Popular Posts

Monday, July 12, 2010

BENARKAH RHM DAN DSSK FOBIA DI KRITIK


Dalam pengamatan dan penelitian murai bersama nujum, perkara ini sangat menghampakan kami berdua kerana dalam setiap kepimpinan "kritik" adalah satu tembok yang kuat bagi memperbaiki serta menjiwai moral kepimpinan yang di cetuskan oleh pemimpin. berlainan dengan "kutuk" kerana ini adalah untuk menjatuhkan dan mengucar-kacirkan situasi dalam kepimpinan.

jika di lihat dalam laman sesawang DSSK iaitu laman blog, ruangan komen langsung tidak di sediakan. adakah ini untuk mengelak dari kritikan atau mengabaikan cadangan dan pandangan masyarakat khususnya di kota belud??? dalam situasi kepimpinan yang ada sekarang ini perlu berani menghadapi kritikan yang di lontarkan oleh penganalisa yang wujud kerna situasi dahulu dengan sekarang adalah sangat berbeda. generasi sekarang dan mendatang lebih selesa memberi cadangan dan pandangan melalui sesawang atau internet, cara sebegini lebih cepat dan berkesan kerna perbincangan tanpa batasan dapat di lakukan dengan efektif.

Roslan haji Manshor atau nama glamour nya RHM juga salah seorang bakal pemimpin politik di daerah kota belud. namun murai dan nujum sangat kecewa, kerna bagi seorang bakal pemimpin harus memberi satu contoh teladan yang memberi masyarakat berfikir secara terbuka dan efektif. jika wujudnya ruangan komentar pada blog bagi murai tidak menjejaskan reputasi beliau yang bakal bergelar wakil rakyat kelak(hasil tilikan nujum belalang). namun pun begitu masyarakat di dahulukan dengan budaya "tidak boleh di kritik" dan "tidak mahu menerima pandangan". ini akan menyusahkan orang ramai khususnya di daerah kota belud untuk berinteraksi dengan cepat dan mudah dengan bakal pemimpin ini. perbincangan "cyber" memudahkan sesiapa sahaja. tak kira di rumah mahupun di pejabat. namun pun begitu kritikan yang terlampau harus di pandang positif kerna, mungkin itu akan membawa kita berfikir secara profesional dan inovatif.

Dalam konteks ini, ramai yang melabelkan RHM adalah anak didik DSSK, namun selepas di tilik kan oleh pak nujum, RHM adalah anak didik kepada TSPA dan DMHJ bukan kepada DSSK. walaupun demikian, RHM pandai berbicara kepada semua tokoh politik di daerah kota belud khususnya. itu satu kejayaan yang membanggakan murai dan nujum.



-murai.kb-




2 comments:

ROJOKOBOG said...

Salam Murai,

Mereka berdua ini bukannya fobia bila dikritik, mereka gentar/takut tidak terjawap apa yang dilemparkan segala persoalan dan kritikan, pandangan kepada mereka...pendek kata kita hendaklah berpijak dibumi yang nyata bila bercita-cita untuk menjadi pemimpin masa kini dan akan datang, kekuatan mental dan kesabaran kita akan teruji bila bertalu-talu soalan diajukan dan dikemukakan dengan seribu macam prasangka, sebab bila kita menjadi pemimpin sebahagian daripada kehidupan kita adalah milik rakyat dan kita terpaksa terima realiti bahawa tanggungjawap amat besar dan berat sekali, kalau takut dilamun ombak jangan berumah ditepi pantai.

Murai ada menyata bahawa RHM bakal menjadi pemimpin akan datang khususnya di Tempasuk, kita boleh sama-sama imbas kembali semasa RHM menjadi Pegawai Eksekutif di Majlis Daerah Kota Belud iaitu sebuah organasasi yang kecil tetapi beliau gagal menunjukkan prestasi sebagai seorang ketua jabatan yang bertanggung jawap, terlalu ramai yang mengkritik beliau samada dari dalam dan luar pejabat, ini menandakan bahawa situasi tersebut kurang menyenangkan mereka diatas sebab-sebab yang kita ketahui sendiri, apa tah lagi jika RHM menjadi wakil rakyat yang mempunyai kepimpinan dan skop pentadbiran yang amat berat dan penuh dengan tanjunggjawap dan cabaran yang terlalu jauh untuk beliau jangkau.

Murai.KB said...

salam rojokobog..

murai sgt bersetuju dgn ulasan sdr. apa yg sdr rojokobog nyatakn adalah perkara yg benar dan logik di ambil perhatian oleh kedua pemimpin ini.

murai mmg nyatakan bhwa RHM bakal menjadi pemimpin nti. ulasan sdr rojokobog mengenai isu ini sgt murai hargai, mmg tdk di nafikan bhwa perkara itu mmg betul..! RHM hnya menjadi pegawai MD secara luaran sahaja, dalaman sedikit pn tdk mencerminkn kepimpinan beliau. namun itu tdk bmaksud beliau tdk layak bgelar wakil rakyat. mgkn pengalaman dalam memimpin MD ketika itu di ambil sebagai satu sumber memperbaiki diri dalam soal kempimpinan. perkataan "kritik" mampu mengubah seseorang jika ia memandang dgn lebih optimum dan profesional. tp malang nya sdr rojokobog, blog nya pn tda ruang komen..ini bmaksud dia tdk mahu di kritik. ssh lah mcm tu..

wlu mcm mn jika betul apa yg murai nyatakan bahwa RHM bakal menjadi pemimpin, hnya satu murai pinta, jalankan tanggujawab yang di amanahkan, jadikan pengalaman lampau untuk memperbaiki mutu kepimpinan.


thanks rojokobog..

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.