Popular Posts

Thursday, September 16, 2010

BENARKAH TSPA MERESTUI RHM

Dalam era dunia politik sememangnya sinonim dengan kewujudan dua kolompok penghulu dan pengikut yang saling berkepentingan di antara yang lain. Tidak ketinggalan, Senario politik di kota belud juga telah melahirkan satu puak pengikut berkonsepkan taat setia kepada pemimpin sebagai ketua. Namun, adakah ketua menjana restu di antara setiap pengikut untuk diberi ruang dan kesempatan bagi menjunjung titah amanah sebagai pemimpin ketua yang baru untuk melaksana sumpah amanah ketua terdahulu? Dan persoalan nya adakah benar TSPA merestui RHM?

Di daerah kota belud, RHM seorang pemuda dari suku irranun yang berkelulusan sarjana muda serta berpengalaman luas dalam bidang pendidikan mahu pun dalam dunia politik kota belud yang seharusnya di kaji dan di suluhi dengan chahaya wadah kepimpinan dari pemimpin terdahulu. RHM adalah pemuda irranun tunggal yang di beri mandat dalam politik kota belud untuk memegang jawatan sebagai AJK UMNO BAHAGIAN dalam biro pendidikan di daerah kota belud sekarang ini.

Hembusan tsunami politik telah mengkabarkan bahawa RHM dan TSPA sangat akrab bersahabat sejak kelahiran zaman USNO, AKAR dan UMNO kota belud sememang nya keakraban perjuangan politik mereka masih tetap gah perkasa walau tiupan badai katrina datang mengundang bencana.di setiap perjuangan TSPA dalam politik, RHM sanggup menawar diri membantu di setiap permasalahan yang kunjung tiba. Juga Keakraban telah terbukti bila mana, RHM telah menjadi salah seorang tetamu VIP ketika melawat TSPA yang terlantar sakit di IJN yang lalu. Namun adakah TSPA telah membuka ruang restu untuk RHM menjunjung amanah? Jika sebalik nya, adakah keakraban itu semata sebagai bahan pendusta atau perkara biasa?

Batas keakraban tidak terikat dengan TSPA, RHM di kata kan lebih rapat dan akrab dengan DHMHJ bila mana setiap detik perkembangan perjuangan DHMHJ telah menjadi satu kewajiban kepada beliau untuk tampil memberi sokongan penuh. Walhal TSPA bersama DSSK sewaktu ketika dahulu telah berusaha menidak kan kepimpinan DHMHJ di kota belud yang di istilah kan oleh ahli fikir politik sebagai “melempar batu ke sungai lalu sembunyikan tangan”. Sehingga sewaktu ketika TSPA dan DSSK telah melupa seketika persengketaan di antara mereka untuk memberi tekanan politik akibat pengguguran kouta mereka di kota belud sebagai adun dan parlimen sewaktu PRU 12 2008 dan seterusnya menubuhan kan USBO sebagai persatuan NGO yang di pimpin oleh DSSK sendiri dan TSPA sebagai timbalan untuk memberi tekanan kepada politik sabah khususnya dan amnya di kota belud yang di terajui oleh DHMHJ yang juga ketua UMNO bahagian ketika itu. Jika benar TSPA merestui RHM, maka secara langsung TSPA telah merestui DHMHJ sebagai ADUN N.6 TEMPASUK. Jika dengan alasan bahawa RHM harus memberi “red light” dalam persahabatan kepada DHMHJ untuk mendapat restu, adakah RHM akan berpaling tadah dengan alasan itu? Jika sebaliknya berlaku, kemana kah hala tuju politik RHM selepas itu?

Ramai di kalangan ahli fikir politik irranun memberi tafsir bahawa, RHM adalah salah seorang pelapis kepimpinan politik kepada TSPA. Namun adakah kenyataan itu di beri cop pengesahan laluan untuk mewarisi catur kepimipinan TSPA? Jika “ya” TSPA memberi “green light” kepada RHM, adakah karier politik nya tidak terjejas dengan kehadiran RHM sebagai pemimpin baru dalam suku irranun? Kemana hala tuju politk TSPA jika RHM di restui mewarisi kepimpinan?. Namun jika keberangkalian TSPA masih menidak kan RHM sebagai pelapis untuk mewarisi kepimpinan, maka bila ka TSPA akan melahirkan zuriat untuk menjadi pemimpin suku irranun selepas beliau?

