Popular Posts

Friday, January 29, 2010

SMK TAUN GUSI II


Daerah Kota Belud sekali lagi mendapat peruntukan pembinaan sekolah menengah taun gusi II yang bertapak di kg keguraan, dengan ini jumlah sekolah menengah di kota belud menjangkau 6-7 buah sekolah, namun sedikit terkilan kerana sejumlah sekolah yang ada di KB ini, semua nya hanya memfokus kan sekolah akademik semata mata, hanya sekolah menengah agama tun said sahaja yang berlatarbelakang kan sekolah agama.

tiada satu sekolah agama pun yang di bina di daerah KB bagi bertujuan melahirkan generasi pelajar yang berilmu dan bertaqwa. di harap suatu masa kerajaan akan membina sekurang kurang nya satu buah sekolah agama di daerah KB bagi memudahkan pelajar dan ibubapa untuk memilih sekolah mana yang sesuai dengan potensi dan bakat yang ada.

dengan itu juga ibubapa tidak lagi menghantar anak anak mereka ke sekolah agama di luar daerah kota belud ini, sebagai contoh di sekolah agama inanam dan sekolah agama papar. harap di ambil perhatian yang sewajarnya.

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


Semasa banjir beberapa minggu yang lepas di daerah kota belud, wakil rakyat ini lah juga yang turun padang bagi meninjau mangsa bencana banjir di sekitar kampung yang terjejas, pemimpin ini merasa bertangungjawab untuk mengenalpasti masalah kebajikan penduduk ketika itu sehingga beliau tidak senang duduk melihat banjir yang banyak merosak kan tanaman dan harta benda.

pemimpin yang saya maksudkan adalah datuk musbah haji jamli, dalam blog nya, beliau telah meninjau penduduk sekitarnya yang mengalami kerosakan akibat banjir, antaranya kg pintasan dan kotabungan. penduduk kb seharusnya tunduk hormat dengan komitmen yang di berikan oleh wakil rakyat yang berketurunan bajau/iranun ini. semoga beliau menjalankan tangungjawab dengan ikhlas dan amanah.

Tuesday, January 26, 2010

KEMANA DSSK?


1 minggu yang lepas daerah KB telah di tengelami banjir besar yang buat julung kali nya di daerah ini, jalan ke kudat -kk telah terputus buat sementara waktu ketika itu kerana di tengelami banjir, sekitar kampung2 juga di banjiri dengan teruk, namun wakil rakyat yang prihatin seperti datuk musbah haji jamli dan datuk rahman dahlan telah turun pandang bagi meninjau kampung2 yang terjejas teruk dan perlukan bantuan segera.

tahniah saya ucapkan kepada 2 orang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan menjaga kebajikan orang bawahan nya tidak kira dalam kedaan banjir mahupun tidak. di dalam kesibukan banjir itu, kemana DSSK yang dikatakan sangat berpengaruh di daerah kb ini? adakah DSSK sendiri mengalami banjir di sekitar tempat tinggal yang selesa itu? ini kah wakil rakyat yang membela rakyat ketika di dalam kesusahan?

Sunday, January 24, 2010

MDKB LUMPUH


Sekitar daerah kota belud, amat mendukacita kan saya bila sampah bertaburan, tong yang di sediakan penuh hinggah memuntahkn sampah di sekitarnya, bersebelahan bangunan CHAN FURNITURE ada satu tong yang di sediakan oleh MDKB namun tong itu hanya di bersihkan bila ulat-ulat bertaburan kesana kesini, bau busuk terhidu sejauh 500meter lg. Dimana peranan MDKB untuk menyusun jadual lori sampah untuk mengangkut sampah pada setiap hari.

Kota Belud tidak asing lagi dengan PEKAN KOBOI, kebanyakan pelancong asing singgah ke pekan ini bagi meninjau kesegaran udara dan pemandangan yang indah, jika masalah ini terus di biar oleh MDKB. ini boleh menjejaskan imej Kota Belud sebagai PEKAN KOBOI.

SPR KAJI UNDI POS


Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal. "Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Wan Ahmad berkata mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi. Wan Ahmad berkata beliau dan beberapa pegawai SPR telah melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lepas bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

"Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem itu dengan cukup baik," katanya. Beliau berkata SPR akan mengemukakan cadangan mengenai sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya. Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya SPR juga kini serius memikirkan kaedah untuk melaksanakannya.

"Kita juga akan cuba mengesyorkan kemasukan kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti golongan wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari," katanya. Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara.

Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftar mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan. Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, kesemua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin.

Wan Ahmad berkata SPR sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya. Walaupun SPR kini menetapkan bahawa kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata budaya politik yang diamalkan di negara ini disifatkan sebagai tidak menghormati peraturan itu.

"Di Malaysia, tiada siapa hormat atau yang mahu mengikut peraturan cooling off period (tempoh bertenang) yang ditetapkan SPR. Walaupun dilarang, pada hari mengundi, masih ada lagi yang mengambil kesempatan untuk meraih serta merayu undi, mengibarkan bendera dan berkonvoi," katanya.

Wan Ahmad berkata perbuatan melanggar arahan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ditanya mengapa SPR tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau berkata berdasarkan senario politik negara ketika ini, keadaan akan menjadi bertambah huru-hara pada hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau berharap tempoh bertenang boleh dilaksanakan pada pilihan raya akan datang bagi memudahkan SPR dan Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan kawasan mengundi daripada poster dan bendera yang dipasang.

BN BINA SJKT DI BERA


Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM2.97 juta bagi membina dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Bera tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, sebanyak RM1.5 juta diluluskan bagi pembinaan SJKT Kemayan manakala RM1.47 juta lagi untuk membina SJKT Ladang Menteri.

"Tender bagi pembinaan dua sekolah ini akan dikeluarkan tidak lama lagi manakala kerja-kerja pembersihan tapak sekolah Ladang Menteri sedang bermula," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Ponggal anjuran Badan Budaya Masyarakat India Bera di Kuil Subramanian, Kemayan, di sini hari ini.

PESAWAT IRAN TERBAKAR


Sebuah pesawat penumpang Iran terbakar hari ini ketika ia mendarat di timur laut bandar Mashhad, menyebabkan 46 penumpang cedera, lapor televisyen negeri. Para pegawai Iran melaporkan kepada rangkaian berita tempatan bahawa roda pesawat Tupolev 154 buatan Russia milik Taban Airline itu terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Mashhad. "Ketika pesawat mendarat, sebahagian rodanya patah," stesen televisyen itu memetik kenyataan Javad Erfanian, ketua pengurusan bencana wilayah Khorazan Razavi yang ibu kotanya Mashhad."Empat pulih enam orang telah cedera tetapi sebahagian besarnya tidak serius."

Petikan dari Utusan Malaysia

MALAYSIA DAN DAP


By: JESSELTON TODAY

DALAM Konvensyen Kebangsaan DAP baru-baru ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng memperkenalkan slogan terbaru DAP iaitu ‘Middle Malaysia’ yang membawa konsep moderasi dan lebih toleransi berdasarkan semangat kerjasama dan persepakatan.

Slogan ini memperjuangkan negara Malaysia yang sama rata. Lebih kurang 1Malaysia saja, cuma diubah ayat di sana-sini, baru sekarang DAP sedar kepentingan semangat toleransi, perpaduan dan kesama rataan antara kaum di Malaysia?

Kalau DAP ingin mempraktikkan ‘Middle Malaysia’ ini, baik mereka mulakan di dalam parti mereka sendiri. DAP ini nama saja parti berbilang kaum (berdasarkan sejarah penubuhan) tetapi kalau ditengok betul-betul macam parti Cina saja kerana perjuangan mereka lebih berat untuk memperjuangkan nasib satu kaum iaitu kaum Cina sahaja.

Saya bukan berniat ‘racist’ cuma parti ini kelihatan keliru dengan sejarah parti sendiri yang asalnya ‘multi-racial’ tetapi kemudian ‘one-race only’. Contoh yang senang kita lihat, sewaktu negara gempar dengan kematian mengejut Teoh Beng Hock, DAP dengan pantas menuduh kerajaan sebagai bertanggungjawab tetapi apabila negara kemudian gempar dengan kematian mengejut seorang pelajar universiti berbangsa Melayu, DAP membisu seribu bahasa.

Satu contohnya lagi, isu Kg Buah Pala, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP hanya endah tidak endah dalam menolong penduduk kampung tersebut kerana penduduk yang terlibat bukan dari kalangan kaum Cina.

Lihat saja wakil DAP tunggal di Sabah, Dr Hiew yang rajin sekali keliling Sabah mencari kesilapan kerajaan namun parlimen beliau sendiri terabai yang mana kontraktor untuk projek pembangunan ‘Waterfront’ di Kota Kinabalu dikenakan tindakan kerana tidak mendapat kelulusan EIA sebelum melakukan kerja-kerja di pinggir laut.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.