Popular Posts

Sunday, August 22, 2010

TERSIRAT RESOLUSI “WADAH BARU” IRRANUN

Ramai yang membahas tentang penubuhan “wadah baru irranun” sebagai satu “virus computer” yang akan memusing putarkan kesatuan suku irranun dengan wadah itu. Kritikan di lontarkan ibarat “ cendawan tumbuh selepas hujan” yang mengecam penglipur wadah baru itu sebagai satu agen perpecahan. Murai bukan mengiyakan atau menidakkan kebenaran bidasan itu setelah di perhalusi dengan pelbagai aspek, murai mendapati kajian harus di jalankan.

Sebagai generasi muda di kota belud, murai terasa terpanggil bagi menyumbang beberapa idea untuk tujuan kaedah penyatuan. Isu pnyatuan seharusnya di perhalusi dengan sehalus-halus nya bagi merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, agama, social, dll. Dan bukan nya wadah tersebut di wujudkan sebagai bersifat tergesa-gesa tanpa mengambil kira semua aspek yang ada. Elemen penyatuan mesti di kaji dan di beri kepentingan bagi melahirkan satu generasi kesatuan yang jitu.

Ahli fikir, golongan terpelajar, pemimpin, dan sebagainya, mungkin telah terlepas pandang bahawa konsep ekonomi dalam setiap penyatuan adalah satu elemen penting bagi mengukuhkan sesuatu penyatuan itu. Melihat, mendengar serta memperhalusi perjumpaan ahli dan para pemimpin mengenai isu penyatuan suku irranun yang lalu, telah menggamit naluri golongan muda seperti murai untuk mengetengahkan cadangan bagi memberi ruang fikir untuk memikir dan merenung kembali beberapa perkara yang perlu di kira.

Masyarakat cina mempunyai banyak kesatuan akan tetapi penyatuan mereka terhadap setiap persatuan tetap utuh kerna kedudukan ekonomi yang mantap yang mampu menjaga hubungan sesama mereka dengan baik. Secara peribadi, murai merasa terkilan dengan idea yang tercetus untuk menubuhkan “wadah baru irranun” yang di politik kan. Jangan jadikan isu TSPA dengan penyatuan ini jika ia tidak terlibat secara langsung dalam persatuan itu kerna TSPA adalah orang yang terlibat dalam dunia politik, ideology nya adalah politik, kesatuan nya adalah politik. Namun bagi penyelarasan pandangan dan teguran jika ia harus di kemuka kan kepada TSPA untuk kebaikan,maka kemuka kan mungkin itu adalah yang terbaik untuk persatuan.

Penubuhan persatuan jangan di politik kan hanya kerana semata-mata untuk kepentingan politik peribadi. Akan sebaliknya, persatuan yang bertujuan untuk menyatupadukan suku irranun seharusnya di dahulukan penyatuan dari segi penyatuan ekonomi, kerna kukuh nya sesebuah ekonomi akan menjana sesuatu penyatuan. Murai bukan nya terlalu pakar dengan dunia ekonomi, walau bagaimana pun,ramai di kalangan suku irranun yang terpelajar dalam berbagai bidang dan kepakaran, kenapa hal ekonomi seumpama ini tidak suarakan untuk penyatuan? Kenapa ideology politik irranun pula yang mendapat tempat untuk di satukan, walhal irranun dikenali sebagai “tapawal” dan susah untuk di satukan. banyak kaedah dan cara bagi menambahbaik kan sistem ekonomi irranun. antara nya penubuhan satu pasar kraf tangan hasil daripada kepakaran suku irranun.

Ini lah yang di katakan oleh TSPA dalam blog nya, adakah wadah baru itu bertindak sebagai virus computer yang mampu merosakn system filing?. Murai juga berhujah, jika ianya di biarkan adakah virus yang merosakkan system filing itu tidak tercetus dan wujud sehingga tidak mampu di hapuskan oleh pelbagai jenis antivirus?. Pelbagai kecaman yang dibuat oleh pelbagai pihak yang tahu bercakap kosong dan tahu mengritik. Walhal adakah sebelum tercetus nya idea penubuhan “wadah baru irranun” mereka-mereka ini tampil membincangkan masalah yang telah lama bernanah busuk. Kenapa selama ini hanya membuta tuli dengan isu gimik penyatuan bangsa irranun jika benar mahu menyatupadukan suku irranun? Kenapa baru bersuara untuk konon nya membela penyatuan irranun ini daripada retak akibat wadah baru itu?. Siapa kita untuk menghalang jika penyatuan itu benar dapat membuka minda masyarakat irranun untuk kearah penyatuan akan datang. Seharusnya kita bersyukur dengan golongan ahli fikir semacam ini yang masih memperdulikan kan arah tuju bangsa irranun.

Ramai di luar sana yang peka dengan isu ini menabur hujah, bahawa “wadah baru irranun” ini tidak mendapat tentangan kepada mereka jika ianya tidak di politik kan. Banyak nya sesuatu persatuan tidak lah mengakibatkan perpecahan malah mewujudkan kan impak pertukaran idea antara persatuan. Kesan positif ini sebenarnya dapat memberi ruang kepada ahli fikir irranun untuk kearah penyatuan yang lebih baik.

