
PAGISA adalah pertubuhan Graduan Irranun yang di tubuh kan oleh para cendikiawan irranun sewaktu ketika dahulu. Namun timbul juga persoalan yang bermain di minda kemana PAGISA sekian lama menyepi tanpa sebarang berita? Kesian nya graduan irranun yang lelah mencari dengan siapakah mereka mengaduh dan menyumbang idea bagi generasi muda bangsa? Pengemudi PAGISA juga sekian lama mendiam diri tanpa aktitviti yang melibatkan graduan irranun menabur bakti, hanya setiausaha PAGISA sahaja yang berdiam menjalan aktiviti. Kenapa graduan irranun tidak di jejaki? Adakah dengan pengemudi, timbalan, setiausaha, bendahari, dan ajk-ajk yang lain telah menganggap kuat untuk menerus perjuangan bangsa sendiri?
Kini timbul wadah baru irranun (WBI) untuk menyuluhi kegelapan bangsa, saat ini juga PAGISA memaparkan setiap aktiviti, setiap permasalahan, setiap kelemahan dan sebagai nya.adakah ini akan mengubat luka bangsa yang sekian lama darah nya mengalir mencari penawar sengsara. Adakah perjuangan PAGISA akan berakhir di sini atau terus berjuang dalam kelam yang tidak seorang pun tahu tindak gerak catur perjuang, rintihan dan kemaslahatan yang mendatang? Walau bagaimana pun perjuangan PAGISA akan tersemat di jiwa selama lama.
KEMANA HALA TUJU PAGISA SELEPAS LAHIRNYA PERISA? Juga satu persoalan yang perlu di sinari chahaya jawapan pelangi oleh para celik ilmu dari suku irranun. Adakah status nya masih sama sebagaimana tahun-tahun yang lepas? Atau mula mengorak langkah membersih noda? Adakah juga PAGISA perlu di rombak ahli jawatankuasa nya untuk mula memperbaiki lampu chahaya jalan raya perjalanan nya? Walau bagaimana pun,harapan generasi muda, PAGISA perlu di terus kan walau pun lahirnya PERISA sebagai pertubuhan bangsa irranun yang baru.
Respone dari generasi muda irranun yang sempat saya rakam kan :-
- Adakah kamu tahu bahawa irranun mempunyai persatuan graduan irranun dan adakah kamu mendaftar sebagai ahli persatuan?
- Saya tidak tahu pun irranun ada pertubuhan seperti itu, jika saya tahu, bukan setakat menyertai malah akan turut menyumbang semampu yang boleh. Kalau di lihat, generasi muda irranun, tidak sehaluan sekarang ini. Ada yang berpeluang ke menara gading, itu beruntung lah tapi kepada yg keputusan spm cukup makan dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, mereka buntuh dan putus asa. Akhir nya mereka hanya tinggal di kampung, sebahagian nya memilih untuk bekerja di kuala lumpur dengan alasan gaji besar dan DLL. Hakikatnya mereka pulang juga seperti dahulu tanpa perubahan. Sekurang kurang nya, kalau ada persatuan seumpama ini, mereka boleh mengutarakan masalah juga meminta pendapat dan dorongan untuk maju setapak kehadapan.
- Pernah kah kamu menyertai sebarang aktiviti PAGISA?
- Kalau saya tidak tahu PAGISA adalah persatuan graduan irranun, mana mungkin saya mengikuti sebarang aktivti yang di anjurkan.
- Sekarang kamu sudah habis belajar bukan. Adakah kamu sanggup menyertai PAGISA seterusnya berkorban masa, dan tenaga untuk bangsa.
- Why not..!! saya berdarah irranun, saya ingin bangsa saya maju seperti bangsa –bangsa yang lain. Jika sekarang ini saya telah bekerjaya, kenapa saya tidak membantu mereka-mereka ini. Pendek kata saya bersedia menyumbang untuk PAGISA juga BANGSA..!