Ketika isu hangat perpindahan RHM ke Sandakan, DHMHJ Nampak nya gagal mempertahankan ke akraban hubungan dengan tidak turut membantu dalam penahanan urus pindah jawatan RHM sebagai guru di salah sebuah sekolah di Sandakan waktu itu. Ramai penganalisa politik merasa curiga dengan di sebaliknya agenda perpindahan RHM ke Sandakan yang tidak di bantu oleh DHMHJ, sehingga di kabar kan berkemungkinan DHMHJ memanfaatkan situasi itu untuk menenggelamkan kan karier politik RHM. Dimana DHMHJ ketika RHM terkapar mencari siapakah akan membantu untuk penahanan urus pindah jawatan ke Sandakan? Dan siapakah yang telah membantu RHM untuk menepis arahan itu? Kini terbukti hubungan keakraban DHMHJ tidak lah setinggi mana kerna DHMHJ sanggup melihat hala tuju politik rakan seperjuangan luntur dan terkubur di Sandakan. Juga benar lah ungkapan penganalisa politik bahawa “politik itu zalim” yang tidak mengenal keluarga, mahu pun sahabat karib. Dan benarlah juga pepatah yang pernah di ungkapkan oleh TSPA dalam laman blog nya berbunyi “ jangan lempar batu jika tinggal di rumah kaca”.

21 comments:

Unknown said...

murai,

RHM mmg rapat dgn datuk musbah dan TSPA. tp kedua-dua pemimpin ini ada agenda tersendiri, ala politik ba ini.

tp sy terkilan jg bila RHM di pindahkan di sandakan, Datuk musbah tutup mata, tutup telinga, membisu tnpa berita, sy pernah bckp dgn RHM masa dia kena pindah di sandakan, dia luahkan yg datuk musbah tdk endahkan perpindahan nya itu.

tp bila tgok skrg, RHM btmbh akrab dgn datuk musbah, mmg politik ssh di jangkah. pasal TSPA, RHM mmg rapat jg, mmg btl murai ckp yg dia sempt lawat TSPA hari tu, sy jg kebetulan ada di situ. tp benarkah TSPA bagi green light dgn RHM utk bertanding? persoalan yg menarik jg dari murai. TSPA tdk sehalaun dgn datul musbah, tp RHM hubungn baik antara dua pemimpin TSPA dan datuk musbah. macam mana itu?

sy harap TSPA bagi green light utk RHM bertanding danterus jadi wakil rakyat iranun yang kedua selepas TSPA.

Unknown said...

kalau boleh TSPA bagi respon tentang hal ini. sbb syg sebenarnya sdr RHM ini, dia satu satu nya iranun yg berjawatan ajk bahagian di kota belud.

Gambar seksi said...

muraikb..

TSP tidak perlu merestui sesiapa..termasuk sdr Roslan hj Mansor..kerana restui pun kalau tidak ikut susah juga..

apa yang penting ialah pemimpin pemimpin muda iranun harus menujukkan taat setia kepada TSP supaya merk tersenari sbgi pemimpin yg direstui..jangan harap apa-apa balasan..kalau mahu berjaya sebagai pemimpin...

Ali kemad said...

1. cerita tentang RHM ini sudah lama diceritakan dikedai-kedai kopi..saya ingat isu ini isu kedai kopi yg tidk perlu dibesarkan//

siapa RHM dimata TSP itu tdk penting tapi sapa TSP dimata RHM itu yang pening..

ramai juga pemimpin muda iranun dlm politik KB mislanya sdr Idris, sdr razak, sdr roslin, sdr rosmin dll..

anri said...

salam manga pagariku,

pada hemat saya, tidak menjadi soal siapa yang diperkenankan dan siapa yang tidak dapat perkenan.

orng iranun ini terkenal dengan pindatoan, kalalagun pangaku dato.

Iranun sikanu langun
thitimu tanu
elambeg tanu su lebug
kuaan tanu su malingau

satiman a luya khada bu su kaluya yan
pon madakel baru phagebel su tanggila

semenjak saya kecil (tahun 1974)sampai sekarang seluruh kampung yang diduduki oleh orang2 iranun tidak pernah mendapat kemudahan awam yang lengkap berbanding dengan kaum lain.
di mana silapnya?

khagagauan ako sa ginawa ku karana saken iranun ambo

tolonglah manga pagariku
pikiran u pia-pia
mipuru u su ginawa u da'a guna yan

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai,

1. Pertamanya, saya ingin mengatakan bahawa tulisan sdara ini adalah cerita "kosong" dan tidak mempunyai apa-apa "substance" sebenarnya. Maka itu, barangkali tidak salah kalau saya kata, sdra ini terlalu berfikiran kecil dan berpengetahuan yang sedikit tetapi cuba berlagak mcm orang yang tahu segala-galanya...

2. Sebelum ini, sdra sering membayangkan bahawa TSP bukanlah pemimpin Irranun yang tunggal.. maka, jika itu keadaannya, mengapa perlu restu beliau untuk pemimpin pilihan sdra iaitu RHM? Saya sering mengatakan bahawa jika saya memang "berkemampuan dan berkharisma" menjadi seorang pemimpin, maka saya tidak perlu mendapatkan restu sesiapa. Rakyat yang akan memilih saya untuk menjadi pemimpin.. Jadi, apa sebanarnya makna penulisan sdra tersebut?.. kosong bukan?????

