Popular Posts

Friday, March 26, 2010

MASALAH AIR TIDAK AKAN SELESAI SELAGI PEMIMPIN TIDAK BERSATU


Dalam soal politik, penyatuan rakyat dan pemimpin adalah sangat penting untuk membina satu ikatan kuat untuk negara. Namun jika, pemimpin tidak mewujudkan satu tembok ikatan antara pemimpin itu sendiri, ini akan menimbulkan satu kekangan untuk mencari satu penyelesaian yang efektif dalam suatu permasalahan antara pemimpin dan rakyat, dengan alasan pemimpin yang sedia ada pun tidak sependapat apatah lagi dengan rakyat.

Masalah bekalan air bersih sekitar daerah kota belud, bukan lah satu permasalahan baru akan tetapi telah lama wujud sejak TSPA membina destinasi kepimpinan di daerah kota belud. Namun menghampakan, setiap keluhan dan penderitaan rakyat langsung tidak memberi satu kesan untuk mempercepatkan proses penyelesaian masalah bekalan air bersih yang di impikan oleh rakyat sejak bertahun lama nya.

DARD sebagai MP kota belud telah menyiarkan satu posting mengenai penyelesaian masalah air di kota belud, rakyat dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada MP. kerna memberi satu sinaran harapan baru kepada penduduk kota belud. Namun perkara itu memberi satu kesedihan bila mana, langkah penyelesaian tadi tidak menunjukkan satu penyelesaian sepenuhnya kepada masalah bekalan air bersih. Itu hanya satu paparan yang mengambil kesempatan untuk menenangkan situasi minda rakyat, antara keluhan rakyat mengenai hal ini berbunyi :

Rakyat : batang paip yang sedia ada di sekitar pekan dan masih boleh di gunakan diganti dengan yang baru, sedangkan di kampung saya, batang paip yang sangat uzur di bina sejak zaman usno lagi tidak di baikpulih. Ini menimbulkan satu kekeliruan yang nyata kepada kenyataan YB itu kepada kami.

Murai : kata MP ini, salah satu masalah air yang di hadapi adalah tekanan air yang sangat rendah, dan penyelesaian nya adalah mengantikan batang paip yang kecil bagi memberi tekanan yang kuat.

Rakyat : itu hanya retorik politik, kalau betul penyelesaian itu, kenapa batang saliran air di tempat kediaman kami tidak di baikpulih, sedangkan ianya memerlukan pembaikpulihan segera?

Murai : murai Nampak juga batang paip yang kecil sekitar pekan diganti dengan yang besar, ini adalah salah satu langkah untuk membaikpulih masalah tekanan air. Mungkin selanjutnya akan ke kampung saudara yang agak jauh dari pekan kb itu.

Rakyat : tahap kesabaran dan penderitaan kami tidak dapat di bendung lagi, setiap hari kami pergi ke rumah jiran sekitar kampung dan pekan yang bersih air nya untuk mengambil air minum dan untuk kegunaan memasak. Sampai bila penderitaan ini membebani kami?

Murai : walau bagaimana pun, kesabaran adalah pengubat masalah ini, tunggu sahaja perkembangan masalah air ini, mungkin langkah ini di buat secara berperingkat.

Rakyat : berapa lama kami harus bersabar oi murai? Murai tahu, msalah air ini sebelum DARD lagi jadi ahli parlimen, zaman usno masalah ini sudah wujud, bukan itu saja, kalau bukan jasa Tun Gaffar untuk membawa tenaga elektrik ke kawasan kampung kami, saya rasa sampai sekarang penduduk sekitar kampung ini bergelap di dalam zaman teknologi kerajaan. Janji politik kami tidak lagi harapkan. Semua nya bohong belaka!

Murai : murai tidak dapat berkata apa-apa lagi, memang ada benarnya apa yang saudara katakan itu, kita sebagai rakyat tidak dapat berbuat apa, hanya menunggu masalah ini selesai.

Rakyat : kami menunggu masalah air ini ibarat menunggu ayam jantan bertelur.

Murai : kalau begitu, satu penyelesaian yang bertanggungjawab, PRU13 tidak lama lagi, jadi tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat, kerana UNDI anda semua adalah penentu nasib anda semua di masa akan datang.

