Popular Posts

Tuesday, January 10, 2012

ADAKAH BEBAS NYA DSAI SATU PETANDA KEPADA PAKATAN KB?

Dengan pengumuman hakim tinggi negara kelmarin bebas nya DSAI daripada tuduhan meliwat bekas pembantu nya saiful bukhari yang di failkan kepada nya itu. Maka terbongkar lah segala tipu muslihat UMNO yang selama ini berselindung di sebalik tabir media-media yang pro kerajaan. Seluruh rakyat malaysia telah menyaksikan kebenaran telah menumpaskan kejahatan yakni rancangan jahat UMNO terhadap tertuduh untuk menjatuhkan karier politik serta maruah DSAI yang di dakwa menggangu-gugat pentadbiran pemimpin- pemimpin negara dengan membongkar segala tindak-tanduk kejahatan pemimpin-pemimpin yang selama ini tidak di ketahui oleh seluruh rakyat berdasarkan fakta-fakta dan bukti yang kukuh dan di percayai sebaik saja beliau di bebas kan oleh Tun Abdullah.  Seluruh rakyat malaysia, amnya dan khusus nya di kota belud terus merasakan syukur kepada ilahi dengan pembebasan DSAI dalam tuduhan liwat itu yang telah diumumkan walau bagaimanapun pihak pendakwa masih berhak memfailkan rayuan kepada mahkamah selama 10 hari dari keputusan mahkamah itu. Adakah ini satu petanda bahwa tahun 2012 adalah tahun berkat kebangkitan rakyat untuk mengubah segala kepincangan dalam pentadbiran negara?

Menakluki putrajaya adalah tugas berat kepada pakatan rakyat yang di ketuai oleh DSAI sendiri namun di kota belud, seorang pemimpin setiausaha PKR sangat yakin dengan ikhtiar dan usaha para ahli dan badan-badan yang menyokong selama ini yang telah memberi semangat dan keyakinan bahawa pada PU13 pakatan mampu menawan putrajaya seterus nya menukar kerajaan dari UMNO/BN ke Pakatan Rakyat.

“ saya yakin bahwa jika seluruh anggota pakatan mengembling tenaga dan usaha dalam misi penaklukan putrajaya ini, maka seluruh rakyat di negara ini akan menyaksikan perahlihan kuasa kepada parti pakatan pada PRU13 yang di jangka pada bulan Mac ini

Kata-kata yang penuh keyakinan itu di lontarkan kepada murai ketika menjamu minum petang di restoran kota raya kota belud bersama ahli pakatan yang lain. Murai merasa aura kemenangan itu semakin di hampiri oleh pakatan apatah lagi di daerah kota belud yang anak muda lebih cenderung kepada pakatan. Mereka mengatakan, jika mereka (UMNO) menabur duit untuk mengundi, kami tidak menolak untuk mengambil nya namun penentuan undi atas meja bukan masa itu. Itu lah ungkapan salah seorang ajk pemuda UMNO Kota Belud yang murai sempat rakam kan untuk di titipkan dalam ruang ini. Murai semakin merasa yakin bahang kemenangan ini akan berlaku di daerah ini amnya dan khususnya di negara Malaysia tercinta.

Jika sebelum ini, penyokong-penyokong UMNO di KB rancak berbicara di sudut-sudut kedai kopi dalam perbicaraan UMNO tatap manang di hati rakyat khususnya di Kota Belud, namun kali ini tidak ramai membicarakan bahwa Pakatan tidak mampu menang di kawasan itu kerna mereka telah menyaksikan UMNO yang selama ini di dokong mempunyai konspirasi politik jahat dalam misi terus berkuasa. Walau bagaimanapun pemimpin di daerah ini, seperti nya di pukau untuk terus menyokong walau apa yang berlaku, kerna mereka merasa yakin hanya UMNO saja dapat mengenyangkan perut yang selama ini merasa lapar dan dahaga. Ini bermakna mereka berjuang kerna peribadi bukan atas tiket perjuangan rakyat. Adakah golongan seperti ini yang harus di beri sokongan untuk menjadi wakil rakyat anda? Keputusan di dalam tangan anda.

Pakatan Rakyat di daerah ini, semakin merasa yakin bahwa mereka mampu memerintah dengan petanda awal kebebasan DSAI dalam tuduhan liwat itu. Posisi mereka semakin utuh di percaturkan dalam menangangi sebarang kemungkinan yang berlaku. Rakyat semakin di dekati, semakin mendengar rintihan dan keperluan yang selama ini di belakangi oleh UMNO. DSAI semakin bersemangat, seluruh sabah dan sarawak telah di kunjungi, untuk merungkai segala kegiatan jahat dalam parti UMNO/BN. Dan rakyat pula semakin mula berfikir untuk lebih efective dalam pemilihan kerajaan baru yakni pakatan. justeru kepada rakyat terutama kepada golongan muda sebagai jentera parti yang ada di luar sana, berjuanglah untuk rakyat bukan pemimpin. Pemilihan pemimpin yang betul akan memberi impak positif kepada rakyat seluruh nya.

3 comments:

Anonymous said...

tiada seorang pun wakil rakyat di kota belud ni yang betul2 berjuang untuk rakyat nya.

Anonymous said...

kenapa gambar USNO itu murai. kenapa tidak guna logo pakatan rakyat.

Anonymous said...

jangan mimpi disiang hari la atau jgn shok sendiri la yg pakatan rakyat boleh menang di kota belud.jasa umno/bn kepada rakyat tidak ternilai khasnya didaerah kota belud.pakatan menggunakan kaedah persepsi berbanding bn menggunakan kaedah reality.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.