Popular Posts

Sunday, March 13, 2011

SIAPA KELAPA MAWAR MENJAWAB DATUK RAHMAN DAHLAN


Blogger Kelapa Mawar sekali lagi membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk menjawab segala pandangan Datuk Rahman dahlan berkaitan dengan Buku Jingga yang diilhamkan oleh Pakatan rakyat. Siapa sebenarnya kelapa Mawar ini? menurut khabar dan tafsiran Kelapa Mawar adalah 'orang penting' dalam UMNO Kota Belud. Jawapan Kelapa Mawar ini boleh diikuti dalam blognya.


Ketika saya membaca kenyataan berfakta yang diutarakan oleh Datuk Rahman Dahlan dalam Blognya mengenai kredibiliti "buku Jingga' hasil perah otak pemimpin Pakatan Rakyat, saya menjadi begitu 'pesimis'. Kerana perkataan "kebankrapan" atau "muflis' itu bagi saya risiko yang maha besar yang terpaksa dihadapi oleh Negara apabila 'ditakdirkan' PR dapat menawan Putrajaya.
Namun setelah saya habis membaca kenyataan itu, beberapa persoalan bersarang dalam pemikiran saya. Sebagai blogger dan juga rakyat yang berada dalam zon "non- Partisan'' ulasan saya lebih tampak berada dalam keadaan di tengah-tengah, berbanding dengan Datuk Rahman yang semua orang tahu mendapat 'talian' hayat politiknya dalam bahtera BN dan UMNO. bagaimanapun 'lengkap' atau 'menariknya' Buku Jingga, saya berkeyakinan sebagai pemimpin yang memperjuangkan idealisme politik BN/ UMNO, Datuk Rahman 'tetap' dianggap 'bias' dan 'menyerang'. walapun saya tidak begitu arif tentang ekonomi negara ditambah lagi tidak mendapat pendedahan dan bantuan dari agensi berkenaan seperti DARD, namun saya cuba menjawap kenyataan DARD itu dari sudut pandang anak-anak muda yang memerlukan penerangan dan panduan.
Kenyataan DARD seperti " Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik yang berlebihan yang tidak kena pada tempatnya" ( lihat blog DARD) bagi saya agak 'keras' dan mengandungi pendekatan politik yang ekstrem. Bagaimana lagaknya anak-anak muda yang memerlukan penerangan lanjut mengenai sudut pandang pemimpin BN/ UMNO apabila membaca kenyataan ini? tentu ada yang menganggap sebagai bongkak dan sombong.

Begitu juga dengan kenyataan DARD " Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan kerajaan ialah cara ianya dirancang". Menurut DARD perancangan PR dalam Buku Jingga tidak mengambil kira kehendak dan aspirasi rakyat. Dalam hal ini saya begitu 'tawaduk' kerana pada hemat saya bahawa DSAI dan konco-konconya tidak hanya merangka Buku Jingga itu dalam sindrom 'minum kopi' dan sehari dua. Sebagai pemimpin yang berpengalaman dan pernah menduduki kerusi nombor dua saya merasakan "buku Jingga' juga dibuat dan dirangka dengan begitu strategik dan penuh keinsafan sepertimana yang didakwa oleh DARD terhadap perancangan Transformasi ekonomi kelolaan BN. Soal meremehkan dan merendah-rendahkan apa yang terkandung dalam BJ tidak akan dapat meyakinkan golongan non partisan untuk tidak memberi undi kepada PR pada PRU 13 nanti. Apa yang lebih utama ialah melihat apa yang diutarakan oleh PR dalam buku berkenaan dan melihat kewajarannya dari semua sudut.
Saya juga ada membaca BJ ini dan cuba untuk memahaminya berdasarkan renungan bahawa apakah 'kelebihan' yang bakal diperolehi jika membenarkan BJ menjadi satu kenyataan. DARD banyak mempertikaikan mengenai jumlah pendapatan kerajaan yang dijangka dan didakwa akan mengalami penurunan berikutan beberapa cadangan dalam BJ antaranya dengan penghapusan konsesi lebuhraya yang dijangka bernilai 50 billion dan penghapusan subsidi kepada IPP bernilai 19 bilion serta menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20%.
Dalam hal ini, saya tidak suka terikat dengan angka dan nombor tetapi sebaliknya melihat apa rasional kepada langkah yang dipaparkan dalam BJ. Antara yang saya perolehi ialah, situasi tersebut nyata membebankan rakyat. Kos atau tol yang dikenakan kepada rakyat dianggap begitu membebankan, walaupun kita ketahui bahawa itu adalah antara kos lepas yang terpaksa dihadapi dalam pembangunan. Begitu juga dengan subsidi kepada IPP yang dianggap terlalu besar dan didakwa oleh PR sebagai tidak praktikal kerana kerajaan terpaksa menjaga 'pensubsidian; ini ekoran daripada keterikatan terhadap kroni dan perjanjian yang tidak sama rata.
PR menjangkakan dengan penghapusan subsidi ini akan dapat memberikan kelebihan kepada kerajaan dalam menyusun atur subsidi kepada rakyat. DARD juga cuba melontarkan persoalan kerana kos yang sebegini besar, menyebabkan kerajaan akan kerugian. Dari mana PR bercadang untuk menambah pendapatan? saya tidak ingin menjawab persoalan itu kerana bagi saya PR masih belum 'memerintah' dan 'peluang' untuk menambah pendapatan tidak akan datang pada masa ini, melainkan setelah 'memerintah'.


