Popular Posts

Monday, July 11, 2011

PENGALAMAN ORANG YANG MENGIKUTI DEMONTRASI BERSIH 2.0


NAJIB, HISHAM DAN IGP ISMAIL WAJIB DIDAKWA

9 Julai menyaksi bagaimana kebangkitan rakyat yg sungguh luar biasa dalam usaha secara soladiriti dan kolektif dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 . Kehadiran puluhan ribu rakyat ke jalanraya sebagai tanda komitmen terhadap usaha dan tuntutan BERSIH akan cita-cita merealitikan satu sistem pilihanraya yg benar-benar adil dan telus agar SPR menjadi satu badan berkecuali dan mampu diyakini serta menjadiorganisasi yg berkecuali.

Usaha mengekang perhimpunan ini begitu serius diambil dan saya antara salah seorang yang turut menjadi mangsa daripada tindakan dan arahan Menteri Dalam Negeri apabila ditangkap dan dituduh di bawah Akta 47 Akta Pertubuhan Haram 1966 yg turut melibatkan ratusan yang dikenakan tindakan sama kerana baju BERSIH dan kuning. Perkataan dan warna kuning tersebut menjadi HARAM dan sangat merbahaya. Luar biasa tindakan yang diambil.

Rakyat terus ditekan dengan segala tindakan . Sekatan jalanraya, ugutan dan propaganda menjadi senjata bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut. Usaha mempaletkan BERSIH dengan isu komunis, ganas, menderhaka kepada YDP Agong dan sebagainya termasuk menjumpai parang dan molotovcoktail sesikitpun tidak mengugat para demonstran untuk turun dengan berani .

Pertama kali dalam sejarah perhimpunan yg turut disertai oleh rakyat pelbagai kaum dan agama telah bersatu dalam rasa kekitaan dan semangat kekeluargaan rakyat Malaysia yg mencintai demokrasi berkelangsungan dalam negara .

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah mencapai kejayaan . Semua usaha yg dilakykan untuk mengagalkan perhimpunan ini ternyata GAGAL! Rakyat ternyata berani untuk berdepan dgn apa sahaja risiko . Seramai 1667 orang ditangkap termasuk 16 orang adalah meruapakan kanak-kanak. Satu tindakan melampau dan zalim dilakukan oleh pihak polis dgn arahan yang dilakukan oleh pemerintah zalim UMNO/BN.

Pihak polis menjadi alat bagi memenuhi citarasa kerakusan kuasa dan menjadi hamba kepada taikon-taikon UMNO/BN agar terus mempertahankan kuasa dan tahkta mereka. Sedangkan gaji sebulan seorang anggota polis ialah bayaran 1 jam mereka bepoya-poya . Pegawai dan anggota bawahan polis menjadi mangsa kerana arahan PM , Menteri dan Pegawai Tertinggi Polis . Rakyat menjadi mangsa tanpa raa belas kasihan .

Ramai pimpinan termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi Awang, Ambiga dan ramai lagi ditangkap dalam tindakan dan cara yg keterlaluan. Walaupun mereka disenarai hitamkan dengan menggunakan perintah mahkamah , mereka tetap hadir ke Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada rakyat yang turun ke perhimpunan tersebut. Sikap berani pimpinan yang patut dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingun melihat perubahan dan reformasi.

Usaha mereformasikan sistem pilihanraya megara adalah usaha murni bagi mengangkat maruah dan mertabat SPR yg benar-benar silihat berat sebelah dan ketelaluan . Perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah mafestasi kesungguhan rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang benar-benar bersih.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah berjaya menafikan segala propaganda dan psywar yg cuba memburuk-burukkan perhimpunan. Tiada sepohon pokok pun dicabut oleh para demonstran. Tiada huru-hara pun yang dicetuskan oleh mereka kecuali apabila pihak FRU mengambil jalan brutal menembak dengan gas pemedih mata dan pan utan air daripada water canon . Tindakan brutal polis dengan arahan Najib, Hisamuddin dan IGP Ismail adalah menjadi punca kepada beberapa insiden termasuk termasuk kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan kematian seorang demonstran Allahyarham Sdr. Baharudin Ahmad , 55 tahun ekoran sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata . Beliau mati dalam keadaan tangan bergari!

