Popular Posts

Monday, September 20, 2010

CADANGAN LOGO PERSATUAN IRRANUN SABAH ATAU PERISA

1.Logo PERISA berbentuk bulat dan berwarna putih melambangkan bangsa dan persatuan berpegang teguh dengan ajaran islam. mempunyai 14 bulatan kecil dan di ketua oleh tiga (3) bulatan besar yang berwarna merah, kuning dan biru, bulatan besar melambangkan penyatuan Negara Malaysia sabah ,Sarawak dan semenanjung melayu. Empat belas (14) bulatan kecil melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk sabah dan Sarawak. Juga Menunjuk kan kekuatan bahawa persatuan ini mampu bersaing dengan persatuan yang wujud di setiap 13 buah negeri itu dalam isu kebangsaan. Di warnai tiga (3) jenis warna iaitu, merah, kuning biru. Warna kuning melambangkan di raja melayu nusantara walaupun hakikat nya negeri sabah tidak bersultan namun, bangsa nya masih bernaung dengan sultan sebagai ketua pemerintah Negara malaysia. Warna biru memberi makna perpaduan bangsa yang jitu di negeri sabah amnya dan khususnya kepada suku bangsa minority irranun di seluruh negeri sabah. Dan warna merah membawa makna keberanian memperjuang hak bangsa sewajarnya.

2.Di lingkari tiga jalur berwarna biru, kuning serta merah. Menandakan, setiap gerak persatuan terbatas dengan berlandas undang-undang dan syariat islam. Di dalam lingkaran merah menunjuk kan dua orang yang berpimpin tangan. Membawa makna ketua(pemimpin) kepada persatuan tidak merelakan bangsa(orang yang di pimpin) terpinggir dengan arus pembangunan, kemajuan mahu pun teknologi ict kini.

3.Tiga jalur kecil pada orang, melambangkan taat setia menjunjung amanah yang merangkumi tiga aspek agama, politik dan ekonomi. Taat setia tetap tersemat dalam jiwa sebagai bangsa yang bermaruah.

4.Keris yang di lekat pada perkataan I melambangkan keberanian bangsa suku irranun dalam setiap aspek kebangsaan dan kemasyarakatan. Taat menjunjung amanah yang di amanahkan oleh bangsa. Serta mampu mempertahan maruah bangsa daripada di cemar oleh anasir anasir datang tanpa di undang.

5.warna emas pada perkataan persatuan irranun sabah dan PERISA membawa makna kekayaan dengan budi bahasa, bakat kepimpinan dan taat setia.

walau macam mana pun ini hanya cadangan sy sebagai blogger yang menyokong kewujudan persatuan irranun sabah atau PERISA yang mengutarakan buah idea sebagai bangsa berdarah campuran irranun di kota belud. Juga membuktikan bahawa di luar sana masih lagi ada masyarakat yang menyokong persatuan ini. Kepada sesiapa yang mempunyai idea mengenai PERISA, di alu alukan bagi menguatkan lagi persatuan ini. Irranun akan terus terbela..!! terus kan perjuangan PERISA..!!

7 comments:

kelapa mawar said...

salam Muraikb..

tahniah satu idea yang murni dan kedepan..saya begitu menghargai cadangan sdr ini..diharap AJK PERISA dapat kiranya memperhalusi idea logo ini...

Murai.KB said...

salam kelapa mawar

terima kasih. ini membukti kan ramai lagi suku dari irranun ini menyokong dari dalam mahu pun luaran. semoag bangsa irranun terus berjuang, berjuang dan berjuang..hidup irranun..!!

pendikar said...

sdr murai

ini cadangan yang baik dr sdr. di harap semua cendikiawan iranun turut menyumbang idea. walau apa pun sy tunggu komen belum pendekar. tahniah sdr..

pungguk said...

sdr murai

idea yang baik. harap semua ajk yang terlibat dalam PERISA akan memperhalusi cadangan sdr ini. terus kan penulisan sdr.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai,

sebenarnya, berhubung isu WBI ini yang ditulis oleh KM samada ianya realiti atau fantasi... saya ada menghantar ulasan tetapi tidak tahu dimana silapnya sehingga ia tidak di paparkan.

