Popular Posts

Tuesday, August 10, 2010

POLITIK IRRANUN KINI DI SATUKAN : KM


kekaburan arah tuju politik irranun bukan perkara baru yang di ragui kewujudan nya, malah telah lama tersemai di setiap jiwa pemimpin politik irranun. generasi kini sentiasa peka dan memantau kelencongan yang jelas di mata, penyelewengan kuasa, penghambaan dan ketirisan berpolitik di kalangan pemimpin bangsa. adakah kelibat politik sedemikian yang di wartakan kepada pewaris pemimpin bangsa?

jika setiap rancah penyatuan tidak di pandang serious oleh pelbagai pihak, keberangkalian impak nya akan wujud satu kepuak kan antara pemimpin yang sememangnya berbeda idealisme politik. namun dalam pertemuan pemimpin irranun pada 07 ogos 2010 yang lalu, yang secara kebetulan juga murai adalah salah seorang yang hadir dalam pertemuan itu walaupun tidak di jemput secara rasminya tapi murai sangat teruja dengan sokongan yang lahir dalam memartabatkan politik bangsa di persada politik negara. walaupun ada segelintir yang hadir menantikan kehadiran raja politik irranun TSPA yang sememang tidak kunjung tiba dalam pertemuan itu. murai bukan lah keturunan irranun jati tapi bagi ingin melihat setiap bangsa maju dengan kelebihan dan peluang yang ada harus di beri sokongan dan dorongan oleh semua pihak walaupun tidak terlibat secara langsung kerana mungkin idea setitik akan mampu merubah bangsa di masa akan datang.

dalam perbincangan sepintas lalu itu, ada di kalangan ahli menyuarakan bagi "blogger kelapa mawar" tampil kehadapan bagi memperkenalkan diri kepada pemimpin kerna bukan sahaja idea pertemuan buat kali pertama ini terlansung atas kprihatinan kelapa mawar malah titik perjuangan bangsa irranun mula berarak ke hadapan dan mula mengatur langkah memartabatkan bangsa.

namun demikian, kelapa mawar masih dalam penelitian oleh para pemimpin setempat kerna idea nya yang boleh membuatkan setiap pemimpin menjiwai tanggungjawab yang di berikan, kesilapan yang wajib di perbetulkan, kelancangan dalam kepimpinan, gerak atur terseleweng dari landasan dan perpecahan fahaman politik bangsa yang mula bercambah di kalangan pemuda pewaris tahta pemimpin.

SIAPA KELAPA MAWAR? persoalan ini bukan perkara remeh untuk di ketengahkan oleh setiap orang di luar sana. blogger kelapa mawar telah berjaya menerap satu ketulan perpaduan bangsa di kalangan pemimpin yang telah hadir dalam pertemuan 07 ogos lalu, namun siapakah kelapa mawar yang sebenar? satu persoalan yang menantikan jawabpan..














2 comments:

Unknown said...

salam murai.kb

sy juga terlibat dlm pertemuan itu, sy sempat berbincang dgn beberapa pemimpin veteran mgenai rentak politik iranun.

soal siapa kelapa mawar, pada sy tidak penting. terpulang dgn individu, yg penting baik kita ambil, yg tdk baik kta campak jauh2..

Murai.KB said...

slm kembali sdr roslan M

terima kasih sekali lagi kerna sudi meluangkn masa bkunjung di ruang blog murai.

ulasan dan komen sdr amat murai hargai..mmg btl apa yg sdr roslan M nyatakan itu.

selamat berpuasa dan terima kasih.



-murai.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.