3. Sungguh lucu pada saya bila sdra mengatakan bahawa RHM menjadi tetamu VIP semasa TSP berada di IJN sedikit masa yang lalu... saya berkata begitu kerana RHM pada saya hanyalah insan atau individu biasa yang belum mencapai tahap tertentu sehingga beliau dianggap sebagai tetamu VIP... barangkali sdra amat memandang tinggi akan RHM sehingga sdra menganggap beliau sedemikian... Jika inilah tahap pemikiran sdra, maka sekali lagi saya merqasa sangat kasihan dengan orang-orang yang mempercayai tulisan sdra.. mereka sanggup di bohongi hidup-hidup...

4. Saya tertarik dengan ulasan sdra yang mengatakan bahawa RHM sepatutnya suluhi dengan wadah kepimpinan dari pemimpin terdahulu kerana beliau seorang pemuda dari suku Irranun yang berkelulusan Sarjana Muda serta berpengalaman luas dalam bidang pendidikan mahupun dunia politik Kota Belud... Bukan bermaksud memperkecilkan RHM, cuma saya ingin bertanya kepada sdra, tinggi sangatkah kelulusan Sarjana Muda itu pada sdra?.. untuk makluman telah ramai orang Irranun yang berkelulusan lebih tinggi iaitu Sarjana (Master) bahkan Doktor Falasafah (PHD).. maka, apa yang hebat sangat dengan Sarjana Muda?... Pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan politik?.. apakah justifikasi sdra untuk kenyataan tersebut?.. Adakah kerana beliau telah mengajar beberapa tahun maka beliau sdra anggap berpengalaman luas dalam bidang pendidikan?.. dan adakah hanya kerana beliau adalah AJK Bahagian UMNO Kota Belud maka beliau sdra anggap berpengalaman luas dalam politik?.. sungguh sempit pemikiran sdra ini...

5. Mengenai perpindahan tempat bertugas, apa yang menjadi masalah sebenarnya?.. bagi seseorang kakitangan kerajaan, memang menjadi lumrah kepada mereka untuk ditempatkan dimana-mana pun di Malaysia ini.. Perlu dingat bahawa tugas hakiki RHM ialah mengajar dan itu menjadi sumber rezeki beliau.. maka jika beliau ingin memberi keutamaan kepada kerja politik berbanding tanggungjawab sebagai guru, maka belau letak jawatan saja.. jadi ahli politik sepenuh masa mcm DHMJ, TSP dan DSSK.. tidak begitu sdra Murai?.. Jangan jadikan jawatan sebagai guru untuk dapat rezeki untuk menyara keluarga tapi dalam masa yang sama abaikan tanggungjawab yang sepatutnya dan sebaliknya habiskan masa dengan berpolitik.

6. Akhir sekali, saya tidak fikir TSP pernah menghalang sesiap untuk menceburi bidang politik termasuklah DHMJ.. maka, sekali lagi.. saya ulang... sekali lagi... analisa sdra adalah salah...

anri said...

salam,

BELUM PENDIKAR,

kata-katamu sesuai sekali dengan namamu.

kalau belum pendikar memang begini caranya sebab belum tamat ilmu kependikaranya / perguruanya

ada baiknya belum pendikar pergi bertapa lagi perbanyakkan ilmu didada, supaya tenang dan lapang dada, tidak terburu berbahasa

Bangsa Iranun bukannya ramai sangat (kaum minoriti) kalau kita asyik menyalahkan orang sampai bila kita nak maju dengan cemerlang?

"BERBAHASA PERLU ADA RASA,
BERDIRI BIAR GAGAH"

Gambar seksi said...

Sdr Belum pendekar..

kalaulah macam tu sapa lagaknya yg menjadi pilihan TSP utk menggantikan tempatnya..Anaknya barangkali..

kalau RHM tidak juga berkenan di hati belum pendekar bagaimana pula dengan sdr Idris kisab dan sdr Rosmin kasan..?

Sdr Belum pendekar..

kita kena cari punca kenapa ramai pemimpin muda iranun yg kontra kepada TSP..? apa sebab..?

Pendekar Tua said...

sdr rahman talib..

1. janganlah buat desakan kepada TSP kerana tiada faedahnya..
2. apa yang penting ialah suburkan karisma dalam jiwa anak-anak muda iranun..bila sampai masanya mereka akan menjadi pemimpin nanti.
3. teruskan perjuangan kalian semua semoga beroleh kejayaan..

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Anri,

1. Hahahahahaha..... ketawa saya membaca justifikasi sdra terhadap ulasan saya... komen sdra menunjukkan bahawa tahap pemikiran sdra terlalu kecil...

