Popular Posts

Wednesday, July 21, 2010

PENGIKUT ATAU PAK TURUT

Dalam kepimpinan yang di terajui oleh pemimpin politik di daerah kota belud menyajikan satu kolompok yang di label kan sebagai pengikut setia kepada para pemimpin yang boleh mengundang keraguan dan keyakinan jika pemimpin tidak melahirkan dan menerapkan konsep telus dan taat setia kepada ketua atau pemimpin.

Namun demikian, pengikut yang berfikiran rasional tidak akan menurut segala kehendak pemimpin yang menyimpang dari tujuan asal perjuangan sebaliknya menegur dengan berhemah bukan nya mencaci hamun di hadapan mahu pun di belakang pemimpin. Walaupun demikian, konsep para pemimpin alaf baru menerapkan jika salah seorang pengikutnya membuat satu teguran kempimpinan yang di terajui, itu akan di anggap sebagai satu penderhakaan. Impaknya, ramai pengikut yang berpatah arah dalam perjuangan kerana jemu dengan pemimpin yang terlalu egoistic dan materialistik.

DMHJ mempunyai ramai pengikut setia seperti sdr R.H.M dan sdr bagdad hj turugan yang juga memegang jawatan sebagai kontraktor dan PKR namun di lepaskan atas alasan tertentu. Dua (2) orang ini adalah “orang kuat” DMHJ di kawasan DUN N.6 tempasuk. Walaupun satu ketika sdr R.H.M dan DMHJ bersengketa sehingga sdr R.H.M berani membuat kenyataan bahawa DMHJ mengkhianati persahabatan mereka kerana membisu dengan isu perpindahan nya ke Sandakan sewaktu ketika dahulu, namun itu hanya sementara. Persahabatan mereka kini seperti “aur dengan tebing”. Kesetiaan dua orang pengikut ini tidak boleh di pertikaikan oleh mana-mana pihak yang cuba berniat meleraikan nya. Bagi sdr R.H.M, beliau sanggup bertikam lidah bagi mempertahankan DMHJ daripada sebarang cemuhan yang di lemparkan oleh masyarakat.

Demikian juga dengan DSSK dan TSPA yang mempunyai pengikut seperti sdr baror sawi, ketua pemuda di daerah kota belud. Namun ramai yang memberi spekulasi bahwa sdr baror bukan pengikut tapi pak turut kepada dua orang tokoh politik ini. Sehingga adalah yang melabelkan baror adalah “kuda tunggangan” kepada TSPA.

mengupas isu ”pengikut bukan pak turut” terlalu luas untuk di definisikan namun murai memberi skop kecil berkaitan kepimpinan di kota belud. Seorang pengikut harus berani memberi suara teguran kepada pemimpin jika penyimpangan berlaku secara terangan, itu bukan satu bentuk penderhakaan tapi itu adalah satu bentuk penghargaan dan setia kepada pemimpin. Tidak di nafikan ramai pengikut telah gugur syahid di medan perjuangan, namun keguguran mereka bukan sebab perjuangan tapi di sebabkan pemimpin yang tidak berperikemanusiaan. Sdr jikal gabie adalah pengikut setia kepada DSSK sewaktu ketika dahulu yang di janjikan bermacam-macam jawatan dan pujuk rayu untuk berkecimpung dengan politik DSSK, namun impaknya, sdr jikal hanya dapat berputih mata dengan strategi politik licik DSSK. Tidak cukup seorang pengikut, di tambah pula sdr deraman yang juga menjadi pengikut mati syahid DSSK dan ramai lagi pengikut DSSK yang berpatah arah sehinggakan ada yang sanggup berkorban masa dan tenaga. Walhal, itu hanya permainan catur politik DSSK semata-mata.

Begitu juga dengan sdr mukaris yang di warta oleh penulis blog ‘delima anak kota belud” suatu ketika dahulu, yang beliau telah bersumpah setia untuk menyokong karier politik TSPA dalam memperjuangan kan bangsa irranun, namun hasil nya amat menyedihkan dan memilukan. Adakah ini style atau prinsip yang di amalkan oleh pemimpin kota belud yang ingin melihat setiap pengikut bangun menderhaka ? kepincangan pengikut atas sebab pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan bertangungjawab. Bagi yang menjadi pengikut “pak turut” pemimpin akan mendapat habuan yang tidak di jangka kan, namun itu hanya bersifat sementara kerana penyingkiran akan di lakukan bagi mencari ganti pengikut yang terbaru dan boleh di istilah kan sebagai “up to date”.

Seperkara yang murai takut kan, kemungkinan besar tragedi akan berulang kembali jika para pengikut yang taksub dengan janji dan ganjaran akan lalai dan leka tanpa menyedari gerak geri permainan politik pemimpin yang ingin melihat generasi politik mereka selalu relevan di mata masyarakat. Perintis pemimpin baru perlu mengkaji sedalam dalam perjuangan untuk tidak turut tersenarai sebagai pengikut yang kecundang oleh gerak jahat politik yang di amalkan oleh beberapa pemimpin.

4 comments:

Unknown said...

salam murai

DSSK seorang tokoh politik yang licik. kawan baik saya pun DR saijan turut jadi mangsa DSSK.

awas kalian di luar sana dgn politik DSSK.

Murai.KB said...

salam roslanM

mmg btl apa yg sdr nyatakan. biar murai jadi pengikut yg profesional bagi menangkis segala sepak terajang oleh pemimpin jenis ini. setakat ini murai byk menjangkah kelibat politik beberapa tokoh.

pemimpin yang pandai bermain kah atau pengikut sekarang bknnya dahulu? tggu dan lihat sahaja.

terima kasih.


-murai.kb-

matt17 said...

terima kesih nasihat kekawan..agar kita jgn jadi PAK TURUT pada sesiapa. waspada peka pada setiap langkah,biar minda bebas meneroka seluruh negara,hasilnya milek kita jg.. manis tidak selalunya madu dan pahit tidak semestinya hempedu..

matt17 said...

....terima kasih peringatan kekawan.penting!!agar jgn jd pak turut pd sesiapa..waspada peka pd setiap langkah,biar minda bebas meneroka seluruh negara,tiada bisa menghalangnya, itu milek kita. manis tidak selalunya madu dan pahit tidak semestinya hempedu...

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.