Popular Posts

Monday, March 22, 2010

NUJUM BELALANG NUJUM MUSBAH


Sebagai penulis yang bebas dari belenggu pengaruh kuasa politik, harus lah memberi satu paparan yang mengajak paradigma pembaca untuk menapis dan meneliti fakta yang di warta kan oleh para blogger. Seterusnya memberi satu anjakan aura kepada pembaca untuk menilai sejauh mana kesahihan yang di nyatakan.

Blog “nujum pak belalang” adalah satu blog yang memaparkan paparan mengenai datuk musbah sebagai wakil rakyat N.6 Tempasuk, di sertakan laporan kejayaan datuk musbah dalam memberi pembaharuan pada kawasan yang di wakili nya tanpa mengulas soal isu semasa di daerah kota belud. Penulis blog ini di katakan adalah salah satu “orang kuat” datuk musbah di kawasan N.6 tempasuk. Dalam pengamatan murai sendiri, blogger ini sebenarnya adalah seorang “pengampu politik” yang sangat licik . Namun demikian ianya bukan satu khidmat percuma kepada datuk musbah, kerna menjelang hari, blogger ini akan menuntut janji untuk menjadi pemimpin rakyat sejati.

Bagi datuk musbah menggantikan kedudukannya sebagai wakil rakyat di kawasan N.6 Tempasuk adalah bukan satu kekangan kepada nya jika ianya di beri satu penghormatan yang lebih tinggi oleh rakyat dan kerajaan, justeru, nujum ini sangat di perlukan oleh datuk musbah bagi memberi satu tahap kenyakinan rakyat kepada beliau untuk meneruskan karier nya sebagai ahli politik yang dinamik.

Penulis harus bersikap neutral dan tidak memihak kepada sesiapa jika ia merasa teguran dan saranan harus di lontarkan segera untuk memperbaiki kesilapan yang wujud sewaktu di medan kepimpinan. Blog nujum pak belalang langsung tidak memaparkan satu keterbukaan minda pembaca kerna ia hanya memaparkan kesempitan dalam pemikiran masayarakat setempat yang hanya berkisar tentang popularity seorang pemimpin yang bertubuh sasak. Justeru itu, blog nujum pak belalang harus memberi satu ulasan yang membawa paradigma pembaca untuk menghayati satu isu yang relative untuk di ketengahkan.

pembaca juga harus bijak meneliti kenyataan yang di wartakan oleh nujum pak belalang, kerna ini akan menimbulkan satu spekulasi antara pemimpin dan rakyat. Membaca artikel harus bebas dari pengaruh fahaman politik untuk mendapat satu kesimpulan yang tepat. Paparan yang di nyatakan dalam blog pak nujum belalang hanya lah semata mata satu paparan popularity untuk menarik perhatian rakyat kepada pemimpin itu. Namun, murai tidak lah menidak kan kenyatan yang di buat tapi harus di beri perhatian sebelum di ambil sebagai satu simbolik kejayaan seseorang pemimpin, pada murai, banyak perkara yang mesti di ambil kira sebelum menilai satu kenyataan itu. oleh yang demikian, hanya orang kuat datuk musbah sahaja yang akan menafikan perkara yang tidak menyenangkan dengupan jantung pemimpin itu. siapa pak nujum belalang? Tanya datuk musbah..

