Popular Posts

Sunday, September 5, 2010

WARKAH PILU IRRANUN UNTUK TSPA SEBAGAI PENDEKAR BANGSA

Andai irranun punya chahaya terangi lah suku bangsa supaya laluan jelas terang dan bersulu demi memartabatkan jiwa politik bangsa di nusantara. Nyatakan lah hala tuju irranun untuk anak bangsa menjulang maruah bangsa, sulami lah kalbu bangsa dengan corak perintah memartabat bangsa supaya darah yang mengalir membentuk perwira bangsa yang berkorban demi memperjuangkan hak bangsa di nusantara. Di mana cahaya jika kegelapan mula menyelubungi wadah bangsa yang masih mencari siapa kah penyalur chahaya irranun untuk terus menerangi suku bangsa?

Namun setiap yang di katakan cahaya itu hakikat sebenarya membawa kepada kegelapan cuaca bangsa. Irranun terus megah dan gagah di persada politik nusantara jika pendekar chahaya terus bergelar penghulu sang suria. Tetapi chahaya irranun yang bersinar sewaktu dahulu telah bertukar rentak menjadi suram gelita dengan kelibat mendahului pangkat dan membelakang kan hala tuju bangsa. Siapkah kah lagi yang akan tampil berkorban masa, tenaga, ilmu dan pengaruh jika chahaya menjadi kekangan di sebalik menderang chahaya.

Bangsa buntuh dengan catur mainan sang suria untuk mengekal kuasa di daerah. Jatuh bangun bangsa mula jelas di mata melihat porak peranda yang menanti retak belah suku bangsa di daerah tumpah noda dan madah. Di mana sang suria jika bangsa tersungkur mengharap chahaya? Bangsa di kerumuni kegelapan lama tanpa chahaya yang datang memberi sinar terang yang membuka mata dan minda bangsa untuk terus teguh hadapi daki noda yang mula tersemat dalam jiwa perwira.

Kota janji yang dahulu membara membakar jiwa nurani bangsa telah menjadi debu tiupan sang angin tanpa dunia pusara yang nyata. Menabur mehna tanpa sempadan noktah menjanji suatu untuk bangsa namun hanya umpan semata demi kepentingan sang penguasa. Di mana sang suria ketika bangsa mula menagih mehna? Membela diri untuk bangsa hanya lah sinetron semata, tidak memberi makna kepada bangsa bahwa sang suria betapa untuk bangsa. Tidak ka sang suria bangga dengan bangsa yang tersungkur lalu bangkit menyedar belia bahwa perjuangan sang suria masih membela bangsa di nusantara. Tapi sayang nya jiwa belia tetap memberontak menepis bahwa sang suria betapa bukan kerna bangsa akan tetapi kerna harta pangkat durjana.

Bangsa menyeruh roh sang suria untuk balik membela bangsa yang mula tercemar dengan tipu hela dunia. Memimpin bangsa setia kehadapan untuk memperjuang maruah bangsa yang mula pudar luntur akibat terkena bara politik kotor di daerah. Sirami lah bangsa dengan air bunga untuk kembali dalam wadah irranun terus unggul di persada. Sedarkan yang terlena dan alpa untuk maju dan mara membela nusa. Kota kan janji memperjuang hak bangsa yang lama terkubur tanpa berpusara. Bangsa merayu memohon restu sang suria untuk kembali memimpin dan mencatur hala tuju bangsa yang mula porak peranda tanpa ketua. Bina wadah untuk bangsa tercinta bagi melahir golongan bangsa yang berakhlak mulia dan berbakti untuk bangsa agama, dan Negara.

Bangsa setia menerima kepulangan sang suria demi memperjuang hak bangsa bersama. Jangan beri tunjuk ajar mendakwah ramai pengkhianat bangsa yang bersembunyi di sebalik muka setia. Walhal itu sebagai penyedar sang suria yang mula alpa dengan pangkat sementara tanpa memikir nasib bangsa di daerah. Bangsa tetap memperjuang nasib bangsa jika sang suria masih tidak terjaga dari alpa Mungkin masa penentu segala. Bangsa akan menjulang hak sampai ketitisan darah pelita perwira bangsa yang mula marak menyambar sesiapa. Darah muda yang di warisi dari sang suria dapat menguat perjuangan kami sebagai bangsa yang di segani di persada politik nusantara.

