Popular Posts

Monday, October 25, 2010

MOHON PENJELASAN DATUK MUSBAH PERUNTUKAN RM10 JUTA

Pada 10 mac 2010 masyarakat di kota belud telah di gempak dengan kelulusan peruntukkan datuk musbah sejumlah rm10 juta dalam menaiktarafkan masalah kemudahan air di derah kota belud. lawatan dalam menilai permasalahan bekalan air bersih pun sudah di lakukan oleh datuk musbah dan beberapa kroni termasuk jurutera air kota belud. namun hakikatnya peruntukkan berjuta-juta ringgit itu tidak menampakan peningkatan dalam system perairan bekalan air bersih itu semakin pulih. Di mana datuk musbah leraikan peruntukan rm10 juta itu? Mohon di perjelaskan datuk.

Saya secara peribadi amat terkilan dengan masalah penduduk yang berada di DUN N6 TEMPASUK di bawah pengawasan datuk musbah sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Masalah air sering kali di suarakan oleh masyarakat di situ setiap kali datuk musbah berkunjung ke kawasan di mana penduduk yang bermasalah. Namun pelbagai alasan yang di berikan, penduduk mendakwah alasan seumpama itu telah di berikan oleh DSSK sewaktu menjadi parlimen, TSPA sewaktu menjadi ADUN TEMPASUK dan kini alasan itu sering di guna pakai. Jika di teliti dengan halus, peruntukan berjuta ringgit itu berkemampuan menyelesaikan masalah itu, walau pun bukan sepenuhnya dalam penyelesaian akan tetapi sebahagian sudah memadai dan sebahagian lagi di susuli dengan teguh.

Kota belud di katakan pusat berkembangnya UMNO di sabah, tetapi masalah masyarakat nya tidak di jejaki dengan baik oleh pemimpin di daerah ini. Peruntukan demi peruntukan di paparkan akan kelulusan nya namun, masalah ini tetap juga membelenggu masyarakat. Jika pemimpin umno mahu mengekal kan pengaruh umno di kota belud, sejujur kata saya berikan, selesaikan masalah bekalan air dan masalah-masalah lain di kota belud. sejarah membuktikan pertama kali umno melebarkan sayap kepimpinan nya di sabah adalah di daerah kota belud. justeru sejarah juga akan “BAKAL”membuktikan bahawa buat pertama kalinya umno hilang kepercayaan di sabah adalah di kota belud jika satu “transformasikan” kepimpinan tidak di buat bagi menawan hati rakyat dengan menunaikan serta menyelesaikan masalah yang berkurun membelengu kehidupan rakyat di derah kota belud.

Saya berani katakan, datuk musbah hanya pentingkan popularity sebagai pemimpin berjiwa rakyat, turun padang adalah tabiat nya,akan tetapi di sebaliknya datuk musbah juga mempunyai kepentingan peribadi bagi mengaburi mata masyarakat dengan penjiwaan terhadap masyarakat itu. Saya sebagai rakyat yang setia kepada pemimpin amat-amat terkilan dengan perangai pemimpin yang di anggap akan membawa satu perubahan kepada masalah kehidupan rakyat nya, namun anggapan itu sebenarnya hanya harapan yang menanti kekecewaan. Golongan muda seperti saya mula memberontak jiwa nya untuk menuntut penyelesaian masalah ini kepada datuk musbah sebagai pemimpin di kawasan TEMPASUK. Kemanakah datuk musbah meletakkan tanggungjawab nya sebagai pemimpin?

Masalah air ini bukan sekadar sebagai isu dalam penulisan, tetapi zahirnya di rasai oleh penduduk yang terlibat dalam masalah itu, di manakah wakil-wakil rakyat yang ketika mengemis undi penduduk gagah berdiri melontarkan kata-kata mampu menyelesaikan masalah ini? Di mana pemimpin-pemimpin yang datang ke kawasan ini untuk mengharap simpati undi kepada masyarakat sewaktu berkempen? Di mana kewibawaan pemimpin terhadap rakyat nya? Adakah ini tradisi dan style pemimpin umno di kota belud untuk mengekalkan pengaruh dengan proses kelambatan masalah ini dengan memberi harapan mendakwah hanya UMNO sahaja mampu menyelesaikan masalah ini? KARUT..!!! IMPAK NYA AKAN DI RASAI MENJELANG PRU13 OLEH PEMIMPIN..

2 comments:

Unknown said...

informasi yang menarik dari murai. di harap datuk musbah tampil bagi penerangan. saya juga terlibat dalam lawatan datuk musbah ketika melawat tangki besar yg di katakan bermasalah itu. sebenarnya tangki air itu mmg bermasalah, kata jurutera kota belud. tapi dapat peruntukan rm10 juta, jadi tdk timbul lagi masalah ini.

dalam pemerhatian saya, hanya di sekitar pekan kota belud sahaja yang menikmati bekalan air bersih ini. 20 KM dari pekan, hancus batang paip nya, saya di faham kan juga batang paip di bina sejak zaman usno suatu ketika dahulu sebelum umno melebarkan sayap ke sabah. tapi bila umno bertapak di kota belud, kampung - kampung yang dahulu nya dapat menikamti bekalan air kini terpaksa mengunakan pam air tanpa ada tapisan, ini salah satu faktor mengundang pelbagai penyakit.

saya juga sependapat dengan murai untuk meminta penjelasan dari datuk musbah ekoran peruntukan itu. kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, kongsikan untuk kepentingan kita bersama.

Unknown said...

datuk musbah harus tampil memberi penjelasan, bukan mangambil langkah mendiamkan diri.wakil rakyat sebegini boleh di labelkan sebagai wakil rakyat yg tdk bertanggungjawab.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.