Popular Posts

Tuesday, July 20, 2010

KEMANA HALUAN POLITIK DARD SELEPAS PRU13

Banyak desas-desus mengatakan bahwa nyawa politik DARD berada di hujung tanduk menjelang PRU13 dengan kebangkitan karier beberapa tokoh politik seperti DSSK,TSPA dan Japlin di daerah kota belud walaupun masyarakat sendiri telah jemu dengan cara dan kaedah politik mereka.

Masyarakat kota belud telah banyak mengenalpasti tentang irama kepolitikan yang di bawa oleh datuk rahman, dengan helicopter nya, dengan batang paipnya, dengan jalan raya nya dan sebagainya. keadaan Ini umpama telah membuka suatu lembaran baru dalam suasana politik di daerah kota belud. Permasalahan bekalan air bersih dan kesesakan lalu lintas masih lagi membelenggu masyarakat kota belud. Walhal, manifesto masalah ini menjadi kekuatan DARD untuk bergelar ahli parlimen di kota belud.

Jika DSSK dan TSPA tidak dapat menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih, dengan itu masyarakat menjangkah bahwa hanya datuk rahman sahaja yang mampu menyelesaikan konflik air dan kesesakan yang di hadapi oleh rakyat, kerana masyarakat berpendapat bahwa hanya yang berstatuskan “orang luar” sahaja mampu memberi satu corak perubahan kehidupan masyarakat kota belud yang sekian lama menanggung derita dengan permasalahan ini. namun kehampaan berulang lagi, suasana di kota belud tidak banyak berubah dengan kemenangan yang di taburkan pelbagai janji untuk di tunaikan. Maka masyarakat sekali lagi perlu bijak memilih pemimpin yang sebenarnya mementingkan kebajikan rakyat dari mengaut keuntungan dalam kesengsaraan rakyat.

Jika berlegar di pelusuk kedai kopi, ramai yang menaruh perasaan hampa dan sedih dengan pemimpin yang memikul harapan rakyat untuk keluar dari kepompong masalah ini. Ada yang sampai mengatakan, jika masalah di kota belud ini masih berlarutan, kemungkinan besar parti pembangkang akan mengambil alih tapuk kepimpinan umno di daerah kota belud seperti yang berlaku di semananjung.

Pilihan raya adalah dimana majority kesemua wakil rakyat menjanjikan pelbagai janji dan ganjaran jika beliau memenangi pilhan raya itu. Tidak cukup dengan satu janji, di taburkan janji lain bagi mengukuhkan alasan dan desakan supaya kemenangan adalah milik nya dan menyingkirkan pihak lawan. Perkara seumpama ini adalah suatu perkara yang memalukan, dan tanpa memikirkan impaknya, kepercayaan rakyat akan mula luntur jika janji tidak di tunai dan di makbulkan.

Dimana janji DARD untuk memulihkan masalah bekalan air bersih rakyat? Satu persoalan yang membangkitan aura kempimpinan yang telus untuk tampil menjawab. Masyarakat kota belud ingin sekali melihat kempimpinan yang di corak di kota belud mencontohi kepimpinan yang di bawa oleh datuk safie apdal di semporna yang begitu peka dengan permasalahan rakyat. Dengan itu ramai penganalisa politik yang menjangkah bahwa jawatan ketua menteri sabah akan di warisi oleh DSA menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kemana karier politik DARD menjelang PRU13 jika masyarakat menolak kaedah sebegini yang beliau terap dan semai di dalam kehidupan seharian masyarakat, walhal beliau adalah berstatuskan “orang luar” di daerah kota belud. Adakah sejarah untuk bertanding di tuaran akan berulang atau akan berhijrah ke kota marudu seperti TSPA dahulunya? Bagi murai jika cara kempimpinan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat, perkara sama juga akan berulang, berulang dan berulang kembali.

5 comments:

Satu Malaya said...

Murai..

Celupar sungguh mulut murai ini kali...memang masalah air ini menjadi mahkamah keadilan bagi DARD..dia banyak kali berjanji dan saya harap biarlah janji itu tidak ditunaikan supaya SSK dan TSp yg menunaikannya.

Satu Malaya said...

murai...murai..

kau cek bah dalam itu blog DARD ada bah..cerita mengenai status air di KB..

bukan itu sahaja tanggungjawab DARD...banyak lagi bah..kau juga cakap ada helikopternya kan...nah kasi biar bah dia

Satu Malaya said...

ada juga bah cerita mengenai DARD ada buat itu satu kompeni buat itu paip di KB...mrk mau untung ...bah juga...

Murai.KB said...

salam satu malaya

apa pun yang sdr satu malaya kata kan, murai anggap itu satu perbincangan yang perlu di teruskan.

sebenarnya tujuan murai memaparkan penulisan tersebut adalah untuk menyatakan suara hati masyarakat di luar sana. setiap kesusahan yang mereka alami setiap hari untuk mengambil air bersih di rumah2 jiran, sekitar kampung yg bersih air nya. di pekan kota belud, itu amat membebankan mereka. bertahun tahun lamanya masalah ini menyelubungi rakyat. di mana kesudahan nya? utk pengetahuan sdr, hnya kampung sekitar menikmati bekalan air bersih.kampung lain hnya meminum air bersumberkan pam air yg tidak terjamin kebersihannya.

untuk pengetahuan sdr satu malaya, murai adalah seorang yang tidak memihak dgn mana2 pemimpin. jika ada kesilapan dalam kempimpinan, murai sedia tampil untuk memperbaiki keadaan walaupun kekadang ada yg menolak dan mencemuh. murai tetap teruskan untuk menyampaikan kerasionalan.

walau macam mana pun murai menghargai ulasan sdr satu malaya. ulasan sdr itu membuat murai lebih bersemangat untuk memaparkan permasalahan rakyat di masa akan datang.

terima kasih.


-murai.kb-

rojokobog said...

Salam Murai,
Kita jgn lah terlalu percaya dgn desas desus yang kita dengar tanpa bukti yg kukuh, peruntukkan seorg Ahli Parlimen amat terhad terutama utk satu kawasan yang amat luas persempadanannya, kita tidak dapat memuaskan hati setiap org drpd rakyat yg kita wakili, bagi kemudahan asas adalah menjadi harapan dan impian setiap wakil rakyat utk memenuhi hasrat penduduk yg amat memerlukannya...berat mata memandang berat lagi bahu memikul, rakyat adalah inspirasi pemimpin.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.