Popular Posts

Thursday, October 14, 2010

TSPA CERITA "SEMUT DAN GULA" DALAM POLITIK

“Sesungguhnya pergolakan politik adalah seperti maksud kata-kata "semut dengan gula". Kalau seseorang pemimpin itu mempunyai "kuasa" maka ianya akan menggamit ramai penyokong seperti gula dikerumuni semut. Sewaktu tiada "kuasa" ianya seperti bunga plastik yang tidak menarik perhatian kumbang-kumbang dan serangga lain”. Sungguh dalam maknanya kepada yang bergelar pemimpin juga kepada yang bergelar rakyat. Dua elemen ini sememangnya tidak bisa di pisahkan dalam dunia politik kerna ia saling kait mengait antara satu dan yang lain. Walau bagaimana pun, saya bukan menghurai dengan lebih lanjut tentang perumpaan TSPA di laman facebooknya, akan tetapi saya cuba membuka pengertian sebaliknya dalam ungkapan yang penuh makna ini.

TSPA telah mengumpamakan pemimpin sebagai gula dan rakyat sebagai semut, namun dalam penulisan ini saya kaitkan perkara yang sebaliknya berlaku bila seekor semut adalah pemimpin dan tompokan gula adalah rakyat. Tidak adil rasanya, kerna perumpamaan ini di lihat lebih menyebelahi warga pemimpin pemimpin yang ada. Justeru, saya yang juga bergelar rakyat ingin mnghurai di sebalik kata kata “ semut dan gula” sebagai mengimbangi perumpamaan tokoh politik kota belud itu.

Di kala hangatnya bahang pilihan raya, maka hangat lah juga ‘buntut’ para pemimpin kita untuk turun meninjau segala masalah, segala kemusykilan dan segala kebimbangan rakyat. Sehingga tidak keruan dengan jadual yang terlalu padat bersama rakyat ketika itu. Perkara ini boleh di kaitkan dengan “semut dan gula”. Masing masing mempunyai kepentingan tertentu yang diantara mereka saling menggamit tarikan “kepentingan” seperti tarikan “besi berani” kepada ketulan besi.

Namun kehadiran semut-semut itu tidak lagi kelihatan setelah mencapai target atau mendapat kemenangan dalam pilihan raya ketika itu. Hal ini, rakyat dapat di sama ertikan seperti tompokan gula yang hilang manis nya tanpa menarik perhatian semut-semut itu tadi. Rakyat di biarkan tanpa pemantauan yang terurus, tanpa bantuan, tanpa penjagaan kebajikan sebagai rakyat dan segala nya TANPA selepas kepentingan mula di kecapi terhadap rakyat.persoalan nya kenapa perkara ini harus berlaku kepada yang bergelar pemimpin rakyat? Kenapa sebelum mendapat kepentingan politik banyak perkara yang di buat untuk kepentingan rakyat? Di mana para pemimpin meletakkan “hak rakyat” selepas itu?.

Pemimpin di ibaratkan sebagai penguasa, namun hakikatnya, kuasa veto itu sebenarnya terletak kepada rakyat nya. Rakyat yang berhak memberi kuasa kepada pemimpin bagi membela hak mereka yang mula di abaikan oleh pemimpin yang tidak mengenang jasa bangsa. Segala kuasa dan jawatan yang ada pada mereka yang bergelar pemimpin semua nya adalah kuasa dari rakyat, kerna reality nya rakyat “berhak” memilih siapa yang berkuasa menjadi pemimpin kepada mereka. Persoalanya jika rakyat nekad memilih pemimpin ini, kemana pula tanggungjawab yang di berikan untuk membela rakyat miskin, yang memerlukan, yang kurang kemampuan, yang bermasalah dan sebagainya. Kemana pemimpin ini? Mungkin kah pemimpin selesa dengan kerusi empuknya yang susah untuk di tinggalkan bagi meninjau masalah-masalah rakyat? Atau pemimpin mula bongkak dengan jawatan yang di berikan hasil dari kuasa rakyat yang memilih? Atau juga rakyat yang salah memilih pemimpin ketika itu? Di mana salah dan puncanya, adakah rakyat atau pemimpin?

Dengan itu maka, benar lah juga ungkapan TSPA dalam laman facebooknya “semut dan gula” yang ketika manis di kerumuni oleh sang semut dan jika sebaliknya, maka gula itu tadi langsung tidak menarik perhatian apatah lagi sempat untuk menoleh kebelakang.kini persoalan yang besar harus di jawab oleh minda rakyat yang mula sedar dengan permainan pemimpin politik. PRU13 kian menjelang, adakah transformasikan undi rakyat akan berlaku atau masih dalam keadaan yang sama? Gunakan kuasa kita sebagai rakyat untuk rakyat, dan segalanya untuk rakyat. Dengan slogan “dari rakyat untuk rakyat”.

