Popular Posts

Monday, May 14, 2012

POLITIK PEMBANGUNAN UMPAN PADA PRU 13 KEPADA KOTA BELUD

pada 28 Apr lalu kita di sajikan dengan kedatangan Tan Sri Muyiddin Yasin sempena program "Mesra Rakyat" di daerah ini. rumpun kepimpinan UMNO di Sabah juga kelihatan mengeililingi TPM itu bagi meraih kedatangan TPM buat julung kalinya di pekan koboi yang telah persembahkan kepada penduduk Kota Belud barisan kepimpinan pusat yang sewajarnya mendengar sendiri luahan derita pembangunan penduduk di daerah ini.

walupun begitu, kehadiran para penduduk di pekan untuk turut sama meraih program "Mesra Rakyat" bersama TPM telah menarik ramai penganalisa politik Kota Belud bagi mengulas kehadiran orang ramai yang tidak memuaskan. adakah ini di simbolik kan telah mula tumbuh ketidakpercayaan penduduk kepada UMNO Pusat? Sumber dapatan telah membuka setiap lembaran taktik kotor yang tiada keadilan pemimpin UMNO KB dan Pusat kepada seluruh suku etnik yang ada di daerah ini. pelbagai isu yang di ibaratkan di sembunyikan kepada TPM waktu itu. fikirkan wahai bangsa ku..!

kelmarin 13 Mei 2012 juga kita di persembahkan lawatan ketua menteri sabah Datuk Musa Aman di sekolah rendah Pandasan yang kedua tertua di daerah ini yang telah mengecewakan pelbagai pihak terutama pihak Guru-Guru di sekolah itu. Musa di katakan tidak membawa apa-apa hadiah buat warga sekolah apatah lagi sumbangan kerajaan ataupun sumbangan secara peribadi kepada penduduk yang hadir. murai tidak mengambil untuk mengulas panjang senario ini yang berlaku. bukan rekaan tapi kenyataan. kita lah sebagai berstatus penduduk yang mengadili semuanya.

kita sebagai penduduk Kota Belud yang bermaruah hendaklah berani mempertahankan hak yang selama ini di permain bodohkan oleh para pemimpin KB mahupun pusat. dekatnya bahang PRU13 telah membuka mata seluruh pelusuk penduduk kampung yang ada di daerah ini untuk menilai sendiri watak dalam lakonan pilihan raya yang di persembahkan acapkali PRU kepada penduduk daerah ini untuk memancing "UNDI" bagi tujuan mengekal kuasa di Kota Belud. bahasa pasarnya " dekat pilihan raya baru mahu sibuk turun tengok rakyat, umum peruntukan itu, peruntukan ini dan sebagainya, sumbangan demi kebajikan rakyat pun tidak cukup di bagi kepada penduduk, pemimpin pusat bagi RM100 sampai dengan penduduk RM50 yang separuh mana? jawabnya masuk poket". adakah ini yang kita pertahankan selama ini? bersama memperjuangkan kelangsungan parti dalam masa yang sama hak penduduk di mundurkan. walhal daerah ini khusus nya dan Amnya negeri Sabah telah di labelkan sebagai "fix deposit BN" pada setiap Pilihan Raya Umum. di mana hilang nya intergiriti maruah penduduk Kota Belud dengan senario ini? jangan mudah di beli bagi kepentingan diri tapi pertahankan lah maruah bangsa untuk generasi akan datang. tidak salah memilih kepimpinan baru di daerah ini. fikirkan wahai bangsa ku yang bermaruah..!!

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.