Popular Posts

Monday, January 31, 2011

DI MANA GOLONGAN MUDA KETIKA BEKALAN AIR MASIH MEMBELENGGU RAKYAT

Kawasan kota belud sangat memerlukan bekalan air untuk ke seluruh kawasan perkampungan yang ada. Saban hari demi hari, peraliran usia masa semakin laju dan singkat namun permasalahan bekalan air bersih masih dalam kondisi yang lama. Wakil rakyat sebagai pemimpin di kota belud banyak kali menyatakan masalah utama kenapa dan mengapa masalah ini membelenggu penduduk di sekitar kota belud. Ada yang menyatakan di laman-laman blog, juga mengambil kesempatan memberi ucapan dalam majlis-majlis yang diadahkan. Namun langkah mengatasi dan pemulihan terhadap masalah ini belum menunjukkan akan terselesai sehingga menjelangnya pilihan raya umum ke 13 nanti.



Kenapa pemimpin politik durjana tidak melangsaikan keperluan rakyat yang bertahun di suarakan? Adakah pemimpin menjadi pekak dan buta apabila duduk di kerusi empuk parlimen atau dewan undangan? Sungguh biadap pemimpin seumpama ini yang tidak tahu mengenal malu apabila masalah utama di kawasan yang di wakili masih dalam keadaan yang sama seperti sebelum ia mewakili. Siapa mereka untuk di agung-agungkan kepimpinan nya? Bagi golongan muda seperti saya, sangat meluat dengan perangai pemimpin seperti kambing berlagak sebagai singa. Pilihan raya umum 13 telah terasa bahangnya, buntut pemimpin juga semakin panas tidak keruan. Tabiat mengampu undi mula di praktiskan dengan tekun di setiap majlis yang di hadiri. Mendakwah kunun nya kerajaan prihatin, hakikit nya kerajaan sememangnya prihatin terhadap rakyat nya akan tetapi pemimpin yang ada yang merosak kan kprihatinan kerajaan kepada rakyat nya.

Sekarang pilihan ada di tangan anak muda yang bijaksana untuk memilih siapa pemimpin yang benar dan telus, jika di peringkat IPTA/IPTS dahulu nya, ramai profesor menasihatkan, ambik dan tapis maklumat yang di keluarkan, oleh itu, sekarang, gunakan kemahiran menapis pemimpin seumpama ini untuk kesejahteraan semua. Golongan muda tidak seharusnya terpengaruh dengan janji manis politik pemimpin, apatah lagi terpedaya dengan layanan mesra juga yang menjanjikan kan pembangunan di kawasan masing-masing. Kerajaan senantiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat nya tapi bukan semua pemimpin kerajaan yang memberikan yang terbaik kepada rakyat pimpinan nya, sebagai contoh masalah bekalan air di kota belud yang masih mengikat penduduk setelah janji di lontarkan sebelum ia di angkat menjadi pemimpin.

Golongan muda kini punyai prinsip dan objective yang jelas dan terang dalam semua bidang, sebahagian golongan muda berumur 21thn yang layak berdaftar undi, masih dalam keadaan terumbang-ambing haluan dalam politik, tapi golongan ini masih mempunyai timbang akal untuk memperseimbangkan keadaan baik dan yang tidak baik. Siapa pemimpin di kota belud yang mengambil berat terhadap golongan ini? Sehingga kini, masih belum ada pemimpin menyelami jiwa sebenar setiap golongan ini yang sebahagian nya duduk-duduk di tepi jalan, berbual bicara di bustop-bustop yang ada. Walhal golongan ini punyai ‘hak’ untuk memilih siapa berhak memimpin mereka ketika habis pilihan raya.

Aduhai anak muda..bebas kan minda dari fahaman asing durjana..ubah style pemikiran kearah pemikiran yang berwawasan..

19 comments:

Anonymous said...

mungkin sukar untuk menyelesaikan setiap masalah dalam tempoh sekali gus, namun usaha perlu dilakukan agar masalah yang ada dapat diselesaikan.