Perbualan itu tidak berhenti di situ, ianya berterusan sehingga beliau berpuas hati meluahkan perasaan nya kepada murai. Hanya perbualan itu sahaja yang murai sempat rakamkan untuk tatapan blogger semua.

Bagi murai, sebenarnya masalah air ini boleh di selesaikan jika pemimpin kota belud bersatu dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini, daerah kota belud mempunyai pemimpin seramai lima (5) orang iaitu, salleh tun said, pandikar amin, musbah, japlin, dan rahman dahlan. Ini adalah satu perkara mustahil jika masalah air tidak dapat di selesaikan dengan adanya hulubalang kota belud, tapi masalah timbul bila mana pemimpin sendiri berjalan seorang diri tanpa di temani oleh rakan sepejuang yang lain. Kenapa perkara itu harus berlaku kepada pemimpin kota belud? Sedangkan pemimpin ini adalah dari pucuk pimpinan barisan nasional (BN) sendiri. Dan masa ini tidak perlu untuk ada persoalkan, tapi Tanya apa tindakan pemimpin-pemimpin ini terhadap masalah air kota belud.

Monday, March 22, 2010

NUJUM BELALANG NUJUM MUSBAH


Sebagai penulis yang bebas dari belenggu pengaruh kuasa politik, harus lah memberi satu paparan yang mengajak paradigma pembaca untuk menapis dan meneliti fakta yang di warta kan oleh para blogger. Seterusnya memberi satu anjakan aura kepada pembaca untuk menilai sejauh mana kesahihan yang di nyatakan.

Blog “nujum pak belalang” adalah satu blog yang memaparkan paparan mengenai datuk musbah sebagai wakil rakyat N.6 Tempasuk, di sertakan laporan kejayaan datuk musbah dalam memberi pembaharuan pada kawasan yang di wakili nya tanpa mengulas soal isu semasa di daerah kota belud. Penulis blog ini di katakan adalah salah satu “orang kuat” datuk musbah di kawasan N.6 tempasuk. Dalam pengamatan murai sendiri, blogger ini sebenarnya adalah seorang “pengampu politik” yang sangat licik . Namun demikian ianya bukan satu khidmat percuma kepada datuk musbah, kerna menjelang hari, blogger ini akan menuntut janji untuk menjadi pemimpin rakyat sejati.

Bagi datuk musbah menggantikan kedudukannya sebagai wakil rakyat di kawasan N.6 Tempasuk adalah bukan satu kekangan kepada nya jika ianya di beri satu penghormatan yang lebih tinggi oleh rakyat dan kerajaan, justeru, nujum ini sangat di perlukan oleh datuk musbah bagi memberi satu tahap kenyakinan rakyat kepada beliau untuk meneruskan karier nya sebagai ahli politik yang dinamik.

Penulis harus bersikap neutral dan tidak memihak kepada sesiapa jika ia merasa teguran dan saranan harus di lontarkan segera untuk memperbaiki kesilapan yang wujud sewaktu di medan kepimpinan. Blog nujum pak belalang langsung tidak memaparkan satu keterbukaan minda pembaca kerna ia hanya memaparkan kesempitan dalam pemikiran masayarakat setempat yang hanya berkisar tentang popularity seorang pemimpin yang bertubuh sasak. Justeru itu, blog nujum pak belalang harus memberi satu ulasan yang membawa paradigma pembaca untuk menghayati satu isu yang relative untuk di ketengahkan.

pembaca juga harus bijak meneliti kenyataan yang di wartakan oleh nujum pak belalang, kerna ini akan menimbulkan satu spekulasi antara pemimpin dan rakyat. Membaca artikel harus bebas dari pengaruh fahaman politik untuk mendapat satu kesimpulan yang tepat. Paparan yang di nyatakan dalam blog pak nujum belalang hanya lah semata mata satu paparan popularity untuk menarik perhatian rakyat kepada pemimpin itu. Namun, murai tidak lah menidak kan kenyatan yang di buat tapi harus di beri perhatian sebelum di ambil sebagai satu simbolik kejayaan seseorang pemimpin, pada murai, banyak perkara yang mesti di ambil kira sebelum menilai satu kenyataan itu. oleh yang demikian, hanya orang kuat datuk musbah sahaja yang akan menafikan perkara yang tidak menyenangkan dengupan jantung pemimpin itu. siapa pak nujum belalang? Tanya datuk musbah..