Maka, saya kemukakan ulasan saya untuk tatapan semua...

Salam Sdra KM,

1. Terima kasih kerana memetik soalan saya bahawa adakah benar Irranun berpecah, perpecahan yang bagaimana, berapa serious perpecahan tersebut dan apakah buktinya perpecahan tersebut sebagai salah satu daripada "point" utama ulasan dalam tulisan sdra kali ini. Saya mengatakan demikian kerana pada saya persoalan tersebut perlu dibuktikan dengan jelas dan bukannya setakat "diandaikan" semata-mata. Sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi, sdra KM sudah tentu amat arif bahawa setiap dakwaan memerlukan pembuktian... Bukankah begitu peraturannya wahai sdra KM?.. Andai peraturan sedemikian sudah tidak lagi terpakai maka jangan hairan dan jangan ambik hati jika ada nanti orang yang mendakwa bahawa individu tertentu termasuk juga KM sebagai penipu, penulis berkepentingan dan beragenda, penulis upahan, makan rasuah dan banyak lagi tohmahan yang jahat. Sebab itu, saya menyarankan dalam ulasan saya terdahulu bahawa setiap dakwaan memerlukan bukti yang jelas dan kukuh.

2. Kedua, saya sebenarnya sangsi dengan ulasan sdra bahawa "Wadah baru" yang diperjuangkan oleh sdra tersebut "tidak menjadi" akibat tekanan pihak-pihak tertentu. Persoalannya, siapakah pihak yang begitu "berkuasa" sehingga mampu membatalkan perancangan yang dianggap murni oleh sdra dan pemimpin-pemimpin muda Irranun yang dah sedar kononnya. Kalau pihak tersebut sekuat itu, bukankah ini membuktikan bahawa Irranun sebilangan besarnya bersatu dan tidak berpecah seperti yang sdra kata?

3. Seingat saya juga, sdra sendiri yang menyarankan dan mengatakan bahawa ruang ini adalah untuk percambahan fikiran.. lalu, mengapa setelah orang tertentu memberikan pandangan masing-masing ke atas penulisan sdra, maka sdra memilih "mentafsirkannya" sebagai menekan, menghalang dan sebagainya? Pada saya, itu tidak adil untuk sdra lakukan andai sdra benar-benar profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan sdra. Masalahnya, sdra pada pandangan saya tidak bersikap sebagai orang yang duduk ditengah-tengah, sdra sebenarnya memihak kepada pemikiran tertentu yang sdra rasakan sesuai dengan aspirasi sdra.

4. Dan, andai itu hakikatnya, tidak perlu membuang masa dengan terus menulis mengenai perkara ini. Percayalah, sdra tidak akan mampu menagih simpati mereka yang faham akan hakikat sebenarnya. Lalu tunggu apa lagi, Bak kata Solymone, teruskan saja penubuhan Wadah Baru ini.. Itu lebih bermakna dari bercakap dan terus bercakap.

5. Yang jelas dan perlu saya tekankan ialah tiada sesiapapun yang takut dengan penubuhan Wadah Baru ini... Ini adalah kerana tiada apa yang perlu digerunkan pun... ibarat sebutir telur, walaupun sdra mengatakan dengan yakin bahawa telur tersebut bila menetas kelak akan menjadi raksaksa, namun pada saya selagi belum menetas, saya tetap tidak akan percaya dengan andaian sdra kerana telur tersebut boleh jadi bila menetas kelak hanyalah seekor cicak. Maka, tidak perlu untuk sesiapa juga menekan atau menghalang atau berbuat apa juga perkara untuk menghalang penubuhan nya.. Tubuhkanlah berapa banyak Wadah sekali pun... saya percaya ia tidak akan menguggat sesiapa dan tidak akan ditakuti oleh sesiapapun..

Salam Dari
BELUM PENDEKAR

Lyan said...

Salam Muraikb.

Nak tahu jugak. Persatuan Irranun dah ada blog sendiri ke? Saya nak tahu jugak perkembangan terkini persatuan Irranun.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.