2. Saya ingin bertanya, Bila yang saya menyalahkan orang?... baca komen saya baik-baik supaya sdra faham maksud yang sebenarnya... jangan faham perkara yang sdra ingin faham saja. Kalau benar menyalahkan orang itu akan membuat Irranun yang minoriti ini mundur, mengapa sdra tidak menegur Murai atau orang lain yang asyik menyalahkan TSP, DSSK dan sebagainya?.. Kenapa bila saya memberi komen atas tulisan Murai maka sdra kata tidak boleh asyik menyalahkan orang?... Adil kah begitu wahai sdra ku Anri????...

3. Selari dengan nama saya Belum Pendekar, maka saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa pengetahuan saya tidak seberapa berbanding TSP atau DSSK... bahkan saya kagumi dan sanjung mereka sebagai pejuang bangsa yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin suku lain di Malaysia ini. Namun demikian, jika dibandingkan dengan kepandaian dan kepintaran sdra... walaupun sdra menyuruh agar saya menambah ilmu lagi... ilmu sdra belum mampu menandingi apa yang saya ada... percayalah, ilmu sdra tidak sampai sekelumitpun.. Tapi insyaallah, saya akan terus belajar lagi sehingga lebih pandai dan bijaksana..

Sdra Rahman Taib,

1. Sdra juga seorang lagi blogers yang hanya nampak batang hidung sdra sendiri.

2. Bukankah saya dah kata, kalau seseorang itu memang ada kebolehan dan kharisma menjadi pemimpin, maka orang itu tetap akan dipilih oleh rakyat untuk jadi pemimpin. Tidak perlu restu sesiapapun termasuklah TSP dan Perdana Menteri... jadi, kenapa sdra nak sangat TSP merestui sesiapa?.. apa keperluannya?.. Tahukah sdra bahawa pada pandangan saya belum ada pemimpin pelapis yang ada keboilehan dan Kharisma sedemikian... mereka cuma syok sendiri atau perasan mereka telah cukup layak untuk jadi pemimpin... Sebab itu, bila sdra tanya siapa agaknya pelapis yang direstui TSP, saya sangat gelihati..

2. Ramai pemimpin muda Irranun yang kontra kepada TSP?... ini lagi satu komen yang dangkal... siapa individu yang sdra maksudkan sebagai pemimpin muda?.. apa justifikasi nya bahawa mereka ini telah layak digelar pemimpin... adakah hanya kerana mereka ada sekerat dua penyokong spt sdra maka orang itu sudah layak memimpin?.. Lagipun, andaikata mereka ini konta sekalipun, TSP tidak pernah menghalang mereka bukan?.. jadi apa yang besar sangat mengenai perkara ini.. Saya sedikitpun tidak hairan... Mengenai soalan sdra apa sebab mereka ini kontra, jawapannya ialah kerana mereka ini telah merasa bahawa mereka telah tahu segala-galanya dan mereka ini telah setanding dengan ahli politik yang lain... Dalam bahasa yang kasar... Mereka ini dah tidak sabar menjadi wakil rakyat dan Bukan kerana TSP tidak baik atau tidak berkualiti...

3. Seperkara lagi, samada saya berkenan dengan orang tertentu atau tidak, bukanlah perkara penting.. Buktikanlah kemampuan terlebih dahulu.. itu yang akan menentukan nilai seseorang...

Pejuang Bangsa said...

Salam Kelapa Mawar,

Mengubah pemikiran seseorang mengenai sesuatu perkara bukan senang. Apa lagi jika seseorang itu sememangnya mempunyai fahaman dalam otak memihak satu-satu perkara.

Tanggapan saya kepada Watak BELUM PENDIKAR juga adalah perkara yang sama. Saya tidak jemu-jemu membaca komennya dalam setiap artikel. Fokus dan pemikiranya sememangnya dibayangi oleh idologi dan sokongannya kepada orang bernama TSP.

Justeru itu adalah rugi kita membawa berbincang untuk mencari kesepakatan bagi meralisasikan sesuatu yang baik. orang macam ini tidak layak duduk sebagai orang yang punya bebas berfikir. Fikriannya semua dibelengggu oleh ketaksupannya kepda TSP. TK.

