
Popular Posts
-
Sejak suku minority irranun di kota belud berkecimpung dalam dunia politik tanah air, hanya seorang sahaja daripada pejuang-pejuang dalam ke...
-
Selama ini rakyat Malaysia khususnya di sabah dan Sarawak telah di bisukan dengan pelbagai strategi pemimpin yang menganaktirikan sabah dan ...
-
Blogger Kelapa Mawar sekali lagi membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk menjawab segala pandangan Datuk Rahman dahlan berkaitan d...
-
Barisan pimpinan iranun berkumpul mencari titik kesatuan rumpun bangsa iranun pada tahun lepa...
-
Salam perpaduan dan salam satu borneo datuk, datin, tuan, puan, encik, cik dan anak-anak muda lelaki, perempuan dari seluruh pelusuk sabah n...
-
Sebelum ini, penulisan saya tertumpu dengan bakal restu tan sri kepada golongan politik muda irranun yang di tafsiran akan menyambung kepimp...
-
Amaran pengarah pelajaran negeri Sabah, Tuan Jame alip kepada guru-guru di negeri itu yang aktif berpolitik beberapa minggu lepas mendapat...
-
Pada 10/10/2010 adalah tertulisnya tarik bersejarah kepada semua penduduk kota belud di mana berlangsung nya satu majlis rumah terbuka raya ...
-
Senario pengundi Kota Belud sememangnya mengkehendakan pemimpin mewakili suku bangsa di daerah koboi ini. bermaksud, kota belud mempunyai p...
-
Dalam dunia penyiasatan sesuatu 'jenayah' itu bermula dengan 'motif''. Dengan motif tindakan akan dilakukan dan kemudi...
Friday, December 16, 2011
Siapa yang dimaksudkan oleh Roslan Hj Manshor?
Wednesday, December 14, 2011
ROslan Hj Mansor,apakah akan ikut jejak Musli Oli
Wednesday, December 7, 2011
SEBENARNYA MUSLI OLI SUDAH LAMA MENINGGALKAN UMNO

Sunday, November 6, 2011
DATUK SALLEH LUPA DIRI KATA KELAPA MAWAR

Friday, September 9, 2011
BERAKHIR KAH MASALAH BEKALAN AIR BERSIH KB?
Sunday, August 14, 2011
NASIHAT KELAPA MAWAR KEPADA DATUK RAHMAN BERKAITAN TANAH WARISAN KG. RAMPAYAN

Monday, August 8, 2011
BENARKAH ISU TANAH RAMPAYAN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN PEMIMPIN IRRANUN

Namun apa yang menghairankan ialah pemimpin suku iranun Tan Sri Pandikar Amin masih membisu seribu bahasa. Tidak ada langkah yang diambil oleh YDP Dewan Rakyat itu untuk membawa kes ini ke meja perundingan. Malahan seharusnya sebagai pemimpin politik, Tan Sri Pandikar Amin dilihat lebih ‘mesra’ dengan Datuk Rahman Dahlan untuk mengatasi permasalahan ini.
copy from : kelapamawar.blogspot.
kenyataan sungguh menjadi tanda tanya kepada penduduk suku minoriti irranun di kampung Rampayan ini yang sememangnya mengharap satu tindakan segera untuk mencari penyelesaian terhadap kerunsingan minda penduduk tentang masalah Tanah ini.
sebagai pemimpin politik dari suku ini seharusnya tampil memberi pandangan dan cadangan terhadap masalah yang di hadapi, ketakutan penduduk daripada rampasan tanah adat ini telah menghantui ramai penduduk irranun. malah ramai yang mendakwah Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan adalah salah seorang dalang penjualan tanah ini kepada syarikat Kinsamewah Shd Bhd.
adakah ini permasalahan ini ada hubungkait terhadap politik peribadi yang mencari populariti atau sengaja menunjuk kuasa kepada pihak tertentu sebagai pemimpin politik? atau isu ini membuka minda masyarakat irranun bahawa pemimpin selama ini yang di agungkan hanya mementingkan periuk nasi sendiri daripada suku pimpinan nya?
pelbagai pihak telah memberi pandangan dan komen terhadap isu permasalahan ini, namun yang di nantikan untuk lebih di harapkan dapat mengusul permasalahan ini masih dalam tanda tanya penduduk rampayan. di harap masalah ini di bawa ke meja bulat sebagai perbincangan hangat pelbagai pihak kerana di khuatiri tanah di sekitar rampayan akan bertukar milik kepada tangan kedua.
