Popular Posts

Wednesday, September 1, 2010

SPESIS KATAK KECIL NYARING BERSUARA SEMASA KEMPEN

Baru-baru ini penyelidik (Indraneil Das dan Alexander Haas, Universiti Hamburg) menemui sejenis katak di Taman Nasional Kubah Sarawak yang terkecil di Asia, Africa dan Europa. Saiz katak - berwarna merah-dan-oren - ini cuma sebesar biji kacang Pis.

Katak ini ditemui bukan kerana mereka ternampak badannya dahulu tetapi terdengar suaranya yang unik berbanding dengan suara katak-katak yang lain yang terdapat di persekitaran kawasan tersebut.

Dalam konteks penemuan ini, "suara" nya yang nyaring [ jika dibandingkan dengan badannya yang amat kecil ] telah menyebabkan katak yang terkecil ini ditemui dan dikenal pasti spesisnya ( Microhylid ) yang kini diberikan nama Microhaylanepethicola.

Dalam konteks ini, murai menemui spesis katak ini semasa dekat nak pilihan raya yang sibuk bersuara, melontar kata-kata dusta, mempersenda kepercayaan masyarakat. Spesis ini sebenarnya sudah lama wujud dalam dunia politik, namun para pengkaji katak belum lagi menemui spesis ini yang tak sebesar mana pun tetapi besar menabur umpan mehna dan dusta kepada masyarakat. Baiki jalan, bantu yang miskin, selesaikan bekalan air bersih , perbaiki parit dan saliran, tambah baik kemudahan asas, suara-suara seperti ini selalu kedengaran bila dekat pilihan raya.

Ramai pengkaji memberi kenyataan , bahawa katak akan mengeluarkan bunyi bila mana hujan turun, namun spesis ini sangat istimewa kerna hujan, panas, sejuk, rebut atau bencana, ianya sentiasa mengeluarkan bunyi yang paling merdu dengan harapan sesiapa yang mendengar akan terpegun dan terpukau dengan manis dan merdunya suara dusta yang di keluarkan itu.

Namun zaman semakin canggih dengan pelbagai ilmu, spesis ini mula di kesan dan jika tidak benteras habis-habisan akan mendatangkan mudarat kepada yang mendengar. Jika di biarkan akan mendusta hak rakyat dengan kepentingan peribadi yang sampai akhir hayat pun tak kan puas dengan nikmat sementara itu. Itu lah katak microhaylanepethicola politik. Kalau tak dapat tunaikan kan jangan taburkan janji manis kepada rakyat. Jika tahu lautan luas untuk di renang, jangan cuba berenang dengan batang pisang kononya mendakwah kapal besar.

7 comments:

ROJOKOBOG said...

Salam Murai,

Mungkin Murai agak terlambat mendengar bunyi-bunyi suara katak yg paling nyaring ini, sejak dari dulu lagi suara katak ini agak aneh bila tiba musim hujan, sama lah seperti bila tiba musim kempen pilihanraya, terlalu sukar utk kita membezakan diantara suara manusia dan katak ini, tapi kita patut bersyukur bila tiba musim kemarau suara katak ini akan memanggil hujan untuk turun dan kadang-kadang boleh mendatangkan bencana banjir pula..serba salah kita dibuatnya...ada juga katak yang bersuara garau menyeru hujan tapi setitik hujan pun tiada turun ini disebabkan hujan sudah faham sangat dgn tabiat katak ini, ianya sekadar mahu menyelamatkan dirinya agar tidak dipatuk ular sawah...

Murai.KB said...

salam ROJOKOBOG

murai setuju dgn ulasan sdr ini.murai tk perlu rasa nya bagi ulasan panjang2 sbb itu lah sebenarnya yg berlaku seperti sdr nyatakan itu.

palingberani said...

sdr Murai yg petah berkata-kata..

spesis katak dlm ilmu politik memang ada..lompat sana, lompat sini.

katak jenis ini memang suka hujan..kalau kemarau tidak plk datang beri bantuan kp penduduk yg mengalami kemarau..tapikalau musim banjir katak suka keluar main air..

pendikar said...

slm murai

bagi seorang yang menganggap pemimpin akan mengambil ikhtibar dengan penulisan seumpama ini. sy bukan bersetuju sangat dgn murai tapi apa yang di dia kata kan itu ada juga benar walaupun bukan semua pemimpin pun mcm tu.

hakikat nya di kota belud. pemimpin yang di ibarat kan seperti itu boleh di katakan majoriti pemimpin bersifat seperti katak.

macam-macam janji sebenarnya di berikan oleh pemimpin ini. bukan itu saja nekad untuk membantu rakyat konon.

sedar semua pemimpin. jangan terlampau kemaruk dengan jawatan sementara itu. tunaikan lah janji dan tugas yang di amanahkan.

tunai kan lah dan tunaikan lah. jangan mkn duit rakyat. jangn persiakn harapan rakyat. tidak mustahil pilihan raya nti kamu semua tiada yang pergi undi kalau masih lagi begini.

sakit kepala pendikar kalau tgok pemimpin sperti ini.

pendikar said...

sy dengar datuk rahman tidak tunaikan janji mengatasi masalah air..betul kah?

si datu said...

katak2 ni keluar main bila hujan kempen datang. masing keluar kan bunyi. katak2 ni ada ketua. sy dgr ketua katak ini mahu main di hujan lagi. jaga kamu semua kalau katak2 ini main banjir di koat belud.

ROJOKOBOG said...

Salam Murai dan Pendikar,

Ahli Parlimen Kota Belud telah menunaikan janjinya tentang masalah air di Kota Belud, kita dapat lihat sekarang ini di merata tempat di Kota Belud pemasangan paip di tepi-tepi jalan yg sedang dilaksanakan, tapi persoalan pokoknya mampukan kontraktor yg ditauliahkan di bawah pengawasan Jabatan Air Kota Belud untuk menyiapkan projek tersebut mengikut masa yg telah ditetapkan, jika terlalu banyak birokrasi maka lambat lah projek tersebut disiapkan, kerjasama daripada penduduk yg terlibat dari segi penggunaan kawasan/tanah kampung juga amat ditagih utk melancarkan perjalanan projek tersebut agar kita dapat sama-sama menikmati air yg bersih.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.