Anonymous said...

harap setiap masalah yang berlaku dapat diselesaikan demi kebaikan rakyat.

mandau said...

masalah air yang membelenggu KB hingga kinibelum lagi selesai, teleh lama penduduk menantikan ia diselesaikan. selesaikanlah maslaah ini.

Anonymous said...

harap masakah air KB akan diselesaikan secepat mgkin, telah lama mereka menanti.

nickko said...

Untuk menyelesaikan keseluruhan masalah air di Kota Belud memerlukan masa. Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk memastikan 90% kawasan berpendudukan di negeri Sabah akan mendapat bekalan air bersih melalui sistem retikulasi (paip) dan bekalan air alternatif seperti melalui sistem graviti dan sebagainya menjelang penghujung tahun 2012.

mike said...

bekalan air bersih merupakan keperluan asas..tanpa air bersih maka mengundang masalah kesihatan..seharusnya bekalan air bersih wajib dinikmati oleh rakyat..

mike said...

isu ini tidak seharusnya dijadikan sebagai alat politik bagi mana2 ahli politik sebagai bekalan pilihanraya..jika terus dipolitikkan maka tiada penyelesaian..rakyat tidak perlukan janji2 manis politik...yang penting tindakan kepada penyelesaian.

mike said...

golongan muda harus lebih tegas dan proaktif..hak untuk mengudi harus digunakan sebaiknya..

mike said...

apa pun, diharap isu ini akan diselesaikan secepat mungkin untuk kesejahteraan rakyat sebaik-baiknya sebelum Pilihanraya.

Paquin said...

Bukan senang mahu selesaikan masalah yang timbul dalam sekelip mata. Bagaimanapun jika ada kesungguhan semuanya pasti boleh:)

Paquin said...

Apapun sama2 lah kita berharap agar setiap masalah dapat ditanggani dengan baik.

Anak Sabah said...

Diharapkan kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu ini.

onong said...

Masalah bekalan air memang amat memeritkan.

Nemia said...

Simply put your blame on youths will only worsen the case.

Velove said...

Jangan biarkan pandangan peribadi mempengaruhi minda anda.

wake said...

I think they have done their parts but being rejected for some other reasons.

Unknown said...

Ah huh, don't be hasty and emotional.

Sniper said...

Tajuk :- " di mana golongan MUDA ketika bekalan air masih membelenggu rakyat."

tapi dia sendiri mengaku :-

"Bagi golongan muda seperti saya, sangat meluat dengan perangai pemimpin seperti kambing berlagak sebagai singa."

jadi buat apa kau tanya lagi sama orang kau sendiri pun mengaku orang muda....jadi kau dimana?kau kan orang muda....bengong juga....apa juga kaitan orang muda dengan bekalan air???....hahahaha...bengong2.....

Anonymous said...

18 tahun bah bukan sekejap dorg memimpin kota belud apa yang mereka buat???? bg jln projek sikit2 4 thun skli mau dekat plihnraya baru ada jln sikit projek... sampai bila pun msalah ni nda slsai, bgus dorg bg projek buat telaga setiap kg jimat kos.. masa itu la kota belud daerah paling mundur, sapa bangga org kota belud juga, pemimpin kota belud pandai berkata - kata ja tp masalah d kota belud pun nda slsai... mau tunggu 100 thun sabah merdeka baru kota belud serbah lengkap... jangan la mempertahan kan sangat ahli politik yg memerintah skrng ni dorg tu ibarat kerabau yg d tarik hidung... persisir pantai kota beludkan ada minyak?? knpa nda buat kilang minyak d kota belud knpa msti hntar pg sarawak... mau suruh org kota belud kerja d sarawak ka?? pemimpin yg bagus akan dapat memajukan kawasan dia sbgai contoh pemimpin keningau dulu kb n keningau ni sama taraf ja skang ??? fikir2 la sblum pru13 ni r... jangan pasal duit kopi rm 50 daerah kita antara paling mundur d ngri sabah ni salam... dari anakbau..

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.