Popular Posts

Wednesday, December 8, 2010

ADAKAH IRRANUN MASIH MENDAPAT TEMPAT DALAM POLITIK UMNO DI SABAH

Dalam dunia politik sememang nya sukar untuk meramalkan akan perhitungan yang sering berlaku dalam pelbagai aspek kepolitikan. Penganalisa politik kebanyakan nya analisis yang di guna pakai jauh meleset dari spekulasi keberangkalian yang berlaku. Ini kerana jalan atau aliran politik sukar untuk di duga apatah lagi untuk di tentukan. Sebagaimana pilihan raya kecil Batu Sapi yang lalu, telah menampakkan satu pertembungan hebat tiga penjuru parti yang bersaing merebut kerusi parlimen di kawasan itu. Namun selepas pemilihan itu sering pula timbul bual bicara kepada golongan intelek irranun mahu pun yang lain, kenapa kah jawatan sebagai timbalan presiden PBS tidak di calonkan dalam PRK itu? Apakah perhitungan kesukuan tidak melayakkan sdr Almudin kaida sebagai timbalan presiden yang juga mewakili suku minority irranun di kota belud? apakah juga irranun kini mula tidak mendapat tempat dalam parti UMNO di sabah sekarang ini?

Sebagai seorang yang berfikiran rasional, kehilangan seseorang yang mengetuai parti harus di gantikan dengan timbalan presiden parti yang juga merangkap ketua parti sewaktu ketiadaan orang yang mengetuai sesebuah parti itu. Namun pencalonan Datin Linda Tsen yang juga balu kepada Datuk Edmund telah mengambil tapuk pewarisan kepimpinan mendiang suami nya, juga terus menafikan kepimpinan sdr Almudin Kaida sebagai timbalan presiden parti itu untuk di calonkan dalam perebutan kerusi parlimen batu sapi. Adakah parti UMNO sekarang ini menidakan perjuangan politik sdr Almudin untuk mengikuti jejak politik TSPA sewaktu di dalam parti AKAR yang suatu ketika berlaku perebutan kuasa kerusi presiden parti dengan datuk jefrey kitingan ketika itu? Atau apakah penafian dalam kepimpinan Almudin di batu sapi di atas alasan sebagai suku minority di sabah?

Isu permasalahan irranun sering di suarakan, tidak kira melibatkan kemudahan asas mahu pun dalam soal kepimpinan dalam parti. Kebanyakan nya tidak mendapat tempat juga perhatian yang serious oleh pemimpin-pemimpin parti di dalam UMNO. Baru-baru ini kita di sajikan dengan peruntukan yang di umumkan oleh PM kepada setiap pemimpin Adun yang akan mendapat peruntukan sejumlah RM1 juta mulai tahun hadapan. Namun pembahagian kepada parti komponen umno sering di ketepikan seperti mana yang di suarakan oleh sdr Almudin di laman Facebook nya baru-baru ini. namun persoalan nya adakah parti kompenen BN khusus nya PBS terusan di perlaku seperti anaktiri umno di sabah? Jika itu benar maka apakah Almudin merancang untuk mengikuti jejak Datuk Jefrey kitingan dalam penuntutan 20 perkara sewaktu ketika dahulu kepada umno sebagai tanda protes?

Ramai penganalisa politik meramalkan kesukaran irranun untuk melahirkan zuriat pelapis kepimpinan dari suku ini selepas kegemilangan kepimpinan TSPA. Relevan dari kenyataan ini mula terjemah bila mana berlaku pilihan raya kecil Batu Sapi lalu, sdr Almudin di ketepikan untuk mewarisi dan meneruskan perjuangan untuk mengetuai parti PBS sebagai parti kompenen BN di sabah. Kerana itu juga ramai yang menyifatkan bahawa irranun sukar melahirkan zuriat kepimpinan selepas TSPA. Apakah kerana irranun dari suku minority di sabah? Atau sdr Almudin sendiri tidak meraihi dan mendapat sokongan dari mana-mana suku di sabah? Jika itu benar maka apakah benar irranun mula tidak mendapat tempat di dalam landskap politik umno di sabah?

3 comments:

anri said...

salam,

persoalan yang sangat menarik untuk masyarakat Iranun bahaskan secara bersopan

tapi...ke mana perginya blogers Iranun yang begitu ramai bilanganya?

SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA

Murai.KB said...

slm anri,

saya di fahamkan, politik irranun hnya pada mulut, tapi tindakan langsung tdk menunjukan irranun sebagai bangsa yang berprinsip

anri said...

salam murai

"BERBAHASA PERLU ADA RASA,
BERKATA2 MESTI BENAR SUMBERNYA,
BERSUARA BIAR BERPADA-PADA"

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.