Popular Posts

Monday, August 30, 2010

SANG KANCIL DAN SANG POLITIK KOTA BELUD


Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil.
Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.
"Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.

Murai terfikir macam mana pemimpin mempunyai ego yang sangat besar sehinggakan menafikan segala kemungkinan. Pemimpin seperti ini sangat berani menidak kan pepatah melayu yang berbunyi “ hidup ibarat roda yang berpusing” . pemimpin ini menganggap bahawa dia akan kekal, walhal ramai di kalangan pengikutnya berpaling tadah. Itu lah jiawa pemimpin kita yang susah di tegur, terus melinting dengan bangga. Selagi politik punyai kuasa, selagi itu pengaruh saya releven kata nya.

Ramai yang mengaku sebenarnya pemimpin di kota belud, walhal diri sendiri belum terpimpin, masalah air tidak terselesai, sapi/lembu bertaburan, sampah bersepah sana sini, penyatuan porak peranda, banyak wang kebocoran dan sebagainya, itu antara sebenarnya kesan pemimpin yang tidak terpimpin. Generasi muda menolak secara keras pemimpin seperti ini. Usia, pengalaman, pendidikan dll. bukan lah batu ukur untuk melantik pemimpin akan tetapi perkara pokok bagaimana ianya membela rakyat nya. Ciri tersebut yang perlu di tekan kan, walaupun ilmu sebesar gunung kinabalu, kalau tidak di aplikasikan akan menjadi debu juga.

Generasi sekarang lebih banyak berpeluang menimbah seberapa ilmu berbanding dahulu. Jangan cuba perlekehkan kewibawaan generasi muda yang di labelkan sebagai “budak mentah” dan golongan veteran di labelkan sebagai “dahulu makan garam”. Walhal dua golongan ini saling memerlukan. Negara memerlukan generasi sekarang yang cemerlang untuk memimpin negera di masa akan datang. tidak sebenarnya kita mendengar golongan terdahulu bakal menerajui kepimpinan Negara di masa akan datang.

4 comments:

sharifdol said...

salam murai

pemimpin politik mmg mcm tu. dia kata dia kuat. dia kata dia kebal. dia kata dia pandai. pendek kata semua dia pandai. mkn duit rakyat pun dia pandai. tipu rakyat pun dia pndai.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Murai,

Memang mudah bagi sesiapa saja untuk memberikan komen dan kritikan... Tetapi, sebaliknya amat susah untuk melakukan perkara/pencapaian yang lebih baik berbanding apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu...

Pada saya, kalau sdra Murai telah dapat mengesan kelemahan dan kekurangan pemimpin sediada, maka ini peluang terbaik yang sepatutnya sdra ambil.. saya mencadangkan supaya sdra memberikan kepada rakyat yang sdra dakwa telah diabaikan tersebut perkhidmatan yang kurang tadi.. Sdra Murai selesaikan masalah air, selesaikan masalah tahi lembu, selesaikan masalah sampah bertaburan dan sebagainya... maka, selepas itu sdra Murai bolehlah menjadi wakil rakyat. Kami rakyat KB akan menyokong Murai dengan sepenuh hati... tapi, jangan pandai cakap saja... kalau setakat pandai cakap, burung pun pandai cakap juga tapi buat?...

Kalau sdra dapat realisasikan semua yang sdra komen mengenai kelemahan pemimpin tadi, saya akan menjadi orang pertama yang akan menyokong sdra dan akan mempertahankan sdra sebagai pemimpin KB sampai sdra tidak berdaya lagi...

Maka... buktikan kepada kami rakayt KB bahawa sdra bukan setakat pandai komen dan kritik... tapi sdra ada cara melakukannya dan buat... Kami dahagakan semua itu...

Murai.KB said...

SALAM BELUM PENDEKAR

ulasan sdr BP seperti orang politik. namun itu bukan persoalan nya kerna pemimpin yang baik akan memberi respone yang terbaik.

saya nak ulas sekerat komen sdr seperti berikut :

"Pada saya, kalau sdra Murai telah dapat mengesan kelemahan dan kekurangan pemimpin sediada"

pada murai, jika rakyat telah menyedari kelemahan pemimpin, adakah itu bukan perkara yang baik untuk di beri perhatian? jika selama ini pemimpin ego semacam,bangga dengan darjat, masa ini lah pemimpin mengatasi kelemahan itu. bukan begitu sdr BP?


murai bukan gila kan pangkat sampai mendustai hak rakyat. cadangan sepatutnya di berikan ialah macam mana nak tegur pemimpin kita yang mabuk pangkat itu?

murai akui bukan mudah sebenarnya merealisasikan semua itu. tapi kenapa taburkan janji dan harapan kepada rakyat? kalau rakyat menegur, di perlekeh. cuba fikirkan adakah pemimpin seperti itu yang mahu melihat bangsa nya maju ke hadapan?

berpuluh tahun lama nya para pemimpin kita sedia ada menerajui kepimpinan politik di kota belud. adakah ada kesukaran di situ untuk merealisasikan kemudahan rakyat? murai masih ingt kata cikgu, "buat sikit2 lama-lama jadi bukit" tahun berapa sdh sekarang. cuba tunjukan perubahan sedikit demi sedikit yang di buat di kota belud terutama masalah air?

walhal peruntukan berjuta di umumkan. dalam blog DARD berapa juta di luluskan? di blog DMHJ berapa juta di peruntukan untuk mengatasi maslah air. cuba tunjukan kampung mana yang agak jauh di pekan dapat bekalan air? cuba bagitahu murai.

kampung TSPA sendiri tidak bekalan air? ini kah pemimpin kesayangan kita? fikirkan...


-murai.kb-

pendikar said...

slm murai

sy suka baca penulisan ini. bagi sy ini dapat menegur pemimpin kita yang bangga dengan pangkat mereka.

sebenarnya jika di lihat secara harfiah makna 'pemimpin' adalah cukup luas makna nya. cukup berat tangunggjawab nya. besar amanahnya. kalau tidak di jaga semua aspek itu maka jadi lah pemimpin yang lupa dengan batasan.


sdr belum pendekar,

apa guna kita jadi pemimpin kalau hak rakyat terabai. itu akan di hisab di akhirat nanti. bukan niat sy mengajar tapi mengingatkan. kita hidup mesti ingt mengingati sesama.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.