat memuji dan memuja setinggi gunung sesuatu acara atau majlis... Bimbang minda dan pemikiran kita akan terkilas dengan isu-isu sebegini sehingga menjejaskan perpaduan dalam kalangan kita!!

zaimi said...

saya setuju dengan tudung duang. mungkin dua-dua pihak pun ada salahnya. cuma, kenapa pula ada pihak yang membawa DSA ke KB dengan menggunakan platform PKMM? sepatutnya tindakan yang boleh menimbulkan spekulasi atau kontroversi patut dielakkan demi mengekalkan perpaduan dan kekuatan bersama. majlis rumah terbuka adalah satu pekara baik tapi ekoran tindakan tertentu ianya telah menimbulkan pelbagai spekulasi. lebih baik jika semua pihak berusaha mengekalkan kesepakatan daripada melakukan sebarang tindakan yang akan menimbulkan pelbagai andaian negatif.

Jason said...

Pemimpin Kota Belud patut berasa malu. Shafie Apdal yang bukan pemimpin dari KB pula yang menghadiri majlis tersebut. Inilah sifat pemimpin2x sekarang. Setelah menjadi pemimpin daerah, mereka terus lupakan tanggungjawab dan janji2x mereka terhadap rakyat. Semoga rakyat akan membuat pilihan yang terbaik pada PRU13 yang akan datang nanti.

Jonny said...

Saya kurang pasti dengan perkara sebenar yang berlaku. Ada pelbagai khabar angin yang saya dapat, semuanya berbeza cerita.

tombolo said...

memang ketidakhadiran pemimpin2 Kota Belud ke majlis tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya, mungki mereka ada alasan tersendiri tidak dpt hadir ke majlis tersebut. hal ini tak perlu nk diperbesarkan sangat.

evan medhousky said...

kalau mahu tahu jawapan sebenar, minta penjelasan secara terus dari pemimpin2 KB. jangam membuat sebarang spekulasi yang bertujuan untuk menyebelahi satu pihak sahaja.

sonia said...

Sekarang sudah nampak bagaimana kelakuan pemimpin2 KB yang kamu sanjungi..

supra said...

pemimpin BN seharusnya lebih bekerjasama dan saling menyokong satu sama lain.

adam said...

tidak perlulah membuat sebarang andaian sendiri. itu hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Antanum said...

Jangan terlalu ikutkan emosi, jika boleh kita bertanya kepada tuan punya badan apa sebenarnya yang berlaku......

mike said...

seharusnya perlua danya persepakatan dan persefahaman di kalangan pemimpin lebih2 lagi dari satu rumpun parti..sikap egois akan membawa kepada kejatuhan diri dan parti..

mike said...

harus diingat bahawa rakyat sentiasa memerhati..jika cacat pada pandangan rakyat maka pemimpin2 ini akan hilang sokongan..

mike said...

perselisihan faham di kalangan pemimpin yang berbentuk peribadi harus diketepikan atau diselesaikan sebaik-baiknya..imej dan kepentingan parti harus diutamakan dan bukannya kepentingan diri..isu ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin2 KB hanya mementingkan diri mereka dan kedudukan yang dinikmati sekarang..

mike said...

kematangan dalam berpolitik harus ditunjukkan oleh pemimpin2 KB kepada rakyat..sikap kebudak-budakkan ini hanya akan menjadi bahan ketawa rakyat yang mana memalukan rakyat KB itu sendiri.

mike said...

diharap penjelasan yang sewajarnya dari pihak berkenaan..rakyat KB memandang serius isu ini..

Murai.KB said...

sdr mike,

terima kasih atas saranan untuk pihak terbabit kemukaan penjelasan. bagi sy, itu lah yang sebaiknya, bukan memandang perkara ini kecil, sebenarnya ianya mampu memcalarkan imej kota belud juga kepada pemimpin yang ada. walaupun begitu rakyat di kota belud telah menunjukan kewibawaan sebagai rakyat yang terbaik dengan anggaran kehadiran lbh dari 6ribu. tahniah sy ucapkan.

Observer said...

