Popular Posts

Tuesday, December 14, 2010

ADAKAH BANJIR DAN PAMPASAN BYPASS KOTA BELUD MENDAPAT PERHATIAN DARI DSSK

Tatkala hujan mencurah, banjir bypass pula melimpah ruah. Akibatnya jalan utama ke Kota Kinabalu dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas terputus bersempadan. Kereta pelbagai model berbaris menunggu sang air surut dengan perlahan. Aliran air yang tidak sempurna membuatkan malapetaka banjir sering menemani penduduk juga pengguna jalan raya dikala hujan menabur berkat mencurah. Isu banjir dan pampasan bypass penduduk terus di suarakan kepada yang berwajib juga sempat di paparkan di dada-dada akhbar tempatan. Namun persoalan nya sehingga kini isu dan kemaslatan ini masih belum menunjukan perhatian mana-mana pihak? Di mana hilangnya tindakan susulan untuk menangani masalah ini? Dalam pada itu, isu bypass ini juga sering di kaitkan dengan DSSK, di katakan punca masalah ini adalah kerana DSSK hanya mementingkan kepentingan peribadi dan tertentu dalam konteks masalah ini, isu pampasan belum lagi di selesaikan. Kini banjir pula mula menempah nama dalam masalah ini. Jika benar DSSK bertanggungjawab dalam isu bypass, kenapa kah DSSK tidak tampil menangani masalah ini? Atau kah ianya mengambil langkah melepaskan tangan selepas ianya mendapat kepentingan yang di hajati?

Runggutan demi runggutan di dengari di sekitar kawasan perkampungan itu, isu pampasan belum lagi terlaksana kini timbul pula masalah bencana banjir. tanah yang dahulu nya sebuah kawasan padi huma kini di jadikan jalan penghubung utama akan tetapi jalan ini sering di tenggelami oleh air sungai yang melimpah penuh di muara. Tanaman di sekitarnya habis lesuh di mamah banjir bencana. Namun pampasan sebagai keprihatinan kerajaan dalam pemberian pampasan tanaman yang rosak binasa juga masih belum terlaksana, sehinggakan baru-baru ini satu tindakan “tunjuk perasaan” oleh penduduk tempatan di buat untuk menarik perhatian pemimpin yang di utus oleh kerajaan dalam mendengari suara hati rakyat. Namun konsep memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang oleh pemimpin membuatkan ramai yang mencemuh dan melaknat pemimpin.

Jika sebelum ini DARD mendakwah pemimpin dan kerajaan telah membantu “ratusan penduduk”, dalam respon kepada sdr azrone wartawan berita harian, di sebaliknya juga “ratusan penduduk” tercicir dari bantuan pemimpin dan kerajaan. Sememangnya pemimpin harus memperbanyak kan aktiviti turun padang untuk meninjau kemaslatan sebenar penduduk di daerah ini dan seterusnya mengambil tindakan susulan dalam menangani masalah rakyat. Jika benar DSSK melepaskan tanggungjawab dalam isu bypass kota belud, adakah pula DARD akan mengembling tenaga menunaikan tanggungjawab itu yang juga sebagai Ahli Parlimen Kota Belud dalam kes pencarian jalan penyelesaian untuk merealisasikan tembatan banjir dan pelaksanaan pampasan? Jika tidak, maka sampai bila bencana banjir dan isu pampasan ini akan membelenggu penduduk juga pengguna jalan raya?

Sebenarnya masalah ini telah lama di kaji dan selidiki oleh pemimpin dan yang berperanan, namun sehingga kini masalah itu masih membebani penduduk juga pengguna jalan raya. Jika ia tidak di selesaikan dengan tekun, keberangkalian isu ini akan mengambil masa berpuluh tahun lama nya untuk di fikirkan semula, dan juga kemungkinan akan berlaku satu kejadian yang di luar dugaan manusia biasa. Harapan kepada pemimpin dan kerajaan, akan mengadakan satu pertemuan khas untuk mebincangkan masalah ini dan seterusnya di susuli oleh tindakan susulan dari mereka. Namun jika masalah itu tetap di biarkan mengikut aliran zaman, keberangkalian masalah ini mendorong penduduk mengadakan satu tindakan “tunjuk perasaan” seperti sebelum ini.

PeruntukKan sebanyak RM200 juta dalam pembinaan tembatan banjir yang di pohon seperti kenyataan DARD dalam ucapan di kg jawi-jawi baru-baru ini hendak lah di laksanakan secepat mungkin bagi membendung masalah-masalah di luar kawalan manusia biasa. Juga isu pampasan hendak lah di kaji dan di teliti dengan sempurna bagi meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah khas nya.

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.