Popular Posts

Friday, December 16, 2011

Siapa yang dimaksudkan oleh Roslan Hj Manshor?

Datu Jamigul adalah antara calon yang disebut-sebut? Belum dapat dipastikan!

Sejak sdr Roslan Hj Manshor menegur pemimpin politik di Kota Belud, situasi politik di daerah ini tidak aman rasanya, kerana ramai yang menghubungi muraikb bertanya siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh sdr Roslan Hj Manshor itu tentang pegawai pegawai kerajaan yang termakan adu domba pemimpin politik tersebut.

Muraikb pun tidak berapa tahu hal ini ,tetapi dari perbincangan muraikb tadi pagi dengan beberapa orang, mereka membuat kesimpulan bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang dimaksudkan oleh sdr Roslan itu kemungkinannya adalah seorang GURU kerana sdr Roslan sendiri adalah guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kota Belud.

Muraikb juga ditanya kenapa Roslan berbuat demikian? mungkin ada kesan kepada perancangan politiknya,kata rakan minum pagi saya tadi.

Muraikb dalam sedikit masa lagi akan membuat pendedahan berani mengenai hal ini. Hanya menunggu masa yang sesuai.

Wednesday, December 14, 2011

ROslan Hj Mansor,apakah akan ikut jejak Musli Oli


Kerana tidak tahan dengan sepak terajang politik di Kota belud, sdr Roslan Manshor,mantan pegawai eksekutif Majlis Daerah dan pemimpin muda dalam UMNO KB,akhirnya telah mula menegur pucuk pimpinan UMNO Kota belud.

Dalam satu kenyataannya yang diturut dimuatkan dalam blog Kelapamawar.Blogspot, Sdr Roslan dikatakan tidak berpuashati dengan perangai seorang pemimpin politik veteran di Kota Belud yang suka melaga-lagakan pemimpin dengan menaja seorang pegawai kerajaan sebagai calon pada Pilihanraya akan datang.

Muraikb turut memetik kenyataan Sdr Roslan itu seperti yang dipostkan dalam Blog Kelapamawar.Blogsopt;

"....Sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti saya merayu supaya pihak-pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO Kota Belud sempena menjelangnya pilihanraya ke 13 ini supaya menghentikan perbuatan tersebut. Terutama sekali percubaan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan kononnya pegawai tersebut tersenarai calun Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.

Perbuatan ini lazimnya akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab setiap kali menjelangnya pilihanraya berlaku. Perbuatan ini boleh menjejaskan keutuhan dan kekuatan Parti UMNO. Justeru itu saya juga mengesah pihak pimpinan pusat agar memantau kegiatan ini sebelum ianya menjadi duri dalam daging dalam UMNO.


Kekadang ada juga pegawai-pegawai kerajaan yang termakan umpan si pengadudomba ini sehinggakan dia lupa pada kedudukan sebagai pegawai kanan kerajaan, disamping menjejaskan peluang masa depannya dalam kenaikan pangkat di masa akan datang."...


Muraikb menyarankan kepada sdr Roslan supaya mengikut jejak Musli Oli yang mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan menyertai PKR beberapa hari lepas di satu rapat umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Belud. Muraikb rasa sudah sampai masanya sdr Roslan memikirkan untuk keluar dari UMNO setelah beberapa lama berjuang dalam parti itu tetapi tidak memperolehi apa-apa untuk menjadi pemimpin di KB.

Muraikb percaya jika sdr Roslan keluar UMNO dan menyertai PKR, beliau akan menjadi calon PKR di Tempasuk melawan bosnya Datuk Musbah Hj Jamli. Sebelum inipun Datuk Musbah sudah ditolak oleh suku Iranun. sdr Roslan yang mempunyai kekuatan dari segi sokongan Iranun dan Bajau, juga boleh mendapat sokongan padu dari kadazandusun kerana beliau mempunyai kekeluargaan yang ramai dari suku tersebut.

PAS dan PKR di Kota belud tentu akan berbangga jika sdr Roslan keluar dari UMNO. Kita tunggu apa keputusan sdr Roslan mengenai saranan Muraikb ini.


