Popular Posts

Monday, October 18, 2010

PKR KOTA BELUD RANCAK MENYUSUN STRATEGI POLITIK

Dengan wujudnya pelbagai provokasi dari politik UMNO kota belud, semakin rasa kuatnya juga aura kepimpinan pada parti pakatan rakyat untuk membuka peluang besar kepada parti itu untuk menerajui kepimpinan yang ada di kota belud khasnya. Segala rentak dan irama UMNO kini di imbangi dengan pelbagai strategi menawan dari parti itu. Jika dahulu ust laiman di tewas kan oleh datuk musbah di N6 tempasuk, kini beliau mula nekad, bahawa perjuangan dan kekalahan tetap akan di bela pada pilihan raya umum akan datang. Semangat sedang membara itu di susuli dengan penyusunan strategi mantap oleh jentera parti pakatan rakyat. Adakah susun rentak irama politik pakatan rakyat akan menggamit naluri undi rakyat kepada parti itu atau sebaliknya?

Mengambil satu isu ketidakhadiran para pemimpin UMNO kota belud dalam majlis rumah terbuka anjuran PKMM telah menyemarakan lagi susun atur pakatan rakyat kerana, sememangnya UMNO kota belud telah lama wujudnya istilah “retak menanti belah”. Reality nya para pemimpin tidak lagi sehaluan dalam perjuangan parti, keegoan dalam perjuangan semakin hangat terbongkar di mata rakyat, Apatah lagi kepada parti pembangkang sebagai musuh politik parti UMNO kota belud. itu juga menampak kan kreadibiliti pemimpin sekarang berkecamuk tanpa transformasi pemulihan antara pemimpin. Apakah pemimpin UMNO merelakan kesempatan ketidaksepakatan para pemimpin ini di manfaatkan oleh pakatan rakyat? Atau pemimpin hanya menjaga periuk nasi sendiri dan bukan atas dasar kepentingan parti?

Datuk musbah di katakan tidak kesepakatan dengan TSPA dan DSSK dalam soal kepimpinan, dahulu nya kekalahan datuk musbah sebagai ketua UMNO bahagian kota belud hanya di sebabkan oleh dua tokoh politik ini yang telah memainkan peranan sebagai catur terbaik politik di daerah kota belud. Persoalan bertubi-tubi mengalir dalam lubuk minda bistari rakyat, kenapa kah politik kotor ini harus mewarnai lakaran politik datuk musbah? Dan kenapa kah TSPA dan DSSK membuat jalan kotor dalam politik yang kini di amalkan oleh ramai bakal pewaris kepimpinan mereka? Adakah ini harts warisan mereka kepada pewaris? atau mereka menunjukan kepakaran dalam politik untuk mematikan karier seseorang? Namun hakikat nya mereka juga saling menyusun atur langkah bijak bagi menumbangkan karier politik di antara mereka.

Dengan bau busuk yang terserbak si saluti wangian palsu UMNO, maka pakatan rakyat menggunakan kepakaran untuk menidakkan bahwa daerah kota belud adalah salah satu daerah di sabah sebagai “fix deposit” barisan nasional BN. Dengan itu, strategi mantap kian kukuh dan menunggu untuk menempuh cabaran pilihan raya kelak. Adakah pakatan rakyat akan menerajui kepimpinan di kota belud? atau pemimpin UMNO kota belud melupakan sementara ketidaksepakatan untuk berjuang demi parti? Atau rakyat mula berpaling tadah dengan UMNO kota belud? pelbagai spekulasi politik sebenarnya yang boleh di andaikan. Tapi jika benar PKR mula menyusun strategi, adakah ia mampu menganggu gugat kewibawaan UMNO di kota belud?

14 comments:

WARTAWAN said...

satu informasi baik dari murai. utk pengetahuan murai pkr sdh lama merangka strategi mereka. informasi ini boleh perhalusi oleh umno jika mahu mengekal kan sokongan rakyat kepada mereka.

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Murai,

1. Saya telah meneliti tulisan sdra. Dan, sekali lagi saya mendapati bahawa bak kata sdra Tudung Duang dalam komen beliau kepada tulisan KM, tulisan sdra juga hanya berdasarkan andaian, persepsi dan dengar cakap semata-mata. Justeru, saya tidak nampak ada relevennya posting sdra kali ini.

