Popular Posts

Friday, March 26, 2010

MASALAH AIR TIDAK AKAN SELESAI SELAGI PEMIMPIN TIDAK BERSATU


Dalam soal politik, penyatuan rakyat dan pemimpin adalah sangat penting untuk membina satu ikatan kuat untuk negara. Namun jika, pemimpin tidak mewujudkan satu tembok ikatan antara pemimpin itu sendiri, ini akan menimbulkan satu kekangan untuk mencari satu penyelesaian yang efektif dalam suatu permasalahan antara pemimpin dan rakyat, dengan alasan pemimpin yang sedia ada pun tidak sependapat apatah lagi dengan rakyat.

Masalah bekalan air bersih sekitar daerah kota belud, bukan lah satu permasalahan baru akan tetapi telah lama wujud sejak TSPA membina destinasi kepimpinan di daerah kota belud. Namun menghampakan, setiap keluhan dan penderitaan rakyat langsung tidak memberi satu kesan untuk mempercepatkan proses penyelesaian masalah bekalan air bersih yang di impikan oleh rakyat sejak bertahun lama nya.

DARD sebagai MP kota belud telah menyiarkan satu posting mengenai penyelesaian masalah air di kota belud, rakyat dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada MP. kerna memberi satu sinaran harapan baru kepada penduduk kota belud. Namun perkara itu memberi satu kesedihan bila mana, langkah penyelesaian tadi tidak menunjukkan satu penyelesaian sepenuhnya kepada masalah bekalan air bersih. Itu hanya satu paparan yang mengambil kesempatan untuk menenangkan situasi minda rakyat, antara keluhan rakyat mengenai hal ini berbunyi :

Rakyat : batang paip yang sedia ada di sekitar pekan dan masih boleh di gunakan diganti dengan yang baru, sedangkan di kampung saya, batang paip yang sangat uzur di bina sejak zaman usno lagi tidak di baikpulih. Ini menimbulkan satu kekeliruan yang nyata kepada kenyataan YB itu kepada kami.

Murai : kata MP ini, salah satu masalah air yang di hadapi adalah tekanan air yang sangat rendah, dan penyelesaian nya adalah mengantikan batang paip yang kecil bagi memberi tekanan yang kuat.

Rakyat : itu hanya retorik politik, kalau betul penyelesaian itu, kenapa batang saliran air di tempat kediaman kami tidak di baikpulih, sedangkan ianya memerlukan pembaikpulihan segera?

Murai : murai Nampak juga batang paip yang kecil sekitar pekan diganti dengan yang besar, ini adalah salah satu langkah untuk membaikpulih masalah tekanan air. Mungkin selanjutnya akan ke kampung saudara yang agak jauh dari pekan kb itu.

Rakyat : tahap kesabaran dan penderitaan kami tidak dapat di bendung lagi, setiap hari kami pergi ke rumah jiran sekitar kampung dan pekan yang bersih air nya untuk mengambil air minum dan untuk kegunaan memasak. Sampai bila penderitaan ini membebani kami?

Murai : walau bagaimana pun, kesabaran adalah pengubat masalah ini, tunggu sahaja perkembangan masalah air ini, mungkin langkah ini di buat secara berperingkat.

Rakyat : berapa lama kami harus bersabar oi murai? Murai tahu, msalah air ini sebelum DARD lagi jadi ahli parlimen, zaman usno masalah ini sudah wujud, bukan itu saja, kalau bukan jasa Tun Gaffar untuk membawa tenaga elektrik ke kawasan kampung kami, saya rasa sampai sekarang penduduk sekitar kampung ini bergelap di dalam zaman teknologi kerajaan. Janji politik kami tidak lagi harapkan. Semua nya bohong belaka!

Murai : murai tidak dapat berkata apa-apa lagi, memang ada benarnya apa yang saudara katakan itu, kita sebagai rakyat tidak dapat berbuat apa, hanya menunggu masalah ini selesai.

Rakyat : kami menunggu masalah air ini ibarat menunggu ayam jantan bertelur.

Murai : kalau begitu, satu penyelesaian yang bertanggungjawab, PRU13 tidak lama lagi, jadi tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat, kerana UNDI anda semua adalah penentu nasib anda semua di masa akan datang.