Sepanjang perhimpunan yang berlangsung , tiada kerosakkan yang berlaku. Mereka berjalan dengan aman dan tersusun. Tiada kerosakkan harta benda yang berlaku atau cubaan merosakkan kenderaan , kedai-kedai atau berlaku pergaduhan yang mencetuskan ketegangan ketika itu. TIADA!

Kenyataan bohong IGP Ismail benar-benar mengambarkan sikap balaci kepada pimpinan UMNO sangat-sangat dikesali. Perhimpunan BERIh 2.0 berlangsubg secara aman akan bertukar menjadi kalut apabila tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata . Saya berada dibarisan depan bersama Datuk Chua Jui Meng sewaktu bergerak ke Stadium Merdeka. Meredah hujan lebat daripada kumpulan yang kecil menjadi satu kumpulan yang besar. Kami berhenti betul-betul dihadapan kawat besi berduri yang dihalnag oleh pihak polis daripada kami merapati Stadium Merdeka. Jumlah polis yang berada disitu bersama FRU adalah sangat sedikit nerbanding dengan jumlah para demonstran.

Kami boleh mengambil sikap untuk merempuh halangan tersebut . Jumlah kami terlalu besar berbanding jumlah polis yang berkawal. Tetapi sebagai warganegara yang baik, yang menghormati seragam polis . Kami berhenti di situ dan usaha berunding dengan pegawai-pegawai polis agar membenarkan kami masuk ke kawasan stadium. Walaupun usaha tersebut gagal , kami memohon untuk berucap dan pihak polis membenarkan dalam tempoh 5 minit.

Selepas 5 minit , seperti yang dijanjikan , kami beredar daripada situ dengan aman tanpa sebarang insiden berlaku. Itulah sebenar para demonstran yang menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik. Kumpulan kami pecah sewaktu sampai di kawaan berhampiran Central Market apabila ditembak dengan gas pemedih mata .

Dari situ , kami terus berarak ke KLCC, kerana lebih daripada 5 ribu orang sedang berhimpun di sana. Lokasi terakhir perhimpunan. Perhimpunan akan berakhir di situ selepas ucapan dan amanat pimpinan . Tapi malangnya, sikap pihak polis terutama FRU telah mengakibatkan suasana menjadi kelam kabut. Tembakan air daripada watercanon dan gas pemedih mata bagi tujuan menyuraikan perhimpunan aman tersebut telah bertukar menjadi gawat.

Allahyarham sdr. Baharudin yang terperangkap dalam kekalutan tersebut telah terhidu ga pemedih mata sehingga beliau ditangkap dan digari. Beliau telah menghembuskan nafas dalam keadaan tangan beliau digari.

Apa yang berlaku adalah gambaran jelas betapa ganas dan zalim pihak polis terhadap rakyat yang tidaj bersenjata. Tidak melawan atau mengambil sikap ganas .

Najib Razak , Hisamuddin Hussein dan IGP Ismail wajar bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Semua ini adalah atas arahan daripada mereka. Ke tiga-tiga mereka sekarang ini sedang bersilat seolah-olah mereka tidak bersalah dan bertanggungjawab dengan insiden tersebut. Kenyataan bohong IGP benar-benar mengecewakan rakyat dan menganggap beliau adalah lebih teruk daripada IGP2 lain sebelum ini.

Tidak perlu berdolak dalih lagi. Najib , Hisamusdin dan IGP Ismail WAJIB bertanggungjawab dan diambil tindakan terhadap apa yang berlaku . Malah termasuk mengengkari titah DYP Agong yang telah bersetuju agar perhimpunan diadakan di stadium. BERSIH 2.0 telah betsetuju untuk berhimpun di stadium diatas nasihat DYP Agong . Taoi malangnya sikap Najib, Hisham dan IGP Ismail benar-benar menderhaka.

