Popular Posts

Wednesday, July 14, 2010

BENARKAH POLITIK IRRANUN LUMPUH SELEPAS TSPA

Pelbagai tafsiran, bukti dan andaian terhadap penyingkiran karier politik irranun selepas TSPA jika terlalu memegang konsep “bunuh politik” yang sememang yang mula mekar berkuntum busuk di daerah kota belud. Kewajarannya terserlah bila mana 97% daripada pemuda umno di daerah ini kesemua adalah berbangsa bajau. Dalam pemilihan G7 baru-baru ini majoriti yang terpilih adalah warga bangsa bajau walaupun kemenangan berteraskan “kepala raja”. Kemana kah calon politik irranun menghilang?

Selepas pembubaran parti irranun (AKAR) oleh TSPA, ramai yang mendakwa bahawa politik irranun semakin merundum dan tidak terbela. Adakah orang irranun sendiri yang tidak tahu berpolitik? Atau orang irranun sendiri sebagai boneka politik di kota belud? Di taburkan wang, di janjikan pangkat, mata mula menjadi kabur, semangat menjadi luntur, kewibawaan memimpin tidak tersusun atur, di mana jati diri orang irranun dalam konsep berpolitik?

Bukan kepentingan peribadi pemimpin irranun yang masyarakat hendak kan tapi mereka ingin melihat anak desa irranun boleh menjadi pemimpin di daerah kota belud mahupun di peringkat global. Kewujudan TSPA adalah satu kebanggaan masyarakat irranun di peringkat nasional kerana kepimpinan orang irranun seperti TPSA di beri pengiktrifan oleh Negara khususnya tapi malangnya kenapa kepimpinan muda irranun kurang di beri perhatian malah ada yang di hukum sebagai balasan ketirisan gimik politik pemimpin terdahulu.

Selepas kempimpinan TSPA rentak politik irranun seperti “buah chess” yang di susun gerak geri oleh pelbagai pihak yang ingin menjadi juara pencatur chess politik terbaik di kota belud. pencaturan ini bukan hanya kepada karier politik orang irranun, bajau sendiri mempunyai pencatur dan pembunuh politik yang terbaik. Walaupun tidak di nafikan TSPA sendiri antara pencatur yang terbaik setakat ini. Di cabar oleh datuk salleh, mucul lagi pencabar baru iaitu datuk musbah dan akan muncul..muncul dan muncul lagi pencatur terbaik di daerah kota belud. Sebahagian penganalisa terpesong fakta kerna keliru dengan gaya irama politik yang di bawa.

Idea ini tercetus bukan untuk mempermainkan kewibawaan orang irranun akan tetapi, murai ingin membuka minda merdeka masyarakat kota belud khususnya masyarakat irranun yang tidak terjajah mindanya oleh mana-mana pihak politik yang ingin melihat kekucar kaciran akibat terlalu banyak pencaturan yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada rakyat. Ini reality gimik politik di daerah kota belud. Pelbagai pihak merunggut dan terkilan dengan situasi yang bukan menyatuhpadukan masyarakat akan tetapi memecahbelakan sokongan dan harapan masyarakat secara senyap dan halus.

Suku irranun harus mengorak langkah politik yang dinamik bagi melahirkan seorang pemimpin yang akan membela nasib agama, bangsa dan Negara di masa akan datang. Buang perasaan hasad dengki yang keterlampauan, simpan sikap penyatuhpaduan, tegur penyimpangan kepimpinan, sokong kebaikan, jauhkan keburukan, amalkan parti bersih dari kerasuahan, hadapi bersama kekangan, pikul bersama permasalahan, kongsi kemenangan dan bersama tempuhi kekalahan.

10 comments:

NUJUM PAK BELALANG said...

Menurut firasat Nujum saudara adalah keturunan suku kaum Iranun. Pandangan saya agar masyarakat Iranun sendiri yang boleh memikirkan masalah ini. Justeru itu TSP kena memulakanya demi kelansungan politik masyarakat Iranun.

Orang Sama said...

sdr Murai..

eloknya soal politik bangsa tidak disempitkan begitu..kerana 1 Malaysia membawa makna kesaksamaan dan keadilan..sapa saja yang berkemampuan berwajib membangunkan politik KB..

bukan terhad kepada bajau atau Iranun tetapi juga meliputi Dusun, Runggus dan lain-lain..

lihat petikan kenyataan Murai..

