Popular Posts

Saturday, August 28, 2010

UNDI MASYARAKAT DI SIA-SIA KAN OLEH PEMIMPIN DIKTATOR

rumah yang di lengkapi bekala air bermeter dan perkhidmatan telefon


jalan yang baik tanpa tampal dan lubang-lubang


kabel telefon rumah sepanjang jalan kampung



saliran bekalan air bersih ke rumah sekitar nya



Sekarang lupakan seketika tenang penyatuan bangsa, mari lihat betapa indah nya corak pembangunan yang di buat oleh pemimpin-pemimpin kota belud khususnya di ADUN USUKAN dan ADUN TEMPASUK berbanding di kedamaian sana. Ini lah beza pemimpin yang berketurunan bajau dan irranun yang di agung-agung kan oleh beberapa pihak yang juga berkepentingan.

Try tengok adun di kedamaian yang berbangsa dusun lebih menjaga kebajikan masyarakat nya berbanding pemimpin kita. Murai tidak mengulas banyak kerana ada yang menimbulkan provokasi nanti. Murai mahu tunjuk kan perbezaan kepada pembangunan yang di buat oleh pemimpin-pemimpin kesayangan kita.

TSPA berketurunan irranun, beliau Berjaya sehingga ke tahap sekarang ini yang boleh di katakan kejayaan yang beliau kecapi di atas usaha sendiri. tapi apa sumbangan beliau terhadap BANGSA IRRANUN? Kebajikan tidak teratur, penyatuan porak peranda masing-masing dengan ideology sendiri. semua nya mengaku pemimpin. Bagi murai beliau Berjaya di peringkat nasional tapi beliau gagal untuk mendidik, dan membangun kan bangsa nya sendiri. tiada guna kelulusan undang-undang kalau bangsa sendiri tidak terbela.

Begitu juga DSSK yang juga pengerusi USBO. Apa yang beliau buat untuk masyaarkat kota belud. Masalah bekalan air bersih ini zaman beliau jadi ketua menteri lagi tidak pernah di selesai kan. Apa guna berjawatan bertaraf menteri jika perkara tentang masalah kebajikan masyarakat kota belud pun tidak boleh di selesaikan.

Paparan ini sebenarnya sudah sekian lama terpendam, kerna tidak tahan melihat dan mengharungi kehidupan yang tidak bersumberkan bekalan air bersih maka paparan kali ini keluar untuk membuka mata masyarakat kota belud yang selama ini menyokong pemimpin-pemimpin ini. Murai tidak akan mengundi pemimpin yang mempersia-siakan ‘HAK” rakyat selama ini.

9 comments:

pendikar said...

slm murai

benar kah gambar2 ini? sdh lama sy tidak balik kampung, insyaAllah raya nti sy akan balik kampung.

kalau ini kebenaran nya, saya juga bersetuju, undi setiap rakyat di kota belud di persia-siakan oleh pemimpin.

hak rakyat di cemarkan, mgkn kerna istilah rakyat boleh di beli dengan ikan basung oleh para pemimpin, maka pemimpin kita mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat.

pemimpin di kota belud tidak akan serik selagi rakyat tidak melaknat mereka. saya sendiri terfikir kenapa semua ini boleh berlaku sedangkan rakyat sanggup menjaga karier politik mereka.

itu pemimpin yang tidak pandai bersyukur wahai murai.

pungguk said...

murai ku

kenyataan kau ini sungguh benar belaka, saya tinggal di kampung tan sri tp kemudahan semua tu tidak jg pernah sy rasa.

gambar2 tadi di ambil di mana ya? mengikut perbandingan murai mcm di kadamaian saja tu. jarang juga saya limpas sana. tidak perasaan pula penduduk sana hidup dgn kemudahan asas yang sempurna. kalau saya tidak silap pemimpin sana, datuk timbun ka.


betul2 tau dia jaga masyarakat nya, tapi kenapa pemimpin kita tidak macam tu? hairan juga saya, mgkn dorg ini busau makan duit ba. tu lah kali.


ba pakat2 kau murai sana, kita pindah saja di kadamaian sana, selesa juga anak2 kita tinggal sana.

kalau begitu. letih ja saya sokong dorg selama ini, sia-sia saja. bagus bagi laluan dgn pembangkang.

si datu said...

salam murai

tidak sangka juga pemimpin kita begini rupa nya. saya ada satu persoalan kepada TSPA , DMHJ , DSSK , DJA , dan DARD. kenapa datuk Timbun boleh tunaikan janji untuk kemesraan dia dgn rakyat? kenapa datuk lima tadi tidak boleh buat mcm yang seorang datuk tu buat?

di mana dana kerajaan yang di luluskan bagi memperbaiki masalah bekalan air di sekitar daerah kota belud? kalian tidak boleh lagi di manjakan dengan sokongan undi pilihan raya.

tengok saja PRU13 nanti..

salam..!

