Popular Posts

Monday, July 12, 2010

APA KHABAR JELAPANG PADI


Boleh di katakan sudah dua tahun isu jelapang padi hangat di perkatakan di sudut-sudut kedai kopi dan restoran. Ada yang mempersoalkan kewibawaan datuk musbah dengan isu jelapang padi dan ada yang menyokong sepenuh hati dengan alasan inilah masa nya wakil rakyat bertubuh sasa ini membantu golongan petani di daerah kota belud. namun impaknya mereka masih belum mengenalpasti.

tengelamnya isu jelapang padi dan agropolitan maka tengelam lah karier DMHJ. beliau menyerlah dan terserlah dengan isu kebangkitan isu ini. tapi adakah dengan isu ini cukup untuk rakyat dan masyarakat memberi satu tahap pengiktirafan kepada DMHJ? boleh di katakan sejak pelaksanaan projek agropolitan ini populariti DMHJ telah mencapai satu tahap maksimum, tapi sejak kebelakangan ini kehangatan itu menjadi lesuh dan luluh bila agropilitan tidak lagi kedengaran di setiap pelusuk kedai-kedai kopi.

informasi dari DMHJ sendiri kurang di war-war kan kepada umum bila projek ini sepenuhnya di laksanakan selepas projek fasa 1 di laksanakan di kg keguraan. dalam paparan blog DMHJ pun tidak di nyatakan. kemana aura projek ini menghilang? satu persoalan yang harus di akhiri dengan jawapan.

menurut nujum pak belalang nujum musbah, DMHJ adalah wakil rakyat yang sememang nya menjaga kebajikan rakyat hingga ke tahap maksimum bukan seperti wakil rakyat sedia ada yang kekadang sanggup mengutamakan kepentingan peribadi daripada rakyat sendiri. seperti kata nujum " menyusur akar tak kan hilang bisanya" itulah kata nya datuk musbah. sejauh mana pepatah ini mengubah "mindset" masyarakat kota belud?

murai mengharap walau masa tidak mengizinkan tapi penyampaian informasi tepat kepada masyarakat perlu bagi mengikuti setiap perkembangan dan permasalahan yang di hadapi dalam menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. wujudnya wakil rakyat adalah untuk membela "hak" masyarakat khususnya di daerah kota belud pekan koboi ini. "APA KHABAR JELAPANG PADI"??


2 comments:

NUJUM PAK BELALANG said...

Saudara Murai KB,

Menurut Firasat Nujum saudara ini bukan orang lain daripada nujum. Projek Jelapang Padi sebenarnya dalam pembinaan kini. Projek ini memakan masa yang lama untuk siap sepenuhnya, untuk melihat sepenuhnya kita tunggu lama sikit. Apapun kini ianya sedang berjalan dengan lancar.

Bagi saudara mengetahui peratusan perlaksanan projek ini bolehlah berjumpa dengan Pak Nujum.

Murai.KB said...

salam sdr nujum belalang

mmg betul firasat sdr nujum. kita mmg bukan orang lain, kita sepejuangan dalam politik di kota belud.

walau bagaimana pun, tak perlu mencari indentiti murai.kb, yang paling penting segala kebenaran yang jelas di mata, murai akan mengajak semua masyarakat kota belud utk memikirkan kan nya.

baru-baru murai sempat bertemu sdr nujum sempena perwakilan G7 dan mesyuarat umno bahagian. kita tidak lain mmg seperjuangan tapi perjuangan murai sentiasa membela hak rakyat kota belud bukan dasar kepentingan peribadi.



terima kasih nujum.




-murai.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.