Unknown said...

sy tertarik dgn ulasan belum pendekar yg penuh dgn emosi.

sdr BP, sy bkn membela murai, tp kenyataan nya begini.ulasan sdr BP berbunyi :"Saya sering mengatakan bahawa jika saya memang "berkemampuan dan berkharisma" menjadi seorang pemimpin, maka saya tidak perlu mendapatkan restu sesiapa. Rakyat yang akan memilih saya untuk menjadi pemimpin.. Jadi, apa sebanarnya makna penulisan sdra tersebut?.. "

ulasan sy : semasa datuk musbah di ketua bahagian, sapa yg nodai politik nya? TSPA dan DSSK bkn..jgn lah berpura baik membela TSPA atau DSSK, sbb dua org ini mmg pakar kasih mati politik orang. wadah bari iranun (wbi) sendri mendpt tentangn dri TSPA apa lgi dgn RHM atau golongan muda iranun btanding tdk di tentang oleh TSPA. kenal dgn sdr tadzul radim. klu tdk knl, cuba kenali dia, seldiki latar belkang nya ketika btanding ketua pemuda. tnya dia knpa dia kalah.

lagi 1 ulasan BP berbunyi :"untuk makluman telah ramai orang Irranun yang berkelulusan lebih tinggi iaitu Sarjana (Master) bahkan Doktor Falasafah (PHD).. maka, apa yang hebat sangat dengan Sarjana Muda?."...sdr BP, tspa pn bkelulusan undang2, klu bahsa kasar nya, dia pegang undang2 salah atau benar. tapi apa dia buat dgn bangsa nya? jgn mempersoal RHM stkt sarjana muda klu ianya benar ikhlas berjuang membela bangsanya. jgn ingt TSPA pemimpin tunggal iranun. jgn bermimpi di siang hari lah wahai sdr BP.

hidup manusia ibarat roda berputar, kejap di atas, kejap di bawah. itu lah hakikatnya. sy rasa itu saja yg sy ble bg penerangan, bukan utk membela murai, sbb sy sendiri tdk mgenali siapa dia, tapi mdasarkn ulasan BP, menunjukan TSPA suci dari noda politik kotor di kota belud. pelbagai pencaturan yg dia buat bsama DSSK bg mlemahkan politik orang. klu mahu bukti sy ble bagi satu persatu.sbb itu jg RHM perlu di restui pemimpin sprti TSPA dan DSSk supaya kariar politik nya berpenghujung.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Pejuang Bangsa,

1. Terima kasih kerana membaca setiap ulasan dan komen saya. setidak-tidaknya sdra boleh melihat sudut pandangan yang lain dari pandangan dan pemikiran sdra. Andai sdra melebal saya sebagai seseorang yang telah mempunyai fahaman dalam otak yang memihak sesuatu perkara hanya kerana saya kononnya ideologi dan sokongan kepada TSP, apa pula besanya dgn sdra yang hanya nampak kelemahan dan sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan pemimpin ini?.. sdra tidak sedar bahawa sdra juga sebenarnya "telah mempunyai fahaman dalam otak yang memihak kepada sesuatu perkara, bahkan barangkali lebih teruk lagi".

2. Sebab itulah bila ada pihak yang membela TSP sdra akan anggap sebagai memihak dan seolah-olah satu kesalahan besar. Sebaliknya, jika ada pihak yang mengutuk dan sebagainya ke atas pemimpin ini sdra akan sokong seolah-olah semuanya benar belaka. Pendirian sedemikiankah yang sdra anggap sebagai bebas berfikir?.. Sungguh dangkal pertimbangan sdra.

3. Maka, seperti saya yang sdra kata tidak layak duduk sebagai orang yang bebas berfikir, sdra juga tidak layak kerana kita berdua dalam kategori yang sama iaitu mempunyai fahaman dalam otak yang memihak kepada sesuatu perkara dan lebih teruk sdra berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perdebatan secara terbuka.

Sdra Pendikar,

1. Dari ulasan sdra, jelas lah pada saya bahawa sdra ini tidak faham bahasa orangnya. Sebab itulah, sdra tidak faham akan penjelasan saya dan memahamiya dengan salah... Kalau apa yang saya kata bahawa "saya tidak memerlukan restu sesiapa untuk menjadi pemimpin andai saya benar-benar berkemampuan dan berkharisma" itu salah, silalah sdra jelaskan dimana kesalahannya. Rakyat sekarng sudah tahu menilai yang mana boleh dan yang mana tidak sdra.. Bagi saya, andai saya menjadi pemimpin hanya kerana adanya restu seseorang, sedangkan saya sebenarnya tidak berkemampuan, saya amat merasa malu.. dan saya tidak teringin untuk menjadi pemimpin yang sedemikian.

2. Mengenai politik DHMJ, sdra tidak boleh menyalahkan TSP dan DSSK kerana beliau kalah dalam pertandingan Ketua Bahagian. Beliau kalah kerana beliau tidak mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat. Rakyat tahu menilai lah sdra... jangan asyik fikir rakyat KB ni bodoh.. Sdra kena ingat DSSK lah yang memberi ruang kepada DHMJ untuk menjadi Ketua Bahagian dulu.