Apa yang berlaku bukan akhirnya. Bangkitlah rakyat menolak kezaliman pemerintah yang dikuasai oleh UMNO / BN.

KITA BANGUN & LAWAN!

FARIZ MUDA
Ahli Majlis Pimpinan Pusat ( MPP ) , Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor , Naib Ketua Keadilan Cabang Kuala Terengganu, Presiden IKHWAN , Bekas Timbalan Ketua AMK Malaysia . Graduan Bachelor Pendidikan ( Bimbingan & Kaunseling ) UPM, Malaysia

4 comments:

getah lastik said...

TAHNIAH KPD PASUKAN POLIS KRANA TELAH BERJAYA MENGAWAL PIHAK PENGGANAS TU DARIPADA MENGGANAS.TAHNIAH DAN SYABAS PIHAK POLIS!
ORG KB MEMANG SUKAKAN KEDAMAIAN KECUALI BURUNG MURAI SEEKOR NI.SANGUP P KL MAU BERDEMONTRASI.KNAPA TAK BERDEMONTRASI D KB SAJA SUPAYA KAU KENA KEROYOK SMPAI PENYET.BANGANG DAN PALUI BETULLL.BIKIN MALU KB SAJA.
HANYA ORG GILA(MKB) SAJA PERCAYAKAN ORG GILA(ALJUBUR TU).

Sniper said...

betul tu getah lastik.......pembelot anak bangsa......talam dua muka....siapa cakap perhimpunan bersih berjaya??????....menegakkan benang yang basah sahaja...ingatlah bahawa MKB...kamu hanya jadi keldai tunggangan sahaj tidak lebih dari itu...malulah pada diri sendiri dan bangsa kamu....janganlah mendabik dada seperti kamu orang penting....buduh..............

Sniper said...

penulis yang bebas dari belenggu pengaruh fahaman politik. membela hak rakyat dalam dunia maya. tidak berkepentingan dalam politik. selagi hidup. selagi membela. islam kan politik..!

inikah falasafah Muarai KB...tuuiiiii
islamkan politik....munafik....pada kau politik itu bukan islam...jadi kau kafirkan politik itu???..tuuiiii...siapa kau mengkafirkan sesuatu perkara????...istighfarlah...kau ti beragama Islam....

BELUM PENDEKAR said...

As Salam saudara sekelian,

Ini lah kumpulan paling hipokrit yang pernah saya dengar. Mendakwa polis bertindak kejam kepada mereka kerana menghalang mereka menunjuk perasaan yang kononnya hak mereka. Pernahkah mereka berfikir bagaimana pula dengan hak orang lain yang mereka cabuli? Tahukah saudara sekalian bahawa ramai rakyat di KL yang kerugiannya kerana angkara mereka ini. Kita baca diakhbar, peniaga terpaksa menu tup perniagaan, pemandu teksi Dan bas tiada penumpang, bahkan Ada yang telah merancang majlis perkahwinan anak mereka dihotel tertentu terpaksa menanggung kerugiannya kerana jemputan tidak dapat datang. Ini lah rupa syaitan yang bertopengkan manusia yang hanya memikirkan diri sendiri sahaja.

Kalau inilah pemimpin negara, saya Kira mereka Akan lebih kejam dari firaun..

Kalau saya, kerana tindakan mereka ini kenapalah kalau sampai patah riuk mereka dikerjakan oleh polis... Padan muka mereka... Kalau polis ambil tindakan salah, yang mereka menyusahkan rakyat Dan memburukkan imej negara tidak pulak mereka rasa salah... Ndak kah bodoh namanya tuuu... Kalau sister pilihanraya tidak tells, jangankan 5 negeri, satu kermis pun pembangkang tidak Akan menang tau... Inilah susuah kalau Ada oak taruk di lutut...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.