Walaupun tidak di nafikan bahawa, keterlibatan generasi muda tidak terserlah, adakah salah itu di letak kan kepada generasi itu atau kepada golongan veteran? Lihat sahaja perjumpaan ahli dan pemimpin irranun yang lalu, berapa ramai generasi muda yang hadir bagi menghulur sumbangan idea? Di mana generasi muda bila golongan veteran tersungkur jatuh dengan isu bangsa? Kenapa pinggirkan generasi muda kini dalam keterbabitan untuk membangunkan ekonomi dan politik suku irranun? Sedangkan ramai di kalangan mereka yang terpelajar, mungkin perkembangan idea dapat di corak dengan pelbagai warna jika generasi muda di ambil kira. Buang ego yang menganggap generasi muda adalah “budak mentah” yang tidak tahu asam garam penyatuan mahu pun politik. Walhal golongan muda kini lah yang dapat banyak mengetahui, menafsir, dan melaksana pelbagai bidang yang wujud.


* sdr razak rangkuman, almudin kaida, jabar khan, musram rangkuman, roslan hj manshor, asli bukaria, dan para blogger, kelapa mawar dan kekanda PA'MIN serta yang hadir dalam perjumpaan itu, di jemput untuk memberi komen dan pandangan anda semua tentang persoalan yang di paparan.

2 comments:

Unknown said...

salam murai.kb

satu pencapaian akal yang bijak untuk di ketengahkan oleh masyarakat iranun. wadah baru ini sebenarnya tidak boleh di jadikan sebagai parti politik atau di politik oleh sesetangah pihak.

saya percaya, klu bukan TSPA wujud sebagai pemimpin iranun, ramai yang akan mengaku sebagai pemimpin, masing2 dengan bendera mereka. tetapi TSPA masih lagi bercahaya.


iranun adalah suku bangsa yang bijak lagi berani, namun keberanian itu kekadang tidak bertempat. tetap juga menegak kan ideologi walaupun kurang tepat dan tidak pantas utk di persembahkan.


terkenal nya TSPA di nusantara adalah kerana keberanian nya bersuara,berpendirian tegas dalam pelbagai aspek. itu lah sebenarnya suku iranun. murai ada cakap. iranun itu tapawal, saya secara jujur menyatakan juga, saya memang setuju dengan ungkapan itu.


sampai bila iranun maju kalau isu kecil di perbesarkan, kalau selalu idea di perlekehkan. kewibawaan seseorang di pertikai kan. berubah lah utk iranun.


cadangan murai mengenai penyatun dari segi ekonomi, memang wajar utk di beri perhatian, saya setuju sangat. ekonomi iranun semakin merundum dan tidak tentu arah. cuba satukan, dan seterusnya satu perkara-perkara lain yg di anggap penting.


salam ramadhan.

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Murai,

1. Saya tertanya-tanya adakah benar orang cina lebih bersatu-padu kerana mereka mempunyai banyak persatuan-persatuan kecil sepertimana sdra Murai katakan.. Bukankah sejarah membuktikan bahawa Ge Hin dan Hai San pada satu masa dahulu saling bertelagah antara satu dengan lain?.. adakah ini dikatakan sebagai penyatuan?..

2. Saya setuju bahawa ekonomi telah menjadi salah satu daripada faktor penyatuan orang Cina. Tetapi, Murai jangan lupa.. mereka hanya bersatu dalam kelompok-kelompok kecil yang bertujuan untuk mempertahankan kedudukan ekonomi mereka. Bgi orang cina, perniagaan adalah segala-galanya dan jika perniagaan mereka terancam, maka nyawa boleh menjadi taruhannya. Sebab itulah, sehingga sekarang di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu, Kuching dan sebagainya kumpulan tertentu tidak boleh masuk berniaga sewwenang-wenangnya ditempat tertentu. Jika kawasan berkenaan adalah kawasan perniagaan kumpulan kain merah, maka hanya kempulan berkenaan yang boleh berniaga di kawasan tersebut.

3. Jika inilah hakikatnya, apakah penyatuan yang Murai maksudkan?..

4. Murai sendiri mengatakan bahawa "Masyarakat cina mempunyai banyak kesatuan akan tetapi penyatuan mereka terhadap setiap persatuan tetap utuh kerna kedudukan ekonomi yang mantap yang mampu menjaga hubungan sesama mereka dengan baik". Soalan saya ialah, adakah kedudukan ekonomi Irranun telah mantap seperti kaum Cina? Jika tidak, maka model yang sdra ketengahkan ini tidak sesuai untuk digunapakai.

5. Akhir sekali, ungkapan sdra yang berbunyi "Walhal golongan muda kini lah yang dapat banyak mengetahui, menafsir, dan melaksana pelbagai bidang yang wujud". Benarkah sedemikian rupa? atau Murai bermimpi? atau terlebih perasan? Dalam mana-mana tamaddun bangsa, setiap yang muda perlu belajar dari yang lebih tua kerana yang lebih tua itu lebih banyak pengalamannya. Maka, jangan mudah merasa mengah dengan sedikit ilmu pengetahuan yang ada sehingga mendakwa lebih banyak mengetahuai dan sebagainya.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.