2. Apapun, sdra harus tahu bahawa orang-orang yang sdra tunjukkan gambar mereka dalam tulisan sdra adalah merupakan orang-orang yang dahulunya dari Parti USNO, AKAR bahkan UMNO sendiri. Bezanya, mereka berpindah untuk tujuan "tertentu". Maka, pada saya tiada apa yang boleh diharapkan daripada kumpulan ini sebenarnya. Saya tidak nampak akan ada sesuatu yang baru akan dibawa oleh mereka. Apatah lagi dalam Parti yang mereka sertai dulupun, mereka tidak pernah menyerlah. Oleh kerana tidak mendapat tempat dalam UMNO lah maka mereka membawa diri mencari "tapak" baru dengan harapan mereka dapat mengejar cita-cita peribadi mereka.

2. Menilai parti PKR secara khusus, saya berpendapat ia bukanlah sebauh Parti yang berjuang untuk kepentingan rakyat. PKR hanya berjuang untuk seorang individu saja. Pemilihan cabang yang berlaku kebelakangan ini membuktikan bahawa orang yang berkuasa di dalam PKR lebih teruk dari orang yang berkuasa dalam UMNO sendiri. Lantaran itu, kalaupun ingin mencari "kenderaan" baru untuk menggantikan UMNO, saya fikir PKR bukan pilihan yang tepat.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

pendikar said...

belum pendekar@TSPA,

dari usno ka dari akar ka, umno ka, itu tdk penting, yg penting adakah pejuangan mereka2 ini benar untuk rakyat atau seperti UMNO gila kuasa dan harta. kalau benar, apa salah mereka berjuang. sy rasa setakat ini, UMNO jg tdk memperjuangkan hak rakyat.umno juga memperjuangankn nasib pemimpin tertentu(org tertentu).

jgn buat andaian jika spekulasi murai ini ada benarnya. sdr BP adalah TSPA, dengan persoalan saya, adakah TSPA akan bertahan lagi dlm UMNo sepuluh tahun akan datang? jwb sdr, jwb...belum pasti kn..jadi jgn membuta kesimpulan kepada pejuang2 pakatan rakyat ini di kota belud.


sy juga berpendapat, bahawa umno bukan sebuah parti untuk kepentingan rakyat. berita yg sdr dgr itu hnya mainan kotor politik umno, yg sebenarnya dan sebetulnya umno lah yg teruk pimpinan nya. jgn ckp psl di semenanjung, di kota belud saja. TSPA ngam k dgn DSSK? DSSK ngam ka dgn TSPA..DMHJ ngam ka dgn DSSK. lu pikir lah sendiri BP@TSPA.

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Pendikar,

1. Barangkali sdra ini tidak tahu membaca... Selepas sdra MO sendiri mengakui bahawa BP bukan TSP dan meminta maaf secara terbuka kepada TSP kerana telah melibatkan beliau, sdra nampaknya masih juga menegakkan tafsiran bahawa BP adalah TSP. Ini memang kes "dungu" melampau sudah ni... tidak faham-faham walaupun diberi penerangan yang cukup jelas.

2. Berbalik kepada hujah sdra, bahawa kononnya mereka itu benar-benar berjuang untuk rakyat. Saya merasa sangat gelihati dengan hujah sdra ini. Kalau sudah namanya lari meninggalkan parti lama kerana tidak mendapat tempat, bagaimana mungkin kita boleh menerima bahawa mereka itu benar-benar berjuang untuk rakyat bila mereka berpindah kepada parti yang baru?.. Perkara seumpama ini, tidak payah fikirpun orang akan tahu dan faham maksudnya sdra. Maka, tidak payahlah berbelit-belit bercakap...

3. Mengenai soalan sdra adakah TSP akan bertahan 10 tahun lagi?, jawapan saya ialah... Insyaallah... bahkan TSP akan bertahan lebih lama daripada itu... maka, sdra bersedialah untuk menderita kerana sakit hati dan hasad dengki sdra... Beliau tidak akan berundur dalam masa terdekat ini. Maaf ya, mungkin ini berita yang buruk pada sdra.. Begitu juga, UMNO memang parti untuk kepentingan rakyat KECUALI kepada orang spt sdra yang "separuh masak" penilaiannya. Bagi orang lain spt saya, kami merasakan bahawa UMNO adalah pembela bangsa dan suku kami..