3. Hujah sdra mengenai kelulusan TSP tidak perlu saya jwb kerana tidak releven.. saya mempersoalkan isu kelulusan RHM kerana Murai seolah-olah membayangkan bahawa RHM adalah orang yang paling sesuai kerana ada kelulusan sedemikian, sebab itulah saya tanya apa yang hebat sangat dengan kelulusan tsbt sedangkan ramai lagi yang berkelulusan lebih tinggi?.. Nampaknya, sdra yang mimpi disiang hari.. memberi hujah yang berbelit dan tidak kena-mengena.. Sebab itulah agaknya pandangan sdra begitu sempit.. Maaflah, sdra bukan lawan saya dalam berdebat sebenarnya.

4. Kalau sdra mengatakan bahawa saya kononnya menganggap bahawa TSP dan DSSK suci dari noda politik, maka bagaimana pula dengan sdra?.. sdra mengutuk dan memandang mereka sebagai tidak mempunyai kebaikan dan sumbangan langsung kepada masyarakat KB. Di mana keadilan sdra?.. Oh ya, mengenai WPI, saya tidak pernah dengar TSP menentangnya. Beliau hanya memberi pandangan beliau dan itu telah dianggap sebagai menentang oleh orang-orang mcm sdra. Sdra Tadjul... semua orang tahu bagaimana ceritanya yang sebanar... so, sdra tidak perlu mengelirukan rakyat.. Beliau memberikan kad CIDB kepada perwakilan pemuda dari kampung-kampung kononnya beliau akan memberikan projek bila beliau menang Ketua Pemuda kelak.. sdra tahu kah isu ini?.. Dan, dia kalah kerana dia tidak mendapat sokongan perwakilan, bukan sebab TSP atau DSSK.

5. Mudah-mudahan sdra telah faham kali ini.

Unknown said...

sdr BP,

sy ada beberapa persoalan harap BP dpt jwb nya.

1. mcm mn pula orang yang ada kepimpinan dan berkharisma tapi telah di main di belakang oleh pemimpin yg sedia ada yg dangkal serta iri hati nya?

siapa kata TSPA dan DSSK tdk di persalahkan dlm kekalahan datuk musbah sebagai ketua bahagian. semua masyarakat tahu niat buruk mereka berdua ini yg mahu menjatuhkn karier politik datuk musbah waktu itu. jangan membela mereka bdua klu sudah jelas di mata. buat malu saja. kita membela biar betul cerita nya.

2. kenapa mempersoal kelulusan RHM, itu bukan menjamin sesiapa membela nasib bangsa nya,TSPA sendiri berkelulusan undang2. apa impaknya dgn bangsa nya? sy tdk bniat bdebat dgn sdr BP sbb sy berpandangan BP lebih sempit pemikiran nya berbanding perjuang bangsa. kita bicara biar berfakta bukan membela TSPA yg semakin tua usia nya dlm politik. bagi sy, soal kelulusan akademik bkn persoalan, dan tk perlu di jdkn isu menyerang peribadi RHM. jgn terlampau emosional wahai BP.

3. sy syor kn bahwa dua pemimpin tua ini TSPA dan DSSK di laknat rakyt dgn kepimpinan yg mereka catur di kota belud. sy ble bukti kn kedangkalan TSPA mempergunakan HAK RAKYAT jika mahu di sy berbuat demikian. tapi sy tdk lah seperti itu, sy lebih suka mgutara pendpt dan berbincang berbanding memburuk2 pemimpin ini.

4. sdr BP seorang saja yg mgatakan bahawa TSPA tdk menentang WBI itu. masyarakat kenal TSPA siapa. tk perlu sembunyi di sebalik tabir usang. sy sendiri salah seorang yg rapat dgn TSPA.

akhir sekali, berdebat bukan tugas sy, berdebat mesti ada kalah dan menang nya, tapi sy lebih suka berbincang, kerna dgn berbincang perkara yg bermasalah boleh di carii penyelesaian nya. bermakna sdr BP suka benar menang dlm apa jua situasi. jadi ambik lah kemenangan itu, semoga itu yg buat sdr BP gmebira ketawa sampai bila2.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Pendikar,

1. Nampaknya sdra ini memang benar-benar tidak faham bahasa.. Kalau susah sangat untuk sdra faham penjelasan saya, biar saya perjelaskan dengan cara yang lain.. Kalau dalam sesuatu pertandingan bola sepak misalnya, dengan mengambil kira bahawa semua penonton mempunyai penilaian yang bagus, maka penonton sudah pasti akan dapat menilai pemain mana yang bagus dan pemain mana yang tidak.. jadi, sudah tentulah mereka akan memilih pemain yang bagus tadi untuk disenaraikan dalam pembentukan pasukan pada masa depan walaupun pasukannya kalah pada perlawanan berkenaan. Wbagaimanapun, jika penonton tersebut tidak pandai menilai pemain, maka akan terjadilah perkara dimana pemain yang menjaringkan gol sendiri dikatakan pemain yang bagus... ini kira mcm sdra lah ni...