Sunday, August 7, 2011
GUNA SAHAJA DAKWAT KEKAL BATALKAN SISTEM BIOMETRIK

Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.
Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.
Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.
“Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.
“Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku,” katanya.
Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).
Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih ‘meragukan’ itu.
“Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.
“Kita harap kerajaan telus dalam hal ini,” kata Tian lagi.
Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak “over confident” dengan sistem baru yang mahu digunakan.
Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.
Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.
Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.
Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.
Thursday, July 28, 2011
WARKAH PERJUANGAN USNO YANG MESTI DI TERUSKAN

Salam perpaduan dan salam satu borneo datuk, datin, tuan, puan, encik, cik dan anak-anak muda lelaki, perempuan dari seluruh pelusuk sabah negeri tercinta. Warkah ini bukan ingin memporak-peranda kan asas perjuangan bangsa akan tetapi mencari titik penyatuan semula setelah kita sebagai rakyat yang mula alpa dan lalai dengan nama “perjuangan bangsa” di sabah.
Dalam era ini, semangat memperjuangkan parti USNO masih kukuh di kalangan ahli-ahli USNO dan mantan pemimpin-pemimpin juga rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan murni ini supaya parti USNO di hidupkan semula. Usaha untuk mendaftarkan semula parti ini telah di lakukan kerap kali namun permohonan ini di dakwah di tolak mentah oleh pihak pendaftar pertubuhan Malaysia (ROS) tanpa mengemuka kan sebarang alasan munasabah.
Mengikuti sejarah penubuhan semula USNO yang telah banyak di usahakan oleh pelbagai pihak di sabah telah mendapat banyak tomahan dan tentangan oleh pihak tertentu, namun pelapis kepimpinan muda USNO dan ahli-ahli USNO yang lain terus berusaha dan mencari ikthiar bagaimana perjuangan bangsa ini kembali di tiup kan roh untuk bangkit semula membela bangsa di sabah. Namun seribu satu alasan dan dolak-dalik di lontarkan oleh ROS yang di dakwah cuba mengelak dan menghalang USNO di hidupkan semula oleh pelapis kepimpinan ini.
Cubaan juga oleh beberapa kumpulan pejuang bangsa sabah PBS USNO untuk menghidupkan semula parti kemerdekaan di sabah ini supaya mendapat tempat dalam arena politik di malaysia, namun semua nya gagal tidak terdaya dengan pelbagai alasan yang bertujuan melemahkan anggota parti ini dari berbuat sedemikian.
Apa yang saya mendapati daripada penghidupan semula parti ini adalah ketakutan perpecahan ahli-ahli UMNO sabah jika USNO di bangkit kan semula pada hari ini dan akan datang. Jika USNO mula berkuasa, maka akan merosakan agenda UMNO untuk terus berkuasa tanpa persaingan hebat parti yang ada di sabah. Teori ini lah yang akan menghalang sedaya upaya dalam pembangkitan semula USNO di sabah.
Konsep mematikan USNO selama-lama nya di terapkan supaya UMNO boleh berkuasa mutlak kepada negeri sabah dari pusat hingga ke akar umbi. UMNO tidak mahu berlaku perkongsian kuasa dengan parti yang ada di sabah. Parti PBS, LDP, PBRS dan UPKO telah di kawal seliah supaya tidak mencapai 50% dalam dewan undangan negeri Sabah.
Di sini saya memetik setiap usaha perjuangan ahli-ahli dan mantan pemimpin USNO yang di lakukan untuk menghidupkan semula USNO di sabah .
Sumber : Media USNO
Sungguh memilukan dan menyayat hati ada di antara kita yang mempertikai, mencaci, dan menghina usaha untuk menghidupkan kembali USNO di sabah. Mereka mengatakan bahwa USNO tidak lagi releven kepada rakyat sabah, UMNO adalah parti yang telah menggantikan USNO dan memperjuangkan hak melayu dan bumiputera sabah. Apa yang saya cuba nyatakan, soal ketidak relevenan USNO baru di sabah seharus tidak timbul kerana UMNO juga pernah di haramkan oleh mahkamah sewaktu ketika dahulu, namun dengan usaha keras orang-orang melayu dahulu yang di pimpin oleh Tun Mahathir dan tengku razaliegh waktu itu, UMNO baru telah kembali bernafas untuk memperjuangkan bangsa melayu sehingga ke hari ini. Jadi apakah yang di labelkan sebagai ‘tidak releven’ dalam konteks perjuangan ahli-ahli dan ex USNO ini?
