Popular Posts

Sunday, September 19, 2010

PEMIMPIN UMNO KOTA BELUD PERLU “TRANSFORMASI”

Bahang PRU 13 semakin terasa dekatnya yang akan merubah setiap kekalahan menjadi kemenangan dan kemenangan menjadi kekalahan oleh para pemimpin di kota belud. Hakikatnya, semua bergantung dengan strategi pencaturan bijak oleh pemimpin yang mampu memenangi hati rakyat kota belud amnya dan khususnya di kawasan adun yang di wakili. Namun senarai calon yang bakal bertanding masih dalam penelitian para cendikiawan politik kota belud.

Pemimpin kota belud perlu mentransformasikan catur kepimpinan bagi mengekal kegagahan kuasa di hati rakyat untuk memenangi PRU akan datang. Pemimpin harus menerima hakikat transformasi teknologi di kota belud dengan rancak kewujudan laman-laman sesawang atau weblog untuk mengutara idea serta kritikan kepada pemimpin yang mahu menakluki minda rakyat dengan umpan politik, yang mendakwah membela nasib bangsa, menyelesai masalah bangsa, mengutara suara kecil bangsa ke pusat semasa kempen berbicara, hakikat nya, itu Cuma retorik politik semata bagi kepentingan politik peribadi. Dahulu nya, ramai yang bertandang ke kedai-kedai kopi untuk berbicara soal politik, namun dewasa ini, kebanyakkan masyarakat kini lebih memilih melontar idea serta kritikan dalam dunia cyber. Oleh yang demikian, pemimpin harus membuat satu “transformasi” kepimpinan bagi merelevenkan pengaruh yang sedia ada dalam isu cyber mahu pun segi luaran . Jika tidak, pihak pembangkang akan lebih memanfaatkan kelemahan pemimpin umno kini menjelang PRU nanti yang terbentang luas di alam cyber.

Jika dahulu nya pemimpin umno hanya menjanij banyak mehna kosong yang sentiasa di tagih oleh masyarakat, kini Kabul dan tunai kan janji bagi meraih sokongan penuh rakyat menjelang PRU nanti. Dunia semakin tua usia nya, manusia juga sentiasa tua fikiran nya, jika ianya di biarkan berlalu, tidak mustahil akan datang satu transformasi masyarakat memikir untuk berpaling tadah kepada pakatan rakyat kelak.

Para pemimpin umno dari suku irranun, bajau dan dusun telah membuka mata serta minda masyarakat kota belud yang telah menyokong penuh akan setiap perjuangan politik, akan tetapi balasan serta impak yang masyarakat perolehi hanya permata palsu yang di saluti debu, di janji pelbagai transformasi di setiap kampung namun 10 tahun telah berlalu, hanya sebahagian habuk debu pembangunan kelihatan menjelma di hadapan rakyat. Namun itu pun hanya segelintir pembaharuan yang masih belum ke tahap yang di bangga kan oleh masyarakat kota belud. Kini tiba masa untuk pemimpin mentransformasikan kan kepimpinan dengan memperbanyakkan aktiviti turun padang meninjau masalah rakyat yang memerlukan, menyelesaikan permasalahan yang masih membelenggu kehidupan rakyat serta membantu masyarakat untuk keluar dari kepompong kemiskinan tegar dengan pelbagai variasi bantuan yang sesuai dan perlu di lakukan.

Hangat nya cerita pakatan rakyat yang menjadikan kan pelbagai isu di kota belud telah mula tersebar luas, begitu juga kaum cina di kota belud yang mula cenderung ke pakatan rakyat yang mula menghidu bau busuk pencaturan politik kotor oleh pemimpin umno. Walaupun hakikat nya kaum cina hanya sekelumit di daerah kota belud namun peti undi membawa makna besar transformasi kepada mereka. jika mahu umno terus relevan di kota belud maka pemimpin umno harus menyusun strategi dengan bijak bagi menangangi situasi semua keberangkalian menjelang nanti.


penulisan berdasarkan kepada luahan seorang ahli umno kota belud.

