Popular Posts

Sunday, April 15, 2012

DS ANWAR SEMAKIN BIJAK MENDEKATI MASYARAKAT KOTA BELUD


Boleh di katakan daerah kota belud telah di tawan oleh pakatan rakyat, kekerapan turun padang telah menggugat kestabilan politik BN/UMNO kota belud dengan kehadiran pemimpin No.1 pembangkang DS Anwar Ibrahim beberapa kali di daerah ini. Seminggu yang lepas juga kita di sajikan manisfesto Sdr Azmin turun memberi keterangan kepada penduduk Taginambur terhadap konsiprasi UMNO yang berlaku namun tidak di siarkan dimana-mana media pro kerajaan. Ini akan memberi impak besar kepada masyarakat kota belud khususnya dan amnya kepada barisan kepimpinan UMNO KB.
Aktiviti turun padang ini telah menggusarkan barisan kepimpinan pemuda UMNO kota belud yang melihat statistic kehadiran adalah tertumpu kepada golongan atas pagar dan golongan muda di daerah ini. Murai sempat berbual dan menanyakan beberapa persoalan kepada salah seorang yang hadir dalam program DS Anwar Ibrahim semalam. Perbualan berbunyi berikut:
 Murai : “ kamu hadir dalam program Datuk seri ini sebagai penyokong pakatan atau sebagai pendengar sahaja?.
Sdr : “ saya hadir bukan sebagai penyokong tapi sebagai pemerhati, tidak terbatas pada pendengaran sahaja tapi penilaian yang teliti dan adil dengan setiap isu yang di bangkitkan harus saya buat untuk mencari titik kebenaran apa yang datuk seri bawa untuk kali ini. Saya juga hadir program yang dianjurkan oleh UMNO. Tujuan saya adalah untuk membuat perbandingan antara yang salah dan benar. Pendek kata saya selaku atas pagar yang belum memihak kepada sesiapa. Jika saya rasa sebelah pihak benar dan membela rakyat, kenapa saya tidak sokong dan undi.
Murai : oh satu tindakan yang bijak dari sdr.
Itu antara perbualan yang murai sempat rakamkan dalam penulisan kali ini. Ringkas tapi bermakna kepada barisan kepimpinan di luar sana tak kira dari UMNO mahupun Pakatan Rakyat. Golongan atas pagar ini harus di berikan tumpuan kerana mereka adalah salah satu penyumbang kekalahan dan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.


No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.