Perbualan itu tidak berhenti di situ, ianya berterusan sehingga beliau berpuas hati meluahkan perasaan nya kepada murai. Hanya perbualan itu sahaja yang murai sempat rakamkan untuk tatapan blogger semua.

Bagi murai, sebenarnya masalah air ini boleh di selesaikan jika pemimpin kota belud bersatu dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini, daerah kota belud mempunyai pemimpin seramai lima (5) orang iaitu, salleh tun said, pandikar amin, musbah, japlin, dan rahman dahlan. Ini adalah satu perkara mustahil jika masalah air tidak dapat di selesaikan dengan adanya hulubalang kota belud, tapi masalah timbul bila mana pemimpin sendiri berjalan seorang diri tanpa di temani oleh rakan sepejuang yang lain. Kenapa perkara itu harus berlaku kepada pemimpin kota belud? Sedangkan pemimpin ini adalah dari pucuk pimpinan barisan nasional (BN) sendiri. Dan masa ini tidak perlu untuk ada persoalkan, tapi Tanya apa tindakan pemimpin-pemimpin ini terhadap masalah air kota belud.

5 comments:

kelapa mawar said...

Salam Sdr MuraiKB..

Isu penyatuan idealisme pemimpin bukan satu perkara mudah tetapi ia memerlukan pengorbanan yg besar...keikhlasan dan juga pendirian yang kekal..bukan seperti rumput yg sentiasa mengikut arah di mana angin meniupnya..

DEPU-DEPU said...

masalah yang sudah menjadi duri dalam daging penduduk kota belud sekian lama

Unknown said...

salam murai.kb

sy setuju dgn ulasan sdr kelapa mawar, isu penyatuan idealisme pemimpin sangat susah untuk di jadikan landasan dalam penyelesaian sesuatu masalah.

namun jika ada keserasian antara pemimpin, ini sdh cukup unutk sesuatu penyelesaian.

Murai.KB said...

salam sdr semua

terima kasih atasan komen sdr itu.

murai juga setuju dgn ulasan sdr, akan tetapi jika ada keserasian seperti sdr roslanM nyatakn itu, kemungkinan penyatuan idealisme antara pemimpin akan menjadi mudah.

secara peribadi murai katakan, idealisme pemimpin sekarang sangat egoistik, masing2 mahu menonjol, sehingga masalah seperti ini tidak dapat di selesaikan sebaiknya.

apa salahnya klu idealisme politik itu ketepikan dahulu bagi memberi satu laluan penyelesaian yang lebih efektif, setiap pemimpin mempunyai cara dan kaedah tersendiri, jika kumpulkan menjadi satu, bagi murai ianya adalah satu bentuk keputusan yang kuat untuk penyelesaian masalah air ini.

peruntukan demi peruntukan yang di salurakn, namun masalah ini masih lagi membebani rakyat kota belud. datuk musbah sendiri mengumunkan peruntukan sebanyak 10juta untuk masalah ini apatah lagi peruntukan kepada datuk rahman. akan tetapi tindakan nya macam mana? ini lah yg dimaksud oleh sdr depu depu masalah air ini sudah menjadi duri dalam daging..



-murai.kb-

Datu pitung said...

salam sdr murai.kb

saya rasa sdr orang baru dalam blog atau saya sendiri tidak perasan dengan penglibatan sdr dalam dunia blog ini. maklum lah bukan slalu berblog ini.

saya tertarik juga sebenarnya dengan masalah air di kota belud ini. maklum saya juga kelahiran di daerah ini.

saya bersetuju dengan posting murai.kb ini, kerana apa, dalam penelitian yang saya buat, pemimpin kota belud jalan sendiri2, masing2 dngn karier politik mereka.

namun begitu, saya juga berstuju dgn sdr kelapa mawar, bukan senang sebenarnya satukan idealisme pemimpin-pemimpin ini. cari jalan lah selesaikan masalah air ini.

saya memohon kepada semua pemimpin yang ada supaya menyelesaikan masalah air dgn secepatnya.pemimpin tolong rakyat..rakyat akan tolong pemimpin.

salam daun keladi, lain hari kita jumpa lagi..

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.