1.Isu ini maenjadi hangat diperdebatkan dalam mana2 blog yang ada hubungan dengan pergolakan politik semasa KB.

2.Bagaimana pun,kita jangan terus membuat persepsi yang negatif.Dalam politik semua boleh terjadi.Hari ini kawan esok menjadi lawqan.Hari ini jadi musuh esok jadi teman seperjuangan.Bukan ke dalam politik banyak senilakonnya.

3.Mungin di antara pemimpin yang tidak hadir itu suadah dimaklumkan kepada DSA atau mungkin ada sebab tertentu yang kita tidak tahu.

4.Agak mustahil pemimpin2 yang tidak hadir itu teman seperjuanhgan dalam USBO dan DSA sebagai penasihat.

5.Berhubung memalukan masyarakat KB memang ada kebenaranya.Apa2 pun yang penting kita memerlukan analisis yang lebih terperinci MENGAPA DAN KENAPA?

6.Dalam apa juga kita buat samada perjunagan membela rakyat dalam politik atau sebagai pejawat awam atai usahawan yang pennting sekali niat ikhlas kita.Jika tidak jujur dan ikhlas suati ketika dan waktunya tuhan akan tunjukan kebenaran dan keplasuan.

7.Justeru itu,inilah masanya untuk Rakyat Kota Belud untuk menilai prestasi pemimpin yang mana benar berjuang untuk rakyat dan yang mana mengambil kempatan dalam dalam kesempitan (mohon izin MO pinjam kata2 saudara).

8.Dalam membangunan KB baik dalam aspek infrastruktur,ekonomi,sosial,pendidikan,Modal Insan dan sbaginya perlu bersepadu di antara pemimpin ,pejawat awam dan rakyat.Pemimoim yang berpengalaman seperti TSPA dan DSSK jangan kita mudah pinggirkan.JIka kita ingin membuat perubahan hendaklah secara evolusi bukan revolusi.Menjadikan modal insan sekurang kurang macam TSP dan DSSK akan mengambil masa.Bukan hari ini dia jadi wakiln rakyat esok dia ada pengalaman,ilmu dan networking seperti mana yang ada pada TSPA dan DSSK.Bukan semudah itu.Jika boleh kita berguru kepada mereka,Belajar yang baik sahaja.Mereka pun insan biasa ada kelmahan dana kekuatan masing2.Segala ilmu itu kita adunkan menjadi diri kita tersendiri tapi bukan menjadi macam mereka.Rumpun Irranun dan Bajausama terkenal dengan budibahasanya dalam rumpoun melayu.Yang tua kita hormati yang muda kita kasihi.

9.Semoga apa yan g saya katakan dapat kita renungkan bersama Daerah KB,Negrei Sabah dan Negara Malaysia.

Sniper said...

perut,

kenapa menganggap pemimpin sebagai biadap?bukan kah itu juga perbuatan biadap?...rakyat tidak akan mendapat apa-apa walaupun kesemua pemimpin hadir dalam majlis itu ataupun majlis itu semeriah yang 'perut' inginkan, rakyat hanya mengisi perut yang kosong sahaja..yang mendapat faedahnya para kontraktor dan orang-orang politik yang menunjukkan muka seolah-olah dialah yang sangat setia kepada pemimpin...bukan itu yang rakyat mahu...

P/S : rasa lapar apabila perut kosong

Sniper said...

perut,

anda seolah-olah membela rakyat dan memperjuangkan politik tanahair, bangsa dan negara...tapi semuanya omongan kosong yang hanya inginkan publisiti yang mudah didapat dimana-mana...seperti tangan kanan membaling batu tangan kiri disembunyikan...

P/s: tangan kiri menuduh tangan kanan..

Sniper said...

murai,

provokasi anda mendapat sambutan.

P/S: Rakyat Tidak Pernah Kesal Dengan Semua Pemimpin Kota Belud.

Sniper said...

Ahli Parlimen Kota Belud pada ketika itu mewakili Malaysia di atas arahan Perdana Menteri ke luar negara,...adakah itu juga rakyat kesalkan???

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.