2. Kalau sdra kata bahawa TSP dan DSSK mempunyai niat buruk kepada DHMJ, bagaimana pula dengan niat DHMJ kepada mereka berdua tersebut?.. pernah sdra fikirkan kah?.. di kampung saya, DEHMJ memburuk-burukkan nama DSSK dan TSP dengan bermacam-mcm gelaran yang tidak pantas... itu kah pemimpin yang sdra agungkan?... hehehehe saya tidak hairan kerana sikap sdra juga begitu barangkali...

3. Kalau benar sdra ada bukti bahawa TSP mempergunakan hak rakyat, tunjukkan lah... tidak perlu disembunyi kerana jika hanya bercakap sdra sebenarnya memfitnah... dan tidak perlu juga untuk sdra berkata bahawa sdra lebih suka berbincang dari memburuk-burukkan pemimpin ini kerana sdra sebenarnya sudahpun memburuk-burukkan mereka... malangnya; sdra ini jenis yang tidak dapat membezakan apa yang baik dan apa yang tidak..

4. Kalau sdra benar rapat dengan TSP, sdra sudah tentu tahu isi hati dan pemikiran beliau yang sebenar... malangnya, apa yang sdra perjelaskan tidak langsung menunjukkan bahawa sdra faham akan aspirasi dan kebolehan pemimpin ini.. barangkali, sdra bertindak memburuk-burukkan beliau kerana sdra tidak berpeluang untuk rapat dengan beliau... kesian sdra kan...

5. Siapa kata berdebat mesti ada kalah dan menangnya?.. sekali lagi nampak benar kedangkalan pemikiran sdra.. berdebat perlu untuk kita mengutarakan hujah secara rasional dan biar orang lain menilainya.. bukan kita yang menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah..
Bagi saya, kalau sdra rasa sdra berhak untuk mencaci atau merendah-rendahkan pemimpin tertentu yang sdra tidak suka, saya juga berhak untuk mempertahankan pemimpin yang saya suka... Dan, kalau cara sdra itulah sdra maksudkan sebagai berbincang, saya amat geli hati... sdra ni memang tidak tahu membezakan apa makna berbincang dan apa makna memburuk-burukkan... kata sudah pendikar... soal mcm tu pun tidak tahu... hahahahahahaha... memanglah saya akan ketawa sampai bila-bila selagi ada orang mcm ini... dia tidak tahu apa dia tulis dan apa dia buat... barangkali buat komen masa mengigau tengah malam ni...

6. Hahahahahahahahahahahaha

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Pendikar,

1. Nampaknya sdra ini memang benar-benar tidak faham bahasa.. Kalau susah sangat untuk sdra faham penjelasan saya, biar saya perjelaskan dengan cara yang lain.. Kalau dalam sesuatu pertandingan bola sepak misalnya, dengan mengambil kira bahawa semua penonton mempunyai penilaian yang bagus, maka penonton sudah pasti akan dapat menilai pemain mana yang bagus dan pemain mana yang tidak.. jadi, sudah tentulah mereka akan memilih pemain yang bagus tadi untuk disenaraikan dalam pembentukan pasukan pada masa depan walaupun pasukannya kalah pada perlawanan berkenaan. Wbagaimanapun, jika penonton tersebut tidak pandai menilai pemain, maka akan terjadilah perkara dimana pemain yang menjaringkan gol sendiri dikatakan pemain yang bagus... ini kira mcm sdra lah ni...

2. Kalau sdra kata bahawa TSP dan DSSK mempunyai niat buruk kepada DHMJ, bagaimana pula dengan niat DHMJ kepada mereka berdua tersebut?.. pernah sdra fikirkan kah?.. di kampung saya, DEHMJ memburuk-burukkan nama DSSK dan TSP dengan bermacam-mcm gelaran yang tidak pantas... itu kah pemimpin yang sdra agungkan?... hehehehe saya tidak hairan kerana sikap sdra juga begitu barangkali...

3. Kalau benar sdra ada bukti bahawa TSP mempergunakan hak rakyat, tunjukkan lah... tidak perlu disembunyi kerana jika hanya bercakap sdra sebenarnya memfitnah... dan tidak perlu juga untuk sdra berkata bahawa sdra lebih suka berbincang dari memburuk-burukkan pemimpin ini kerana sdra sebenarnya sudahpun memburuk-burukkan mereka... malangnya; sdra ini jenis yang tidak dapat membezakan apa yang baik dan apa yang tidak..

4. Kalau sdra benar rapat dengan TSP, sdra sudah tentu tahu isi hati dan pemikiran beliau yang sebenar... malangnya, apa yang sdra perjelaskan tidak langsung menunjukkan bahawa sdra faham akan aspirasi dan kebolehan pemimpin ini.. barangkali, sdra bertindak memburuk-burukkan beliau kerana sdra tidak berpeluang untuk rapat dengan beliau... kesian sdra kan...

