Popular Posts

Thursday, May 10, 2012

UST AWG LAIMAN SILAP ATAU SALAH?

Menyingkap sejarah perjuangan Ust Laiman Ikin di Kota Belud khususnya di Dun N6 Tempasuk pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu telah memeranjatkan semua pihak di mana beliau mendapat undi 4109 dengan mewakili parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang calon muda UMNO Datuk Musbah Haji Jamli 6541 dan Ibrahim Linggam 191 pada tahun 2008. walaupun kekalahan memihak kepada sdr Laiman waktu itu akan tetapi telah menampakkan satu rentetan sokongan penduduk di daerah ini kepada beliau dengan hanya memberikan kemenangan tipis kepada DMHJ dalam pilihan raya tersebut.

sokongan padu, dari suku KDM, suku majoriti BajauSama dan terutama suku persisir pantai iranun kepada sdr Laiman telah membuatkan beliau utuh berjuang dalam parti pakatan rakyat untuk memberi satu perubahan corak kepimpinan yang selama ini di terajui oleh UMNO di Kota Belud khususnya di Dun Tempasuk. beliau memilih seangkatan pakatan rakyat di sebabkan suku bangsa yang telah lama di jadikan kambing hitam dalam pilihan raya. puluhan janji menjanjikan sesuatu yang tidak di tepati oleh pemimpin UMNO walaupun UMNO Kota Belud sudah mencapai 30 tahun menerajui kepimpinan di daerah ini. justeru beliau bangkit dengan kesedaran meleraikan bahawa Penduduk Kota Belud MESTI tahu strategi politik kotor kerajaan Barisan Nasional di tunjangi UMNO ini.

sebagai anak jati Kota Belud, beliau di lihat berpotensi mengekang setiap susun atur UMNO di daerah ini yang ramai mendakwa hanya membicara kosong memutarbelit janji kepada penduduk kota belud. walaupun begitu di mana silap nya sdr Ust Laiman yang telah berhijrah meninggalkan parti Keadilan dengan memilih PAS sebagai tunjang perjuangan baru beliau. ramai penganalisis politik di daerah ini telah meramalkan sokongan padu suku KDM yang lalu akan mula susut pada pilihan raya umum akan datang di sebabkan beliau telah memilih parti islam semalaysia PAS yang hanya di lihat pokok perjuangan tertumpu pada masyarakat yang beragama islam khususnya.



pencaturan taktik baru sdr Laiman telah menampakkan kelemahan beliau dalam arena perjuangan bangsa di daerah ini. memilih PAS adalah bukan pilihan bijak untuk mengikat sokongan semua suku etnik di daerah ini. namun pun begitu, perjuangan sdr Laiman tetap di gilap untuk meraih sokongan bangsa di daerah ini. beliau di katakan akan bertanding dalam PRU13 akan datang menentang calon PKR, UMNO dan parti tempatan KITA.

2 comments:

Saya Ready said...

as-salam.. ust hj awg laiman berlatar belakangkan agama.. setlh pemergian arwah dr datu bandira ke rahmatullah menghadap ilahi, kami memikirkan hj awg laiman ada tepat sekali berhijrah menerajui kepimpinan pas kota belud.. utk makluman murai, org iranun sinonim dgn agama.. gerakan dakwah dan penyertaan pd program2 agama spt masjis tilawah dsbnya, suku ini tidak ketinggalan..

apapun, saya menghormati pandangan n persepsi murai ini.. salam ukuhwah..

Murai.KB said...

wslm sdr saya ready.

terima kasih kerna respon yg baik. walaupun begitu, murai tidak melihat dari perspektif sdr yang terhad iaitu dari suku iranun sahaja. lihat dari kesemua sudut, seorang pemimpin bukan lah hnya kepada suku bangsa nya malah juga kepada suku bangsa yang lain. tak kira ianya dari sudut meneruskan perjuangan pas arwah datu bandira. ianya harus di samaratakan kepada semua suku kaum. pemimpin berbangsa iranun adalah bonus kepada bangsa tersebut.

pandangan sdr sy hargai. semoga percambahan idea yg sedikit ini mampu membuka minda kita yang sihat.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.