Popular Posts

Sunday, July 4, 2010

SIAPA TANGGANG POLITIK KB


Murai kembali menulis kerana tidak tahan dengan pembawaan rentak politik kota belud yang di terajui oleh para bakal pemimpin yang begitu kaya luaran miskin dalaman. Mengapa murai mengatakan sedemikian kerana menerusi penelitian yang di perhalusi, murai sangat- sangat kecewa kerana ramai wakil - wakil calon pemimpin yang bakal menggantikan tokoh politik di daerah kota belud mengamalkan konsep “gunting dalam lipatan”, padahal di luaran begitu mesra tanpa sedikit keraguan. Jangan nafikan perkara yang benar..!!

“Berpolitik harus telus dengan perjuangan”, ini adalah kata – kata terakhir seorang pemimpin terkenal kota belud yang menodai rentak politik peribadi nya. Tabiat “ampu” bukan perkara biasa bagi pemimpin muda politik sekarang ini. Murai mengaitkan isu kemenangan sdr barul sebagai ketua pemuda kota belud yang di susun atur oleh dua orang tokoh politikus yang terkenal di daerah kota belud dengan menenggelamkan sdr tajul. Ini akan memberi satu impak besar kepada golongan muda yang berkeinginan menjadi pemimpin nanti. Jangan persoalkan jika golongan muda lebih tertarik dengan pembangkang di masa akan datang?

Bukan bermaksud murai memaparkan kembali isu yang lalu, tapi moral nya harus di ambil ikhtibar oleh golongan muda yang ingin menjadi pemimpin politik kelak. Dalam kerancakan politik, beberapa bakal pemimpin yang murai kenali lebih bersikap kepura-puraan di hadapan tokoh politik seperti DSSK, TSPA, DHMHJ dan DARD. Khusus nya di laman sesawang “blog” penyamaran begitu ketara dan jelas, seperti sdr MUSLI Oli, MUSRAM RANGKUMAN, ROSLAN HJ MANSHOR dan sebagai nya. Isu sebelum ini juga sangat hangat di perkatakan yang mendakwa sdr musram telah mendapat peruntukan jalan dari DMHJ ke rumah mertua nya, namun beliau mengkritik sehebat hebatnya DHMHJ di ruang blog yang di kendalinya, begitu juga yang lain. Pengendali Blog “Ahli umno kota belud” sudah di ketahui, beliau membongkar segala pahit perit pergolakkan politik di daerah kota belud dari zaman DSSK hingga ka saat ini. Moralnya, “teruk politik kota belud akan teruk persepsi masyarakatnya”. Jangan persoalankan jika ada pemimpim pusat memperlekeh kewibawaan kepimpinan di kota belud kelak kerana tunjang nadi parti sendiri yang menjadi “TANGGANG POLITIK”.

5 comments:

perut said...

salam murai.kb

apa yg kau cakap ni ada betul nya. semua ahli politik mmg begitu kuat mengampu. lebih2 lagi si roslan tu. depan datuk salleh punya baik tp belakang macam2 dia cakp pasal datuk salleh. begitu juga dgn si musram, manusia yg tdk pandai bsyukur, sudah datuk musbah bagi dia jalan, di blog dia hantam pula. manusia yg tdk mengenang budi.

Datu pitung said...

salam sdr murai.kb

sy tdk menafikan kenyataan sdr tp sy teringin nak mengulas ulasan sdr perut. sdr roslan tidak seperti sangkaan sdr perut. itu semua pandangan luaran sahaja..tdk tahu pula dgn sdr musram sbb sy tdk berapa kenali beliau. tapi sebelum ini mmg timbul isu tentang pemberian peruntukkan oleh DMHJ kepada sdr musram di laman-laman blog.

sdr roslan sy kenali secara peribadi, sy yakin bahwa beliau bukan lah seperti anggapan sdr perut itu. sdr roslan org lama dalam politik, masakan pula dia berbuat begitu.

terima kasih.

Datu pitung said...

salam kembali sdr murai.kb

sy ingin memberi sedikit pandangan. klu rasional apa salah di kentengahkan.

politik dahulu tidak sama dengan politk sekrang, dahulu berpolitik kerna membela bangsa, tapi sekarang berpolitik kerana membela diri dan keluarga. jauh sekali perbezaan itu sehingga jelas dan nyata lagi terang menderang.


terima kasih.

Murai.KB said...

sdr perut

apa yg sdr perut cakap itu mmg sy setuju, itu semua permainan politik mereka. musram tdk berapa aktif dalam kepimpinan tp sdr MO dan RHM ada kepentingan di situ. mengampu tabiat dua bakal pemimpin ini yang sukar di kikis.

bila ada kepentingan di situ ada kepura puraan..politik..politik..!

DATU SI RENGIT said...

itulah dia dunia politik... kadang2 kita sangkakakn permata rupanya iblis bermaharaja lela....

MO dan RHM 2x 5 sahaja ...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.