Adakah kita sebagai rakyat sabah harus melakukan sebagai mana sejarah HINDRAF yang telah memperolehi MAKKAL SAKTHI? Atau melakukan demonstrasi besar-besaran di pelusuk kota menuntut parti USNO di beri nafas baru di arena politik sabah khususnya dan negara amnya? Sedangkan parti ini tidak di kenakan sebarang tindakan undang-undang seperti mana UMNO yang di haramkan sewaktu ketika dahulu. Itu hanya kesilapan teknikal dan bukan perundangan mengkehendaki demikian. Namun dengan itu, UMNO dapat di bangkit kan semula, adakah kita tidak malu dengan dengan usaha yang di lakukan oleh orang-orang melayu terdahulu? Dan kenapa kita tidak mengambil ikhtibar daripada peristiwa UMNO yang di beri nafas baru itu?. Waktu itu tiada seorang pun orang melayu menceritakan keburukan apatah lagi tidak menyertai pakatan itu untuk menghidupkan UMNO kembali, dan akhirnya UMNO berkuasa semula dan membela bangsa nya, tapi kenapa pula ada di antara kita mempertikai, mencaci dan menghina usaha murni ini? Sebak hati rasanya melihat perkara ini berlaku. Di mana darah pejuang di curahkan ketika roh bangsa tersepit meminta di bangkit kan semula?
Apa yang sangat menyedihkan saya, adalah sindiran pihak tertentu yang menyatakan bahwa apa yang berlaku sekarang ini adalah atas kesilapan pemimpin sendiri yang tamak dan rakus serta hanya mementingkan keperibadian daripada bangsa nya. Ungkapan itu telah mengalirkan air mata generasi muda seperti saya. Namun setiap kesilapan itu mampu di perbetulan. Memang benar Tun Mustapha melakukan kesilapan besar membubarkan USNO suatu ketika dahulu bagi memberi laluan UMNO melebarkan sayap kepimpinan di sabah, tapi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau telah mengakui kesilapan besar itu dan mula kembali memperjuangkan hak bangsa nya dengan menyertai PBS waktu itu. Beliau telah menampak kepada generasi pelapis muda kini untuk meneruskan perjuangan bangsa walau “manis di buang, pahit di telan”.
Kalau lah di katakan, pembubaran USNO adalah kehendak ahli-ahli nya, tapi adakah generasi muda sekarang ini tidak berhak menghidup dan menyambung semula perjuangan murni itu? Dan adakah kesilapan lampau pemimpin terdahulu tidak boleh di perbetulkan oleh pelapis USNO sekarang ini? Sedangkan, ahli UMNO telah memperbetulkan kesilapan pemimpin terdahulu sehingga ke tahap UMNO di haramkan dan hasilnya UMNO di bangkitkan semula sehingga ke hari ini.
Kepatuhan, kelembutan dan kesopanan budaya rakyat sabah dalam perjuangan telah di salah ertikan oleh sesetengah pihak yang menyatakan bahwa itu lah kelemahan bangsa yang ada di sabah, sebab itu ramai pihak mengambil kesempatan di dalam amalan murni itu. Justeru itu juga rakyat di sabah terus tertindas dalam pelbagai aspek. Cukup sedih rasa nya di perlaku sedemikian.
Mari lah kita mencontohi UMNO, mengambil ikhtibar dalam perjuangan UMNO, dan seterusnya memperjuangkan USNO untuk anak cucu yang mendatang. Nama seperti Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha, Perais Sharif Baba, Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh, Ridi Alawangsa, Haji Musa Milip dan beberapa Mantan Yang berhormat USNO, AMT USNO serta Penaja-Penaja di Peringkat Parlimen, Peringkat Dun dan Peringkat Daerah Mengundi seluruh Sabah. (sumber media USNO) sebenarnya telah meninggalkan wadah perjuangan bangsa untuk kita teruskan. Dengan rasa bertanggungjawab dan bersatu padu, bangkitkan semula roh perjuangan bangsa untuk kesejahteraan anak bangsa akan datang. Pernah kah kita terfikir, siapakah yang akan dapat menjamin dan menjaga adat resam dan budaya bangsa kita dalam wadah perjuangan UMNO? Wal hal UMNO punyai arah tuju sendiri bagi menjaga hak orang-orang melayu dan mempertahankan orang-orang melayu seperti kata pepatah laksamana melayu hang Tuah “tak hilang melayu di dunia”. Adakah UMNO dapat mempertahan bangsa di sabah seperti peribahasa itu?
