Popular Posts

Sunday, February 27, 2011

NUJUM PAK BELALANG DAN DILEMA ANAK KOTA ... ORANG KUAT DATUK MUSBAH


Blogger di Kota Belud, rasanya masih ingat dengan penulis blog Nujum Pak belalang yang suatu ketika dulu hanya tahu menulis mengenai YB kesayangannya Datuk Musbah Jamli...ADUN TEMPASUK. Kini blog Nujum Pak Belalang itu 'hidup segan mati tak mahu". Tidak ada penulisan baru mengenai Datuk Musbah. Blog itu menjadi 'rumah berhantu' di kalangan para blogger di Kota Belud.

Kini blog Dilema Anak Kota Belud pula muncul dengan idea yang sama, menceritakan tentang 'lagenda" kepimpinan Datuk Musbah di Tempasuk. Mungkinkah penulis Blog Nujum Pak Belalang adalah orang sama menulis dalam blog Dilema Anak Kota Belud? Apakah motif dan tujuan penulis blog ini?

Muraikb terfikir mungkin 'penulis upahan' ini mendapat durian runtuh dari Datuk Musbah. Kalau tidak masakan tidak ada idea lain, semuanya berkisar tentang kebaikan Datuk Musbah menjadi wakil rakyat di Tempasuk, seolah-olah bagi penulis ini Datuk Musbah adalah pemimpin ulung yang tidak ada tolok bandingnya dengan pemimpin lain di Kota Belud.

Muraikb sedang mendapatkan maklumat terkini mengenai pertemuan Datuk Musbah dengan masyarakat dan pemimpin di kg Taun Gusi pada 22.feb . yang lalu. Sementera itu muraikb juga sedang merisik khabar dari para blogger dan kawan-kawan dalam politik UMNO kb untuk mengetahui siapa penulis Blog Dilema Anak Kota Belud..sedikit masa..muraikb akan membuat pendedahan mengenai perkara ini....

5 comments:

perut said...

dalam pengamatan patik, penulis blog ini dua orang yg berbeza tapi satu motif yang sama.

perut said...

kenapa penulisan murai kali ini berbeza dengan sebelumnya???? apa motif yang cuba di sampaikan?????

Pejuang Bangsa said...

Saudara Murai,

Antara Nujum Pak Belalang dan Dilema Anak Kota Belud adalah orang yang berbeza. Saya tidak mempunyai hubungan apa-apa mengenainya. Apapun saya akui kami mempunyai matlamat yang sama untuk menyatakam kebenaran.

Apa pun tanggapan atau andaian mengenai penulisan saya itu, tidak penting asalkan saya dapat menyatakan kebenaran.

Kebenaran dalam menyampaikan kepada umum bahawa Datuk Musbah telah banyak pembawa pembangunan di kawasan Tempasuk samada ianya dalam bentuk kemudahan asas atau kemudahan meningkatkan ekonomi petani.Berbanding dengan wakil sebelum ini.

Salam.

Papanuk said...

sdr Pejuang bangsa..

bukankah sebelum ini Datuk Musbah kamu itu pernah sudah jadi ADUN Tempasuk..baru kali ini dia dpt nama itupun sebabb kebetulan projewk Jelpaang Padi dan agropolitin..kalau tidak macam yg dulu jugalah ..

beranti jono...Pejuang Bangsa..nia' un ertini..amon begi..

pendikar said...

salam semua, terasa lama benar mempedengarkan suara saya di alam maya kepada sdr semua.

saya berasa tertarik dgn komen sdr pejuang bangsa yang boleh di ertikan membela setegas-tegas nya bahwa nujum belalang dan delima anak kota belud adalah berbeza. JIKA BENAR apa bukti nya? semua orang bukan senang untuk di tipu penglihatan apa lagi pengamatan yang teliti.

kesian sungguh..!!!

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.