Friday, March 12, 2010

BETULKAH R.H.M CALON PRU13?

Dalam pengawasan nujum pak belalang baru-baru ini, murai.kb sempat bertemu dan berbincang tentang calon yang bertanding dalam PRU13 nanti, antara nama bakal calon yang di sebut oleh pak nujum ialah, roslan hj manshor, tajul radim, phkruddin dan musli oli. Namun antara nama calon yang di sebutkan itu, saya tertarik dengan sdr roslan, kerana, bukan setakat bakat kepimpinan beliau tapi bakat mesra rakyat yang semula jadi.

Namun dalam penilik kan nujum, dia mengatakan kepada murai, bahwa sdr roslan susah untuk menjadi wakil rakyat. Saya terkejut lantas bertanya dengan 1001 satu persoalan, perbualan kami berbunyi :-

murai.kb : pak nujum, kenapa sdr roslan susah untuk di angkat menjadi wakil rakyat?
Pak nujum : roslan ini jika di pandang dengan mata kasar, beliau memang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam politik, akan tetapi beliau seorang yang menjaga periuk nasi sendiri, itu yang membuatkan beliau susah untuk memancing undi rakyat.
Murai.kb
: seingat murai, roslan adalah seorang yang berdedikasi kepada rakyat, tapi kalau betul tilikan nujum itu, maka ini menyukarkan perjuangan nya dalam politik.
Pak nujum :
pertama sekali roslan akan menjaga periuk nasi nya, keluarga terdekat nya dan baru lah rakyat.
Murai kb :
adakah itu benar pak nujum?
Pak nujum : ya, ini realiti, saya sendiri pernah berurusan dengan beliau, boleh di katakan saya yang bertungkus lumus menyediakan kertas kerja suatu projek, tapi bila projek itu Berjaya, se sen pun saya tidak menikmati nya, bukan saya minta duit dari nya akan tetapi, sekurang kurang wang kopi ada untuk menghilangkan penat dan lelah saya yang membantu beliau.
Murai.kb :
oh, baru murai mengenali secara peribadi roslan hj manshor ini.
Pak nujum ; pak nujum mengharap, kelemahan yang ada pada roslan dapat di atasi dengan baik untuk menjadi pemimpin yang berdedikasi dan tulus.
Murai.kb :
murai pun mengharap benda yang sama wahai pak nujum. belalang.

Perbualan di kota raya itu membuatkan murai dalam delima kerana, murai tidak menyangka semua itu, bagi murai, itu Cuma provokasi dari pak nujum, roslan adalah calon PRU13 yang berkebolehan. Murai sangat mengharap supaya sdr roslan ini menjadi wakil rakyat,kerana murai berpendapat sdr roslan adalah pemimpin warisan datuk musbah yang berjiwa rakyat.

Friday, March 5, 2010

R.H.M SIHAT WAL AFIAT

Baru baru ini saya bertemu dengan sdr roslan hj manshor dengan tidak di rancang, keadaan beliau stabil seperti sedia kala, dalam perbualan sesingkat itu, beliau sempat untuk berbuat jenaka walaupun jahitan pada bahagian pembedahan itu masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam proses pembedahan itu, sdr roslan di khabarkan sempat bertemu dengan sdr mukasim yang kebetulan di bedah akibat appendix yang keterlaluan, dalam suasana kesepian itu, mereka juga turut di temani oleh TSPA yang juga di khabarkan berada dalam rawatan lanjut di hospital SMC itu, namun TSPA telah pulang dan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di kampung kelahiran nya, rampayan laut.

Kini dunia politik sekali lagi di hangatkan dengan sekembali nya sdr roslan dari pembedahan, dunia blog juga merasa sepi dengan ketiadaan roslan, kerna selama ini dia adalah salah seorang yang menghangat kesepian ruangan komentar blog. Bermacam macam watak yang di pegang beliau, namun blog rasmi nya yang di katakan berjudul Anak Kota Belud tidak seaktif yang di bangga kan. Laman blog itu hanya paparan semasa beliau, ruangan komen pun tidak di wujudkan.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.