Warkah ini sebenarnya ingin membuka minda yang setia pada bangsa untuk kembali ke pangkal jalan asas perjuangan yang semakin lama semakin terkubur oleh nafsu yang rakus memperkayakan diri daripada kepentingan untuk mempertabat kembali maruah bangsa. Tidak di nafikan ramai di kalangan kita yang alpa, leka dan bertukar budaya perjuangan sepeninggalan USNO. Maka dengan itu, saya sebagai yang cintakan perjuangan bangsa kembali memperingatkan diri dan saudara saudari untuk istiqomah dalam perjuangan bangsa. Saya yakin dan percaya USNO adalah satu parti politik yang boleh menyatuhkan kembali bangsa seterusnya memelihara hak bumiputera di sabah selain PBS, SAPP, LDP, dan PBRS.
KEGAGALAN PAAMIN MEMPERJUANGKAN FORMULA 2:1:1

Jika Pa'amin benar-benar telus memperjuangkan pembahagian kawasan pilihanraya (3 DUN KOTA BELUD dan satu diperuntukan kepada masyarakat iranun di kenali sebagai DUN Pesisir pantai yang meliputi kawasan kg rampayan ulu, rampayan laut(kayu putih, tapokan, kilapi) Kg Tamau, Pantai Emas, Kotabungan, Tawadakan, Peladok) kenapa sampai sekarang ia tidak menjadi realiti.? Pa'amin mencanangkan kepada orang iranun yang 1 Dun Kota Belud iaitu Dun Pesisir menjadi mercu tanda kepada masyarakat iranun dan akan mempunyai DUN sendiri yang pada ketika itu masyarakat iranun menjadi penyokong kuat BN dan sudah pasti DUN ini akan sentiasa di menangi oleh BN(Ertinya DUN Tempasuk atau DUN Usukan diantara mana-mana dua ini akan dilupuskan selepas persempadanan semula untuk DUN Pesisir).
Antara alasan kenapa diwujudkan DUN ini adalah kerana 2 DUN sedia ada dimonopoli oleh wakil rakyat dari suku bajau( Tempasuk dan Usukan) dan satu DUN untuk Dusun( Kadamaian) manakala 1 parlimen juga diwakili oleh Bajau (untuk lebih detail 3 kerusi 2 DUN 1 Parlimen untuk mewakili suku bajau dan 1 kerusi DUN dusun dan iranun tiada)dengan ini politik masyarakat iranun hanya sebagai pelengkap atau boleh diistilahkan sebagai' melukut tepi gantang'. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini sejak dahulu dan ingin melihat ia menjadi realiti tapi sayangnya sampai sekarang hanya mimpi. Faktor kewujudan idea ini adalah berdasarkan kebimbangan pucuk pimpinan melihat gelombang reformasi Anwar Ibrahim ketika zaman Tun Mahathir kepada orang-orang iranun yang condong kepada reformasi, maka benda ini diwar-warkan untu memenangi hati orang iranun kembali menyokong BN ,ternyata propaganda ini berjaya.. masyarakat iranun tertunggu-tunggu hingga kini tapi sayangnya dilupakan begitu saja oleh pucuk pimpinan BN termasuk Pa'amin mula kendur memperjuangan perkara ini.
Sebagai tanda protes masyarakat iranun kepada kegagalan Pa'amin memperjuangkannya .Masyarakat iranun mula bersuara pada PR12 dimana kebanyakan kawasan iranun BN kalah dan dan jikalau menang pun dengan majoriti tipis. Itu adalah sebagai tanda amaran kepada Pa'amin untuk mendesak pucuk pimpinan menilai semula cadangan ini. Jikalau Pa'amin takut karier politik beliau akan berkubur akibat tekanan daripada parti beliau anuti sekarang,beliau boleh menjadi Hang Jebat yang menderhaka, dan masyarakat iranun akan sentiasa berdiri dibelakang beliau. Dan beliau akan di sanjung sebagai warlord iranun yang terakhir dan nama beliau sentiasa harum dari generasi ke satu generasi atas keberanian beliau berjuang demi kepentingan masayarakat iranun walaupun mungkin beliau menjadipapa kedana akibat sentiasa diburu oleh SPRM kerana berpaling tadah. Tapi masyarakat iranun tidak akan melupakan jasa dan keberanian beliau, bah kata pepatah Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.
