Popular Posts

Friday, March 5, 2010

R.H.M SIHAT WAL AFIAT

Baru baru ini saya bertemu dengan sdr roslan hj manshor dengan tidak di rancang, keadaan beliau stabil seperti sedia kala, dalam perbualan sesingkat itu, beliau sempat untuk berbuat jenaka walaupun jahitan pada bahagian pembedahan itu masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam proses pembedahan itu, sdr roslan di khabarkan sempat bertemu dengan sdr mukasim yang kebetulan di bedah akibat appendix yang keterlaluan, dalam suasana kesepian itu, mereka juga turut di temani oleh TSPA yang juga di khabarkan berada dalam rawatan lanjut di hospital SMC itu, namun TSPA telah pulang dan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di kampung kelahiran nya, rampayan laut.

Kini dunia politik sekali lagi di hangatkan dengan sekembali nya sdr roslan dari pembedahan, dunia blog juga merasa sepi dengan ketiadaan roslan, kerna selama ini dia adalah salah seorang yang menghangat kesepian ruangan komentar blog. Bermacam macam watak yang di pegang beliau, namun blog rasmi nya yang di katakan berjudul Anak Kota Belud tidak seaktif yang di bangga kan. Laman blog itu hanya paparan semasa beliau, ruangan komen pun tidak di wujudkan.

3 comments:

rojokobog said...

Salam Murai,
Alhamdulillah kalau Sdr Roslan dah sihat walafiat dan semoga akan terus sihat, jgn lupa makan ubat dan jangan pula simpan ubat dibawah bantal ya anak Kota Belud.

Murai.KB said...

salam rojokobog

terima kasih atas nasihat sdr kpd roslan..semoga beliau membaca komen sdr.


-murai.kb-

RHM said...

Salam Saudara Rojokobog,

Terima kasih di atas perhatian saudara terhadap diri saya. Apa pun kita sama-samalah mendoakan kesihatan kita dan keluarga kita agar dijauhikan dari sebarang penyakit.Amin!!!!!!!

Salam.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.