10 comments:

Unknown said...

politik bah itu murai.semua benda kalau politik masuk, kucar kacir. cerita semut dgn gula ini, benda lama sdh berlaku.

Unknown said...

untuk pengetahun murai, sdr belum pendekar kita itu rupa nya TSPA. patut lah dia membela sangat kalau isu pasal TSPA. kalau tidak percaya, cuba murai tengok dan baca komen sdr MO di blog kelapa mawar.

kali ini mesti dia hentam punya MO itu. apa lagi isu murai skrg ini membabitkan nama TSPA sendiri.habis lah kau murai.

Murai.KB said...

salam sdr si datu dan pendikar,

saya juga setuju dgn pandangan sdr si datu, politik mmg susah untuk di duga.

kepada sdr pendikar,saya ada membaca komen di blog KM seperti yg sdr nyatakan itu. walau bagaimana pun,di dalam alam maya ini, semua nya kabur, sesiapa sahaja boleh menyamar dgn pelbagai identiti termasuk sy. namun yang penting adalah, jika penulisan itu benar dan logik untuk di ketengahkan, bukan menjadi kesalahan bagi yang mahu berfikir. bagi sy setakat ini, komen sdr BP tidak menjejaskan imej sesiapa termasuk TSPA sendiri. cadangan saya, alam maya boleh di katakan semua dalam keadaan maya(identiti tdk jelas).

lagi pn selama ini kemn dan ulasan sdr BP tdk menjejaskan penulisan saya, malah beliau memberi komen berdasarkan fakta, walaupun beliau pro kpd TSPA dan DSSK. sy selaku bebas minda nya menerima dgn baik pandangan dan kritikan itu.

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Murai,

1. Saya tidak berminat untuk memberikan ulasan kepada tulisan sdra kali ini. Saya lebih berminat untuk memberi penjelasan mengenai isu BP yang dikatakan sebagai TSP.

2. Pertamanya, izinkan saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada sdra kerana saya sungguh tidak menduga sdra mengambil sikap yang "gentlemen". Tidak seperti kebanyakan orang yang terus membuat andaian bahawa BP adalah TSP, sdra sebaliknya meragui anggapan berkenaan. Saya "tabik" dengan sdra atas pendirian yang sedemikian. Dan, sebagai empunya diri, saya mengesahkan di sini bahawa BP memang bukan TSP.

3. Alasannya mudah, kalau sdra pernah melayari blog Pa'Min, BP juga menghantar komen kedalam tulisan beliau. Saya fikir, takkanlah TSP menghantar komen kepada tulisannya sendiri.. Kedua, kalau sdra Murai perhatikan ulasan-ulasan saya, saya memberikan ulasan yang panjang dan "detail". Adakah lojik bagi orang yang begitu banyak perkara yang perlu difikirkannya seperti TSP, membuang begitu banyak masa untuk menulis?..

4. Sebab itulah, saya sangat-sangat hairan bila ada orang yang kononnya penganalisis politik yang tersohor tidak tahu membezakan antara BP dan TSP. Saya juga sebenarnya merasa terkilan kerana ada pihak yang menghentam TSP kerana tulisan dan pandangan saya. Orang yang tidak kena mengena pula yang mereka babitkan.

5. Untuk sdra Pendikar, mengambilkira ulasan sdra Murai terhadap komen sdra, ia tidak ubah umpama "menepuk air, terpercik ke muka sendiri"... Nah, sekarang siapa yang kelihatan bodoh?.. Lain kali, sdra kena ingat... Kalau kita berniat jahat, ia pasti akan balik kepada kita sendiri.

Salam dari,
BELUM PENDEKAR

DATU SI RENGIT said...

rakyat kena faham dan tahu...kejar gula sangat nanti ditimpa pelbagai penyakit....tak pasal2 kencing pun jadi manis....rakyat buka mata dan minda...DSRMM punya pendapat senang saja...Rakyat nampak...rakyat dengar...rakyat nilai lah sendiri...tolak sahaja YB mana yang tidak buat kerja...kuat mengencing macam hantu raya....tampar dengan najis kemuka mereka2 ini...buktikan kita rakyat pun ada kuasa....

soal BP itu TSPPA...kalian semua silap sb BP itu hanyalah "anak" DSRMM dan TSPPA...dia pun bukan kurg hebatnya....tapi yg pasti dia nie penganut kuat amalan TSPPA....BP dan TSPPA orang yang berbeza tapi perjuangan yang sama...sekalipun mapaittantu kebenaran perlu diteruskan...