4 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai...

1. Mimpi apa pulak sdra kali ini?... orang cina KB telah mula berpaling kepada PKR?... hehehehehe... atas alasan apa?.. sebab DSAI telah berjanji memberi bermacam-mcm habuan ke?... Murai murai... kalau DSAI ni... sdra minta bulan dan mataharipun dia akan janji akan beri pada sdra.. sebab itu saya tidak hairan kalau dia janjikan apa sekalipun kerana memang tidak akan ditunaikannya..

2. Tapi, kalau Murai jadi calon PKR saya percaya Murai akan menang sebab Murai adalah seorang yang cukup pandai dan bijaksana dalam melaksanakan pembangunan masyarakat KB. Murai sudah tentu akan menyelesaikan masalah air, elektrik, telefon, masalah lembu dan masalah kemiskinan rakyat KB sehingga semuanya akan menjadi kaya-raya belaka bukan...

3. Saya sesungguhnya memang teringin melihat sdra menang dan jadi wakil rakyat KB agar sdra dapat membuktikan kepada rakyat bahawa semua kelemahan pemimpin sebelum ini adalah kerana mereka memang sengaja tidak mahu mengusahakannya... Di samping itu, sdra boleh membuktikan bahawa apa yang sdra kata dapat sdra kotakan.. bukan setakat cakap kosong semata-mata....

Murai.KB said...

salam belum pendekar,

sdr, ada mimpi yang menjadi kenyataan. dan ada juga mimpi yang memberi isyarat. sejarah juga membukti kan bahawa mimpi ada kesahihan nya.

oh, terima kasih belum pendekar kerana teringin benar murai menjadi wakil rakyat. namun, itu bukan lah impian murai. kerna murai tdk berkepentingan pun dlm dunia politik KB, merebut kuasa? memakan duit rakyat? menipu rakyat? mempersia-siakan undi rakyat? itu bukan lah tabiat murai. macam mana pun murai jahat, murai tak akan membuat semua itu. kerana murai tahu itu adalah amanah yang akan di hisab nanti.

sdr belum pendekar, soal janji DSAI menjanjikan bermacam habuan, itu hak dia sebagai ketua pembangkang. sdr pn kalau menjadi wakil rakyat, mesti akan berbuat demikian bukan.menipu rakyat menjadi rutin hidup dlm politik sudah kalau tidak karier tdk akan kemana bukan.


-murai.kb-

Unknown said...

sdr BP,

sdr mmg seorang yang sangat ego, seperti ego nya TSPA. jangan anggap UMNO akan kekal selama lamanya. kita tak tahu pun apa yg bakal berlaku nanti. jadi berawas kalau bercakap kerana segala kemungkinan boleh berlaku kalau alpa bermaharajalela.

sy tdk menyokong murai menjadi wakil rakyat, sy lebih suka BP jadi wakil rakyat atas tiket PKR. ego sdr menunjuk kan sdr ada ciri-ciri wakil rakyat yg tahan kritikan. tahniah, semoga sdr fikirkan..

BELUM PENDEKAR said...

sdra Pendikar,

Saudara ni faham maksud perkataan "EGO" atau tidak?..Inilah yang menjadi masalah kepada kita sebenarnya. Orang mcm sdra yang tidak faham-faham apa yang hendak di sampaikan...

Kenapa pulak sdra tidak menyokong Murai menjadi wakil rakyat?... bukankah Murai tu yang tau segala masalah dan kelemahan wakil rakyat yang ada?... sama mcm sdra lah jugak kan... makanya, kalau dah nampak semua orang tidak sesuai jadi wakil rakyat sebab ada kelemahan dan sebagainya, Murai yang sempurna itu sajalah jadi wakil rakyat... tidak begitu Murai...

Salam.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.