Popular Posts

Friday, August 20, 2010

APA TINDAKAN PEMIMPIN KEPADA KEBAJIKAN RAKYAT

Zaman teknologi yang semakin maju, bukan lah zaman seperti dahulu, rakyat hanya mampu mendiam kan diri melihat karena dan alasan yang di lemparkan oleh para pemimpin kota belud. Di taburkan wang sejumlah, mulut menjadi kakuh, itu adalah tabiat rakyat terdahulu tapi kini masyarakat lebih memilih untuk membela bukan untuk di bela dengan wang ringgit yang menunggu masa di habiskan nilai nya.

Pemimpin sentiasa memaparkan pelbagai kenyataan mengikut individu yang berlainan perspektif politik dalam menangangi pelbagai isu. Kata orang “ banyak cakap, tindakan kurang”. Sesuatu yang memilukan hati rakyat yang mengharap benar suatu perubahan akan terlaksana. Sentimen ini bukan lah perkara baru yang mula di rasai oleh masyarakat malah telah lama bersemadi di pusara kepimpinan para tokoh agung politik kota belud.

Gejala turun padang oleh pemimpin hanya terlaksana bila mana masyarakat telah mengalami bencana, setelah itu kprihatinan mula di tunjuk dengan sejumlah derma, sebakul pakaian, sekampit beras dan sebagainya. Walhal sebelum menimpa apa tindakan pemimpin kepada rakyat? Isu kebajikan rakyat bukan ringan untuk di ketepikan, seharusnya ia di jaga bagi melangsaikan amanah sebagai wakil rakyat.

Masyarakat sememangnya tidak meletak kan sepenuhnya haluan kehidupan mereka atau mengemis simpati kepada pemimpin, akan tetapi masyarakat mahu hak sebagai rakyat dari pihak kerajaan bagi menjana pendapatan, mengukuh kan ekonomi kehidupan, melayari bahtera kehidupan dengan sesempurna kehidupan. “ mengharap” bukan lah budaya masyarakat kota belud kini, mereka boleh berdiri tanpa kaki dari kerajaan, namun di mana “HAK” mereka yang selama ini menyokong, malah ada yang saggup menggadai masa dan tenaga bagi mendokong gagasan kerajaan sehingga parti UMNO tak lapuk di bawah bayu.

Bukan tujuan murai mempertikai tindakan pemimpin terhadap kebajikan rakyat, dan bukan juga tujuan murai memperkecil keprihatinan pemimpin terhadap kebajikan rakyat, akan tetapi murai memaparkan satu penulisan yang bebas bagi menampak kan kepada pemimpin bahawa generasi kini lebih peka dan teliti dengan kegiatan pemimpin terhadap wacana masyarakat yang daif. Justeru, rakyat kini ingin perubahan dalam kepimpinan yang di terajui sebelum ajal parti tiba di pilihan raya-pilihan raya umum akan datang. Firasat murai, “UMNO KOTA BELUD” tidak akan lama bertapak di pekan koboi jika gejala ini terus terusan memberi tekanan kepada masyarakat untuk membuka ruang minda berfikir untuk beralih arah dalam pentadbiran politik yang diktator. Oleh itu, Jangan semat dalam jiwa kayu belian akan tahan lebih sepuluh tahun jika ia terdedah dengan panas, hujan, rebut dan bencana.

2 comments:

Unknown said...

salam murai

jangan mempersoalkan kewibawaan pemimpin2 kita. memang pun bukan semua kebajikan rakyat mereka jaga, tapi sekurang-kurang nya mereka peka dengan masalah rakyat, namun bukan semua pun pemimpin mcm itu.

seperti DMHJ, beliau sejak menerajui projek agro di kota belud, kebajikan rakyat mula di abaikan, mgkn sbb kesibukan atau kelemahan beliau sendiri.

DARD sejak bergelar ahli parlimen kota belud, beliau sering meneliti masalah rakyat, namun kebelakangan ini, beliau mula mengabaikn soal menitik beratkan kebajikan rakyat nya.

walaupun begitu, semua itu adalah kelemahan seorang pemimpin. berdiri nya pemimpin kerna rakyat nya, jatuhnya pemimpin juga kerna rakyat nya. peneraju kepimpinan mempunyai elemen penting iaitu rakyat. wujud nya rakyat maka wujud sesebuah negara, dan ketua.

jangan kerna, satu masalah tidak di ambil peduli, murai mengatakan begitu. sebenarnya, mengikut pandangan sy, mmg kebajikan penting utk di ambil kira, tapi adakah rakyat mengambil kira masalah setiap pemimpin?

walaupun begitu, penulisan ini cukup bagus utk memberi peringatan kepada pemimpin kita yang mula tidak sedarkan diri. bangga dgn semua perkara. ambik perkara baik utk penambahbaik kan dalam proses kepimpinan.

ROJOKOBOG said...

Salam Murai,

Tepuk dada tanya lah apa kemahuan kita, Kerajaan dan kesinambungan pemimpin sekarang telah berkhidmat dgn berbagai lapisan masyarakat Malaysia selama berpuluh-puluh tahun lamanya, daripada kita buta huruf hingga lah anak bangsa kita sampai ke menara gading, seharusnya kita bertanya kpd diri kita " APA KAH SUMBANGAN AKU KEPADA NEGARA YANG AKU CINTAI INI " jangan hanya tangan kanan yang menerima, tapi tanya lah tangan kanan apa pemberian dan sumbangan nya terhadap jasa-jasa Kerajaan yang ada sekarang ini.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.