Teringat lagi saya kata-kata hikmah arwah Datu Bandira Datu Alang " saya keluar UMNO ibaratkan saya meninggalkan kekayaan yang berjuta dan kuasa tanpa sempadan, dengan masuk PAS maka saya menjerumuskan diri kepada musibah yang dicipta oleh seterunya" dan beliau juga menyatakan " saya pernah menjadi fobia mendengar bunyi telefon yang saya sangkakan dari SPRM, saya pun tidak tahu kenapa SPRM suka menyiasat saya sedangkan saya tidak tahu apa kesalahan saya dan akhirnya saya menjadi lali dengan keadaan ini, sehinggakan pegawai yang memanggil saya mengatakan ini adalah sebagai memenuhi tugasnya spt yang diarahkan.. dan beliau menyatakan beliau tahu siapa dalangnya..tak perlulah saya nyatakan disini.. perjuangan beliau tetap menjadi ingatan kepada suku iranun hingga kini..al fatihah kepada beliau. beranikah TSP spt arwah Datu Bandira Datu Alang ????????
mambangtiora
Tuesday, July 26, 2011
AIR BERSIH KB MENGHARAP PRU13 DI PERCEPAT

Saturday, July 16, 2011
DAERAH KOTA BELUD TIDAK ADA YANG LAYAK BERGELAR CALON PRU13 SELAGI

Sungguh lama paparan mengenai politik tanah tumpah darah ini saya tidak di bongkar dan di paparkan di mata masyarakat moden masa kini. Di biarkan buat seketika, mereka kembali membina tradisi keangkuhan politik kunun nya berjuang di dalam landasan pembelaan hak masyarakat yang terdampar di pinggiran politik kunu UMNO. Selagi minda masih mementingkan politik peribadi, selagi itu anak muda di daerah ini akan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seumpama itu.
Dengan lantang saya bersuara dan mengeluarkan kata-kata, kepada semua yang bermimpi indah menjadi pemimpin bangsa di daerah ini, sehingga ke hari ini, duka citanya tiada seorang pun yang betul-betul layak memikul tangunggjawab semulia itu. Pemilihan dan kemenangan yang perolehi hanya bersumberkan “wang politik kotor” bukan atas dasar kehendak rakyat sendiri. Di “pilih” kerana “ membahagi” bukan menyumbang kepada bangsa tercinta ini. Sungguh hina pemimpin sebegini.
Ketika memerlukan bangsa, datang menagih simpati, bila pula bangsa datang memerlukan pemimpin sebegini, mereka mencari hela dan alasan menyembunyikan diri. Apa jenis pemimpin seumpama ini? Adakah ini yang di beri mandat memimpin anak bangsa di zaman ini?
“biar mati bangsa jangan hilang harta” adakah ini yang di terapkan di daerah ini. Di mana keadilan ketika pengkhianatan di amalkan? Tidak kah mereka berasa kesian kepada bangsa yang sangat memerlukan bantuan? Walhal, hak bangsa di salah gunakan untuk kelangsungan politik durjana mereka – mereka ini.
Jangan ungkap bahawa,, “ aku lah calon PRU dan pemimpin bangsa ku” kerana anak muda bangsa menghina dan mengutuk orang sebegini yang sanggup menjual maruah bangsa untuk membeli harta di luar negara. Tidak kira dari parti mana UMNO, atau PKR di daerah ini, semua nya tidak layak mewar-warkan calon kepada bangsa tercinta selagi tapuk kepimpinan masih di belenggu harta mewah durjana. Selagi pemikiran membelakangkan ummah, selagi itu anak muda mempertahankan maruah bangsa yang di jual kepada penjajah politik negara.
Anak mudah masa kini akan menyokong pemimpin yang tidak memandang kebendaan, membela maruah bangsa, mengota janji bangsa, mengamalkan budaya seikhlas hati nya. Namun siapakah ia bukan menjadi masalah kerana anak muda sudah dewasa, mampu memilih dan memahami situasi serumit bagaimana. Anak muda bangsa kini , semua nya bukan sekolah di tepi jalan malah berhijrah nun jauh di sana mengambil sebanyak mana ilmu di dada untuk pembangunan bangsa, memperjuangkan hak bangsa yang tercemar serta kelansungan politik tanah tercinta.