Murai.KB said...

salam semua

murai menulis bukan kerna nama, bukan juga menabur fitnah tapi murai ingin membuka minda supaya jangan lagi terlena dengan umpan kempen mereka.

bangun dan cuci muka dari lumpur fantasi janji mereka. murai cuma ingin kn nasib rakyat terbela. murai tidak mempunyai agenda tersendiri atau ada kepentingan peribadi pun dalam soal ini.

anda semua boleh menilai sendiri betapa bijak nya pemimpin kesayangan kita mencemar dusta hak rakyat di kota belud.

semoga paparan kali ini mampu membawa kalian ke dunia realiti.


-murai.kb-

sharifdol said...

ni samseng kampung dusun datang. pemimpin oh pemimpin. kamu semua mmg diktator. kata demokrasi, ini kah semua hasil undi rakyat.

pemimpin oh pemimpin. masa kempen bukan main janji itu, janji ini. dasar politik diktator.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai,

Sebelum membuat komen yang menyalahkan pemimpin semata-mata, Murai tengok dan buka mata sedikit... Bezakan budaya Bajau, Iranun dan Dusun... Orang-orang bajau dan Irranun kalau tanah di depan rumah mereka diguna untuk menanam tiang elektrik atau paip, mereka akan minta duit sebagai habuan.. jika tidak, projek itu tidak boleh lalu di situ... Oleh sebab yang demikian, banyak projek yang telah dirancang dan dalam pelaksanaan di usukan dan tampasuk terpaksa dibatalkan... Dusun tidak sedemikian... mereka melihat jauh kehadapan... Mereka tidak pernah mencemuh pemimpin mereka sebaliknya memberikan sokongan yang sepenuhnya. Itu makanya segala perancangan mereka boleh berjalan dengan baik... Orang kita bagaimana????... adakah sikap kita sedemikian???? maka kalau kita sendiri yang bermasalah, jangan salahkan orang lain.. dan belajarlah dari sikap orang-orang DUSUN yang sentiasa bersatupadu..

Murai.KB said...

salam belum pendekar

kenapa wujudnya pemimpin di kalangan kita, ini salah satu tujuan nya untuk memimpin bangsa kita dengan betul.

jika pemimpin sendiri tdk dapat selesai kan masalah ini, dia tidak layak menjadi pemimpin bangsa itu. pemimpin adalah ketua kepada sesuatu bangsa. dia di hormati, di segani. di takuti, dan di sayangi. adakah perkara itu pun di biarkan kepada bangsa.


sebenarnya orang kita seperti sdr belum pendekar nyatakan adalah kerna melihat setiap projek atau pembangunan yang di buat adalah mempunyai kepentingan beberapa orang di situ yg tnpa memikirkan impak kepada bangsa nya. nah siapa yang tidak mahu klu pembaharuan itu betul dan dapat memperbaiki ekonomi rakyat."tepuk dada tnya iman".

Murai.KB said...

pemimpin besar tanggungjawabnya. klu tidak mahu begitu, kenapa jadi pemimpin? klu perkara seumpama itu tdak dapat di selesaikan.

pungguk said...

murai ku

saya tidak tahu lagi mahu cakap apa. saya sendiri jalan2 di adun kedamaian tempoh hari. mmg benar, setiap rumah ada meter air. terus saya memikir sejenak, jika wakil rakyat kita semacam ini, selesa juga kita hidup.

saya mahu mengulas sedikit ulasan BP.

saya belum pernah mendengar yang masyarakat memberi complain klu tiang karan, batang saliran air tidak di beri kan oleh rakyat. kalau buat jalan, logik lah.

ini cuma provokasi dari BP agaknya. ingat ungkapan melayu " satu kesilapan dalam seribu kebaikan akan di ingt sampai bila-bila'. itu lah manusia wahai murai.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.