Popular Posts

Friday, December 31, 2010

ADAKAH MENDEKATI ORANG MUDA TSPA DI BANGKITKAN SEMULA SEBAGAI MP KB


Tranformasi strategi TSPA mula di hidu oleh para penganalisa politik di daerah kota belud, seperti sedia maklum, generasi muda yang lama sememangnya telah lama menyerahkan jiwa untuk menyokong perjuangan TSPA sebagai pemimpim di kota belud dahulu dan selama nya. sehingga ketika penyingkiran TSPA dan DSSK sebagai calon pada pilihan raya umum yang lalu, menampakkan golongan muda mula protes dengan setiap keputusan yang di laksanakan. namun kerana jiwa sebati dengan perjuangan parti, golongan muda dahulu sanggup mengetepikan fahaman kepimpinan individu dan menyuburkan sokongan dalam parti. walau bagaimana pun, golongan muda dahulu berbeza dengan golongan muda masa kini yang terlalu berpegang pada prinsip dan sukar mengubah destinasi minda perjuangan untuk sebarang kepentingan individu tertentu. kebanyakkan generasi muda kini hanya mementingkan perihal kebajikan dan keperluan asas yang lama mebelenggu mereka dalam skop perjuangan politik hari ini. oleh yang demikian, TSPA mula di hidu akan strategi nya mendekati golongan ini, di katakan bahawa TSPA akan bangkit kembali di Kota Belud sebagai MP yang baru. jika benar, kepimpiman TSPA mesti di perbaharui demi mengekalkan sokongan generasi muda sekarang juga mendatang.

jika di peratuskan, golongan lama atau veteran di ketegorikan sebanyak, 60 % dan golongan muda kini sebanyak 40 %. walaupun golongan muda sedikit bilangan nya, namun kekuatan pada perjuangan melebihi apa yang di jangka kan oleh para penganalisa politik. sememangnya, golongan 60 % ini telah lama di pegang oleh TSPA sebagai penyokong tegar dalam perjuangan nya, walau apa pun yang terjadi, golongan 60 % ini tetap mendokong perit manis perjuangan TSPA di daerah ini. kenapakah TSPA kebelakangan ini sering di lihat bersama dengan golongan muda masa kini, adalah kerana TSPA sendiri telah mengubah bentuk pendekatan kepada golongan ini. mempebaharui pendekatan kepada generasi ini sememangnya menanti hasil yang lumayan di akhir pilihan raya kelak. akan tetapi, saya berani mengatakan, generasi yang berumur 21 tahun ke atas dan bawah 45 tahun, belum cukup di dekati dan sememangnya sukar untuk di dekati akan keperibadian generasi ini. jika di buat penelitian yang halus, golongan 21 tahun ke atas yang layak mendaftar sebagai pengundi dan layak memilih pemimpin belum lagi di jejaki dan di dekati, adakah senang kepada golongan pemuda seperti sdr barur sebagai ketua pemuda, idris, ramilkhan, arshad, yunus, fkhrudin dan DLL untuk menjejaki golongan baru ini?

Dengan itu, satu tugas baru kepada TSPA untuk memikirkan, bagaimana "tackle" golongan muda baru ini yang masih kabur pendirian nya dalam politik. adakah hanya menabur wang politk kepada golongan ini sudah memadai, atau hanya menyerahkan tugas mempengerahui jiwa dan pemikiran golongan ini kepada yang bertauliah seperti sdr milus aluh DLL? sememang nya keberjayaan mendekati golongan ini belum tentu mendapat keinginan yang di hajati. justeru itu, pendekatan yang lebih sistematik harus di gubah bagi menarik ramai golongan ini. jika tidak, keberangkalian, aura-aura TSPA di bangkitkan semula di kota belud, akan berlaku sebaliknya, kerana seorang orang muda yang celik ilmu nya mampu mempengaruhi 10 orang dari mereka, keluarga, juga sahabat handai. fikirkan..

18 comments:

fazlin said...

tidak kira sama ada bakal dicalonkan semula sebagai MP atau tidak, golongan muda seharusnya didekati.

fazlin said...

golongan muda sememangnya perlu diberikan perhatian dan keperluan mereka juga perlulah dijaga. membimbing dan menjaga kepentingan golongan muda adalah tanggungjawab orang yang lebih berpengalaman.

tombolo said...

golongan muda ni selalunya berada atas pagar, pemikiran mereka fleksibel. oleh itu mereka ni harus didekati kerana mereka jg penyumbang besar dalam keputusan piliharaya nnti.

nickko said...

Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon BN atau parti pembangkang pada PRU13 akan datang. pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila2 masa.

nickko said...

majoriti golongan muda bukan sahaja di KB malah seluruh negara masih mengambil pendirian tidak memihak kepada mana2 parti politik. oleh itu mereka wajar didekati dan para pemimpin perlu memahami apa yang golongan muda inginkan.

mandau said...

golongan muda penting kerana mereka yg bakal menentukan hala2 tuju negara.

mike said...

golongan muda kini kebanyakkannya memiliki intelek yang tinggi..mereka tahu menilai dan memilih..

mike said...

justeru, kunci kemenangan adalah sokongan dari golongan muda kini..golongan ini harus didekati..

mike said...

sama ada TSPA bakal dicalonkan semula adalah tidak pasti kerana dalam politik macam2 boleh berlaku.

mike said...

jika dicalonkan semula, adakah TSPA akan diterima?

Paquin said...

Golongan muda penting utk meneruskan masa depan negara ke arah yg lebih baik.

Paquin said...

Setuju nickko. Mungkin melalu cara mendekati golongan muda, mereka akan lebih merasa dihargai dan secara tak langsung dapat membuat penilaian secara matang.

Paquin said...

Tapi rasanya, golongan muda tahu apa yang terbaik utk mereka:)

Jirunk said...

Golong muda perlu memilih siapa yang mereka rasa boleh menjadi ketua mereka. Tidak ada faedah juga jika hanya atas pagar. Semoga para pemuda akan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Hanafis said...

Kita tidak boleh membiarkan orang muda duduk diam tanpa buat apa-apa mereka ada hak untuk mengundi siapa calon mereka. Mereka perlu didekati untuk menarik minat mereka untuk menunaikan tugas sebagai serang pengundi.

Jonny said...

Golongan muda sekarang akan menentukan segalanaya.

Gopuk said...

Golongan muda adalah pelapes kepada gol tua, jadi mereka harus diberi lebih perhatian kerana mereka akan mewarisi tampuk kepimpinan itu.

Gopuk said...

Gol muda juga harus bersikap aggresif dan menceburkan diri dalam politik dengan lebih kerap.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.