7 comments:

pendikar mata satu said...

ait iya..buka kuda-kuda dulu sebelum bagi komen, mana tahu kena sepak..

nujum belalang ini, saya tahu orang nya, kami seguru di bukit kesapang. tapi kami tdk sehaluan, dia tdk mghiraukan abg seguru nya pendikar mata satu ini.

nujum derhaka dengan tok guru..dia skrg berjinak dalam politik, dunia persilatan dia lupakan sudah. nujum belalang terlalu taksub dgn ilmu politik nya sehingga dia meninggalkan tok guru dengan begitu tdk berprikemanusiaan. dia ini mmg sorg pengampu politik yang terangan.

apa guna politik klu diri sendiri tdk terpimpin, sebelum memimpin kta mesti memimpin diri sendiri baru memimpin org lain.

saya sdh masak dgn perangai saudara seguru saya ini. dia bkwn sama musbah, dia ingt musbah bodoh, bagi dia senang jd wakil rakyat senang2. dalam politik ini wajib pengorbanan, jadi dia ini adalah alat pengorbanan perjuangan politik musbah.

kesian adik seguru saya ini, itu pn dia tdk terfikir kah, masa dia kena pindah sekolah dlu di sandakan, siapa tempat dia mnta tlg, musbah??? bukan,tp TSPA..

fikir politik mesti pandai, klu tdk diri sendiri mati akal..jadi kembali lah adik seguru ke pangkal jalan, kami masih memerlukan kamu di bukit kesapang.

RoslanM said...

karut!! nujum pak belalang sengaja buat paparan seperti itu, untuk puji datuk musbah dan supaya datuk musbah senang hati dengan dia.

tapi nujum bukan sembarang org. dia pun kuat pengaruh dlm politik, sekejap lagi dia ksh tggl datuk musbah dlm dunia politik menjelang PRU13 nti.

hebat juga penulis blog nujum belalang ini..

NUJUM PAK BELALANG said...

Salam Rakan-Rakan,

Pertama sekali saya memohon maaf andai penulisan saya selama ini menyentuh sesiapa. Namun hakikatnya penulisan nujum hanya sekadar menyatakan yang benar-benar berlaku. Kalau ianya dilihat memihak Datuk Musbah itu adalah hak saya sebagai seorang penulis bebas dan tidak terikat sesiapa.

Kepada pendikar Mata Satu,

Mungkin saudara tersilap orang agaknya. Apa yang saudara nyatakan itu langsung tidak ada kaitan dengan hidup saya. Apa pun saudara dijemput untuk terus meneka siapa di sebalik Pak Nujum Belalang kerana itu hak saudara. Saya pun tahu siapa saudara sebenarnya. Tapi itu bagi saya tidak penting. By kawan.

Salam Roslan M,

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Pak Nujum saya pun tidak faham siapa yang saudara maksudkan.

Murai.KB said...

salam pendikar mata satu

klu benar sdr kenal siapa nujum belalang ini..itu hak sdr, tda siapa2 yg ble halang sdr dr meneka siapa ka nujum belalang. murai sendiri tdk mngenali siapa nujum ini secara peribadi. tp yang murai tahu dia org kuat datuk musbah.

Murai.KB said...

salam sdr roslamM

siapa kah sdr? adakah sdr roslan hj mashor? apa2 pun komen sdr itu, adalah pandangan masing2. murai memberi posting seperti ini pun adlah sekadar nak tahu siapa nujum dan btl kah dia org kuat datuk musbah dan cuma pandangan peribadi dari murai.

Murai.KB said...

salam nujum belalang

terima kasih kerna memberi respone, murai amat mghargai komen sdr.

murai tdk tersentuh dgn penulisan sdr selama ini, cuma murai mencadang, jgn tertumpu dgn isu datuk musbah, itu klu cadangan murai di terima. sbb apa murai katakan itu, sbb byk lg isu yang perlu di bincangkan untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif.

memang itu adalah hak sdr, sesiapa pun berhak untuk menulis apa saja, ini cuma sekadar pendangan dari murai sahaja, kata sudin dlm filem bujang lapok, buat lah cerita ayam berlaga ka, cerita ikan ka, cerita burung ka..kan banyak informasi yang blogger lain dapat dan di kongsikn bersama.

apa2 pun semoga sdr nujum belalang sukses selalu.

-murai.kb-

langbuana said...

penulis blog nujum pak belalang tidak matang hanya pro kepada satu pihak

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.