4. Mengenai samada TSP ngam dengan DSSK atau sebaliknya, saya berani jamin 100% kepada sdra bahawa mereka berdua memang "ngam" dan yakin mereka tidak berseteru. Masalahnya, otak sdra itu yang bercelaru. Terlalu berimaginasi sehingga menyangka dan mengandaikan bahawa mereka bermusuh kononnya.

Sedarlah wahai sdra pendikar.

Ali kemad said...

menyamar lagi..kahkahkah

sharifdol said...

sdr BP, kalau mereka ini lari berpindah parti, walhal kita tdk mengetahui tujuan dan niat sebenar mereka, adakah wajar bagi kita yg berfikir rasional membuat andaian kepada mereka yg menggiatkan diri dalam politik pembangkang. kalau sdr BP mempersoalkan sedemikian, bagaimana pula TSPA yg membubarkan parti AKAR (parti jati suku iranun) untuk melibatkan diri secara langsung dlm umno. adakah TSPA juga sama seperti sdr bp nyatakan itu, atau TSPA bubarkan untuk melihat bangsa nya menderita? di mana bangsa nya akan melempiaskan masalah2 bangsa yang sensitif? adakah satu malaysia di hebohkn sebagaimana di berlaku semanajung..

jgn bercakap ikut sedap mulut wahai BP.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Sharifdol,

1. Saya tidak menyalahkan sdra kerana berkata demikian. Sebabnya ialah sdra terlalu daif pengetahuan apatah lagi yang berkaitan dengan politik.

2. Kalau sdra benar-benar sayangkan bangsa Irranun dan sdra tahu apa alasan TSP mengambil tindakan sedemikian, maka sdra sampai matipun tidak akan mengatakan apa yang sdra perkatakan skrg.

3. Nah, biar saya jelaskan kepada sdra supaya sdra tahu dan faham akan kedudukan lojik tindakan TSP. Kalau sdra masih ingat, sblm TSP membubarkan AKAR, kawasan Tampasuk diwakili oleh parti berkenaan. Dan, ingatkah sdra berapa ramai orang Irranun selain TSP dalam Parti AKAR? Andaikan parti berkenaan masih wujud dan TSP telah tiada, siapa akan menjadi pemimpin dan peneraju AKAR? dan, siapa agak-agaknya yang akan menjadi wakil rakyat Tampasuk sekarang ini?.. Irranun kah?... Pada hemat saya, Oleh kerana mahu kawasan ini kekal kepada Irranun lah maka TSP bertindak sedemikian. Buka mata sdra.. jangan berfikiran terlalu sempit dan cetek.. politik ini amat dalam dan amat luas untuk dilihat dan difahami dengan sebelah mata.

4. Kalau sdra masih tidak faham juga, maka sdra memang tidak mempunyai jiwa yang jelas untuk Bangsa Irranun.. Dan, dengan penjelasan ini, siapa yang cakap ikut sedap mulut sekarang?... saya atau sdra?

Salam,
BELUM PENDEKAR

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Ali Kemad,

Sdra juga sorang lagi manusia yang tidak faham bahasa.. tidak hairanlah apapun penjelasan yang diberikan sdra tidak pernah faham. Kalau tahap pemikiran begini mcm tidak payah komen oranglah.. diri sendiri pun sudah ada yang tidak kena...hehehehehe..

Tapi, bagus jugalah... sekurang-kurangnya ada orang yang mengiktiraf kualiti penulisan saya sehingga dianggap tulisan TSP.. ehem ehem.. kembang bontot ni...

Salam,
BELUM PENDEKAR

pendikar said...

sdr Bp @ Tspa

pada hemat sy sdr yg lebih berfikiran cetek dalam membetulkan anggapan masyarakat terhadap TSPA. kami bukan masyarakat yg di umpan dgn wang ringgit terus hilang hala tuju. dahulu boleh lah TSPA katakn seperti itu. bukan sekrang..!!

sy berani katakan bahawa pembubaran parti akar sewaktu ketika dahulu(seperti sdr sharifdol nyatakan) adalah bukan kerana bangsa iranun tapi atas kapasiti kepentingan TSPA dalam politik. impaknya iranun hilang hala tuju berpolitik, masing2 berlumba untuk mengaku sebagai pemimpin macam sdr.

sdr mmg langsung tdk berjiwa lapang dari parti, sbb TSPA adalah dlm cengkaman UMNO. kerna itu jg komen dan ulasan sdr lebih memihak kpd umno atau TSPA=BP.

masyarakat kini bukan "dungu" seperti "dungunya" sdr BP. kami ada mata mampu melihat permainan kotor politik TSPA dan sekutunya.


salam hormat sdr BP @ hantu
hahahahaha.....