BELUM PENDEKAR said...

Datu Si Rengit,

1. Terima kasih juga kepada sdra kerana tidak salah anggap bahawa BP adalah TSP... BP adalah BP...

2. Saya ada persoalan buat DSR, kalau pemimpin yang tidak buat kerja boleh dibuat seperti DSR cadangkan, bagaimana pula dengan orang yang cuma pandai bercakap dan menghentam mcm DSR?... Boleh dibuat begitu juga kah?..

3. Saya juga ada satu penjelasan untuk DSR, saya bukan penganut kuat amalan TSP, seperti DSR, saya juga mempunyai penilaian saya sendiri. Maka, DSR jangan memperkecil-kecilkan kebolehan saya. Saya juga setuju bahawa kenenaran perlu diteruskan... maka, apa DSR tunggu lagi, jalan yang DSR pilih sekarang ini tidak "benar" tu... ikutlah saya kalau mahu meneruskan jalan kebenaran.... hahahahahaha

DATU SI RENGIT said...

seblum DSRMM jwp...nie ada juga soalan cepu emas utk Uripen BP: Tuhan ke BP sehingga kata jalan yg BP tempuh skg nie benar belaka....pelik tapi benar, nampaknya BP ini SyooooooK sendiri da.....

Bukan penganut kuat pun pelik tapi benar....inilah masalah BP ini banyak terikut budaya politik yang keji...hahaha....magsabal na BP....

Jwpn DSRMM: Kalau DSRMM salah hentam perosak bangsa...BP tak salah kah menjadi pencacai tahi pad perosak bangsa......jgn mrh anaku kerana kewarasan mu akan hilang seperti sekarang....maka itu DSRMM ckp jgn gaduh2 lg..DSRMM da pasti jdi YB sbb tahikun iranun dah setuju....jdi BP tgu saja aksi DSRMM...BP sekali DSRMM tendang buntutnya....hahaha...

BELUM PENDEKAR said...

Sdra DSR,

1. Kalau srda membangkitkan soal Tuhan, sdra juga bukan tuhan yang "LAYAK" menentukan siapa buat baik dan jahat. Siapa perosak bangsa dan siapa sebaliknya. Barangkali DSR lupa atau sudah nyanyuk sehingga mengeluarkan "kata-kata" yang menggambarkan bahawa DSR ini seorang yang rendah akhlaknya.

2. Owh... sdra teringin menjadi calon rupanya... kalau itu niat sdra maka tidak hairanlah saya kalau sdra asyik mengata mcm-mcm kepada TSP.. Kalau DSR mahu tahu, itulah perasaan "hasad dengki" namanya... jangan begitu DSR, kalau mau tanding atau jadi calon, tanding saja lah dalam PRU yang akan datang ini. Tiada orang mahu larang pun.. Bahkan, tiada orang akan kisahpun.. tandinglah di seberapa banyak kawasan yang DSR mahu... Tidak menjadi masalah kepada sesiapa termasuk saya.

3. Soal jadi pencacai tahi, saya fikir "lebih baik jadi kuli kepada orang pandai, daripada jadi orang kanan kepada orang bodoh" mcm DSR ini... PESANAN SAYA, KALAUPUN DSR NI KURANG PENGETAHUAN, JANGANLAH TUNJUKKAN BAHAWA DSR INI ORANG YANG SEDEMIKIAN.. hahahahahaha....

Salam dari
BELUM PENDEKAR

Unknown said...

Dsr dengan Bp tidak ubah macam kucing dgn anjing, tidak boleh duduk diam berbincang baik-baik, asyik bergaduh saja. macam mana masalah boleh selesai kalau itu? sdr BP mmg keras kepala macam batu,dia rasa hebat sangat mempertahan imej TSPA=BP. sdr DSR pn keras kepala juga macam bata. ngam lah kalau kasih gabung, jadi batu bata.

Murai.KB said...

salam sdr BP dan datu si rengit,

ulasan sebegini nampak nya akan menghangatkan ruang komentar saya. klu boleh kita berbicara biar berbudi bahasa.di harap komen sdr selepas ini menunjuk kan kita sebagai bangsa kota belud yang baik bicara nya.TQ

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.