5 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai,

1. Kesian sungguh saya membaca "coretan warkah Pilu Irranun sdra untuk TSP".

2. Saya mengatakan demikian kerana dari penulisan sdra, amat jelas sdra ini hanya mencari "kambing hitam" untuk dimangsakan agar sdra kelihatan sebagai "jaguh" yang kononnya prihatin dan sedang melakukan sesuatu untuk membela nasib bangsa.

3. Ironinya, orang yang sdra cuba persalahkan tersebut sudah beberapa tahun tidak mempunyai jawatan "politik" lantaran orang-orangnya sendiri yang bukannya berdiri teguh mempertahankan beliau tatkala beliau menghadapi serangan musuh luar, akan tetap orang-orang beliau sendiri inilah sentiasa mencari helah untuk melemahkan lagi kekuatan beliau. Lalu, setelah tidak mempunyai jawatan politik, dan beliau terus berdiri atas kharisma peribadinya, beliau terus dipersalahkan oleh orang-orang semacam sdra Murai yang tidak pernah melihat dunia ini dari sudut yang berbeza selain sudut mereka sendiri.

4. Maka, pada saya surat yang kononnya dinamakan sebagai"warkah Pilu Irranun" ini hanyalah usaha penulis untuk memesongkan kepercayaan dan keyakinan suku bangsa kepada tokoh yang dimaksudkan. Semua dakwaan penulis seperti kononnya Irranun berpecah, Irranun dalam kegelapan dan sebagainya hanyalah retorik kosong yang tidak ada bukti langsung. Kalau benar Irranun berpecah, sila nyatakan berapa kumpulan dan seteruk mana perpecahan tersebut?. Kalau benar Irranun hidup susah, maka adakah perbandingan telah dibuat bahawa suku ini memang terbukti lebih susah dari Bajau dan Dusun?.. Andai nitu tidak dapat dibuktikan, maka Murai adalah pembohong besar yang sengaja mencari kesempatan.

anri said...

salam,

Soal rasa ingin berjuang untuk bangsa telah tiada
Bersaing untuk menjadi no.1 sangat mudah tercipta.

Apa benar wadah kita adalah bangsa?
Naik setinggi kinabalu lupa tanam padi huma

Bergaya naik kereta proton saga
lupa gaya naik kuda

Apa benar kita sudah berubah?
masak nasi pun masih mentah

Apakah benar kita sudah berjaya?
anak-anak masih mandi di perigi buta

Berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan

Kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar

Ingat kita sangat jauh kebelakang
YB Banyak mencanang idea2 kebangkitan(dari tahun 1994-2008...?

Acapkali kita selalu mengingati pengalaman yang lama kelamaan akan menjadi sejarah.(tapi kita masih mudah lupa...)

Acapkali kita terlupa melihat pada mata burung kerana kita lebih suka melihat di bawah temporong

SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA...

pendikar said...

mmg kesian sungguh warkah pilu iranun ini. menitis air mata sy membaca wahai murai.

sy sgt setuju dgn warkah ini. kepada BP, ulasan sdr tdk lain tdk bukan seperti org politik(entah2 BP ini TSPA).walau mcm mn pn, fikir positif, msg yg di sampaikn ini, sungguh bermkna kpd masyarakat iranun.

sy tdk mahu ulas panjang tntg ulasan sdr BP, tp sy mahu tnya lah..

sepanjang TSPA jd adun tempasuk, apa dia buat dgn suku iranun? dia buat jambatan ka? parit tepi jalan atau sawah ka? kasih tar jalan ka? selesaikan masalah bekalan air bersih di setiap kampung ka? tgok lh semua kampung iranun apa yg ada? cuba buka mata luas2.

kita bukan tdk syg TSPA sbgi pemimpin iranun tapi adakah dia fikir dia syg bangsa nya? dia fikir pasal kemajuan bangsa nya ka? jgn cerita psl lain lah cuba lihat kemudahan iranun di setiap kampung apa yg ada.

BP kenal dngn sdr mukaris di kmapung tamau. klu tdk kenal cuba kenali dia, selidiki latar belakang nya bersama tan sri dulu dan sekarang. bkn dia seorang, ramai lagi klu BP mahu tahu.

klu bangsa nya mempersoal kepimpinan nya, baru dia meraung mendakwah bangsa nya tdk syg akan dia. bangsa nya sendiri menikam dari belakang, bukan niat nak mencemari duli nya tp utk menyedar bahwa bangsa nya masih bertenaga tnpa dia.

