Popular Posts

Saturday, October 9, 2010

KEMANA JANJI SUSULAN DHMHJ BERKENAAN SEKOLAH SK TAMAU

Mohon di perjelaskan kata janji yang di lontarkan semasa majlis berbuka puasa yang lalu bertempat di masjid kampung tamau, DHMHJ memberi harapan dengan mengatakan akan membuat tindakan susulan tentang isu kelambatan pembinaan sekolah rendah kebangsaan tamau kota belud itu. Penduduk kampung tamau memberi reaksi dengan penuh harapan sewaktu datuk musbah menyatakan sedemikian ketika mengakhiri ucapan nya pada malam itu.

Penduduk kampung merasa resah dan gelisah akan keselamatan yang tidak terjamin ekoran lori pembinaan yang keluar masuk membawa muatan simen, bata, zink dan kayu kayan untuk tujuan pembinaan. Sehingga kini masalah kelambatan belum di ketahui secara terang dan jelas oleh penduduk kampung berkenaan. Tinjaun saya juga di beberapa tempat seperti sk sembirai kota belud, sk timbang dayang kota belud, sudah mula di hiasi oleh landskap bunga bungaan, namun sk tamau masih lagi dalam pembinaan yang belum menunjukkan bahwa bangunan 12 tingkat itu akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Kampung tamau, adalah kawasan yang termasuk dalam DUN N6 TEMPASUK, kawasan yang di wakili oleh datuk musbah jamli sekarang ini. Beliau juga memberi jaminan akan membuat satu tindakan susulan selepas itu, namun penduduk kampung berkenaan masih lagi kabur, tindakan susulan yang bagaimana akan di laksanakan jika tiada perkembangan terhadap bangunan tersebut. Setiap hari melalui hari yang sama tanpa perubahan dalam pembinaan.

Justeru sebagai wakil rakyat kawasan itu, harus turun padang meninjau sendiri permasalahan yang di hadapi oleh bangunan sekolah rendah kebangsaan tamau kota belud seterusnya mengambil tindakan susulan seperti janji di bulan ramadhan yang lalu. Masyarakat di kampung berkenaan bersedia membantu segala permasalahan yang di hadapi bagi mempercepatkan pembinaan, juga atas sebab keselesaan para pelajar sewaktu dalam proses pembelajaran di bangunan sementara yang di hiasi debu laluan lori-lori yang keluar masuk dalam kawasan pembinaan. Keselamatan pelajar juga di khuatiri akan mengundang padah jika keselamatan tidak perketatkan oleh pihak sekolah berkenaan.

Keluhan penduduk kampung tamau sekali lagi, membawa datuk musbah untuk melangsaikan janjinya dan juga tangungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

(sumber : penduduk dan guru)

6 comments:

pungguk said...

sy singgah bagi komen lah, memandangkan ramai di antara kita takut dgn kewibawaan datuk musbah.

murai, janji politik bukan boleh percaya sgt, kadang2 saja janji tertunai, bila tdk, macam2 alasan yg kita dengar. bila pula tertunai, berduyun2 wartawan buat liputan. publisiti lah tu.

perut said...

sepatutnya, pengerusi PIBG sdr ladim perlu tampil memberi respon mengenai hal ini. tiada guna memegang jawatan sebagai pengerusi kalau tidak berperanan. lepaskan saja jawatan itu, bagi sesiapa yang boleh di percayai. masalah sk tamau bukan masalah bulan lalu, tapi sedikit tindakan dari pengerusi PIBG sk tamau pun tidak kelihatan. kata penyokong kuat TSPA.

Pejuang Bangsa said...

Salam Murai,

Masalah Bangunan SK Tamau tidak wajar di salahkan Datuk Musbah kerana ianya berada di luar kekuasaannya.

ini masalah Kontraktor, kalau pun kontraktor itu di ambil tindakan, orang yang patut bertanggungjawab dalam perkara ini ialah Jabatan Pendidikan. Janganlah bertanya tidak kena pada tempatnya.

pendikar said...

kalau sudah bergelar wakil rakyat, dengan hal sekecil mn pun wakil rakyat harus menunaikan tangunggjawabnya. rakyat meminta bantuan, dan datuk musbah telah berjanji (kenyataan murai) dgn rakyat untuk membuat tindakan susulan, rakyat bkn bodoh sgt untuk mengaitkan masalah ini dgn datuk musbah. mengikut kenyataan murai, datuk musbah sdh berjanji, sbb itu rakyat menagih. ala, senang cerita lah, jgn berjanji kalau mmg tdk mampu menunaikan nya.

Sniper said...

perut lagi...pendikar lagi...

Sniper said...

betul kata pejuang bangsa tu...tahniah...jgn hiraukan perut dan pendikar tu...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.