Popular Posts

Saturday, May 5, 2012

PERISA TERKUBUR TANPA BERITA

Barisan pimpinan iranun berkumpul mencari titik kesatuan rumpun bangsa iranun pada tahun lepas yang di ketuai oleh Datuk Almudin telah sama-sama meluangkan masa dan tenaga memikir hala tuju bangsa iranun 10 tahun akan datang. Pertembungan idea para intelek iranun telah di mendapat satu persetujuan fikiran dengan terbentuk nya persatuan bukan kerajaan NGO yang di namakan sebagai PERISA diatas sepakat semua ahli jemaah yang hadir ketika itu.

Mengikuti jejak perjuangan PERISA tahun lepas, segala kemaslahatan yang wujud dalam proses penubuhan ini telah di kaji dengan teliti oleh semua yang hadir. murai di maklumkan dalam proses terakhir, Almudin telah membawa PERISA untuk mengemukakan permohonan kepada ROS untuk di daftarkan sebagai NGO yang baru kepada suku bangsa iranun. Kesedaran golongan intelek ini telah menyirami tidur pemimpin nombor satu iranun TSPA waktu itu. Walaupun begitu, beliau dikatakan tidak sepakat dalam penubuhan itu kerana PISBA, dan PAGISA telah wujud dan masih benafas. Melihat secara harfiah dua persatuan itu memang masih bernafas akan tetapi segala urat saraf persatuan itu telah lumpuh terkujur di jalanan. Dengan itu, para cendikiawan iranun telah memandang ke hadapan bagi merealisasikan penubuhan itu secapat mungkin. Begitu hebat semangat mereka waktu itu.

Dalam ruang “chat FB” murai sempat bertanya kepada Datuk Almudin tentang khabar berita PERISA yang telah membangunkan lelap seluruh intelek iranun waktu ianya ingin di tubuhkan. Satu respon positif yang dapat dalam perbualan singkat itu. Murai di maklum kan ahli jawatankuasa tertinggi PERISA yang terdiri Datuk Alamudin, sdr Razak, sdr roslan dan lain-lain berusaha untuk mendaftarkan persatuan ini kepada ROS.

Walaupun begitu. Khabar itu terhenti tanpa satu berita pun, adakah PERISA terdaftar ataupun permohonan itu di tolak? Segala persoalan bermain di minda dengan pelbagai persepsi negitif mahupun yang positif.  Ramai yang menyangkal penubuhan PERISA akan memecahbelahkan suku minority ini, adakah ini juga telah menjadi satu halangan besar kepada peneraju kepimpinan muda Datuk Almudin supaya menenggelamkan PERISA yang tahun lalu di lihat telah memberi tiupan semangat baru kepada anak muda iranun amnya dan khususnya kepada suku etnik minority iranun di daerah kota belud? Atau telah berlaku satu konspirasi di sebalik penubuhan itu? Semua nya ada pada Datuk Almudin Kaida. Mohon penjelasan yang teliti Datuk..!

1 comment:

anri said...

Anak Iranun duduk bersela
membawa kajang dari Rampayan
sedih kepalang melihat nilai bangsa
kepada DAK mohon jelaskan

Pipit di rumah makan bubur
anak belanak masak kurma
alang berguru terlebih ajar
DAK yang bijaksana di mana PERISA

Buah kelapa diluar pagar
rumah di Rampayan jarang berpagar
Iranun ini baru belajar
kepada DAK harap mengajar

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.