Monday, July 11, 2011
PENGALAMAN ORANG YANG MENGIKUTI DEMONTRASI BERSIH 2.0
NAJIB, HISHAM DAN IGP ISMAIL WAJIB DIDAKWA
Usaha mengekang perhimpunan ini begitu serius diambil dan saya antara salah seorang yang turut menjadi mangsa daripada tindakan dan arahan Menteri Dalam Negeri apabila ditangkap dan dituduh di bawah Akta 47 Akta Pertubuhan Haram 1966 yg turut melibatkan ratusan yang dikenakan tindakan sama kerana baju BERSIH dan kuning. Perkataan dan warna kuning tersebut menjadi HARAM dan sangat merbahaya. Luar biasa tindakan yang diambil.
Rakyat terus ditekan dengan segala tindakan . Sekatan jalanraya, ugutan dan propaganda menjadi senjata bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut. Usaha mempaletkan BERSIH dengan isu komunis, ganas, menderhaka kepada YDP Agong dan sebagainya termasuk menjumpai parang dan molotovcoktail sesikitpun tidak mengugat para demonstran untuk turun dengan berani .
Pertama kali dalam sejarah perhimpunan yg turut disertai oleh rakyat pelbagai kaum dan agama telah bersatu dalam rasa kekitaan dan semangat kekeluargaan rakyat Malaysia yg mencintai demokrasi berkelangsungan dalam negara .
Perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah mencapai kejayaan . Semua usaha yg dilakykan untuk mengagalkan perhimpunan ini ternyata GAGAL! Rakyat ternyata berani untuk berdepan dgn apa sahaja risiko . Seramai 1667 orang ditangkap termasuk 16 orang adalah meruapakan kanak-kanak. Satu tindakan melampau dan zalim dilakukan oleh pihak polis dgn arahan yang dilakukan oleh pemerintah zalim UMNO/BN.
Pihak polis menjadi alat bagi memenuhi citarasa kerakusan kuasa dan menjadi hamba kepada taikon-taikon UMNO/BN agar terus mempertahankan kuasa dan tahkta mereka. Sedangkan gaji sebulan seorang anggota polis ialah bayaran 1 jam mereka bepoya-poya . Pegawai dan anggota bawahan polis menjadi mangsa kerana arahan PM , Menteri dan Pegawai Tertinggi Polis . Rakyat menjadi mangsa tanpa raa belas kasihan .
Ramai pimpinan termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi Awang, Ambiga dan ramai lagi ditangkap dalam tindakan dan cara yg keterlaluan. Walaupun mereka disenarai hitamkan dengan menggunakan perintah mahkamah , mereka tetap hadir ke Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada rakyat yang turun ke perhimpunan tersebut. Sikap berani pimpinan yang patut dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingun melihat perubahan dan reformasi.
Usaha mereformasikan sistem pilihanraya megara adalah usaha murni bagi mengangkat maruah dan mertabat SPR yg benar-benar silihat berat sebelah dan ketelaluan . Perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah mafestasi kesungguhan rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang benar-benar bersih.
Perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah berjaya menafikan segala propaganda dan psywar yg cuba memburuk-burukkan perhimpunan. Tiada sepohon pokok pun dicabut oleh para demonstran. Tiada huru-hara pun yang dicetuskan oleh mereka kecuali apabila pihak FRU mengambil jalan brutal menembak dengan gas pemedih mata dan pan utan air daripada water canon . Tindakan brutal polis dengan arahan Najib, Hisamuddin dan IGP Ismail adalah menjadi punca kepada beberapa insiden termasuk termasuk kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan kematian seorang demonstran Allahyarham Sdr. Baharudin Ahmad , 55 tahun ekoran sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata . Beliau mati dalam keadaan tangan bergari!
Sepanjang perhimpunan yang berlangsung , tiada kerosakkan yang berlaku. Mereka berjalan dengan aman dan tersusun. Tiada kerosakkan harta benda yang berlaku atau cubaan merosakkan kenderaan , kedai-kedai atau berlaku pergaduhan yang mencetuskan ketegangan ketika itu. TIADA!