Wednesday, December 7, 2011

SEBENARNYA MUSLI OLI SUDAH LAMA MENINGGALKAN UMNO


Oleh: kelapamawar

keputusan YDP PERKASA SABAH, sdr Musli Oli meninggalkan UMNO dan menyertai PKR dan menyerahkan borang keahlian PKR semasa sesi ceramah umum ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim di Kota Belud pada malam 3.Dis.2011 yang lepas telah mencetuskan satu motivasi baru kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Belud. Malahan beberapa orang pejuang PAS dan PKR melahirkan harapan agar kehadiran "orang Kuat USBO' itu akan memberikan satu kelebihan khusus kepada PR di daerah ini.

Kehadiran Musli Oli dalam ceramah Umum PKR pada malam itu pada awalnya hanya dijangka sebagai pemerhati politik sahaja kerana sebagai penulis politik nasional, Musli Oli seharusnya lebih 'neutral' berada pada setiap majlis atau ceramah parti politik sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang. namun bila Musli Oli dijemput memberi ucapan dan kemudiannya mengumumkan hasrat keluar dari UMNO dan menyertai PKR, ramai yang terkejut, walaupun ada juga yang mula menjangkakannya.

Jika ada yang mengikuti perkembangan blog dan dunia FCB di Kota Belud, nyata sebenarnya Sdr Musli Oli yang juga AMT USBO di bawah pimpinan Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin telah lama meninggalkan roh perjuangan UMNO. Pada dua tahun lepas, Musli Oli secara terbuka dalam blog, malah turut diketahui oleh MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, mengumumkan akan bertanding pada PRU 13 di Parlimen Kota Belud. Hanya beliau tidak mengumumkan platform mana akan beliau gunakan sebagai tiket bertanding.Pada waktu itu ramai AJK bahagian menggesa pucuk pimpinan UMNO Bahagian Kota Belud ,mengambil tindakan keatas Musli Oli kerana membuat pengumuman berkenaan yang melambangkan mendahului keputusan pucuk pimpinan parti. Namun semua itu reda, kerana Musli Oli masih dilihat 'bersama' UMNO Kota belud, apabila beberapa kali turut bertanding sebagai wakil 7 pada perhimpunan agung UMNO di Kuala Lumpur tetapi 'gagal' mendapat sokongan dari perwakilan UMNO Kota Belud.

Hasrat Musli Oli untuk bertanding pada PRU 13 timbul lagi apabila beliau turut menyatakannya pada laman sosial FCB nya pada awal tahun ini. malahan menurut beliau hasrat itu mendapat sokongan dari Datuk kalaku Untol yang ketika itu telahpun menyertai PKR. Ramai pemerhati politik tempatan di Kota belud,telah mula menaruh syak bahawa lambat laun Musli Oli akan menyertai PKR. Kemudian hasrat Musli itu bertambah jelas apabila dalam laman FCB nya menyatakan bahawa seorang pemimpin politik Sabah telah memberikan kata dua kepada beliau, sama ada mahu menjadi calon dan menyertai PKR atau menyokong kepimpinan Mus Aman. Walaupun nama pemimpin itu tidak disebut oleh Musli Oli, namun ramai yang meramalkannya bahawa pemimpin itu adalah Datuk Salleh , Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Akhirnya hasrat Musli Oli menyertai PKR tertunai apabila pada ceramah UMum Datuk seri Anwar Ibrahim di Kota belud pada malam itu digunakan oleh Musli Oli untuk mengumumkan hasratnya keluar dari UMNO dan menyerahkan borang keahliannya kepada ketua UMUM Parti Keadilan itu. Sambil menyatakan kekecewaannya kepada UMNO, Musli Oli juga mengungkapkan:


" Prinsip perjuangan asal saya tidak berubah tetapi bahtera yang saya ikuti dahulu tidak sampai kepada matlamat asal perjuangan, seperti mana kehendak majoriti rakyat. maka saya berhijrah kerana perjuangan dan prinsip untuk kepentingan semua pihak terutamanya rakyat sekitar daerah Kota belud khususnya dan sabah amnya".

Maka berakhirlah sudah riwayat seorang penulis politik nasional sebagai ahli UMNO Kota belud. Kita tidak tahu apakah reaksi Datuk salleh dalam hal ini. Dan kita tunggu, apakah platform KEADILAN akan memberikan ruang yang lebih luas kepada perjuangan Musli Oli? Atau apakah selepas ini akan terbit buku mengenai perjuangan PKR DI SABAH? Bersama kita tunggu!

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.