Kewajarannya terserlah bila mana 97% daripada pemuda umno di daerah ini kesemua adalah berbangsa bajau. Dalam pemilihan G7 baru-baru ini majoriti yang terpilih adalah warga bangsa bajau walaupun kemenangan berteraskan “kepala raja”. Kemana kah calon politik irranun menghilang?

persoalan ini seharusnya tidak timbul kerana ada juga wakil G7 dr bangsa Iranun tetapi tidak mendapat kemenangan kecuali hj mayur...

w/pun begitu idea ini cukup baik

kelapa mawar said...

Sdr Muraikb..

pemikiran yang baik dan saya suka membaca artikel ini...terdapat beberapa kekaburan yang perlu diperjelaskan misalnya kemana hala tuju kepimpinan muda suku Iranun setelah TSP mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam parti ( sebagai ketua umno kota marudu ) setelah dilantik sebagai speaker dewan rakyat?

Apa permasalahan yang timbul kini dan akan datang..supaya satu bentuk persediaan dapat dibuat...

dan saya rasa suku Iranun perlu berani keluar dari kepompong budaya lama iaitu mengharapkan 'seorang' dan bukan melahirkan lebih dari seorang..? Apa maknanya? saya serahkan kp sdr Murai utk memikirkannya?

salam hormat..
KM

Murai.KB said...

salam KM

terima kasih ulasan yang mantop dr KM, namun persoalan anda, murai akan fikirkan demi kesejahteraan masyarakat kota belud.


-murai.kb-

Murai.KB said...

salam KM

terima kasih ulasan yang mantop dr KM, namun persoalan anda, murai akan fikirkan demi kesejahteraan masyarakat kota belud.


-murai.kb-

Murai.KB said...

salam org sama

terima kasih dgn ulasan anda..bukan murai bertujuan utk sempitkan politik bangsa, akan tetapi murai ingin membawa masyarakat kota belud utk berfikir dgn bebas tanpa di belenggu pangaruh politik.

walau macamana pun, ulasan sdr amat murai hargai.


-murai.kb-

Murai.KB said...

salam nujum belalang nujum musbah

itu hanya firasat nujum, bagi murai, tidak menjadi persoalan kpd murai, keturunan irranun, bajau atau dusun di daerah kota belud ini semua nya sama cuma di beza kn dgn sbb tertentu. yang menjadi persoalan kemana arah tuju politik irranun selepas TSPA? murai harap firasat nujum tdk melencong dgn persoalan ini..

terima kasih nujum belalang nujum musbah.


-murai.kb-

NUJUM PAK BELALANG said...

Saudara Murai,

Nujum Musbah tidak penting, yang pentingnya disini ialah semua yang dipaparkan bukan khayalan atau rekaan akan tetapi semuanya realiti dan berpijak di bumi yang nyata.

Murai.KB said...

salam nujum belalang

apa yg nujum paparkan itu betul. murai tidak menafikan nya. mmg tidak penting nujum musbah dalam isu ini. begitu juga tidak penting murai keturunan apa.

semoga paparan kali ini mampu menganjak paradigma masyarakat utk berfikir dgn proaktif.


salam hormat.


-murai.kb-

anri said...

salam,

BENAR KERANA ;

Keterbukaan menjana minda telah hapus oleh tangan-tangan pecah dan perintah...?

Katanya anak muda pelapis kita, lihat semuanya rebah.

Saya percaya benar Politik Iranun akan terus malap dan tidak akan BERSINAR kembali andai kita terlupa melihat pada mata burung kerana kita lebih suka melihat di bawah temporong

KAEDAH, CARA DAN PERLAKSANAAN BERPOLITIK perlu diubah, ramai sungguh orang Iranun yang berpendidikan tinggi, BERSATULAH supaya yang dikejar pasti dapat yang dikendung tidak cukup 2 tangan

Nah...Berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan, kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar

Menurut istilah Iranun bermaksud BERKASIH-KASIHAN,marilah kita berpimpin tangan MENUJU KEJAYAAN
SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.