Kenyataan bohong IGP Ismail benar-benar mengambarkan sikap balaci kepada pimpinan UMNO sangat-sangat dikesali. Perhimpunan BERIh 2.0 berlangsubg secara aman akan bertukar menjadi kalut apabila tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata . Saya berada dibarisan depan bersama Datuk Chua Jui Meng sewaktu bergerak ke Stadium Merdeka. Meredah hujan lebat daripada kumpulan yang kecil menjadi satu kumpulan yang besar. Kami berhenti betul-betul dihadapan kawat besi berduri yang dihalnag oleh pihak polis daripada kami merapati Stadium Merdeka. Jumlah polis yang berada disitu bersama FRU adalah sangat sedikit nerbanding dengan jumlah para demonstran.
Kami boleh mengambil sikap untuk merempuh halangan tersebut . Jumlah kami terlalu besar berbanding jumlah polis yang berkawal. Tetapi sebagai warganegara yang baik, yang menghormati seragam polis . Kami berhenti di situ dan usaha berunding dengan pegawai-pegawai polis agar membenarkan kami masuk ke kawasan stadium. Walaupun usaha tersebut gagal , kami memohon untuk berucap dan pihak polis membenarkan dalam tempoh 5 minit.
Selepas 5 minit , seperti yang dijanjikan , kami beredar daripada situ dengan aman tanpa sebarang insiden berlaku. Itulah sebenar para demonstran yang menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik. Kumpulan kami pecah sewaktu sampai di kawaan berhampiran Central Market apabila ditembak dengan gas pemedih mata .
Dari situ , kami terus berarak ke KLCC, kerana lebih daripada 5 ribu orang sedang berhimpun di sana. Lokasi terakhir perhimpunan. Perhimpunan akan berakhir di situ selepas ucapan dan amanat pimpinan . Tapi malangnya, sikap pihak polis terutama FRU telah mengakibatkan suasana menjadi kelam kabut. Tembakan air daripada watercanon dan gas pemedih mata bagi tujuan menyuraikan perhimpunan aman tersebut telah bertukar menjadi gawat.
Allahyarham sdr. Baharudin yang terperangkap dalam kekalutan tersebut telah terhidu ga pemedih mata sehingga beliau ditangkap dan digari. Beliau telah menghembuskan nafas dalam keadaan tangan beliau digari.
Apa yang berlaku adalah gambaran jelas betapa ganas dan zalim pihak polis terhadap rakyat yang tidaj bersenjata. Tidak melawan atau mengambil sikap ganas .
Najib Razak , Hisamuddin Hussein dan IGP Ismail wajar bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Semua ini adalah atas arahan daripada mereka. Ke tiga-tiga mereka sekarang ini sedang bersilat seolah-olah mereka tidak bersalah dan bertanggungjawab dengan insiden tersebut. Kenyataan bohong IGP benar-benar mengecewakan rakyat dan menganggap beliau adalah lebih teruk daripada IGP2 lain sebelum ini.
Tidak perlu berdolak dalih lagi. Najib , Hisamusdin dan IGP Ismail WAJIB bertanggungjawab dan diambil tindakan terhadap apa yang berlaku . Malah termasuk mengengkari titah DYP Agong yang telah bersetuju agar perhimpunan diadakan di stadium. BERSIH 2.0 telah betsetuju untuk berhimpun di stadium diatas nasihat DYP Agong . Taoi malangnya sikap Najib, Hisham dan IGP Ismail benar-benar menderhaka.
Apa yang berlaku bukan akhirnya. Bangkitlah rakyat menolak kezaliman pemerintah yang dikuasai oleh UMNO / BN.
KITA BANGUN & LAWAN!
FARIZ MUDA
Ahli Majlis Pimpinan Pusat ( MPP ) , Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor , Naib Ketua Keadilan Cabang Kuala Terengganu, Presiden IKHWAN , Bekas Timbalan Ketua AMK Malaysia . Graduan Bachelor Pendidikan ( Bimbingan & Kaunseling ) UPM, Malaysia
Sunday, July 10, 2011
BERSIH 2.0 KEBENARAN MENGATASI KEKEJAMAN


Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.
Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
- 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
- Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
- Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
- Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).
Harga murah
Namun harga itu dianggap “murah” berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.Perkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.
Kehadiran mereka membuktikan “kuasa rakyat” masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.
“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.Beberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.
Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.
Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.
Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.
BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.
Wajah sebenar Najib
Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.Wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.
Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.
Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.
BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.
Negara diktator
Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.
Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.
Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.
Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.
Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.
Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.
Kesetiaan kepada Raja?
Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.
Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.
Seperti mana kata Ambiga “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.”