Murai.KB said...

salam sdr semua,

saya rasa komen sdr lebih menjurus kepada individu tertentu(TSPA). walhal posting sy mengenai senario politik pembangkang di kota belud. walau bagaimana pun itu hak sdr sebagai pengomen.

sy tdk mengulas panjang komen sdr BP mengenai posting sy, kerana ulasan sdr juga itu pada sy juga suatu persepsi atau andaian. terpulang kepada pembaca sebenarnya menilai penulisan sy berbentuk bagaimana, bagi sy pembaca memang mempunyai persepsi atau pemahaman yang berbeza beza.

walau macam pun, individu yg terpampang gmbr nya adalah sebahgian pejuang parti pakatan rakyat di kota belud. juga mereka berhak terlibat dalam politik. soal memperjuang kan rakyt atau tidak itu terpulang dgn individu itu. hanya rakyat yg boleh menilai kreadibiliti mereka2 ini. pandangan sy terhadap umno kota belud juga belum sampai ke tahap untuk memperjuangkan nasib bangsa nya seperti sdr bP katakan itu. bagi sy, sesiapa boleh memilih parti yg di anuti,terpulang pada rakyat. kalau tanya sy parti apa. sy katakn sy hnya memilih parti yg berjuang demi rakyat nya, bukan kepentingan duit saku nya.


-mura.kb-

Murai.KB said...

sdr pendikar,

jangan buat provokasi mengatakan sdr BP adalah TSPA. sdr boleh ikuti komen sdr MO yg jg memohon maaf dalam membabitkan nama TSPA sebagai BP. juga atas nasihat sy, di alam cyber, semua nya adalah maya jika mengunakan nickname yg berbagai-bagai. biar kita tdk mengenali siapa dia dan siapa mereka, tapi biar kita mengenali hujah juga pandangan nya. jika baik dan bernas, apa salah kita jadikan panduan dan sebagainya. berfikir lah dengan bebas tanpa rasa ketidakpuas hati dengan sesiapa, itu jg tdk merugikn kita sebenarnya. jgn biarkn minda kita di pengaruhi oleh anasir-anasir kotor. walaubagaimana pun komen juga pandangan sdr ada benarnya dan di perlukan bagi mengimbangi komen-komen sdr kita yg lain.


terima kasih dan teruskan komen sdr..

si datu said...

slm murai

sy jg turut hairan sama, ramai di kalangan blogger mengelarkan BELUM PENDEKAR DENGAN TAN SRI PANDIKAR. kalau saya bandingkan ulasan BELUM PENDEKAR, saya nampak panjang berderet deret. logiknya tidakkan TSPA sanggup buang masa ulas panjang-panjang kan. di facebok nya pun bukan tulis panjang2.

tuduhan saja bah itu, mana mgkn BELUM PENDEKAR ADALAH TAN SRI PANDIKAR.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai,

Sdra Pendikar ni tidak baca tulisan orang lain... sebab tu dia sampai sekarang ni dungu dan tidak tahu apa-apa.. dia fikir apa yang ada dalam fikiran dia tu betul... itu saja yang dia tahu... Tapi, bak kata orang, kalau bodoh tidak tahu diajar begitulah jadinya... hahahahahahaha... Kalau pun bodoh, janganlah tunjukkan "KEBODOHAN" tu terlebih-lebih sangat... Saya fikir sdra pendikar ni marah sangat sebab ada sesuatu yang dia tidak dapat... Bukan sebab penilaian atau pertimbangan pemikiran yang baik.... kesian dia..

Tidak begitu sdra Pendikar....

hahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahha....

pendikar said...

BP@TSPA

sy mmg tdk akan baca tulisan orang lain sebelum sy baca tulisan YDP speaker dewan parlimen ini.haaaaaahahaha..

murai celupar,

sdr katakan sy ingin menimbulkan provoaksi, kesian sungguh sdr ini. hanya ini yg saya kata kpda sdr " hanya muthu mengenal manikam"


hahahaha..hantu..hahaha BP@TSPA..hahaha

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.