Kejujuran dan ketegasan PR membenteras ketirisan, kebocoran dan gejala rasuah yang berlaku tentunya mendatangkan pendapatan yang lebih. Kerajaan seperti yang dilaporkan menghadapi berbilion ringgit ekoran daripada gejala rasuah dan kebocoran dari beberapa perlaksanaan projek mega yang menggunakan wang rakyat sebagai perbelanjaan. Kita masih ingat tentunya isu atau skandal pembelian kapal selam yang di dakwa menelan kos 50 juta untuk komisyennya. begitu juga perlaksanaan projek MMR2 yang menghadapi pertambahan kos berjuta ringgit kerana faktor pembinaan yang tidak sempurna. Skandal PKFZ yang juga menelan berbilion ringgit dan pelbagai lagi isu berkaitan, termasuk di Sabah sendiri apabila beberapa projek pembinaan sekolah yang menghadapi masalah. Bagi anak-anak muda non partisan ini, isu ketirisan adalah lebih mustahak daripada memperkatakan tentang sumber mana PR akan mendapatkan pendapatannya apabila memerintah kelak?
Sepekara lagi yang menjadikan 'hati' saya begitu mula meneliti BJ ini ialah apabila media melaporkan bahawa timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin membuat pengakuan tentang kerelevanan dan kewajaran yang terkandung dalam BJ ini. sementelahan itu saya juga cuba merungkai persoalan tentang apa yang dikatakan oleh BJ kepada Sabah dan sarawak sebagai "rakan kongsi". walaupun istilah "rakan Kongsi' ini bertujuan untuk pancingan sokongan tetapi saya lebih melihat ia seakan hampir kepada konsep 'penserdajatan' yang terkandung dalam perjanjian Malaysia apabila Sabah dan sarawak bertindak menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963. Hak dan kedaulatan Sabah seharusnya dilihat sebagai 'rakan kongsi' dan bukannya sebahagian dari negeri-negeri dalam wilayah yang bergabung itu. Ini satu realiti kesedaran politik yang cuba diterapkan dalam BJ untuk rakyat Sabah merasai 'kemanisan' idea para pemimpin terdahulu yang mengambil peranan penting dalam penyertaan Sabah dalam gagasan Malaysia.

Satu lagi yang meyakinkan saya bahawa BJ akan terus menjadi polemik politik buat BN dan UMNO ialah apabila DSAI 'mencabar' PM Datuk Najib untuk membahaskan kewajaran dan keberkesanan BJ ini, namun ditolak. Jika benar kerajaan mengambilkira impak kehidupan rakyat luar bandar terhadap dasar-dasar transformasi ekonomi yang dirancang, inilah masanya Najib 'menghuraikan' secara panjang lebar tentang itu dan kenapa BJ tidak harus 'bersemadi' dalam lubuk hati rakyat Malaysia. Barangkali kerana politik dan demokrasi di negara ini masih berada pada tahap 'setengah masak' dan belum menunjukkan kematangan, justeru pelawaan itu ditolak tanpa alasan yang boleh diterima oleh jutaan 'hati' anak-anak muda yang mahukan kebenarannya. Bukankah di negara- negara demokrasi tertua, budaya 'debat' dan 'bahas' ini adalah satu keperluan?


Friday, March 4, 2011

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD BUAT HAL ATAU MUSLI OLI YANG BERAGENDA?


Muraikb sempat mengikuti perbahasan di FCB mengenai kenyataan Datuk Rahman yang mahu supaya kerajaan persekutuan memperuntukkan perbelanjaan khusus untuk kaum Bajau-Samah di Kota Belud pada tahun ini. Muraikb ada juga membaca keratan akhbar tersebut. Antara yang begitu lantang mengkritik kenyataan Datuk Rahman itu ialah blogger sensasi Kelapa Mawar.(klik di sini:http://kelapamawar.blogspot.com/) Dengan bersandarkan kepada hujah dan pandangan positif, kebanyakkan pendapat yang dikemukakan adalah tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Rahman Dahlan itu.

Kecuali Musli Oli yang seolah-olah ada agenda tersembunyi membuat penjelasan demi penjelasan meskipun penjelasan itu kabur dan tidak boleh diterima. Ketika Muraikb duduk minumpagi tadi di restoran di KB, muraikb sempat menanyakan hal ini kepada rakan-rakan. Dan seperti yang muraikb jangkakan ramai yang juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Rahman itu. Sebab nampak sangat tidak menghargai sokongan masyarakat lain. Suku lain di Kota Belud tentu akan terguris hati bila membaca kenyataan Datuk Rahman itu selaku ahli parlimen Kota Belud yang dipilih oleh rakyat.

Muraikb masih tertanya-tanya, adakah Datuk Rahman yang buat hal atau Musli Oli yang beragenda?...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.