
Jika sebelum ini seorang facebooker bertindak menyuarakan peranan ketua pemuda sdr baharul sawi yang mengetuai barisan kepimpinan pemuda di kota belud sesi 2008/2011 amat menduka-cita kan golongan pemuda di daerah ini telah menarik banyak penghujah dan pembidas dalam konsep pencanggahan idea. Namun saya tidak mengambil pendirian untuk membuat lanjutan dalam isu yang serupa, tapi dalam ruang yang ada ini saya tertarik, juga merasa kecewa apabila melayari ruang sesawang PPUBKB yang usang lama tanpa di update bagi golongan muda di daerah ini mengikuti aktiviti yang di jalankan juga yang ingin di anjurkan tidak menampakkan akan ada keberlangsungan sebarang aktiviti pemuda di daerah ini. Sungguh memilukan hati jika perkara sekecil ini di abaikan oleh exco yang berperanan. Apakah perkara ini terlepas pandang atau di sengajakan dengan alasan kesibukan kerja seharian?
Golongan muda di kota belud, tidak salah saya katakan telah terdedah dengan penggunaan teknologi komputer di rumah, di institusi, mahupun di cyber. Laman sesawang sesuatu jabatan atau persatuan membolehkan golongan ini mengakses pelbagai maklumat, juga membolehkan ruang yang luas di internet ini juga membolehkan mereka mengeluarkan idea dan pandangan terhadap permasalahan yang timbul. Meneliti system media baru PPUBKB di daerah ini, proses pengupdatetan berada dalam peringkat ‘lambat” dan kurangnya informasi terkini yang terpapar. Apakah guna di tubuhkan exco unit media baru PPUBKB dalam organisasi ini yang juga sebagai webmaster yang berperanan dan bertanggungjawab di dalam pengupdatetan laman ini? Jika memberi alasan unit media baru tidak mempunyai masa, saya syorkan kepada sdr ramilkhan adsin untuk letak jawatan sebagai webmaster juga ketua unit media baru, dan gantikan kepada seorang yang betul komited dengan tugas dalam politik.
Golongan muda yang berada di luarkan kawasan daerah ini tidak dapat mengikuti sepenuhnya perkembangan dan aktiviti PPUBKB yang di jalankan mahupun yang di rancang untuk di anjurkan. Saya tidak mengambil pendekatan untuk mempertikai tanggungjawab sdr baharul dalam konteks ini tapi seseorang yang berjiwa merdeka juga akan terkeluar kata untuk mempersoalkan peranan sebagai ketua pemuda dalam menyelia anak buah dalam menjalankan tugas mengikut bahagian jawatan yang di sandang. Pemuda UMNO di kota belud adalah ikon kepada generasi ini, namun jika kepimpinan yang di tonjolkan sebegini rupa, maka di manakah kualiti kepimpinan golongan ini yang bakal meneraju kepimpinan di daerah kota belud mahupun di peringkat nasional?
Jika ahli PPUBKB tidak mentransformasikan “style kepimpinan”, merasakan bahawa golongan muda di daerah ini akan menggangap ahli PPUBKB atas kapasiti jawatan semata bukan tanggungjawab sebagai ahli yang di lantik. Amat menduka-citakan golongan muda di daerah ini jika perkara ini di biarkan berterusan. Dalam masa yang sama, perkara ini akan menghakis kualiti dan keyakinan pemimpin lama terhadap kepimpinan golongan muda apatah lagi rakyat di luar sana.