BELUM PENDEKAR said...

sdra Pendikar,

1. Tahukah sdra apa sebenarnya proses yang perlu dilalui dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan?... Untuk makluman, tiada mana-mana wakil rakyat kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai peruntukan khas yang boleh meluluskan peruntukan untuk sesuatu projek begitu sahaja. Dalam ertikata yang lain, bukan bermakna bila seseorang itu menjadi wakil rakyat maka beliau boleh "menjamin" bahawa projek tertentu boleh dilaksanakan dikawasan yang diwakilinya.

2. Sdra perlu tahu bahawa peruntukan untuk projek pembangunan untuk sesebuah negeri adalah cukup terhad. Maka itu, semua projek pembangunan yang ingin dilaksanakan dikawasan tertentu perlu mengambilkira keperluan dikawasan-kawasan yang lain juga. Sekiranya apa yang diutarakan oleh wakil rakyat kita tidak disenaraikan oleh jawatankuasa pembangunan negeri maka bermakna tiadalah projek berkenaan dilaksanakan dan kita terpaksa menunggu lagi iaitu untuk tahun-tahun seterusnya. Ada pula kalanya, apabila peruntukan sudah diluluskan oleh kerajaan untuk projek pembangunan dikawasan kita, orang kampung yang tanah mereka terlibat sedikit meminta pampasan yang berlebih-lebihan sehingga projek berkenaan terpaksa dibatalkan dan dipindahkan peruntukannya ke kawasan yang lain. Ini membuktikan bahawa proses melaksanakan projek pembangunan ini bukan semudah yang sdra bayangkan. Jangan fikir bahawa bila jadi wakil rakyat saja maka sdra mempunyai "kuasa sakti" yang membolehkan sdra merealisasikan apa saja yang sdra harapkan... Itu mimpi namany sdra...

3. Mengenai individu yang sdra sebutkan namanya tersebut, saya kenal dengan beliau... namun, sdra juga perlu ingat bahawa menjadi amalan kita bila kena tolong dengan pelbagai pertolongan dan bantuan kita tidak pernah memberitahu orang lain. Tapi, kalau sedikit sahaja terlepas bantuan, kita akan bercerita seolah-olah pemimpin kita tidak pernah tolong, tidak sayang bangsa dan sebagainya. Sdra juga perlu ingat bahawa jika mahu berjaya kita sendirilah yang kena berusaha. Tiada seorangpun pemimpin didunia ini yang dapat memberikan kekayaan kepada penyokong atau bangsanya dengan memberi duit atau sebagainya. Kalau ini yang kita harapkan, kita adalah bangsa yang paling "tidak mempunyai harga diri" kerana pemalas dan tidak berusaha serta hanya mengharapkan belas ehsan orang lain untuk hidup.

4. Barangkali kehidupan begitu yang sdra harapkan dari pemimpin atau wakil rakyat sdra. Tidak perlu kerja, datang jumpa pemimpin dan minta duit sepanjang masa...

5. Dan, saya fikir kaum Irranun tidak sehina itu...

pendikar said...

sdr belum pendekar

kita sama2 pendikar tapi kau belum jadi pendikar itu ja beza nya dgn sy.

sy mw tanya bertahun TSPA jd adun tempasuk? berapa tahun bangsa nya memberi ruang untuk dia memperbaiki kelemahan dalam pimpinan nya? berapa tahun dia berkecimpung dlm politik yang semua bangsa nya menyokong akan dia? tapi apa yg dia buat..ladang burung unta nya adalah, resort nya di mantanani adalah, tapi jalan gravel pn dia tdk ble bikin. adil ka macam itu wahai belum pendekar?

mmg hakikat nya bkn senang untuk meminta peruntukan, tp jika niat ikhals membantu bangsa, 5 tahun dlm adun bkn masa yg singkat untuk membawa perubahan kepada bangsa.

iranun tdk akan hidup mgemis wlu dgn TSPA, tapi kenytaan TSPA harus terima, bahwa "HAK" bangsa nya harus di salurkn. TSPA sendiri tahu bhawa bangsa apa yg ada, dia knl bangsa nya kerna dia jg pernha hidup dgn bangsa nya.

sampai bila keadaan ini berlarutan, generasi muda iranun semakin celik ilmu, tahu mana yg hak dan yg batil.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.