5. Siapa kata berdebat mesti ada kalah dan menangnya?.. sekali lagi nampak benar kedangkalan pemikiran sdra.. berdebat perlu untuk kita mengutarakan hujah secara rasional dan biar orang lain menilainya.. bukan kita yang menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah..
Bagi saya, kalau sdra rasa sdra berhak untuk mencaci atau merendah-rendahkan pemimpin tertentu yang sdra tidak suka, saya juga berhak untuk mempertahankan pemimpin yang saya suka... Dan, kalau cara sdra itulah sdra maksudkan sebagai berbincang, saya amat geli hati... sdra ni memang tidak tahu membezakan apa makna berbincang dan apa makna memburuk-burukkan... kata sudah pendikar... soal mcm tu pun tidak tahu... hahahahahahaha... memanglah saya akan ketawa sampai bila-bila selagi ada orang mcm ini... dia tidak tahu apa dia tulis dan apa dia buat... barangkali buat komen masa mengigau tengah malam ni...

6. Hahahahahahahahahahahaha

Murai.KB said...

salam semua.

sdr pendikar, dan belum pendekar..

masing2 kita punya ideologi politik yg berbeza. murai sokong pemimpin semua pemimpin di kota belud. tetapi ada sesetengah perbuatan mereka harus di tegur. walau macam mn pun, ada juga pemimpin yg tdk mahu di tegur.itu agak susah sebenarnya.

walau macam mana pun, kta berhujah biar ilmiah, jangan mengunakan perkataan yang kurang menyenangkan, seperti "dangkal" dan seumpama nya. kerna itu menunjukan kan kita seorang yg tdk berbudi bahasa.

murai, sangat mengikuti setiap ulasan sdr belum pendekar di setiap blog kota belud. murai nampak, sdr belum pendekar ada satu benda yang orang lain tiada. walau pun begitu, sdr belum pendekar pro kepada TSPA. beliau penyokong setia TSPA. tapi itu buka isu murai sebenarnya, seperti yg murai nyatakan tadi, kita berlainan ideologi politik, yg membawa pencanggahan idea. walau macam mana pun itu sebenar baik untuk kita utarakan.

salam hormat dari murai.kb.

Hati Seorang Wanita said...

Salam kepada yang punya ruang....salam juga kepada sdra Belum pendekar....

kata-kata sdra: "Saya sering mengatakan bahawa jika saya memang "berkemampuan dan berkharisma" menjadi seorang pemimpin, maka saya tidak perlu mendapatkan restu sesiapa. Rakyat yang akan memilih saya untuk menjadi pemimpin"

Ulasan saya: ulasan saya tidak sehebat kata-kata saudara cuma saya ingin tegaskan di sini senadainya TSP bertanding pada PRU-13 bagi DUN maka sayalah wanita pertama Iranun yang bakal menjadi pencabar begitu juga andai TSP bertanding perlimen maka dia akan berhadapan dengan wanita berhati waja...

Saya ingin lihat bagaimana hebatya TSP seperti yang saudara sebutkan

Unknown said...

sdri hati seorang wanita

jangan cabar belum pendekar, kerana dia lah yang paling handal setakat ini. tengok saja nama nya belum pendekar, tapi telah mengatasi pendikar yang sekian lama menjadi pendekar.

kalau seorang wanita mencabar nya, maka maruah ke egoan nya akan jatuh luluh menyembah bumi.

anri said...

salam semua,

ini adalah sebahagian daripada petikan kata-kata BP,

maka, sekali lagi.. saya ulang... sekali lagi... analisa sdra adalah salah...

BP,
itulah yang dinamakan menyalahkan orang,tulisan sendiri pun tidak faham,ngamlah ngan nama ko itu.

"BERBAHASA PERLU ADA RASA,
BERDIRI BIAR GAGAH"

Unknown said...

sdr semua,

TSPA sudah lama bertapak dalam politik, pengaruh nya meliputi semanjung malaysia apa lagi sabah dan sarawak. rasional nya, RHM perlu memohon kebenaran dan restu kepada TSPA kerana TSPA di anggap ketua kepada suku iranun. andai kan jika anak buah tidak menurut kata ketua, berusaha juga ingin menjadi ketua, bersaing dalam diam. apa kah perasaan ketua jika ia mengetahui perbuatan anak buahnya yang bermain dalam diam bagi menyaingi nya sebagai ketua. kerana itu, RHM harus memohon restu, tapi bukan atas beliau tiada kharisma atau bakat kepimpinan tapi atas kesopanan serta ketaat kepada ketua yang banyak berkorban.

semoga penjelasan ringkas ini mampu memberi makna yang luas kepada semua.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.